Understanding of Religion Part.1 (terjemahan)

by March 22, 2015 0 comments
Salah satu negeri di Malaysia dalam proses untuk melaksanakan undang-undang Islam iaitu hudud. Samada ia berjaya mahupun tidak, tindakan negeri ini telah mencetuskan maklum balas dari pelbagai peringkat masyarakat. Reaksi masyarakat, samada menyokong atau menentang, akhirnya memberi fokus kepada undang-undang tersebut dan juga sejarah pelaksanaan undang-undang tersebut di rantau ini.

Raja Ali Haji. Adalah amat penting untuk melihat karyanya, Thammarat Mahammah.

Apakah gambaran dunia mengenai situasi ini? Adakah ada pihak yang melihatnya sebagai usaha untuk menegakkan negara Islam? Respons yang diberikan bergantung kepada kefahaman mengenai konsep negara islam.

Kini, negara Islam tidak lebih daripada jenama popular untuk pengganas, yang merupakan sebuah pergerakan ekstrem. Jadi, adakah akan berlaku campur tangan asing atas nama keselamatan nasional?

Selain itu, kita juga boleh mengatakan bahawa keselamatan nasional itu cumalah alasan yang digunakan untuk campur tangan? Apa yang mereka dapat dalam campur tangan tersebut? Selat Melaka?

Jika difikirkan balik, adakah terdapat orang yang layak untuk melaksanakan undang-undang tersebut?

Masyarakat akan mengulas dan memberi komen serta memberikan segala macam maklum balas dan topik yang paling utama ialah mengenai keadilan.

Adakah pelaksanaan undang-undang ini adil? Jika dua orang pesalah dihukum dengan hukuman yang berlainan kerana melakukan jenayah yang sama, kesamarataan tidak berlaku kata mereka. Maka, ia adalah ketidakadilan.

Adakah kesamarataan itu keadilan? Kita perlu tahu bahawa dalam Islam, keadilan tidak mempunyai maksud yang sama dengan kesamarataan kerana keadilan itu ialah keadaan sesuatu itu berada pada tempatnya. Kita tidak boleh meletakkan semua perkara di tempat yang sama. Izinkan saya untuk meminjam kata-kata dari para ulama, “bagaimana tindakan membawa sesuatu yang lebih tinggi nilainya kepada sesuatu yang lebih rendah nilainya dikatakan sebagai keadilan?”

Oleh itu kita hendaklah memahami konsep keadilan dengan betul. Ramai yang salah faham mengenai konsep keadilan yang sebenar.

Kita perlu tahu apa itu keadilan dan saya percaya bahawa konsep keadilan boleh difahami dengan melihat karya-karya agung daripada Tan Sri Prof.Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq

Diterjemah oleh :
F-2,
Felo Penyeldidik,
Sekolah Massa.
21.Mac.2015

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.