KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

by June 29, 2015 0 comments

BAB 1 : PENGENALAN KOMUNIKASI

            Dalam menjalani kehidupan seharian kita,kita tidak dapat mengelakkan diri dari berkomunikasi. Berkomunikasi merupakan satu rutin yang wajib berlaku dalam aktiviti seharian kita. Pada zaman teknologi yang maju dengan begitu pesat dan mendadak ini, selain berbicara dari mata ke mata,iaitu berhadapan antara satu sama lain,pelbagai alat digunakan untuk berkomunikasi seperti telefon bimbit yang menggunakan pelbagai perisian seperti whatsapp ,instagram ,facebook ,telegram dan sebagainya. Perbualan dengan berdepan dengan orang yang kita berkomunikasi juga pada masa kini adalah suatu yang biasa walau jarak beribu batu dengan adanya webcam , dan menggunakan perisian seperti Skype pada masa yang sama.

            Sebagai pemula bicara, komunikasi terbahagi kepada dua kategori iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan bermaksud suatu yang dicakap. Ringkasnya, komunikasi lisan merupakan suatu mesej yang disampaikan dengan kata-kata. Ianya berkenaan dengan apa yang kita katakan. Manakala komunikasi bukan lisan pula, menurut Dr.Albert Mehrabian ialah tindakan komunikasi selain dari bercakap, seperti riak muka, tangan, lengan, kedudukan badan, posisi badan, serta pelbagai pergerakan yang dilakukan oleh badan atau kaki dan tangan.

            Topik ini penting untuk diketahui dengan mendalam kerana umumnya kita salaf faham dengan menganggap bahawa apa yang kita ingin sampaikan sudah difahami dengan betul, walhal ianya tidak sampai, mungkin kerana berlaku salah faham disebabkan cara kita berkomunikasi.Lebih merbahaya lagi apabila cara kita berkomunikasi mendatangkan kemarahan orang lain walaupun itu bukanlah tujuan kita, namun ianya disebabkan kekurangan diri kita yang tidak tahu cara untuk berkomunikasi dengan betul. George Bernard Shaw berkata, Masalah terbesar ialah sangkaan bahawa komunikasi itu telah pun mengambil tempat”.


            Maka, dengan itu penulisan ini akan memberi fokus kepada komunkasi lisan dan bukan lisan dalam pelbagai konteks yang berbeza, penggunaan teknik berkomunikasi yang sesuai dan betul mengikut situasi bagi menyampaikan makna yang betul, serta perbincangan tentang penggunaannya secara mendalam  dari pelbagai aspek.

             Mutiara daripada Rollo May berbunyi, ”Komunikasi membawa keada komuniti, iaitu memahami, merapatkan hubungan dan mencapai persefahaman.. Berdasarkan kata-kata hikmah ini, kita dapat mengetahui bahawan kepentingan mengetahui berkenaan kedua-dua jenis komunikasi ini, agar apabila kita berkomunikasi, perkara yang kita ingin sampaikan dapat disampaikan dengan baik, serta apabila digunakan untuk tujuan yang baik, akan membawa kepada persefahaman agar kita dapat hidup bersama dalam  keadaan aman dan harmoni sebagai sebuah komuniti.







BAB 2 : PENGGUNAAN  KOMUNIKASI MENGIKUT KONTEKS

Konteks Lisan
            Kita perluah menegur seseorang dengan cara yang baik agar mereka berasa senang dengan kehadiran kita serta selesa dengan kemunculan kita dalam proses komunikasi tersebut.Antara cara yang biasa digunakan semasa bertegur sapa ialah bersalamanan, tegur secara ringkas sambil melihat seseorang itu pada matanya. Apabila menegur seseorang, perkara yang paling penting iala menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang keadaan seseorang yang ditegur itu. Perkara ini boleh dilakukan dengan cara memuji seseorang seperti memuji fesyem seseorang atau pun  aksesori yang dimilikinya seperti telefon bimbit, cermin mata , cincin atau beg. Seterusnya apabila perbualan itu berjalan dengan lancar, kita boleh pula bertanya berkenaan ahli keluarganya, seperti sambutan peristiwa penting dalam keluarga, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya dia baru pulang dari suatu acara seperti melancong, atau pergi ke upacara-upacara menarik, maka kita bertanyakan kepadanya mengenai perkara menarik yang dialaminya semasa menghadiri acara tersebut.

