Peranan Hadis dalam Menjelaskan Al-Quran

by June 29, 2015 0 comments
BAB 1 : PENGENALAN
            Dalam menjalani urusan kehidupan di dunia ini, sebagai umat islam, kita mempunyai garis panduan yang telah ditetapkan. Dengan mengikuti garis panduan ini, kita dapat memastikan diri kita berjaya dalam menghadapi segala ujian dari Allah s.w.t serta mendapat ganjaran yang baik dari Allah s.w.t iaitu balasan syurga.

            Kita menjadikan dua sumber utama sebagai rujukan kita iaitu al-Quran dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Ayat al-Quran mempunyai keunikannya tersendiri, dan ada diantara ayat ini memerlukan penjelasan daripada Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa penjelasan daripada baginda, terdapat banyak perkara yang tidak dapat diketahui dan difahami oleh manusia. Situasi ini merupakan suatu bukti nyata bagi sesetengan golongan yang menolak hadis dan hanya berpegang kepada al-Quran semata-mata. Mereka lupa bahawa al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w dan baginda yang menerangkan segala aspek yang perlu difahami oleh kita yang terdapat dalam al-Quran.
Sedangkan nabi muhammad sendiri sudah berpesan agar kita berpegang teguh kepada al-Quran agar tidak termasuk dalam golongan orang yang sesat.
            Maka,dalam penulisan ini, saya cuba memberi contoh-contoh yang releven tentang bagaimana hadis menjelaskan isi kandungan al-Quran dan hukum-hakam dalam al-Quran. Isi-isi dalam penulisan ini dirujuk pada penulisan ulama seperti Imran Nazar Hossein, fatwa yang dipaparkan oleh pihak berautoriti di Malaysia, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) serta ilmuan tempatan iaitu Dr.Zaharuddin Rahman.
Semoga dengan usaha saya yang kecil ini dapat memberi gambaran yang baik berkenaan perkaitan erat antara al-Quran dan hadis.

BAB 2 : HADIS MENJELASKAN AL-QURAN

            Umumnya kita tahu peranan hadis adalah menjelaskan isi kandungan al-Quran serta ayat-ayatnya berkenaan sesuatu perkara dengan lebih terperinci. Sebagai memberi contoh yang pertama, saya mengambil Ayat al-Quran berkenaan Riba, dan hadis yang menjelaskan berkenaan riba dengan secara terperinci agar dapat difahami oleh umat islam. Pemahaman terperinci berkenaan subjek-subjek dalam al-Quran amatlah penting bagi memastikan setiap perbuatan kita tidak mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.



1.(a). AYAT AL-QURAN BERKENAAN RIBA :


Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.
(Surah Ar-Rum 30 : 39)






 1.(b).HADIS YANG MENJELASKAN BERKENAAN RIBA :

a.)  Abdullah Ibn Hanzala telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Satu dirham (syiling perak) riba, yang mana diterima oleh seseorang sedangkan dia mengetahui (ianya adalah riba), adalah lebih buruk dari melakukan zina sebanyak tiga puluh enam kali.(Ahmad) Baihaqi menyampaikannya, dari Ibn Abbas, dengan tambahan bahawa Nabi seterusnya bersabda: Neraka adalah lebih sesuai dari mereka yang dagingnya dibesarkan dengan apa yang haram.Abu Hurairah telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Pada malam aku dinaikkan kelangit, aku bertemu dengan manusia yang perutnya seperti rumah yang dipenuhi dengan ular-ular yang mana boleh dilihat dari luar perutnya. Aku bertanya kepada malaikat Jibrail siapakah mereka dan Jibrail menberitahuku bahawa mereka adalah manusia yang telah memakan riba.
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


 b.) Abu Huraira telah berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda: Riba terdiri dari tujuh puluh jenis yang berbeza dan yang paling kurang bahayanya adalah bersamaan dengan seorang lelaki mengahwini (iaitu melakukan hubungan jenis) dengan ibunya sendiri.
(Ibn Majah, Baihaqi)

           
            Berdasarkan dua contoh hadis yang menjelaskan berkenaan riba dalam ayat al-Quran, kita akan dapat memamahi dengan lebih mendalam akan bahaynya riba serta kita lebih jelas berkenaan kedudukan manusia yang mengamalkan riba di sisi Allah s.w.t. Selepas mengetahuinya, kita akan lebih berwaspada serta memastikan diri kita tidak terjeremus ke dalam perkara yang di larang dan mengundang azab sika dari Allah s.w.t.




