The Importance of Words(terjemahan)

by March 29, 2015 0 comments
Ulama pernah berkata bahawa, zaman sekarang bukanlah waktu dimana seseorang Muslim itu memahami agama mereka. Daripada ungkapan ini, kita hendaklah menyedari bahawa kita, sebagai Muslim hedaklah memahami agama kita sebagaimana ia sepatutnya difahami. Namun, bagaimanakah cara memahami seperti yang sepatutnya? Untuk menjawab persoalan ini, kita hendaklah merujuk kepada pihak yang memahaminya. Siapakah pihak itu? Sudah tentulah mereka ialah para ilmuan Muslim.

Untuk kita belajar, memahami dan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai agama kita, kita perlu bertanya soalan yang paling penting.

Soalan itu ialah “Apa itu ilmu?”. Pada pandangan saya, dengan penuh keyakinan, saya percaya bahawa definisi ilmu oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas memperlihatkan dengan jelas makna ilmu itu.

Ilmu maksudnya ketibaan diri kepada makna dan ketibaan makna kepada diri. Sebab itulah “makna” itu amat penting. Bagaimana kita menyampaikan makna? Dengan menggunakan perkataan? Makna itu diwakili dengan perkataan. Maka, hal ini membuktikan bahawa perkataan itu tidak kosong tetapi mempunyai makna. Makna sesetengah perkataan, jika disalah fahami, akan megakibatkan salah faham. Atas sebab itulah, para ilmuan Islam yang mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai perkara ini tidak membenarkan penggunaan kalimah “Allah” digunakan untuk maksud yang salah.

Maka sebagai tips untuk membaca karya-karya hebat, magnum opus tulisan ilmuan terkemuka pada masa lampau dan masa kini, kita hendaklah membaca dan melihat tulisan mereka secara berhati-hati berkenaan bagaimana mereka menyusun ayat dan menggunakan sesetengah perkataan dan sesetengah terma untuk memperlihatkan sesetengah konsep. Ilmuan hebat mempunyai kelebihan untuk menyusun perkataan dengan susunan yang bermakna.

Hal ini demikian kerana mereka mengetahui kepentingan menggunakan perkataan yang betul untuk menunjukkan makna yang betul. Mereka mula-mulanya akan mendefinisikan perkataan yang mereka gunakan dalam penulisan mereka, dalam ucapan mereka dan dalam syarahan mereka apabila keperluan timbul, terutama sekali apabila sesetengah perkataan itu umumnya, difahami dalam konteks yang salah. Selain itu, untuk pergi lebih mendalam,Seorang sarjana ulung mendefinisikan makna bagi 'makna'. Anda akan tahu ilmuan yang saya maksudkan apabila membaca karya mereka.

Ilmu itu datang dari Allah. Maka, berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan pencarian kita dalam menuntut ilmu. Semoga ilmu yang dicari memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.


ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq
23 Mac 2015.

Diterjemah oleh :
F-2,
Project X(temporary name).
30 Mac 2015.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.