Words of God (terjemahan)

by March 30, 2015 0 comments
al-Quran mempunyai dua jenis ayat iaitu ayat muhkamat dan ayat mustasyabihat. Terdapat ayat-ayat Quran yang memerlukan penafsiran. Siapakah Ibn Abbas? Kita perlu tahu siapakah dia dan kebolehan yang dianugerahkan Allah untuknya. Terdapat penjelasan dan kupasan yang mendalam yang melibatkan tafsir dan ta’wil.

Terdapatnya mufassirun, ulama yang pakar dalam bidang tafsir al-Quran. Maka dengan sebab itulah adalah amat penting untuk kita mengetahui apa itu ilmu. Dengan mengetahui akan ilmu, kita akan tahu bahawa kita tidak sama. Sudah tentu dari aspek darah dan daging kita serupa tetapi tidak dari segi taqwa dan ilmu.

Contoh yang paling mudah ialah apabila kita sakit, siapakah yang akan kita jumpa? Jika kita ingin mengetahui sesuatu mengenai kereta, siapakah yang akan kita jumpa untuk mendapatkan maklumat? Sudah tentulah kita akan berjumpa dengan pihak yang pakar dan tahu. Dengan berjumpa dengan pihak ini, ia menunjukkan bahawa kita mengiktiraf kepentingan merujuk pihak yang betul untuk perkara tertentu. Begitulah juga dengan perkara berkaitan agama, kita hendaklah melakukan perkara yang sama.

Agama kita iaitu Islam ialah agama berasaskan ilmu dan apabila kita bercakap soal ilmu, ia melibatkan proses pembelajaran. Kita perlu belajar.

Sesetengah pihak mungkin mengatakan bahawa kita semua adalah sama dan mengapakah pihak yang sama dengan dirinya itu masuk campur antara hal Allah dengan dirinya.

Pihak ini mengatakan bahawa pihak yang sama dengan diri mereka itu cuba untuk menguatkuasakan undang-undang Tuhan. Dengan berkata demikian pihak ini juga mengatakan bahawa tiada siapa yang patut masuk campur antara hal dirinya dengan tuhan.

Persoalan utama yang perlu dibangkitkan ialah apakah konsep kita mengenai ketuhanan? Dengan mendakwa bahawa kita mempunyai agama dan mengamalkan agama, kita perlu bertanya lagi apakah asal agama kita? Siapakah yang menyebarkan agama yang kita amalkan? Sebagai Muslim, Nabi Muhammad SAW yang menyebarkan agama kita. Baginda dipilih oleh Allah, Tuhan alam ini.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, bukankah baginda telah menguatkuasakan undang-undang Tuhan di Madinah?

Maka adakah kita boleh berkata bahawa Rasulullah SAW masuk campur antara hal kita dengan Tuhan. Sudah tentu tidak.

Agama Islam bukan setakat berkisar mengenai cinta. Adakah sudah mencukupi jika kita hanya mendakwa bahawa kita mencintai-Nya? Sudah tentu tidak. Perbuatan dan amalan perlu menyusul. Jika kita mendakwa bahawa kita mencintai Allah SWT, maka kita perlu menyembah-Nya dengan cara yang Dia inginkan. Jika itu hakikatnya, maka bagaimana kita ingin menyembah-Nya sebagaimana yang Dia ingin kita sembahNya? Sudah tentulah melalui Rasulullah SAW.(dan dijelaskan oleh para ulama islam yang tulen ilmunya.)

Sesetengah pihak ingin mencintai Tuhan mengikut cara yang mereka inginkan. Disinilah punca masalah terjadi.

Apa itu Islam? Islam ialah menyerah diri. Penyerahan diri pada suruhan Allah SWT. Menyerah diri pada suruhan Allah menyerah diri(menerima) kata-kata-Nya. Apakah kata-kata Allah itu? Kata-kata Allah ialah al-Quran. Apabila kita menjadi Muslim, kita hendaklah mengakui setiap ayat dalam al-Quran sebagai kebenaran. Kita perlu menerima dan mengakuinya, samada kita memahaminya atau tidak, samada kita berasa selesa dengan kandungannya atau tidak, kita perlu menerimanya. Pemahaman boleh datang kemudian.

Bagaimanakah harus kita berhadapan dengan perkataan Allah?

Maka dengan itulah ilmu diperlukan untuk mendalami ayat-ayat Allah. Allah s.w.t mencabar kita untuk mencari kesilapan dalam al-Quran(jika berkeras ingin menolak kebenaran al-Quran). Sudah tentu kita tidak dan mustahil akan dapat mencari kesilapan dalam al-Quran. Kita hendaklah menuntut ilmu untuk memahami agama kita dengan sebenar-benarnya faham. Tuntutlah ilmu daripada orang yang memahaminya dengan betul.

Allah s.w.t jua yang menerangkan diri-Nya menggunakan perkataan-Nya. Dengan mengkaji perkataan-Nya, kita akan berjumpa dengan banyak perkara yang akan membawa kita lebih dekat dengan Allah SWT. Para ilmuan Islam telah mengkaji ayat-ayat Allah dan telah menulis banyak kitab bagi menerangkan kepada kita agar kita dapat memahami Islam dengan cara yang sepatutnya difahami.

Kesimpulannya, kita perlu mencintai Tuhan dengan cara yang Dia ingin kita cintakan-Nya, bukan dengan cara yang kita ingin cintakan-Nya.(bermaksud menyembahNya dengan cara yang Dia mahu kita sembahNya, bukan dengan cara yang kita mahu mengikut kehendak kita).

Apabila kita ingin patuh dan tunduk, maka patuh dan tunduklah dengan cara yang betul. Islam adalah agama ilmu. Oleh itu, pergilah mengkaji karya-karya ilmuan Islam yang telah mengkaji secara mendalam ayat-ayat Allah s.w.t.

Jangan menjadi seorang yang jahil. Rawatilah kejahilan dengan ilmu.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq
23 Mac 2015.
Diterjemah oleh :
F-2,
Stratefic Department,
Project X(temporary name).
30 Mac 2015.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.