2.(a). AYAT AL-QURAN BERKENAAN BERSYUKUR


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
(Surah al-Baqarah 2 : 172 )


2.(b).HADIS BERKENAAN BERSYUKUR
Ali telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Jika seseorang berpuas hati
dengan sedikit nikmat dari Allah, Allah akan berpuas hati dengan beberapa amalan
baik daripadanya.
(Baihaqi)

            Seperti contoh pertama iaitu berkenaan dengan riba,contoh yang seterusnya menjelaskan berkenenaan mereka yang bersyukur dengan setiap rezeki yang diperolehi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Dan penjelasan yang lebih mendalam diberitahu dalam hadis bahawa sekiranya kita tetap bersyukur walaupun mendapat rezeki yang sedikit, maka Allah s.w.t akan berpuas hati dengan amalan kita walaupun sedikit. Ini bukanlah bermakna kita hanya perlu sedikit beramal, bahkan ianya satu khabar gembira kepada hambaNya bahawa Allah akan menerima amalan mereka yang bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi dalam hidup.

3.(a) AYAT AL-QURAN BERKENAAN MEMAKAN MAKANAN HALAL




Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Sura al-Baqarah 2 : 168)



3.(b).HADIS BERKENAAN MEMAKAN MAKANAN HALAL

Jabir telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Daging yang membesar
dengan apa yang haram tidak akan memasuki syurga, sebaliknya neraka lebih sesuai
untuk semua daging yang membesar dari apa yang haram itu.
(Ahmad, Darimi, Baihaqi)


Abu Bakr telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Tiada tubuh badan
yang telah diberi makan dengan apa yang haram akan memasuki syurga.
(Baihaqi)


           
            Di sini kita dapat lihat lagi contoh bahawa hadis menjelaskan lagi dengan lebih terperinci berkenaan pentingnya memakan makanan yang halal. Hal ini disebabkan bahawa mereka yang memakan makanan yang haram tidak dapat memasuki syurga. Ini suatu amaran supaya kita menjauhi dari mengambil makanan yang haram. Sekiranya sudah terlanjur, maka haruslah kita berhenti dari memakannya serta memohon ampun dari Allah s.w.t.





4.(a). AYAT AL-QURAN BERKENAAN HUTANG :


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih okum kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan okum sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Baqarah 2 : 282)





4.(b). HADIS BERKENAAN HUTANG

Sumarah telah berkata: Nabi bertanya: Adakah sesiapa dari puak-puak ini hadir? Tiada siapa yang menjawab. Baginda bertanya lagi. Tiada siapa menjawab. Kemudian baginda bertanya lagi. Kemudian seorang lelaki berkata: Saya disini wahai Nabi. Baginda bertanya: Apakah yang menghalang kamu dari menjawab dua kali (pertanyaan)? Aku mahu memberitahu kamu sesuatu yang baik. Sahabat kamu telah dihalang dari memasuki syurga kerana mempunyai hutang. Kemudian aku lihat hutang tu telah dibayar (oleh kamu) dan tiada siapa yang tinggal untuk menuntut apa-apa darinya.
(Abu Daud)


          Keempat-empat contoh diberikan sebagai menunjukkan bagaimana kedudukan hadis  dalam menjelaskan perkara-perkara seperti riba,bersyukur,hutang dan memakan makanan yang halal. Aspek-aspek yang dijelaskan dalam hadis itu,tidak mungkin dapat diketahui oleh manusia tanpa diberitahu oleh Nabi Muhammad s.a.w. Disinilah kita dapat lihat peranan utama hadis dalam memperincikan perkara-perkara yang terkandung dalam al-Quran.










BAB 3 : HADIS MENJELASKAN HUKUM DALAM AL-QURAN
1.HUKUMAN REJAM BAGI MEREKA YANG MELAKUKAN ZINA
            Dalam al-Quran,terdapat ayat-ayat yang memerintahkan manusia agar menunaikan solat,puasa,zakat, dan haji secara umum.Ayat berkenaan hukum-hakam  dijelaskan dengan terperinci dalam hadis. Sebagai contoh berkenaan zina. :


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Surah al-Isra’ 17 : 32)

Penjelasan dari hadis :

 Imran bin Husin melaporkan, “Seorang wanita dari puak Juhainah yang sedang hamil kerana berzina okum berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Wanita itu berkata, ‘Wahai Rasulullah. Saya sudah berzina dan wajib kena okum hudud. Jalankanlah hukuman itu kepada saya.’ Nabi Muhammad memanggil penjaga wanita itu dan berpesan kepadanya, ‘Layanlah beliau dengan baik. Bila beliau sudah melahirkan anak, bawalah beliau ke sini.’ Penjaga wanita itupun melaksanakan perintah nabi. Sesudah wanita itu melahirkan anak, dibawanya berjumpa Rasulullah. Rasulullah memerintahkan supaya diikat baju pada tubuh wanita itu supaya tidak terbuka aurat semasa direjam. Kemudian beliau pun direjam. Sesudah beliau meninggal dunia, Rasulullah menyembahyangkan jenazahnya.”                                             (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim.)



