KONSEP MAS KAHWIN DALAM ISLAM DAN PENGAMALANNYA

by November 30, 2016 0 comments
PENGENALAN
           
            Penulisan ini akan membicaran tentang salah satu perkara yang penting dalam perkahwinan iaitu mas kahwin. Setiap daripada kita mempunyai keinginan untuk hidup berpasangan dan mempunyai nafsu yang merupakan salah satu fitrah seorang manusia. Nafsu yang terdapat pada diri kita perlukan disalurkan dengan cara yang betul, agar tidak berlaku kemudaratan kepada diri sendiri, dan juga pada orang lain. Dalam aspek perkahwinan perkara yang perlu kita tahu ialah hal berkenaan mas kahwin. Apakah itu mas kahwin? Apakah hukum memberikan mas kahwin? Dan apakah peranan mas kahwin dalam islam? Itu semua antara perkara-perkara yang perlu kita ketahui sebelum berkahwin dengan seseorang.

            Seterusnya, pada bab kemudian, akan dibicarakan pula tentang perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai mas kahwin, ataupun dipanggil dengan nama lain iaitu mahar perkahwinan. Terlintas pula pada fikiran kita, apakah perkara yang minimun yang boleh digunakan sebagai mas kahwin? Adakah semua perkara dalam dunia ini dapat dijadikan sebagai mas kahwin, atau ada ciri-ciri yang melayakkan sesuatu barangan itu dijadikan sebagai mas kahwin atau mahar perkahwinan? Siapa pula pula yang bertanggungjawab memberi mas kahwin, lelaki atau perempuan dan siapa pula yang menetapkan nilai sesuatu mas kahwin atau apa yang akan dijadikan sebagai mas kahwin tersebut, merupakan isi yang akan diterangkan pada bab dalam penulisan ini.

            Sebagai permulaan ingin saya jelaskan serba ringkas tentang perbezaan mas kahwin atau mahar perkahwinan dengan wang hantaran. Apakah kedua-duanya perkara yang sama? Saya lihat,  ada yang keliru dan menganggap ianya perkara yang sama. Oleh kerana bab seterusnya akan membahaskan tentang mahar perkahwinan, maka di sini cukuplah saya mengatakan bahawa wang hantaran tidak sama dengan mahar perkahwinan. Wang hantaran hanyalah adat orang melayu.


BAB 1 : PENGERTIAN MAS KAHWIN/ MAHAR PERKAHWINAN


            Apakah yang diertikan sebagai mahar? Secara umumnya, menurut kamus dewan edisi ke-4, mahar ialah pemberian yang diwajibkan daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan ianya juga dinamakan dengan mas kahwin. Manakala mahar dari segi istilah fiqh pula membawa maksud yang lebih terperinci iaitu sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di antara keduanya. Hukum memberikan mahar perkahwinan adalah wajib berdasarkan dalil.:

   فَالْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya: Carilah sesuatu meskipun sebentuk cincin besi.
[Riwayat Al-Bukhari (5121)] 



وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Maksudnya :  Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

[Surah An Nisa, Ayat 4]




Maksud ayat 4 ini ditujukan untuk suami dan juga wali bagi pihak perempuan yang akan dikahwini. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t memerintahkan kepada kita untuk memberikan mahar kepada wanita iaitu bakal isteri sebagai pemberian secara sukarela. Perintah ini membawa maksud kewajiban yang perlu dilaksanakan sebagai seorang suami. Namun, sekiranya isteri bermurah hati, lalu memberikan secara ikhlas  mahar tersebut sama ada sedikit, banyak atau semua, maka suami atau pun wali boleh menggunakan mahar tersebut.  Harus diingatkan bahawa mahar perkahwinan adalah hak isteri dan tidak boleh diambil atau digunakan tanpa izin isteri terlebih dahulu.

