Proper Understanding (terjemahan)

by March 31, 2015 0 comments

Masalah utama masyarakat Islam masa kini adalah masalah ilmu pengetahuan dan masalah kefahaman. Umat islam pada hari ini kelihatannya tidak memahami sesuatu situasi dengan jelas, dan respon yang diberikan jelas menunjukkan bahawa terdapat kesalahan dalam pemikiran mereka.

Pertama sekali, adalah amat penting bagi kita untuk mengakui, mengetahui dan faham bahawa semua ilmu pengetahuan itu datangnya daripada Tuhan. Malah, kefahaman itu juga datangnya daripada Tuhan. Oleh itu, kita mestilah jelas bahawa apabila Muslim menyebut Tuhan, mereka merujuk kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah SWT agar Dia menambah ilmu pengetahuan kepada kita semua dan mengurniakan pemahaman yang mendalam agar kita dapat melihat sesuatu perkara dengan lebih jelas. Pada masa kini, terdapat banyak kes dimana pada pemerhatian saya apa yang diperlihatkan dan realiti sebenarnya bertentangan antara satu sama lain.

Terdapat banyak peristiwa yang berlaku di seluruh dunia yang tidak kita fahami mengapa ia berlaku.

Inilah masanya kita memerlukan ilmu untuk melihat dan memahami, dan mendekati pihak yang mempunyai pemahaman yang tepat dan benar kerana kurangnya ilmu pengetahuan mengakibatkan kesilapan yang boleh menyebabkan kita terpesong.

Maka, adalah amat penting untuk menafikan dan menolak idea bahawa kita semua adalah serupa. Pada hakikatnya, kita semua adalah tidak serupa. Perbezaan kita adalah taqwa dan taqwa ini berteraskan ilmu pengetahuan. Ilmu boleh membawa kita kepada kepastian. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa ilmu sebanyak manapun tidak mampu untuk membawa kita kepada kepastian.

Kita hendaklah berlaku jujur kepada diri kita dan bersifat kritikal dalam mencari pihak yang mempunyai ilmu yang sebenar dan belajar daripada mereka. Belajar dari para ilmuan yang mempunyai ilmu yang benar mengambil masa yang agak panjang. Ilmu tidak boleh dipelajari dalam masa yang singkat dan tiada jalan pintas dalam mempelajari ilmu pengetahuan daripada ilmuan yang sebenar. Jadikanlah kisah Khidir AS dan Nabi Musa AS sebagi panduan. Bersabarlah.

Dalam proses pembelajaran, kita hendaklah menunjukkan sikap yang sesuai sebagai seorang penuntut ilmu. Bersikaplah dengan sikap rendah diri. Malahan, dalam bertanyakan soalan, ada cara-caranya. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan usaha kita dalam menimba ilmu pengetahuan. Apabila berbicara dengan guru, gunakanlah perkataan dan bahasa yang sesuai.

Akhirnya, apabila kita telah faham, ajarlah pada orang yang bersedia untuk menerimanya.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq
30 Mac 2015
Diterjemah oleh :
F-2
Project X (temporary name)
1 April 2015

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.