SAMSUNG DAN PERKEMBANGANNYA

by April 05, 2016 0 comments

1.0 SAMSUNG

       Pada 1 Mac 1938,  Samsung ditubuhkan oleh Byung-Chull Lee di Daegu Korea. Samsung membawa maksud ’tiga bintang’. Asalnya fokus utama syarikat samsung adalah pada eksport ikan kering, sayur, dan buah-buahan kepada Manchuria dan Beijing. Kini, Samsung berkembang menjadi kumpulan bisnes yang terbesar di Korea Selatan yang berpangkalan di Seoul.

      Selepas peperangan Korea(1953), Samsung menceburkan diri dalam industri gula,  tekstil, perbankan dan insurans. Pada 1961, syarikat ini meneruskan lagi perkembangannya dalam perusahaan kertas, ’department store’ dan penerbitan. Pada 1960, dengan bantuan syarikat Sanyo, Samsung Electronis ditubuhkan untuk menjual barangan elektronik seperti ketuhar gelombang mikro dan televisyen. Pada 1970-an, Samsung melancarkan perusahaan pembinaan kapal , petrokimia dan enjin pesawat. Pada 1980-an Samsung mengeksport barangan elektronik dengan munggunakan namanya sendiri (SAMSUNG). Pada 1983, Samsung mula menghasilkan komputer peribadi.

       Pada 1987, Lee Kun Hee mengambil alih penguasaan daripada bapanya Byung-Chull Lee. Terkini, Lee Kun Hee masih menjadi pengerusi Samsung. Dari tahun 1987 dan seterusnys, Samsung melibatkan diri dalam pelbagai perusahaan seperti peralatan rumah, telekomunikasi, semikonduktor, television digital, dan kereta.

       Pada 2012, Samsung Electronics, telah menjadi pengeluar dan pembuat telefon terbesar dunia, mengatasi Nokia. Pada hari ini, dengan kejayaan cemerlang dalam bisnes elektronik, Samsung dikenali sebagai antara yang terkedepan dalam teknologi dan diiktiraf sebagai salah satu dari 10 jenama global yang terunggul dunia.

      Pada 2016, Samsung memperkenalkan 6 produk terbaru iaitu Smart TV, HD Blu-Ray Player, Family Hub Refrigerator, Galaxy TabPro S, Samsung Gear S2 Smart Watch,  dan 13.3 Inch Super Thin Notebook 9.

2.0 PERSEKITARAN MIKRO

        Persekitara mikro merupakan faktor-faktor atau elemen-elemen dalam ruang lingkup operasi sesebuah organisasi yang memberi kesan kepada prestasi dan keputusan yang akan di buat. Faktor-faktor ini termasuklah pesaing, pelanggan, saluran agihan,  pembekal dan orang awam. secara umum.
                                                                                          (Business Dictionary.com)


Antara  persekitaran mikro yang akan dihuraikan ialah :

a. Pelanggan
b.Pekerja
c. Pembekal
d. Pemegang Syer
e. Media
f. Pesaing.



a. Pelanggan
   Setiap jenis perniagaan dalam dunia ini memerlukan pelanggan. Bahagian pemasaran yang terlibat perlulah mempunyai tujuan jelas iaitu menarik dan mengekalkan pelanggan dengan cara menghasilkan barangan yang memenuhi keperluan dan kemahuan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan juga dititikberatkan. Alasan mengapa mereka ingin menggunakan perkhidmatan atau membeli barangan kita akan memberi kesan yang besar kepada strategi yang digunakan untuk mendekati pelanggan.




b. Pekerja
   Mempunyai staf yang ada kemahiran dengan pengalaman yang diperlukan amat penting. Proses ini berlaku daripada fasa merekrut, dan berterusan sehingga mengupah staf untuk berkhidmat dengan syarikat. Latihan dan peluang untuk kenaikan pangkat juga mempengaruhi prestasi pekerja. Sekiranya pekerja tidak mempunya motivasi, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan ianya akan menjejaskan perkhidmatan yang diberi pada pelanggan dan hasilnya jualan akan menurun.


c. Pembekal
   Pembekal membekalkan kepada sesuatu perusahaan atau perniagaan, alatan, atau barangan yang diperlukan bagi menjalankan urusan perniagaan. Sekiranya pembekal tidak memberi barangan yang baik, ini akan menjejaskan kualiti barangan yang dijual oleh syarikat dan akan memberi impak negatid kepada imej dan hasil jualan. Peningkatan harga daripada pembekal juga akan mempengaruhi harga barangan yang dijual. Ada kalanya barang-barang yang dijual terpaksa dinaikkan harga akibat peningkatan harga yang diberi oleh pembekal.  Oleh itu, sesebuah organisasi perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal untuk mendapatkan barangan yang berkuaiti dengan harga yang berpatutan.