نِحْلَةً  dalam ayat tersebut walaupun membawa makna  pemberian secara sukarela. Tetapi harus kita tahu bahawa ianya dijadikan sebagai sesuatu kewajiban. Mengapa? Hal ini adalah kerana penggunaan kata tersebut, membawa maksud bahawa ketika suami memberikan mahar kepada isterinya, maka pemberian itu adalah diberi secara sukarela dan penuh keikhlasan dalam jiwa suami. Pemberian yang diberi, sebagai suami, tiada di dijiwanya perasaan tidak rela, atau terpaksa ketika memberi mahar tersebut, itulah hikmah memberi mengikut kemampuan daripada suami.

            Sebagai tambahan, walaupun ada hadis :

Sebaik-baik wanita adalah yang paling murah maharnya

            Ini tidak membawa maksud bahawa  pihak suami memberikan mahar sesuka hati. Hadis ini sebenarnya lebih ditujukan kepada pihak perempuan atau walinya agar tidak memyukarkan pembayaran mahar dengan meninggikan harga, sehingga menimbulkan kesukaran bagi pihak lelaki untuk membayar mahar tersebut. Dan ia juga memberikan mesej kepada pihal lelaki, sekiranya wanita yang ingin dikahwini itu meletakkan mahar yang tinggi sehingga timbul kesukaran, maka sekiranya tiada jalan lain, carilah wanita lain yang mahar perkahwinan yang ditetapkan, sesuai dengan kemampuan lelaki tersebut.


BAB 2 : BENTUK PEMBERIAN MAS KAHWIN DALAM ISLAM

            Seterusnya kita akan pergi kepada bentuk-bentuk pemberian mas kahwin dalam islam. Maka sudah tentu untuk mendapatkan contoh yang terbaik, kita pergi kepada sejarah nabi muhammad s.a.w tentang mas kahwin baginda dan juga para sahabat serta mereka yang berada di zaman baginda. Mas kahwin boleh datang dalam beberapa bentuk seperti objek bernilai berupa baju perang, cincin, wang serta  ilmu.

            Berikut merupakan beberapa hadis yang dipilih untuk memberi gambaran yang jelas tentang beberapa bentuk pemberian mas kahwin :


A. MAS KAHWIN DALAM BENTUK WANG IAITU 200 DIRHAM

1. Apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hadrad al-Aslami bahwa dia datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk meminta fatwa tentang wanita, maka beliau bertanya: “Berapa engkau memberi mahar kepadanya?” Ia menjawab: “Dua ratus dirham.” Beliau bersabda:

لَوْ كُنْتُمْ تَغْرِفُوْنَ مِنْ بَطْحَاءَ مَا زِدْتُمْ.

Maksudnya : “Seandainya kalian mengambil dari Bathha’, niscaya kalian tidak menambah.”

[HR. Ahmad (no. 15279), dan sanadnya shahih]





B. MAS KAHWIN DENGAN MEMBERIKAN DIDIKAN IAITU BACAAN AL-QURAN

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad as-Sa’idi Radhiyallahu anhu, ia mengatakan, “Aku berada di tengah kaum di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba seorang wanita berdiri lalu mengatakan: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia menghibahkan dirinya kepadamu, maka bagaimana pendapatmu mengenainya?’ (Dalam riwayat Malik: “Sesungguhnya aku menghibahkan diriku kepadamu”). Beliau tidak menjawabnya sedikit pun. Kemudian ia berdiri kembali lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, dia menghibahkan dirinya kepadamu, maka bagaimana pendapatmu mengenainya?’ Beliau tidak menjawabnya sedikit pun. Kemudian dia berdiri untuk ketiga kalinya lalu berkata: ‘Dia telah menghibahkan dirinya kepadamu, maka bagaimana pendapatmu mengenainya?’ Lalu seorang pria berdiri dan mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, nikahkanlah aku dengannya?’ Beliau bertanya, ‘Apakah engkau mempunyai sesuatu?’ Ia menjawab: ‘Tidak.’ Beliau bersabda: ‘Pergilah, lalu carilah walaupun cincin yang terbuat dari besi!’ Ia pun pergi dan mencari, kemudian datang seraya mengatakan: ‘Aku tidak mendapatkan sesuatu, dan tidak pula mendapatkan cincin dari besi.’ Beliau bertanya: ‘Apakah engkau hafal suatu surat dari al-Qur-an?’ Ia menjawab: ‘Aku hafal ini dan itu.’ Beliau bersabda: ‘Pergilah, karena aku telah menikahkanmu dengannya, dengan mahar surat al-Qur-an yang engkau hafal.'”

