Contoh Proposal Kajian 2 : Kajian Terhadap Kepuasan Pelancong Belia di Kelantan

by September 24, 2017 0 comments
TAJUK : KAJIAN TERHADAP KEPUASAN PELANCONG BELIA DI KELANTAN

BAB 1 PENGENALAN 
(PERNYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN)

1.1    PENGENALAN
Dalam bab ini saya akan membincangkan mengenai latar belakang kajian, tujuan kajia ini diadakan, objektif kajian, pernyataan masalah serta skop kajian yang akan dilakukan.

1.2    LATAR BELAKANG KAJIAN
Industri pelancongan kian pesat membangun di negara Malaysia sehingga menjadi salah satu penjana pendapatan utama negara kita. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan dari aktiviti pelancongan setiap tahun. Pelbagai jenis pelancongan seperti pelancongan berasaskan kebudayaan, alam semula jadi dan acara serta pelbagai produk pelancongan yang sering dipromosikan oleh kerajaan kita berjaya menarik perhatian pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11), 2016-2020 telah menyenaraikan 21 strategi, dimana strategi yang ke-18 menyatakan sektor perkhidmatan sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara. Ekopelancongan diberi fokus utama sebagai salah satu penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan.

Kelantan merupakan salah satu negeri yang menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Di negeri ini terdapat pelbagai tempat menarik yang menjadi destinasi pelancongan seperti tempat membeli belah, pantai, tempat bersejarah, air terjun dan kawasan semulajadi serta yang paling utama ialah pelbagai aneka jenis makanan yang terdapat di seluruh negeri kelantan, yang antaranya tersohor dalam kalangan pelancong. Seba­nyak 5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara
me­ngunjungi negeri ini sepanjang tahun 2016. Jumlah itu meningkat daripada 5.1 juta pengunjung tahun 2016 biarpun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
  
1.3    TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian dilakukan adalah untuk mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong belia di negeri Kelantan.

Definisi belia ialah mereka yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong belia ke Kelantan.

1.4    OBJEKTIF KAJIAN
Secara. umumnya kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong ke negeri Kelantan. Manakala secara khusus pula, kajian ini adalah bertujuan :

a. Mengenal pasti profil demografi dan latar belakang pelancong belia di negeri Kelantan.
b. Mengenal pasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan, tempoh melancong dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
c.  Mengenal pasti faktor tarikan yang mempengaruhi pelancong belia untuk keluar melancong.
d. Mencadakangkan strategi untuk memperkembangkan sektor pelancongan belia di Kelantan.

1.5    PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji faktor faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong belia di negeri Kelantan. Bagaimana perkara-perkara yang menarik pelancong belia untuk datang melancong ke negeri Kelantan serta perkara yang menyebabkan berlakunya penurunan kadar pelancongan ke negeri Kelantan serta perkara-perkara yang menjadi aduan bagi para pelancong belia yang berkunjung ke Kelantan.

1.6    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini bertumpu kepada pelancong dalam kalangan belia kerana ingin melihat tahap penglibatan belia dalam industri pelancongan melihat tahap penyertaan mereka dalam sector pelancongan negeri Kelantan. Sampel yang diambil daripada kalangan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun.

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1  PENGENALAN
Berdasarkan kepada latar belakang skop kajian dan objektif yang telah dibincangkan dalam Bab Satu, beberapa sorotan awal telah dibuat terhadap beberapa penulisan yang berkaitan dengan pelancongan. Bab ini akan membentangkan hasil sorotan kajian tersebut.

2.2. DEFINISI PELANCONGAN
Pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selama individu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli belah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka(Badaruddin et. al, 2007). Pelancongan ialah gabungan fenomena dan hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang lain.(Macintosh dan Goeldner, 2003).