            Akhirnya, kita disarankan bertanya pendapatnya tentang beberapa perkara seperti berita yang terbaru yang masih hangat seperti keputusan perlawanan bola. Maka dengan mendengar seseorang itu menceritakan pandangannya, apabila kita mendengar dengan tekun, ianya akan meninggalan impak yang baik dalam dirinya berkenaan kita. Perkara ini akan merapatkan hubungan kita dengan orang tersebut. Namun,apabila perkara ini terlalu kerap dilakukan, kesannya akan kurang efektif.

            Apabila kita bertemu dengan seseorang, adakalanya kita ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkeneaan seseorang itu. Namun, ada kes-kes yang mana seseorang itu terlalu malu dan segan lalu tidak menegur seseorang yang ingin dikenali itu. Walaubagaimanapun, sekiranya kita ingin mengenali seseorang atau kita melihat tanda-


tanda bahawa seseorang itu ingin berkenalan dengan kita, maka kita sebaiknya menegur seseorang tersebut, dengan cara yang mesra dan baik. Kaedah yang disarankan ialah
memulakan perbualan dengan bertanya khabar atau melakukan lawak jenaka yang ringkas tetapi kena dengan keadaan. Kita tidak seharusnya memonopli perbualan dengan cara kita saja yang bercakap.


           



            Seterusnya,  kita belajar menjadi seorang yang berpewatakan seperti seorang sukarelawan. Sentiasa menawarkan diri kita untuk membantu seseorang apabila diperlukan. Namun kita harus tahu hadnya apabila seseorang itu menolak dengan baik bantuan yang ditawarkan. Ini akan memperbaiki dan menguatkan lagi keberkesanan hubungan sesama manusia dalam berkomunikasi. Hatta, kalau kita berbuat baik kepada haiwan jinak sekalipun, mereka akan ingat perbuatan baik kita seperti memberi makan kepada kucing atau membela haiwan-haiwan lain.

            Kemudian, dalam perhubungan dan komunikasi di tempat kerja contohnya, kita perlu mendapatkan kepercayaan dan rasa hormat-menghormati sesama pekerja. Seringkali dalam hidup, kita terlalu ego untuk meminta pandangan orang lain berkenaan masalah kita. Maka inilah masanya kita mengubah diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik.  Caranya ialanya dengan meminta nasihat serta pandangan daripada rakan sekerja kita, Terdapat dua kelebihan apabia kita melakukannya iaitu pertama,  kita mendapat jawapan bagi masalah yang kita alami, dan kedua ini menunjukkan bahawa kita mengakui kepandaian seseorang dalam memberi pandangan dan memberi impak kepadanya bahawa kita menghormatinya selaku seorang yang difikirkan tahu jawapan kepada masalah yang kita alami.


             Selain itu, kita boleh juga melibatkan diri kita dalam persatuan bukan kerajaan (NGO )yang begitu banyak terdapat di negara kita. Kelebihannya ialah kita dapat melatih kemahiran sosial kita untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai ragam serta manusia dari pelbagai tempat, yang mempunyai perbezaan bangsa, agama, fahaman politik, gaya hidup, cara berkomunikasi, bahasa yang digunakan serta cara mereka menyampaikan sesuatu dalam mereka berkomunikasi dengan kita.


Konteks Bukan Lisan

          Berkenaan dengan komunikasi bukan lisan pula, terdapat pelbagai petua dan tips yang perlu diketahui agar kita dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang lain dalam pelbagai keadaan serta dapat menyampai sesuatu mesej dengan menggunakan cara bukan lisan dengan lebih efektif. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan salah faham serta merapatkan lagi hubungan sesama subjek yang kita berkomunikasi.

            Untuk mendapatkan mesej yang betul dengan baik, kita perhatikan riak mukanya, matanya, pergerakannya dan posisi tubuh badannya, serta nada suaranya.


         


            Dengan sentiasa memerhatikan perkara-perkara yang disampaikan secara bukan lisan semasa berkomunikasi, kita akan lebih mahir dalam memahami maksud dan mesej yang ingin disampaikan serta dapat meningkatkan kemahiran kita dalam seni komunikasi bukan lisan. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah apabila kata-kata seseorang bercanggah dengan tingkah laku bukan lisannya. Selalunya apabila perkara ini berlaku, seseorang itu sebenarnya lebih bercakap benar dalam tingkah laku bukan lisannya. Contoh apabila seseorang itu mengatakan dia gembira, namun tingkahlakunya tidak kelihatan gembira, maka selalunya ia memberi mesej yang dia tidak gembira. Dalam keadaan ini, tipsnya ialah beri lebih perhatian pada tingkahlakunya semasa berbicara.