[HR. Al-Bukhari (no. 5149) ]





C. MAS KAHWIN DENGAN MEMBERIKAN EMAS

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bahwa ‘Abdurrahman bin ‘Auf menikahi seorang wanita dengan mahar seberat biji(emas). Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat keceriaan pengantin (padanya) lalu bertanya kepadanya, maka dia menjawab: “Aku menikahi seorang wanita dengan mahar seberat biji (emas).” Dalam riwayat lain bahwa ‘Abdurrahman bin ‘Auf menikah dengan mahar seberat biji emas.


[HR. Al-Bukhari (no. 5148)]


D. MAS KAHWIN DENGAN MEMBERIKAN BAJU BESI

Imam Abu Dawud meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiyallahu anhuma, ia mengatakan, “Ketika ‘Ali menikah dengan Fathimah Radhiyallahu anhuma dan hendak menggaulinya, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Berikanlah sesuatu kepadanya.’ Ia mengatakan, ‘Aku tidak mempunyai sesuatu.’ Beliau bertanya, ‘Di mana baju besimu (دِرْعُكَ)?’ Lalu ia memberikan baju besinya kepada Fathimah,
kemudian menggaulinya.'” 

[HR. Abu Dawud (no. 2126)]







E.  ISLAM DIJADIKAN SEBAGAI MAS KAHWIN

Imam an-Nasa-i meriwayatkan dari Tsabit, dari Anas, ia mengatakan, “Abu Thalhah meminang Ummu Sulaim, maka ia mengatakan, ‘Demi Allah, wahai Abu Thalhah, orang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi engkau adalah seorang kafir, sedangkan aku wanita muslimah, dan tidak halal bagiku menikah denganmu. Jika engkau masuk Islam, maka itulah maharku dan aku tidak meminta selainnya.’ Lalu Abu Thalhah masuk Islam, dan itulah maharnya. Tsabit berkata: “Aku tidak mendengar seorang wanita pun yang lebih mulia maharnya daripada Ummu Sulaim, yaitu Islam. Lalu Abu Thalhah menggaulinya, dan dia
melahirkan anak untuknya.”

[HR.An-Nasa-i (no.3341)]


F. TEPUNG GANDUM ATAU KURMA SEBAGAI MAS KAHWIN

Abu Dawud meriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اسْتَحَلَّ فَقَدِ تَمْرًا أَوْ سَوِيْقًا كَفَّيْهِ مِلْءَ امْرَأَةٍ صَدَاقِ فِيْ عْطَى أَ مَنْ
Maksudnya : “Barangsiapa yang memberi tepung gandum atau kurma sepenuh dua telapak tangannya untuk mahar seorang wanita, maka halal baginya untuk menggaulinya.”

[HR.Muslim(no.1405)]




G. SELIPAR SEBAGAI MAS KAHWIN

Imam at-Tirmidzi meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah bahwa seorang wanita dari Bani Fazarah menikah dengan mahar sepasang sandal. Yakni, mahar dari suaminya berupa sepasang sandal yang dipakainya di kedua kakinya. Sepertinya suaminya adalah tukang sepatu. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya: “Apakah engkau ridha terhadap diri dan hartamu dengan sepasang sandal?” Ia menjawab: “Ya.” Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam membolehkannya


[HR.At-Tirmidzi(no.1113)]