2.3 DEFINISI PELANCONGAN BELIA
Berkenaan dengan pelacong belia ini, terdapat beberapa definisi. Pelancong belia didefinisikan sebagai pelancong yang berumur antara 16 hingga 25 tahun yang membuat perjalanan dan menginap sekurang-kurangnya satu malam di sesebuah destinasi, menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia. Aramberri pula memberi definisi pelancong belia sebagai terdiri daripada golongan pelancong yang berdikar, berumur antara 15 hingga 24 tahun serta sering keluar melancong sama ada secara bersendirian ataupun secara berkumpulan. Seterusnya menurut Sullivan(2004), beliau memberikan definisi pelancong belia sebagai mempunyai identiti sebagai pelancong yang berdikari,tidak mempunyai pelan perjalanan yang berstruktur, berumur antara 15 hingga 34 tahun, kerap mencari ruang untuk terlibat dalam budaya setempat dan mempunyai motivasi untuk membaiki diri menerusi melancong. Carr(2001) bersetuju tentang peringkat umur pelancong seperti yang dicadangkan dan didefinisikan oleh Sullivan iaitu berumur 15 tahun sehingga 34 tahun sebagai pelancong belia. Jika dilihat pada Persatuan Gerakan Belia 48 Malaysia, mereka membahagikan kategori belia kepada dua, iaitu ahli biasa dan ahli muda. Beruur 12 hingga 15 tahun ialah ahli muda manakal ahli biasa berumur dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun. Maka, dapat kita perhatikan bahawa umur belia di Malaysia dapat kita jadikan sebagai suatu definisi iaitu berusia daripada 12 hingga 40 tahun. Walau bagaimana pun definisi pelancong belia adalah banyah dan masih belum berjaya mendapatkan kata sepakat daripada para pengkaji, menurut apa yang dinyatakan oleh Seekings(1995). Kajian ini mencadangkan agar golongan belia yang menjadi sasaran dalam soal selidik merupakan mereka yang terdiri daripada  pelancong belia yang berumur 18 hingga 40 tahun. Selain itu responden yang terlibat terdiri daripada :

a.Pelancong belia yang melakukan perjalanan sama ada balk hari ataupun tinggal di Kelantan.
b.Membuat percutian domestik ke Kelantan.
c.Pelacong berkumpulan atau individu ke Kelantan.

2.4 SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman(2010) berkata, industri pelancongan merupakan suatu industri yang memberi impak positif kerana berpotensi besar sebagai salah satu sumber kepada pendapatan kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara.

2.5 FAKTOR TARIKAN TERHADAP AKTIVITI PELANCONGAN
Ahmad Azmi M. Ariffin(1999), menyatakan bahawa faktor tarikan pelancong merujuk kepada aspek atau ciri-ciri suatu destinasi yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk memilihnya sebagai destinasi pilihan mereka.

BAB 3 KERANGKA TEORI

3.1 TEORI EXPECTANCY DISCONFIRMATION
        Antara unsur yang paling penting yang dilihat dalam sektor pelancongan adalah memastikan kepuasan pelancong tercapai dengan jayanya. Kita umumnya mengetahui bahawa  sesuatu perkhidmatan yang digunakan oleh para pelancong adalah dikira sebagai memuasakan apabila sesuatu perkhidmatan yang disediakan itu memenuhi keperluan dan kehendak pelancong yang berkunjung dan menginap di sesuatu destinasi pilihan mereka.
       Menurut Truong dan Foster(2006), kepuasan pelancong adalah keadaan yang mana keinginan, harapan dan keperluan pelancong dipenuhi. Manakala Augustyn dan Ho(1998) menyatakan bahawa kebanyakan kajian berkaitan kepuasan pelancong menunjukkan bahawa ramai pelancong tidak berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan di kawasan pelancongan.

        Sharifah(2001), menyatakan bahawa pengukuran terhadap kepuasan pelancong merupakan pengukur utama bagi menentukan keberkesanan kualiti perkhidmatan yang disediakan secara keseluruhannya. John dan Damiannah(2003) menjalankan kajian tentang pengukuran kualiti perkhidmatandi Tsavo West National Park, Kenya dan mendapati bahawa faktor yang menyebabkan berlakunya kemerosotan jumlah kedatangan pelancong adalah kerana tahap kepuasan pelancong tidak tercapai. John et al.(2003) pula menyatakan bahawa antara penyebab bilangan kemerosotan dalam bilangan kedatangan pelancong adalah kerana kekurangan kualiti produk eko pelancongan di taman hidupan liar, pengawalan keselamatan ke atas pengunjung yang lemah dan kelengkapan insfrastruktur yang tidak mencukupi. Bagi memahami asas berlakunya ketidak puasan ini, Teori Expectancy Disconfirmation(EDT) yang dimajukan oleh Oliver(1980), mampu mampu menjelaskan tentang perilaku dan kepuasan pelancong.

