Know Your Own Limits (terjemahan)

by March 31, 2015 0 comments
Kebebasan. Apabila sesetengah pihak melakukan sesuatu atas dasar kebebasan, maka hendaklah kita menyiasat samada perkara itu termasuk dalam ruang lingkup kebebasannya ataupun tidak.

Kebebasan bukanlah lesen yang membolehkan kita untuk melakukan segala-galanya mengikut kehendak kita.Kebebasan itu ada batasannya. Apabila seseorang melakukan sesuatu, mereka mungkin menjadikan kebebasan sebagai alasan untuk menghapuskan sesetengah batasan yang telah ditetapkan(yang dilihat menghalang mereka). Mereka tidak mahu berbicara tentang batasan. Mereka menggunakan perkataan batasan atau had hanya apabila perkara yang dilakukan orang lain tidak kena dengan selera mereka.

Untuk berbicara mengenai kebebasan dan batasan, perkara ini hendaklah dibicarakan atas dasar ilmu yang sebenar. Untuk mengetahui samada sesuatu perkara itu melampaui batas, kita hendaklah tahu apa itu batasannya. Maka kita hendaklah tahu berkenaan sesuatu yang digelar “definisi”. Perkataan perlu didefinisikan ,dan pendefinisia itu perlulah tepat.

Apabila perkataan yang penting didefinisi dengan tepat, maka bolehlah kita mengetahui samada perbuatan yang dilakukan, ayat-ayat yang diucapkan dan perkataan yang digunakan adalah diluar lingkungan definisi atau tidak. Kemudian barulah kita tahu samada perbuatan yang dilakukan atau kata-kata yang diucapkan telah melampaui batas.

Pada masa kini, terdapat slogan yang dilaung-laungkan di seluruh dunia dalam bentuk “dunia ini tiada batasan, hanya ada rintangan”. Slogan ini adalah tidak tepat. Batasan itu ada dan sebenarnya, rintangan(dan halangan) itu wujud disebabkan kita melakukan sesuatu tanpa mengetahui batasannya. Tidak mengetahui batasan atau had dalam perkara yang dilakukan bermakna kita kekurangan ilmu pengetahuan dan pemahaman mengenai perkara yang kita lakukan. Secara mudahnya ia dipanggil kejahilan.

Maka sebab itulah kita perlu tahu definisi kebebasan dan definisi ini perlulah berdasarkan pandangan alam Islam. Apakah konsep kebebasan dalam Islam?
Terdapat perkara yang kita diberi kebebasan untuk melakukannya dan ada perkara yang kita ditegah untuk melakukannya. Ini bermakna terdapatnya peraturan untuk mengelakkan manusia untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka. Selain itu peraturan juga berfungsi untuk melindungi hak sesetengah pihak dalam masyarakat. Hak sesetengah pihak untuk melakukan sesuatu dengan cara yang betul dan sepatutnya.

Maka kita juga boleh katakan bahawa peraturan berfungsi untuk melindungi kebebasan masyarakat untuk melakukan sesuatu yang tidak ditegah.

Bolehkah kita mengatakan bahawa kita inginkan kebebasan untuk melakukan sesuatu yang dilarang atas nama kebebasan? Sudah tentu tidak. Ini bermakna bahawa kita sendiri tidak tahu apa itu makna kebebasan. Kita cuma mempergunakan kebebasan sebagai slogan untuk melakukan apa yang kita inginkan. Kita cuba untuk mengubah sesuatu perkara daripada menyalahi undang-undang kepada tidak menyalahi undang-undang supaya kita diberikan kebebasan untuk melakukannya. Jika peraturan itu menghalang kita daripada melakukan sesetengah perkara walaupun perkara itu menyalahi undang-undang, mereka akan mengubah peraturannya. Pihak seperti inilah yang membawa huru-hara kepada masyarakat dan dunia secara amnya.(apabila salah dan betul bertukar2, sentiasa bertukar. Hak dan batil bercampur dan sukar dibezakan).

Siapa yang menentukan samada sesuatu perkara itu dibenarkan atau dilarang untuk melakukannya? Jika cuma manusia yang boleh menentukannya, sesetengah perkara itu akan berubah bergantung kepada perubahan idea mengenai kebebasan yang bergantung kepada kehendak dan kemahuan manusia. Jika perubahan itu membawa kepada jalan kehancuran, maka konsep kebebasan yang diketengahkan akan membawa kepada jalan yang sama.(iaitu jalan pada kehancuran dan kemusnahan tamadun).

Apabila kita menolak peranan Tuhan dalam menentukan peraturan mengenai sesuatu perkara samada ia dibenarkan atau tidak, samada sesuatu perkara itu betul atau salah, maka terserahlah kepada manusia untuk menentukan sepenuhnya apa itu perkara yang betul dan apa itu perkara yang salah berdasarkan penerimaan masyarakat.(manusia menjadi 'tuhan' apabila membenarkan apa yang dilarang Tuhan dan melarang apa yang dibenarkan oleh Tuhan).

Apabila mereka mampu membuat majoriti masyarakat untuk menerimanya, maka ia akan menjadi perkara yang betul. Malah perkara yang dilarang atau ditegah akan dibenarkan jika masyarakat memilih untuk membenarkannya dan perkara yang dibenarkan juga boleh akan menjadi perkara yang ditegah jika masyarakat memilih untuk tidak membenarkan perkara itu untuk dilakukan. Hasilnya, masyarakat itu seolah-olah menjadi Tuhan dan mengambil tugas Tuhan.(Tuhan di-manusia-kan dan manusia diper-tuhan-kan).

Dalam agama Islam, terdapat perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan terdapat perkara yang dibenarkan oleh-Nya. Oleh itu, kebebasan untuk melakukan perkara yang dibenarkan dan kebebasan untuk tidak melakukan perkara yang dilarang hendaklah dipertahankan. Itulah yang dikatakan sebagai hak iaitu berkenaa soal-soal ilmu tentang apa itu hak kita dan apa itu bukan hak kita. Ini membolehkan kita untuk tahu batasan dan had kita. Lakukanlah sesuatu dalam lingkungan had yang telah dibenarkan. Untuk mengetahui had kita, kita memerlukan ilmu. Apabila berbicara soal ilmu, akhirnya pasti akan membawa kita kepada soal pendidikan. Sistem pendidikan perlu mempunyai kebolehan untuk mendidik masyarakat untuk tahu dan faham akan hal ini.(hal mengenal batasan,agar tidak melampaui batas lalu menjadi insan yang biadab).

Dengan lebih mendalam lagi, pendidikan itu juga perlu didefinisikan supaya pendidikan itu tidak melangkaui had yang dibenarkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan dalm batasan yang dibenarkan, kita boleh mengatakan bahawa sesuatu itu telah diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Keadaan apabila sesuatu itu berada pada tempat yang betul, itulah yang dinamakan sebagai keadilan.


Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq
Research Fellow
Strategic Department,
School of Mass.
26.Mac.2015.

Diterjemah oleh :
F-2,
Project X(temporary name).

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.