            Maka dengan contoh beberapa hadis yang diberi, dapatlah kita lihat bentuk-bentuk mahar dalam islam seperti wang emas, perak, hafal bacaan al-Quran, baju besi iaitu baju yang digunakan untuk melindungi diri semasa berperang, si lelaki masuk islam sebagai mahar bagi wanita islam, tepung gandum atau kurma iaitu makanan ruji, dan juga selipar sebagai mas kahwin. Hal ini ini dibenarkan kerana kedua-keduanya bekerja sebagai tukang sepatu, iaitu yang membuat dan membaiki selipar atau kasut. Dalam bahasa sekarang dipanggil tukang kasut. Berdasarkan hadis-hadis yang diberi, dapatlah kita lihat bahawa yang menjadi dasar utama kepada pemberian mahar atau mas kahwin tersebut adalah kemampuan pihak lelaki untuk memberikan mahar, serta kerelaan pihak wanita menerima mahar tersebut. Bentuk-bentuk mas kahwin yang ditunjukkan semasa zaman nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh universal kepada soal mas kahwin hatta di zaman kita. Yang penting ialah memberikan mas kahwin mengikut kemampuan, dan kebiasaan pada masa kini, mas kahwin atapun mahar perkahwinan diberi dalam bentuk wang tunai.


BAB 3 : PERBEZAAN KADAR MAS KAHWIN ANTARA NEGERI DI MALAYSIA





            Gambar rajah di atas menunjukkan mahar yang telah ditetapkan oleh setiap negeri oleh pemerintah negeri masing-masing. Negeri yang tidak meletakkan mahar atau pun dipanggil sebagai mas kahwin ialahtersebut ialah Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. Sebagai pandangan peribadi saya fikir,mahar yang ditetapkan perlulah ditingkatkan sesuai dengan nilai terkini. Hal ini disebabkan oleh nilai mata wang yang semakin menyusut sungguhpun perkahwinan yang murah marah adalah perkahwinan yang baik, ianya tidaklah bermaksud membayar semurah mungkin. Bahkan ia membawa maksud bahawa membayar mahar dengan harga mengikut kemampuan, dalam erti kata lain, murah berdasarkan kemampuan pihak lelaki yang membayar mahar, bukannya membayar murah dalam erti sengaja memurah-murahkan walaupun berkemampuan membayar dengan lebih berpatutan.

            Walau bagaimanapun, kita tidaklah perlu mempersoalkan dan mempertikaikan dan merumitkannya kerana autoriti iaitu pemerintah berhak menetapkan kadar mas kahwin yang sesuai mengikut perkiraan mereka. Itu adalah atas kebijaksanaan pemerintah dan ilmuan yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab tersebut. Mereka lebih arif dengan keadaan masyarakat negeri mereka, dan sudah tentu, pada hemat saya, antara hikmah ditetapkan mahar yang rendah itu agar sesiapaun yang berada di dalam negeri tersebut, berkemampuan untuk berkahwin, dengan membayar mahar sesuai dengan harga yang telah ditetapkan oleh pemerintah.. Hal ini kelihatannya sangat bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Carilah (mas kahwin) walaupun sebentuk cincin besi” yang telah saya petik dalam bab yang sebelum ini. Beberapa negeri yang tidak menetapkan kadar mas kahwin adalah disebabkan mereka umumnya mengikut pengetahuan saya, mereka menggabungkan sekali mas kahwin dengan wang hantaran.




             Tambahan, disamping tidak menetapkan kadar mahar, Kelantan telah membenarkan Dinar Emas boleh dijadikan sebagai mas kahwin. Selain itu, pada Majlis Nikah Perdana 2010 peringkat negeri Kelantan, seramai 100 pasangan dinikahkan secara percuma kerana segala kos perbelanjaan makan,pakaian dan sebagainya adalah ditanggung oleh kerajaan negeri Kelantan. Seterusnya, dari sudut negeri yang tidak menetapkan kadar mahar, hikmahnya ialah ini dapat dijadikan sebagai satu peluang dan ruang  bagi membuat pilihan berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri dan ada yang  menjadikan senahkah al-Quran sebagai mas kahwin.

