Freedom of Religion (terjemahan)

by March 22, 2015 0 comments
Kebebasan beragama. Bagi sesetengah pihak, ia adalah kebebasan untuk mengamalkan agama atau tidak. Kebebasan beragama juga dilihat sebagai kebebasan untuk masuk atau keluar daripada agama.

Keadaan ini boleh diterima jika agama itu dibuat oleh manusia, ahli falsafah atau seseorang.

Namun, jika agama itu datang daripada Pencipta alam ini, situasinya adalah berlainan sama sekali. Jika kita yakin dan percaya bahawa agama kita datang dari Tuhan yang menjadikan semua makhluk di alam semesta ini, maka adakah kita akan keluar daripada agama ini dengan begitu sahaja? Sudah tentu tidak.

Kita akan berpegang teguh dengan agama tersebut dan mengamalkannya seperti yang telah disyariatkan. Kita akan mempertahankan dan menyebarkan agama kita. Bukan melalui pendekatan ekstrim atau radikal atau memberi maklum balas yang kurang bijak, tetapi melalui pendekatan ilmu. Kita menyebarkannya kerana kita yakin bahawa ia adalah kebenaran. Tiada siapa yang ingin hidup dalam kepalsuan bukan?

Meminjam kata-kata seorang ulama, keamanan bukanlah nilai yang paling tinggi. Nilai yang tertinggi ialah kebenaran. Bagaimana seseorang itu dapat hidup dalam keamanan jika tiada kebenaran?

Tanpa ilmu pengetahuan yang tepat dan benar, kita tidak akan mampu untuk mempertahankan agama kita. Bukanlah agama kita yang bermasalah tetapi kita sebagai muslim yang bermasalah. Oleh itu, kita hendaklah merujuk kepada golongan yang berilmu, iaitu golongan yang tahu dan mempunyai kepakaran dan berkewibawaan dalam bidang ilmu yang ingin kita ketahui.

Bercakap mengenai kewibawaan, kita hendaklah sedar dan tahu bahawa kita adalah berbeza. Sudah tentu manusia itu sama dari segi jasad tetapi tahap ilmu itu membezakan satu individu kepada individu yang lain. Justeru itu, dalam pencarian ilmu pengetahuan, kita hendaklah memilih apa yang wajar untuk kita ketahui. Adalah mustahil untuk mengetahui segala-galanya. Maka, untuk memilih apa yang wajar kita ketahui, pilihlah sesuatu yang memberi manfaat dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Caranya ialah, mengaku bahawa kita tidak tahu. Kita mesti tahu yang kita tidak tahu dan kita mesti tahu dan sedar apa yang kita tahu. Dalam menuntut ilmu, kita hendaklah bersifat rendah diri. Janganlah kita bersifat dengan sifat yang sombong. Kesombongan membinasakan ilmu. Ia membinasakan ilmu yang bermanfaat dalam hati kita. Bermakns, apa yang kita tahu, langsung tidak berguna untuk kita bagi menjadikan kita insan yang baik. Maka bersifatlah dengan sifat rendah diri dan jujur dalam menuntut ilmu. Ilmu itu adalah kuasa! Dengan ilmu yang benar, kita mampu untuk membezakan antara kebenaran dengan kepalsuan.

Masa yang panjang, kerja keras serta usaha diperlukan dalam memahami karya agung yang dikarang oleh para ilmuan silam dan masa kini. Bersabarlah. Moga Allah mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat dan memimpin kita ke jalan yang benar.


Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq.
Diterjemah oleh :
F-2,
Felo Penyelidik,
Sekolah Massa.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.