Understanding of Religion Part.2 (terjemahan)

by March 22, 2015 0 comments
Dalam memahami ajaran agama Islam, hendaklah diingatkan bahawa Islam tidak memisahkan agama dan politik. Hal ini demikian kerana Islam membimbing penganutnya ke arah jalan yang benar dengan mengajar akhlak dan budi pekerti yang tinggi. Penganutnya diajar bahawa mereka tidak boleh melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Terdapat cara yang benar dan cara yang salah untuk mendapatkan apa yang ingin dikecapi.

Kesultanan adalah sistem yang masih wujud dan sistem yang paling dekat dengan sistem Khilafah. Dengan mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Raja Ali Haji dalam Kerajaan Riau-Lingga dapat memberikan pencerahan mengenai bagaimana mahkamah syariah dan mahkamah sivil beroperasi di masa lampau . Mengikut kefahaman saya, kedua-duanya mempunyai kuasa yang sama. Sultan adalah pemilik tanah dan mengikut kefahaman, ini maka kita berada di bawah naungannya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, maka bacalah karya Raja Ali Haji, Thamarat Mahammah.

Sesetengah pihak merasakan bahawa urusan agama sepatutnya tidak boleh masuk campur dalam urusan politik. Ini bertitik tolak daripada sejarah pengalaman Barat yang akhirnya untuk mereka maju ke depan, mereka perlu memisahkan urusan agama daripada urusan politik dan mengamalkan dasar sekularisme. Natijahnya, jadilah agama itu tidak lebih daripada bersifat individual . Oleh itu terserahlah pada diri masing-masing untuk menentukan agama dan kepercayaan diri mereka. Kami akan menghormati anda.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, agama tidak bermaksud kepercayaan semata-mata. Agama juga melibatkan amalan. Agama mungkin dilihat oleh mereka sebagai budaya atau tradisi atau sesuatu ciptaan manusia atau sesuatu untuk mengawal tingkah laku manusia ke arah yang lebih baik. Namun, bagi kita, agama adalah seuatu yang diturunkan oleh Tuhan selaku pencipta alam . Tuhan yang menentukan cara yang betul untuk patuh dan tunduk pada perintah-Nya yang disampaikan melalui rasul-rasul-Nya. Agama Islam adalah sesuatu yang bukan dicipta sendiri oleh manusia. Ia juga bukan dicipta oleh Nabi Muhammad SAW. Melalui kefahaman saya, nama Islam itu sendiri diberi oleh Allah. Adalah sesuatu yang tidak benar sesetengah dakwaan bahawa kita tidak tahu nama agama kita mahupun nama agama kita ini diberikan oleh orang lain. Sesetengah pihak mungkin mengatakan bahawa kita adalah Mohammadan, tetapi kita hendaklah menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan bahawa kita adalah Muslim.

Bagi sesetengah pihak, agama adalah simbol ketidakadilan disebabkan pengalaman mereka. Maka mereka melihat pihak yang cuba membawa agama ke dalam politik sebagai pihak yang akan mengulangi kesilapan lampau yang dialami oleh mereka dan keadaan ini akan mengakibatkan ketidakadilan berlaku.

Namun, kita hendaklak tahu bahawa dalam sejarah agama kita, agamalah yang membawa keadilan. Daripada hasil tradisi keilmuan kitalah, Barat mampu keluar dari zaman gelap.

Agama Islam adalah agama ilmu. Sebab itulah sesiapa yang mengatakan bahawa agama kita tidak benar, mereka hendaklah membawa bukti yang kukuh, yang mana mereka masih gagal untuk melakukannya. Bukti yang dibawa tidak lebih daripada hasil salah faham mereka sendiri.

Terma negara Islam membawa persepsi buruk pada masa kini. Persepsi ini cuma boleh dihilangkan melalui kefahaman yang benar dan merujuk kepada golongan yang lebih tahu atau mereka yang ahli dalam soal ini. Ekstrim bukanlah cara kita. Segala tindakan kita adalah berasaskan ilmu.
Maka, sama-samalah kita untuk menuntut ilmu.

Ditulis oleh :
-Mohd Arif Syafiq.-


Diterjemah oleh :
F-2,
Fellow Penyelidik,
Sekolah Massa.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.