             Ini kerana, Al-Quran merupakan lambang yang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan yang lain boleh dilihat sebagai simbolik kesediaan suami untuk membimbing isterinya dalam melayari bahtera perkahwinan berlandaskan syariat islam yang luhur. Ini juga boleh dilihat sebagai kesediaan suami iaitu dirinya sudah mempersiapkan diri menghadapi cabarang rumah tangga yang sudah tentunya memerlukan rujukan kepada al-Quran sebagai penyelesaian yang terbaik. Kita juga dapat lihat keadaaan al-Quran dijadikan mas kahwin dengan izin Allah, akan mendapat keberkatan seandainya pasangan tersebut dapat mengamalkan segala isi kandungan di dalam al-Quran sepanjang hidup berumah tangga bersama selepas akad nikah..




BAB 4 : KELEBIHAN DINAR EMAS SEBAGAI MAS KAHWIN

1. NILAI MAS KAHWIN KEKAL TERSIMPAN DALAM  DINAR EMAS KERANA BERNILAI INTRINSIK

            Antara kelebihan dinar emas ialah, ia berfungsi untuk menyimpan nilai. Berbeza dengan wang fiat, yang mana nilai wang itu berada di luar wang, dinar emas pula nilainya tersimpan di dalam dinar emas tersebut. Dalam bahasa lain, dipanggil mempunyai nilai intrinsik. Sebagai contoh, sekiranya, dua orang ingin menyimpan wang bernilai Rm 1 ribu ringgit. Seorang menyimpann 1 ribu ringgit dalam bentuk wang kertas, dan seorang lagi menyimpan dalam bentuk dinar emas. Katakanlah 10 tahun kemudian, berlaku kejatuhan nilai matawang negara. Dan berlaku keperluan untuk menggunakan wang simpanan mereka dengan segera. Maka kita fikirkan, siapakah di antara mereka berdua yang masih dapat menggunakan nilai 1 ribu yang disimpan 10 tahun yang lalu? Siapa pun akan tau bahawa emaslah yang tetap bernilai walau berapa ribu tahun berlalu sekalipun. Hatta negara sudah bertukar menggunakan matawang baru dan memansuhkan matawang lama ,kita pasti bahawa emas tetap laku. Namun wang kertas sudah tidak berguna lagi.

2.  MENGGEMBIRAKAN HATI ISTERI

            Memang wanita, umumnya gemarkan perhiasan, dan emas adalah sebaik-baik perhiasan yang digemari oleh wanita. Dengan memberikan dinar emas sebagai mas kahwin, wanita biasanya membayangkan kehidupan senang dan bahagia yang telah dipersiapkan oleh suami untuknya. Serta, isteri akan menghargai kesanggupan dan kerelaan suami menyediakan mahar yang cukup bernilai buat isteri. Ianya bukanlah kewajipan namun sekiranya berkemampuan, ianya sesuatu yang wajar dilakukan. Selain daripada ianya sebahagian daripada sunnah nabi kita. Tetapi sebagai peringatan. kita lakukanlah sunnah ini hanya sekiranya kita berkemampuan dan berikhtiar untuk melakukannya. Jangan pula dipaksakan ke atas diri hinggakan terbeban dengannya.




3. MENGGUNAKAN DINAR SEBAGAI MENGIKUT SALAH SATU SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

            Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham."
(HR. Muslim).

            Kita dapat lihat bahawa nabi Muhammad s.a.w menggunakan dirham sebagai mas kahwin kepada isteri baginda s.a.w. Penggunaan dinar sebagai mas kahwin, pada kefahaman saya, termasuklah menggunakan dirham juga. Maka menggunakan dinar dan dirham bagi yang berkemampuan, adalah salah satu tindakan untuk menghidupkan sunnah nabi kita s.a.w. Sekiranya ditanya mengapa menggunakan dinar atau dirham sebagai mas kahwin? Maka, memberi jawapan bahawa kita ingin mengikut dan menghidupkan sunnah nabi muhammad s.a.w, sudah memadai. Itu sudah menjadi alasan yang amat kukuh. Iaitu kita buat, kerana nabi kita buat. Dan ianya  merupakan sunnah nabi kita.