         Oliver(1980) menyatakan bahawa pelancong menilai sesebuah produk dan kualiti perkhidmatan berdasarkan prestasi kualiti keseluruhan, ciri-ciri kualiti yang memenuhi jangkaan, kebolehpercayaan terhadap kualiti yang disediakan, ketahanan sesebuah perkhidmatan yang ditawarkan, kecekapan layanan yang diberikan dan kualiti perkhidmatan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Teori Expectanc Disconfirmation menerangkan empat peringkat yang menuju kepada kepuasan pelancong.


         Peringkat pertama menjelaskan bahawa setiap pelancong mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza mengenai kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Ini merujuk kepada anggaran terhadap penilaian prestasi kualiti perkhidmatan.

         Manakala peringkat kedua pula merujuk kepada bagaimana pelancong melihat prestasi sesebuah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan atau pengusaha yang dinilai berdasarkan jangkaan yang mereka harapkan. Peringkat ketiga ialah peringkat disconfirmation.

         Pada peringkat ketiga, kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pengusaha pelancongan yang dibandingkan dengan penilaian jangkaan pelancong. Seterusnya, pada peringkat keempat, kepuasan dibentuk apabila penilaian kualiti perkhidmatan dijalankan oleh pelancong terhadap pengalaman menggunakan perkhidmatan tersebut.Maka, pelancong akan menentukan sama ada kepuasan yang diperolehi adalah seperti yang dijangkakan atau sebaliknya(Ahmad Azmi, Atefeh dan Norzalita, 2011).

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENGENALAN
Dalam kajian penyelidikan, cara atau methodology merupakan antara faktor penting bagi membolehkan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan keboleh percayaan yang tinggi.  Maka, menurut Mohd Majid dan Maarof(1997), pendekatan secara persampelan dan penganalisian data yang digunakan perlu dikenal pasti supaya bersesuaian dengan objektif kajian yang digariskan kerana kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau methodologi kajian yang sesuai dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.

Kaedah atau pendekatan penyelidikan yang digunakan untuk mengumpul dan menganalis data bagi mencapai objektif kajian akan diterangkan dalam bab ini. Kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian dan analisis data merupakan antara kaedan atau pendekatan penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini.

4.2 KAEDAH PERSAMPELAN
Respon yang dipilih merupakan golongan belia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Hasil daripada penemuan yang telah dianalisis secara sistematik, terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat mengikut objektif kajian iaitu mengenal pasti demografi dan latar belakang para pelancong belia di Kelantan, serta mengenal pasti karekter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan, tempat melancong, perbelanjaan, aktiviti serta mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada tarikan dan memberi pengaruh pada pelancong belia untuk keluar melancong dan memberi cadangan  strategi untuk membangunkan dan memajukan sektor pelancongan belia di negeri Kelantan.


4.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah berfokus pada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan matlamat sekunder.
  1. DATA PRIMER (SOAL SELIDIK)
Menurut Uma Sekaran(2003), Borang soal selidik adalah satu set soalan yang dibangunkan dan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu alat pengumpulan data yang sesuai apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa sebenarnya yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memastikan pemboleh ubah yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang ditetapkan. Soal selidik ini mengandugi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden. Soal selidik merupakan satu instrumen yang penting bagi seseorang pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka jawapan yang diperolehi tidak akan memberi pengertian yang nyata dan ini akan meroskan dapatan atau hasil sesebuah kajian.

  1. DATA SEKUNDER
Selain daripada data primer yang didapati melalui kaedah soal selidik seperti yang telah dinyatakan, maklumat sekuner juga perlu untuk menguatkan lagi sesebuah kajian. Data ini merupakan sumber maklumat yang amat penting kerana ini diperlukan bagi menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian yang lampau. Sumber data sekunder diperoleh daripada jurnal, buku rujukan, majalah berbentuk ilmiah, maklumat daripada laman webm akhbar tempatan serta daripada jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelancongan Negeri Kelantan, dan juga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tujuan data sekunder adalah untuk mengenal pasti masalah, membina pendekatan kepad masalah, dan menjawab beberapa masalah. Data sekunder adalah dikira sebagai data sokongan dan berperanan sebagai memahami dengan lebih terperinci kajian yang dijalankan.