            Kemudian ialah memerhatikan intonasi suara semasa bercakap. Intosai yang kuat, nyaring, lembut, tinggi atau rendah boleh memberi banyak maklumat berkenaan seseorang itu. Intonasi suara boleh menunjukka yang seseorang itu sedang marah, bersemangat ataupun tidak beminat dengan perbualan itu. Maka, dari situ kita boleh belajar dengan menggunakan intonasi yang betul.

            Antara aspek utama dalam komunikasi ialah kontak mata. Seseorang yang mengelak dari bertentangan mata boleh dilihat sebagai seseorang yang cuba menyembunyikan sesuatu dari diketahui atau juga boleh dalam keadaan tertentu, sedang menipu. Walaubagaimanapun, kontak mata yang terlalu lama boleh menjadi suatu perkara yang menakutkan dalam proses komunikasi. Maka lakukanlah kontak mata dalam sela masa beberapa saat kemudian lihat pula pada tempat lain sepert persekitaran agar tidak menakutkan seseorang yang kita bercakap-cakap dengannya.

            Satu lagi cara yang baik ialah dengan bertanya pada seseorang untuk memastikan apa yang kita tafsir dan nilai itu betul. Contohnya apabila dia mengatakan dia sedang gembira, sedangkan tingkahlaku bukan lisannya memberi petanda-petanda bahawa dia sedang sedih. Maka kita boleh bertanya soalah seperti, ”Awak dalam keadaan baik?” atau ”Awak sedang sedihkah sekarang?”. Ini penting kerana boleh jadi seseorang itu sedang menunggu kita bertanyakan soalah itu padanya agar dia dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

            Berdasarkan contoh ini, kita boleh mengaplikasikan penggunaan komunikasi bukan lisan dan digabungkan dengan komunikasi lisan dengan baik supaya hasilnya itu cemerlang. Contohnya ialah apabila kita melakukan pembentangan dalam kumpulan atau berbual dengan rakan-rakan di kedai makan. Kita harus pastikan kesemua pergerakan badan kita, kontak mata, postur badan, gerakan tangan, kaki, gerakan mulut kita dan juga intonasi suara itu digabungkan sebagai suatu kumpulan yang bertujuan untuk menyampai satu mesej utama seperti sedang bersemangat, gembira, bersungguh-sungguh, sedih, sedang memberi perhatian, tidak berminat atau marah.

            Seterusnya ialah sesuaikan komunikasi bukan lisan kita mengikut konteks keadaan. Contohnya ialah adakah situasi itu merupakan situasi formal atau pun bukan formal. Selain itu, dengan siapa kita berkomunikasi seperti ibu bapa kita, isteri, anak-anak, majikan kita, pekerja kita , rakan-rakan dan juga seteru kita. Perkara ini amat dititikberatkan agar tidak berlaku salah faham dalam memahami perkara dan mesej yang cuba disampaikan oleh kita semasa proses komunikasi berlaku.


BAB 3 : KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN MENGIKUT SITUASI

1. Dalam bilik kuliah.
      


            Berpandukan gambar di atas, situasinya berlaku dalam sebuah syarahan di sebuah kolej atau universiti. Sekiranya kita merupaka seorang pensyarah, kita perlu pastikan intonasi kita adalah jelas. Semasa berbicara, kita harus lihat pada pelajar-pelajar kita, secara keseluruhannya dari semasa ke semasa dan memerhatikan fokus mereka pada syarahan kita. Kita boleh menggunakan riak muka,postur badan dan gerak tangan yang sesuai bagi menarik minat pelajar untuk memberi perhatian kepada kita semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Walaubagaimanapun, kita perlu lihat komunikasi bukan verbal yang dilakukan oleh para pelajar kita. Kita boleh melihat dan mengagak sama ada mereka mengantuk , memberi perhatian ataupun bosan dan tidak mengendahkan apa yang diajarkan Sekiranya perkara ini berlaku dalam kuantiti yang sedikit, maka ianya tidak mengapa, sekirangya banyak pelajar yang kelihatan bosan dan penat, maka kita boleh mengambil tindakan yang sesuai seperti memberi rehat beberapa minit kepada pelajar atau lakukan aktiviti selingan untuk menarik perhatian pelajar. Selain itu kita boleh juga melakukan muhasabah serta menilai diri kita berkenaan kekurangan penyampaian kita sebagai seorang pensyarah.