            Hadis di atas menjelaskan berkenaan pelaksaan hukuman bagi mereka yang melakukan kesalahan zina, iaitu dihukum dengan rejam sampai mati. Dan diberi penekanan tentang wanita itu haruslah melahirkan bayinya terlebih dahulu, dan aurat wanita itu perlulah dijaga semasa hukuman zina dilaksanakan. Rasulullah menyembahyangkan jenazahnya kerana wanita itu telah menerima hukuman yang sesuai dengan kesalahannya dan ini menunjukkan Allah sudah mengampunkan dosanya kerana dosa zina telah dihukum dengan hukuman yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Perlu kita beri perhatian bahawa Rasulullah enggan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang sehinggalah hutang itu langsai. Maka,perbuatan Rasulullah menyembahyangkan jenazah itu boleh dilihat sebagai memberi suatu isyarat berkenaan pengampunan dosa dari Allah s.w.t kepada wanita tersebut.

2.HUKUMAN POTONG TANGAN BAGI MEREKA YANG MENCURI

            Dalam ayat al-Quran telah dijelaskan berkenaan hukuman bagi mereka yang  mencuri iaitu :


Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Ma’idah 5 : 38)

Penjelasan  dari  Hadis :

a.)Berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Aisyah R.A. maksudnya, “Dipotong tangan pencuri yang mencuri dengan kadar ¼ dinar dan lebih”

b.)hadis riwayat Ahmad, At Tirmizi dan Ibn Majah daripada Ibn Umar, “Nabi pernah memotong tangan pencuri perisai yang mana harganya tiga dirham”.

c.)Berdasarkan hadis riwayat Amr ibn Syuib, “Tidak dipotong tangan orang yang mencuri barang yang nilainya kurang daripada 10 dirham”.

            Di atas dijelaskan dalam hadis berkenaan hukum yang lebih terperinci untuk memembolehkan seseorang itu dikenakan hukum potong tangan. Seterusnya, perkara yang lebih daripada itu akan ditentukan syarat-syaratnya oleh ulama yang pakar dalam bidang tersebut agar hukuman yang dilaksanankan itu selari dengan syariat islam. Kita harus lihat bahawa dalam hadis meletakkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi,bukanlah apabila seseorang itu mencuri,tangannya terus dipotong. Mengapa seseorang itu mencuri, barang siapa yang dicuri, bagaimanakah keadaan atau cara barang itu diletakkan atau disimpan, nilai barangan itu serta keadaan diri seseorang itu perlu dilihat secara keseluruhannya.

3. BERPUASA
            Ayat al-Quran menerangkan berkenaan kewajipan berpuasa bagi umat islam, sebagaiman umat-umat terdahulu berpuasa :

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah 2 : 183)

Penjelasan dari Hadis :

Antara kemulian bulan-bulan haram ini ialah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan? Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram).
 (Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah.)



            Hadis di atas memberi tambahan maklumat berkenaan puasa-puasa tambahan selain dari puasa Ramadhan yang diwajibkan ke atas umat islam iaitu puasa pada bulan haram iaitu Zulkaedah , Zulhijjah , Muharram dan Rejab. Hal ini menjelaskan kepada kita berkenaan bulan-bulan haram yang lain terdapat amalan sunat untuk berpuasa.

4. HUKUMAN BAGI MURTAD
           

Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.
(Surah ’Ali ’Imran  3 : 90)

Penjelasan dari hadis :
Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya”

( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)



            Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa hukuman bagi mereka yang murtad adalah dihukum bunuh. Soal perbezaan pendapat berkenaan pelaksaan hukuman tersebut bukanlah menjadi fokus pada penulisan ini.