4.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual,  dan juga penggunaan borang soal selidik. Penbangunan soal selidik yang digunakan dalam penggunaan borang soal selidik adalah berasaskan kepada beberapa proses pengubahsuaian termasuk ujian rintis ke atas beberapa responden.

  1. Pemerhatian
Melalui kajian lapangan, penyelidik memerhatikan dan mencatat tingkah laku responden kajian dalam keadaan sebenar. Kaedah yang digunakan ini adalah untuk mendalami tingkah laku responden terhadap isu pelancongan di Kelantan. Pemerhatian ini perlu kerana sebahagian aspek tertentu tidak dapat ditemui daripada temu bual dan juga pengisian borang soal selidik.

  1. Temu Bual
Selain itu, temu bual juga digunakan dalam kaedah iniyang mana penyelidik menemu bual responden secara spontan atau rawak dengan cara tidak mengikut soalan yang ada dalam borang soal selidik. Namun begitu, meskipun soalan temu bual ini tidak mengikut skema yang ada dalam borang soal selidik, soalan yang ditanya kepada responden tetap berhubung kait dengan perkara yang hendak dikaji.

  1. Borang Soal Selidik
Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah diedarkan semasa penyelidik kajian ini menjalankan kajian lapangan ini. Soal selidik yang disediakan adalah berpandukan kepada objektif kajian yang disenaraikan dalam Bab Satu. Walau bagaimana pun, soal selidik tersebut telah terlebih dahulu diuji  dalam ujian rintis ke atas 50 orang responden. Ini adalah sebagai satu proses bagi melestarikan soalan-soalan agar besesuaian dengan kajian. Soal selidik kajian dibahagaikan kepada 3 bahagian seperti berikut.


1.Bahagian A : Profil Responden = 6 Item.
2.Bahagian B : Pengalaman Responden = 11 Item.
3.Bahagian C : Pandangan terhadap pernyataan berkaitan pelancongan = 3 Item.

Bahagian A
Bertujuan  untuk mengenal pasti profil responden seperti jantina, umur, status, bangsa, pekerjaan dan juga pendapatan responden.

Bahagian B
Digunakan untuk mengenal pasti pengalaman responden dalam penglibatan responden terhadap pelancongan yang lepas, daripada aspek pemilihan destinasi pelancongan, tujuan utama melancong, tempat penginapan semasa melancong, pengangkutan yang digunakan semasa melancong, waktu yang sesuai untuk melancong, keinginan yang hendak diperoleh semasa melancong, dan faktor yang menyebabkan responden tertarik untuk melancong.

Bahagian C
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berkaitan sejauh mana  responden mengetahui tentang kempen pelancongan yang ada di Kelantan, faktor halangan pelancong untuk datang melancong ke Kelantan, serta pandangan dan cadangan responden mengenai pembangunan pelancong belia di Kelantan.

4.5 KAEDAH ANALISIS DATA
Bagi menjalankan penyelidikan ini, data-data yang diperoleh, dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif.. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS, Statitiscal Package for Social Science.

Selepas itu, statistik deskriptif digunakan bagi menyusun  dan menginterpretasikan atau menjelaskan data-data yang dikumpul. Kaedah statistik ini merupakan satu teknik yang digunakan dengan mengambil satu bahan dan diringkaskan atau diproses dalam bentuk  lebih ringkas. Contoh teknik yang digunakan bagi menghuraikan dengan lebih lanjut statistik deskriptif ialah adalah nilai kekerapan dan peratusan untuk menentukan bilangan responden yang memberi maklumbalas dan ciri-ciri latar belakang responden yang diperoleh melalui maklumat demografi responden.