            Seterusnya, dengan berpandukan pada gambar yang sama, sekiranya kita sebagai seorang pelajar, kita haruslah bersikap seperti seorang pelajar dan menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh daam mencari ilmu. Sudah menjadi kebiasaan, ada topik-topik tertentu yang agak berat serta boleh membuatkan kita rasa bosan. Walaubagaimanapun, kita harus sedar bahawa dalam menuntut ilmu, prosesnya tidaklah mudah dan memakan masa untuk menguasai suatu pelajaran.  Kita harus ingat pada suatu pepatah ahli hikmah mengatakan bahawa, air hanya mengalir dari tempat tinggi pada tempat rendah. Air itu simbolik illmu. Maka, seseorang murid itu perlulah merendah diri agar dapat menikmati air tersebut. Merendah diri juga termasuk dalam bahagian adab seorang murid. Kelakuan seorang murid itu perlulah dijaga dihadapan gurunya kerana gurunya itulah yang menyampaikan pelajaran kepadanya agar dia dapat menjadi seorang insan yang baik dan berjaya dalam perjalanan hidup.







2. Bersama pasangan kekasih/suami isteri.



            Apabila bersama dengan pasangan kita, maka gabungan komunikasi lisan dan bukan lisan memberi impak yang sangat besar. Hal ini disebabkan kekasih kita merupakan seseorang yang hampir dan mengambil berat kepada kita, maka sudah tentu dia akan  memberi perhatian yang sangat terperinci berkenaan tingkah laku kita.

            Masalah yang sentiasa timbul dalam hubungan pasangan  ialah sambil bercakap-cakap dengan pasangan dan pada masa sama melakukan kerja lain yang tidak berkenaan. Contohnya kita dapat lihat pada zaman teknologi serba canggih ini, salah seorang atau kedua-duanya memerhatikan skrin telefon bimbit untuk melihat perkembanga berita atau berkomuniaksi menggunakan perisian lain seperti whatssap sambil bercakap  dengan pasangan kekasih. Perkara ini tidak wajar berlaku dan boleh merosakkan hubungan kerana pasangan boleh merasakan pertemuan dengannya adala tidak penting dan perasaan cemburu boleh timbul kerana mungkin mengesyaki pasangannya mempunyai kekasih lain.


            Dalam keaadaan ini, cara terbaik iala dengan menutup telefon bimbit atau hanya menjawab panggilan penting sahaja. Pentingkan apa yang penting bagi anda sebelum si dia berlalu pergi meninggalkan anda sendirian. Beri perhatian sepenuhnya dengan mellihat pada pasangan anda dan tingkah laku bukan lisannya bagi mengetahui apa yang ingin disampaikan. Beri respon yang positif semasa berbicara serta gunakan intonasi yang lembut serta gunakan perkataan-perkataan yang sesuai. Kita juga harus menunjukkan bahawa kita berminat dan memberi perhatian kepada pasangan kita semasa proses komunikasi berlaku dengan melakukan komunikasi bukan verbal dengan betul. Hal ii dapat merapatkan lagi hubungan sesama pasangan.



3.Bercakap dengan rakan-rakan dalam kumpulan.

               

            Apabila bercakap dengan rakan-rakan dalam kumpulan yang ramai, kita tidak seharusnya memberi perhatian pada seseorang sahaja, kita harus memastikan bahawa setiap dari rakan-rakan kita mendapat perhatian yang secukupnya. Perkara yang paling tidak wajar dilakukan ialah memonopoli perbualan. Beri ruang untuk setiap dari kawan kita berbicara,serta jangan potong perbualan sahabat kita.


4.Bercakap dengan rakan karib.
           
