[:::Ilmu:::] ~Bahagian 22~

by October 01, 2017 0 comments
Kaum Biadab ataupun juga The Barbarian difahami sebagai kaum yang hampa makna, dan budaya. Mereka menjatuhkan Empayar  Rom. Kemudian giliran Kaum Biadab pula yang dijajah oleh kebudayaan, sistem serta nilai hidup. Hal ini  disebabkan mereka iaitu kaum biadab tidak membawa apa-apa perkara baru dari segi kebudayaan, nilai-nilai hidup mahupun sistem yang baik yang membolehkan terbentuknya sebuah tamadun.

Asal istilah barbarian ini pada mulanya digunakan oleh Greek yang merujuk kepada mereka tidak berbahasa Greek. Ianya tidak mempunyai konotasi yang negatif seperti hari ini iaitu Kaum Biadab. Bagi Empayar Rom pula istilah barbarian digunakan oleh mereka untuk merujuk kepada orang luar daripada tamadun rom. Ia tidak merujuk kepada merea yang tidak bercakap dalam bahasa orang Greek kerana orang Rom kebanyakannya sendiri tidak pandai bercakap dalam bahasa orang Greek.

Ada kalangan puak barbarian pada era Empayar Rom, membuat pakatan dengan puak barbarian tertentu untuk menjatuhkan puak barbarian yang lain, dan ada juga puak barbarian yang menyerang Rom.

Puak Rom begitu yakin dengan diri mereka sebagai tamadun yang terbaik dan selain dari mereka adalah tidak bertamadun dan tidaklah sebagus mereka. Ini memberi tamparan berat kerana banyak peperangan antara Rom dan Barbarian berakhir dengan kekalahan pada pihak Rom dengan teruk.

Akhirnya dipendekkan cerita jatuhlah tamadun Rom.

Walaupun kejatuhan itu diiringi dengan penghinaan yang maha dasyat, jika kita perhatikan perjalanan sejarah, kaum Barbarian itu pula kemudiannya ditakluk oleh kebudayaan Rom yang begitu tinggi.

Di sini pentingnya kebudayaan sesuatu bangsa dalam sesebuah negara, apatah lagi dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Seperti juga kisah Mongol yang menakluk tanah islam, yang akhirnya tidak lama kemudian muncul dari keturunan Mongol mereka yang memperjuangkan islam.

Apakah daya kekuatan yang tersirat itu? Yang membolehkan keadaan Barbarian ditakluk semula secara kebudayaan, nilai-nilai hidup dan pemikiran sehingga menjadi seperti Rom jua dan berlaku pada Mongol yang kemudian muncul mereka yang perjuangkan Islam pula?

Tidak lain dan tidak bukan adalah kebudayaan yang berdasarkan kepada ilmu pengetahuan.

Kebudayaan yang terbentuk daripada ilmu pengetahuan ini sekiranya terus terpelihara, walau apapun dugaan yang diterima oleh sesuatu tamadun, negara, bangsa, agama, ianya akan memberi tindakbalas untuk mengembalikan keadaan seperti sedia kala, dengan adanya kebudayaan berdasarkan ilmu pengetahuan ini.

Dan yang membentuk dan memelihara ini semua ialah kaum ilmuan.

Disinilah dapat kita lihat kepentingan ilmuan. Dan kedudukan sesama manusia adalah berbeza mengikut ilmu mereka. Sebagai orang islam pula, yang lebih berilmu, akan ditambahkan darjat disisi Allah.

Pentingnya meletakkan para ilmuan pada tempat mereka yang benar.


Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.