4.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY TEST)
Kebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengikut pemboleh ubah kajian secara konsisten  setiap kali ianya digunakan pada masa dan sampek yang berlainan. Terdapat pelbagai kaedah pengukuran untuk menentukan koefisien kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Keboleh percayaan soal selidik diuji dengan menggunakan prosedur Alpha Cronbach yang diasaskan kepada model kekonsistenan dalaman. Keboleh percayaan keputusan soal selidik ditentukan berdasarkan semakin hampir nilai Alpha kepada 1, ia menunjukkan tahap keboleh percayaan yang tinggi. Bagaimanapun, nilai Alpha yang kurang daripada 0.6, maka bolehlah dianggap instrumen yang digunakan dalam kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah. Nilai Alpha yang lebih daripada 0.7, adalah menentukan tahap kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima(Uma Sekaran, 1992).

Potensi terhadap pelancongan belia iaitu mengenai karekter pelancongan belia yang terdapat 19 kenyataan. Faktor tarikan yang membuat pelancong hendak pergi melancong ialah 7 kenyataan. Halangan serta faktor yang akan dipertimbangkan ialah sebelum melancong ialah 5 kenyataan. Manakala, cadangan untuk pembangunan mengenai pelancongan belia ialah 6 kenyataan. Hasil ujian yang ditunjukkan menunjukkan semua nilai Cronbach Alpha adalah melebih 0.7 iaitu paras minimum untuk melayakkan kenyataan-kenyataan yang digunakan boleh dipercayai.


BAB 5  JADUAL PROJEK PENYELIDIKAN (CARTA GANT)

BULAN (2017)
AKTIVITI
1
2
4
5
6
7
8
9
10


Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
/////








Memilih masalah

/////







Menyemak soalan kaji selidik


/////






Pengumpulan data



/////





Analisa masalah




/////




Penilaian penyelidikan





/////



Penulisan laporan






/////


Semakan dan pembetulan







/////

Pembentangan








/////


BAB 6 ANGGARAN KOS PROJEK


Bil
Jenis Bahan
Kuantiti x Harga seunit
Jumlah
Kos
1
KERTAS A4
5 RIM X RM15.00
RM 75.00
2
FAIL DAN BUKU CATATAN
20 SET X RM 5.00
RM 100.00
3
ALATULIS
2 SET X RM20
RM40
4
CETAK BAHAN DAN LAPORAN KAJIAN

RM 300


JUMLAH
TOTAL
RM 515.00


BAB 7 RUJUKAN



  1. Sekaran,U dan Bougie,R.(2013). Research methods for business: a skill building approach. United Kingdom : John Wiley.
  2. Abu Said al-Mansor.(2012). Kaedah penyelidikan perniagaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Kementerian Pelancongan Malaysia.(1996). Kajian pembangunan pelancongan belia di malaysia : potensi dan halangan. Pulau Pinang : USM.
  4. Jamilah Din, Norhazilina Abdul Rahim, dan Azmaliza Ariffin.(2011). Kajian kes : perniagaan homestay oleh koperasi. Kuala Lumpur : Maktab Koperasi Malaysia.
  5. Ahmad Shuib dan Noor Aziz Mohd Nor.(1989). Analisis permintaan pelancongan di malaysia. Pulau Pinang : USM.
  6. Anuar, Habibah, Hamzah, Mohd Yusoff Hussain dan Buang.(2012). Dasar pelancongan di malaysia : ke arah destinasi mesra pelancong. Kuala Lumpur : UKM.
  7. Ahmad Azmi, Atefeh dan Norzalita.(2011). Understanding hotel hospitality and differences between local and foreing guests. International Review of Business Research Papers, 7(1), 340-349.
  8. Augustyn,M dan Ho,S.(1998). Service quality and tourism. Journal of Travel Research, 37(1),71-75
  9. John,S dan Dimiannah,M.K.(2003). Measuring tourist satisfaction with Kenya’s wildlife safari: a case study of Tsavo West National Park. Science Direct : Tourism Management, 24(1), 73-81
  10. Oliver,R.L.(1980). A cognitive model of the antecedents and consequences of satisfaction decisions. Journal of Marketing Research., 17(4), 460-469.
  11. Sharifah.(2001).Measuring the effectiveness of the implementation of total quality management programmes in the malaysian public service sector. Kuala Lumpur : UKM.
  12. Truong,T.H dan Foster,D.(2006). Using HOLSAT to evaluate tourist satisfactions at destinations: the case of australian holidaymakers in Vietnam. Science Direct: Tourism Management,27, 842-855.

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.