                


            Apabila berbual dengan karib kita, beri perhatian penuh dan hormati perkara yang disampaikan walaupun kita berbeza pandangan. Jangan potong perbualan rakan kita kalau kita bercanggah pandangan. Tunjukkan yang kita berminat dengan perbualan itu dan menghormati pandangannya. Sekiranya kita ingin beritahu perbezaan pandangan, lakukan dengan cara yang baik tanpa melukakan perasaannya dan tidak memaksa dia mengubah pandangannya atau memaksa dia bersetuju dengan pandangan kita.





5. Komunikasi dengan Pemimpin

                


            Dalam menggunakan komunkasi lisan dan bukan lisan, terdapat formaliti dan penggunaan laras bahasa yang tertentu yang digunakan semasa berbicara dengan pemimpin. Sebagai rakyat kita harus tahu bahasa apa yang perlu digunakan semasa bercakap dengan pemimpin kita. Hatta semasa pemimpin dan para pemimpin dengan pimpinan tertinggi sekalipun mereka mempunya etika tersendiri yang perlu dipatuhi. Ini dinamakan adab terhadap pemimpin dan terdapat variasi mengikut kerajaan diseluruh dunia. Contoh bahasa pemimpin atau rakyat dengan pihak istan ialah menggunakan perkataan seperti patik, hamba, tuanku, mohon mengadap , semoga diperkenankan dan sebagainya.









6.Komunikasi dengan ibubapa

               

            Semasa berkomunikasi dengan ibu bapa, umumnya kita memanggil dengan panggilan seperti bapa, ibu, emak, ayah dan sebagainya. Namun ada masyarakat atau keluarga yang sudah menjadi kebiasaaan memanggil kepada ibu bapa mereka dengan nama. Maka gelaran-gelaran itu perlulah disesuaikan agar sesuai dan kita dilihat sebagai anak yang bersopan-santun dan beradab.
  






BAB 4 : PERBINCANGAN KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

KOMUNIKASI LISAN

1.Komunikasi lisan terdiri daripada komunikasi terbuka. Maka permulaan berkomunikasi dengan seseorang amat penting dalam hubungan yang lebih lanjut dalam tempoh yang lebih panjang. Perhatian penuh perlu diberi pada beberapa minit pertama semasa kali pertama berkomunikasi dengan seseorang.

2. Penggunaan kata-kata yang baik dan positif sangat mempengaruhi dan mampu membina hubungan yang erat dengan seseorang.

3. Seterusnya ialah teknik mendengar. Seorang pendengar yang baik mampu menggunakan komunikasi lisan dengan efektif kerana memahami dengan baik apa yang diperkatakan serta dapat memberikan respon yang betul.

4. Kemudian ialah menanyakan soalan. Tujuan menanyakan soalah ialah untuk mendapat maklumat, menguji kefahaman, memulakan tutur bicara, menunjukkan minat pada seseorang ataupun cuba untuk mendapatkan sokongan atau persetujuan dalam sesuatu perkara. Terdapat dua jenis soalan iaitu soalan terbuka dan soalah tertutup. Soalan tertutup memerlukan jawapan ya atau tidak manakala soalah terbuka jawapannya memerlukan huraian. Gunakan jenis soalan yang sesuai semasa bertanya.

5.Seterusnya ialah rumusan. Merumuskan semula perbincangan dengan menyatakan isi-isi penting semasa berbincara membantu perbualan agar pihak yang terlibat dalam komunikasi itu jelas perbezaan persetujuan atau perbezaan berkenaan sesuatu perkara yang dibincangkan.

6. Akhir sekali ialah untuk menamatkan proses komunikasi. Cara menamatkan komunikasi itu penting dan akan memberi suatu impak sama ada baik atau buruk proses komunikasi yang telah berlaku. Kita boleh melihat tanda-tanda seseorang itu ingin menamatkan komunikasi dengan melihat pada jam, tidak melihat pada mata kita, melihat tempat lain atau postur badan kelihatan tidak ingin meneruskan proses komunikasi. Maka, kita gunakan cara yang sesuai untuk menamatkan komunikasi itu agar komunikasi dengan seseorang itu akan lebih mudah di masa depan. Seseorang yang pandai memulakan dan menamatkan proses komunikasi lisan akan disenangi oleh semua orang.


KOMUNIKASI BUKAN LISAN

1. Komunikasi bukan lisan berkait dengan gerakan badan,postur, kedudukan dan gerakan kaki badan kepala serta keseluruhan badan. Ianya digunakan untuk menyampai emosi atau menunjukkan sikap seseorang.