4.  PELABURAN BAGI ISTERI

            Seterusnya, dengan menjadikan dinar emas sebagai mas kahwin, isteri dapat menyimpannya sebagai pelaburan pasif, sekurang-kurangnya. Sekiranya kita meneliti perkembangan  nilai wang fiat dan dibandingkan dengan dinar emas, dapatla kita ketahui bahawai nilai dinar emas sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Walaupun ada ketika, nilai emas menurun, namun penurunannya bukanlah menjejaskan nilai emas itu kerana nilainya tetap tersimpan dalam emas itu.  Nilainya bersifat sentiasa meningkat. Hal ini disebabkan nilai wang fiat akan sentiasa turun. Ini boleh menjadi dorongan agar memulakan usaha menyimpan nilai wang mereka dalam bentuk dinar.



KESIMPULAN

            Sebagai penutup, wajarlah kita ketahui dengan serba ringkas bahawa selain daripada wajib memberi mas kahwin kepada isteri, mas kahwin merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh digunakan tanpa izin isteri, kita juga dapat lihat pelbagai bentuk mas kahwin yang diberi, sesuai dengan kemampuan pihak lelaki dan kerelaan isteri menerimanya. Secara keseluruhannya, dapatlah kita lihat bahawa islam amat menggalakkan perkahwinan kerana ianya dapat menjaga anggota badan serta kemaluan daripada melakukan maksiat ataupun lebih berat lagi, berzina.

            Selain itu, kita akur tentang ketetapan setiap pemerintah ke atas negeri masing-masing berkenaan dengan kadar mas kahwin yang ditetapkan. Bagi yang telah ditetapkan maharnya, maka memadailah dengan nilai yang ditetapkan sebagai mahar tersebut. Dan bagi negeri yang tidak ditetapkan, tetapkanlah niai sesama bakal pasangan, suatu nilai yang sesuai dengan kemampuan pihak lelaki dan bagi pihak wanita haruslah lihat kemampuan pihak lelaki sebelum menetapkan sesuatu nilai mahar agar tidak membebankan pihak lelaki, dan lebih buruk, menghalang dua insan yang ingin menyempurnakan salah satu daripada aspek yang menjadi teras kehidupan, iaitu mendirikan keluarga.

            Akhir sekali, kita dapat lihat secara ringkas, kelebihan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Selain daripada ianya merupakan salah satu sunnah nabi muhammad s.a.w, ianya juga mempunyai nilai intrinsik yang dapat menyimpan nilai wang tersebut selama-lamanya. Emas selama-lamanya bernilai. Sebagai pengakhir bicara, harus kita ingat bahawa hantaran yang murah adalah hantaran yang baik, iaitu ianya memudahkan semua pihak dan menenunjukkan bahawa kesediaan kedua-kedua belah keluarga untuk menjalinkan ikatan kekeluargaan.


             Maka, memudahkan soal mas kahwin juga boleh dilihat sebagai bonus yang dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak kerana memahami kemampuan pihak lelaki, disamping memberi isyarat kesudian dan kesungguhan untuk menjaha hubungan sesama muslim dan kesediaan untuk mengembangkan lagi umat islam yang akan berjuangkan menegakkan islam di muka bumi Allah.  Individu yang baik akan menghasilkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan menghasilkan masyarakat yang baik. Dan masyarakat yang baik akan menghasilkan sebuah negara yang baik. Dengan izin Allah.











APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
1. Zulkifli Mohamad al-Bakri.(2016). Isu Mahar : Penyelesaiannya. Dimuat turun pada 7 November 2016 daripada http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/581-bayan-linnas-siri-56-isu-mahar-penyelesaiannya
2. Muhammad al-Zuhaili.(n.d). Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Syria : Dar al-Qalam.
3. Anita Abu Hassan.(2012).Fahami Konsep Wang Hantaran. Dimuat turun pada 8 November 2016 daripada  http://www.sinarharian.com.my/nasional/fahami-konsep-wang-hantaran-1.116803
4. IKIM.(2016). Wajibkah Wang Hantaran? Dimuat turun pada 8 November 2016 daripada https://www.utusan.com.my/rencana/wajibkah-wang-hantaran-1.208221
5.Kitab Sahih Bukhari.



Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.