BAB 4 : CONTOH FUNGSI MENJELASKAN HUKUM AL-QURAN

            Terdapat pelbagai fungsi perlunya hadis dalam menjelaskan hukum al-Quran. Hal ini kerana, hadis memainkan peranan utama dalam menjelaskan perkara yang berkaitan dengan dengan undang-undang Allah yang turun secara umum. Antara perkara yang diturunkan secara umum ialah berkenaan solat,puassa,zakat dan haji. Walaubagaimanapun untuk mematuhi perintah ini kita perlu merujuk kepada hadis.
            Contohnya berkenaan cara menunaikan solat. Bagaimankah cara yang betul untuk menunaikan solat fardhu, serta apakah waktu-waktunya dan bagaimanakah berkenaan syarat sah serta syarat yang mewajibkan seseorang itu perlu menunaikan solat fardu. Selain itu, manusia umumnya sentiasa bergiat dengan aktif dalam menjalani urusan dunia, pada masa yang sama, ada yang tua, uzur, sakit dan mempunyai masalah yang lain seperti mengalami kecederaan pada bahagian-bahagian tertentu. Maka, hadis berperanan menjelaskan pelbagai persoalan yang timbul bagi membantu umat islam untuk melakukan ibadat yang sah, sempurna agar diterima oleh Allah s.w.t.

            Seterusnya, sekiranya seseorang itu tidak melihat kepada hadis, hanya merujuk kepada al-Quran, maka pelbagai kekeliruan boleh timbul, terutamatanya dari soal hukum hakam seperti hukum riba, berjual-beli,hutang, zina, mencuri , membunuh . Tanpa dipandu oleh hadis dalam meletakkan hukuman yang adil dan sesuai bagi perkara-perkara dalam urusan seharian manusia, maka kita boleh terdedah kepada melanggar perintah Allah s.w.t.

            Dalam pada itu, disinilah fungsi hadis iaitu menjelaskan perkara-perkara yang kita sebagai umat islam mungkin terkeliru dalam soal-soal tertentu. Hakikatnya, dengan berpandukan kepada hadis dalam melaksanakan urusan kita, kita secara langsung sudah mengikuti sunnah Rasullah s.a.w. Kita umumnya sudah tahu bahawa seseorang yang mentaati Rasulullah itulah orang yang mentaati Allah s.w.t kerana baginda mengajar cara-cara untuk hidup berjaya di dunia dan akhirat, iaitu hidup sentiasa dalam keredhaanNya.

BAB 5 : KESIMPULAN

            Sebagai seorang yang manganut agama islam, kita sudah tentu berusaha untuk memastikan bahawa hidup kita adalah berlandaskan syariat islam. Maka al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t dan disampai oleh nabi Muhammad s.a.w kepada kita semua umatnya. Dalam pada itu, nabi Muhammad sendiri memainkan peranan dalam menjelaskan pelbagai persoalan yang timbul dalam kalangan sahabat serta masyarakat yang hidup sezaman dengan baginda s.a.w. Hal ini penting kerana tanpa penjelasan dari nabi Muhammad s.a.w, mustahil untuk kita mengetahui cara yang betul bagi melaksanakan sesuatu amal ibadat mahupun melihat sama ada  pelaksanaan sesuatu urusan itu contohnya jual beli, adakah bercanggah dengan ajaran islam mahupun tidak. Penjelasan dalam penulisan ini memberi contoh-contoh agar kita mengetahui dengan pasti kepentinga hadis dalam menjelaskan isi kandungan serta hukum-hakam dalam al-Quran.
            Sebagai penutup bicara, umat islam hendaklah mendalami ilmu hadis dengan sedalamnya agar kita dapat memastikan diri kita sentiasa berada pada jalan yang benar dan tidak termasuk dalam golongan yang sesat.Sekiranya tidak tahu berkenaan selok-belok hadis, maka rujuklah pada ulamak yang arif dalam ilmu hadis ini. Dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah, dengan izin Allah kita pasti akan termasuk dalam golongan mereka yang terselamat di dunia dan di akhirat.
(2550 Patah Perkataan)


RUJUKAN / REFERENSI
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

1.  Imran Nazar Hossein.(1997), The Prohibition of Riba in The Quran and Sunnah. Kuala Lumpur : Ummavision.

2.  Imran Nazar Hossein.(1997), Larangan Riba di dalam Al-Quran dan Sunnah. Kuala Lumpur : CS Multi Print.

3.  JAKIM.(2014), Kekeliruan Tentang Hukum Rejam Bagi Penzina Yang Telah Berkahwin. Dimuat turun pada 10 Mac 2015 daripada

4. JAKIM.(2013), Sambutan Tahun Baru Hijrah dan Keistimewaan Bulan Muharram. Dimuat turun pada 10 Mac 2015 daripada

5. Zaharuddin Rahman.(2006), Diskusi Hukuman Jenayah Murtad. Dimuat turun pada 10 Mac 2015 daripada

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.