2.Postur badan boleh menunjukkan tentang keadaan diri seseorang.Terdapat dua jenis postur iaitu postur terbuka dan postur tertutup. Postur tertutup iaitu menyilang tangan serta menyilang kaki boleh dilihat mengikut keadaan sama ada menunjukkan status atau keyakinan yang tinggi. Manakala postur terbuka seperti tanga disisi semasa berdiri  atau semasa duduk boleh menunjukkan seseorang itu tengah mendengar dalam keadaan lebih relaks dan bersedia untuk mendengar.

3.Kontak mata ialah satu komunikasi bukan lisan yang sering dilihat dan diperhatikan semasa berbual. Kita boleh melihat mata seseorang sama ada dia sedang memberi perhatian ataupun tidak memberikan perhatian kepada kita. Cara seseorang itu memandang kita juga boleh menunjukkan perasaannya kepada kita.

4. Ton,pitch , kelajuan, berhenti seketika, semasa bercakap-cakap juga memberi suatu mesej tertentu berkenaan keadaan dalam diri seseorang.

5. Terdapat jarak-jarak yang sesuai antara kita dengan orang yang kita berbual. Dengan kekasih jaraknya lebih dekat, dengan rakan dan sahabat sama atau berlainan jantina jaraknya adalah berbeza. Umumnya kita tahu perkara ini denga bersosial dan melihat apakah jarak yang biasanya digunakan dan diterima dalam masyarakat kita.







BAB 5 : KESIMPULAN

            Sebagai penutup, dalam menjalani kehidupan kita sebagai sebuah komuniti dalam sesebuah masyarakat. Kita haruslah menggunakan cara berkomunikasi dengan betul. Terdapat cara komunkasi yang diterima oleh masyarakat dan terdapat juga cara yang tidak diterima oleh masyarakat atas dasa kebudayaan, norma, mahupun, atas faktor-faktor agama yang dianuti oleh mereka.

            Semasa berbicara dengan seseorang,  kita haruslah melihat siapakah yang berbicara dengan kita seperti ibu bapa, rakan , pemimpin , murid atau pun pasangan kita. Maka kita sesuai penggunaan bahasa, intonasi, dan juga perkataan-perkataan yang menunjukkan kita mengiktiraf kedudukan mereka. Selain itu, kita juga harus lihat perbezaan mengikut keadaan, seperti majlis rasmi atau pun tidak, maka komunikasi bukan lisan dan lisan juga perlu disesuaikan mengikut keadaan.

            Kebanyakan masalah di dunia ini timbul akibat kegagalan kita dalam berkomunikasi dan mencapai persefahaman dalam sesuatu isu. Oleh itu, seni berkomunikasi amat penting untuk diketahui dan dikuasai oleh kita. Kadang-kadang tingkahlaku yang dianggap biasa oleh kita boleh mendatangkan kemarahan pada orang lain. Maka kita harus jelas berkenaan sensitiviti apabila berkomunikasi terutama apabila berhadapan dengan mereka yang datang dari mereka yang berbeza bahasa,bangsa, agama serta  mempunyai pengalaman sejarah yang berbeza dengan kita.

            Saya sudahi penulisan saya dengan memetik kata-kata hikmah dari Tony Robbins yang berbunyi, ”untuk berkomunikasi dengan berkesan,kita harus sedar bahasa kita melihat dunia dengan cara berbeza, dan gunakannya sebagai panduan untuk berkomunikasi dengan orang lain.”.




APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
1.  Segal, J., Smith, M., Boose, G., Jaffe, J.(2015). Nonverbal Communication. Dimuat
turun pada 18 Mac 2015 daripada

2. Bryce, T.(2013).  10 Tips for Improving Social Interaction. Dimuat turun pada
 19 Mac 2015 daripada

3.  Cherry, K.(2015),. Top 10 Non Verbal Communication Tips . Dimuat turun pada
    19 Mac 2015 daripada

4. Bailey, E.(2014).  Improve Your Social Skills!. Dimuat turun pada 19 Mac 2015
daripada

5. Lucas, A.(2014).  The Importance of Verbal and Non Verbal Communication. Dimuat
turun pada 19 Mac 2015 daripada

6. Commonwealth of Australia.(2012). Verbal and Non-Verbal Communication. Dimuat turun pada 18 Mac 2015 daripada

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.