d. Pemegang Syer
    Sesebuah organisasi tentunya memerlukan dana yang besar untuk terus berkembang. Maka umumnya pemilikan peribada akan diubah kepada pemilikan awam dengan menggunakan pasaran stok. Pengenalan kepada pemegang syer sebagai pemilik dan pemberi dana kepada sesebuah organisasi akan memberi tekanan baru kepada organisasi tersebut. Pemilik syer akan memberi tekanan kerana mereka mahukan pulangan hasil bagi pelaburan yang telah diberikan. Hubungan dengan pemilik syer perlu diuruskan dengan baik agar bisnes dapat berkembang dan bertahan dalam jangka masa panjang.

e. Media
   Laporan media yang positif akan memberikan imej positif kepada syarikat dan begitulah seballiknya jika laporan yang negatif bermain dalam media massa. Organisai perlulah cekap dan pantas menguruskan media massa akan memberikan reputasi yang baik kepada organisasi dan mengurangkan impak sekiranya terdapat perkara-perkara negatif yang boleh menjatuhkan organisasi. Sesetengah organisasi juga mempunyai pegaiwai yang menguruskan hal hubungan awam yang dipanggil sebagai PR atau Public Relation.


f. Pesaing

   Dalam industri yang sama, sesama organisasi akan bersaing. Persaingan ini adalah berkaitan dengan perbezaan yang terdapat antara organisasi. Contohnya seperti adakaah organisasi tersebut dapat memberikan perkhidmatan ataupun barangan yang lebih baik dari organisasi yang lain? Apakah jenama yang digunakan itu popular ? Sesebuah organisasi perniagaan perlu sentiasa memantau pergerakan pesaingnya agar tidak ketinggalan dan dapat mengubah, serta menambahbaik strategi agar tidak ketinggalan dan terus berdaya saing dalam arena tersebut.







3.0 KESAN PERSEKITARAN MIKRO PADA SAMSUNG

3.1  Media dan Pesaing : Samsung vs. Apple.
         Pertembungan antara dua pesaing kuat iaitu antara Samsung dan Apple dalam industri telekomunikasi merupakan perkara yang paling hangat diperkatakan. Spesifikasi, fungsi, rekabentuk, harga, kesesuaian dan fungsi setiap model, sering menjadi perbandingan. Terdapat juga bertahun-tahun siri tuntutan mahkamah berkenaan pelanggaran hak paten antara Samsung dan Apple. Setiap keluaran akan terus dibandingkan.

        Pada masa kini, Apple masih mendahului sebagai pengeluar dominan telefon pinta di U.S namun Samung semakin menghampiri dari tahun ke tahun. Pasaran telefon pintar yang dikuasai oleh Apple ialah sebanyak 40%, diikuti oleh Samsung sebanyak 31%.  Dari segi harga, menurut penganalisis, Samsung terpaksa menurunkan harga produk mereka untuk mengekalkan syer pasaran, dan ini sudah tentunya akan menjejaskan margin kasar keuntungan mereka.


        Manakala Apple tidak mempunyai keperluan untuk menurunkan harga produknya. Dari segi populariti dalam kalangan pengguna, iPhone masih mendahului, menurut penganalisa. Berikut merupakan ringkasan pertempuran antara Samsung dan Apple yang memberikan kesan yang positif dalam menaikkan nama Samsung. Hal ini kerana pesaing kepada Samsung ialah produk terbaik di dunia, maka sudah tentu ianya memberikan satu imej yang amat baik kerana pastinya akan dibanding-bandingkan antara kelebihan dan kekurangan produk masing-masing.




a. Tuntutan Mahkamah Pelanggaran Paten.

    Pada bulan 12, 2015 Samsung kalah dalam kes saman menyaman bagi pelanggaran paten dan bersetuju untuk membayar sebanyak $ 548 juta pada Apple. Pada April 2014 iaitu tahun sebelumnya, Samsung terpaksa membayar sebanyak $ 120 juta, dan pada ogos 2012, terpaksa membayar $ 1.02 billion kepada Apple. Hal ini sudah tentu memberikan tamparan yang besar kepada Samsung akibat kekalahan demi kekalahan yang dialamni akibat tewas dalam tuntutan pelanggara paten telefon pintar.
   

b. Perbandingan Produk Telefon Pintar Terkini 2016 : Samsung Galaxy S7 vs. iPhone 6 Plus.

   Telefon pintar iPhone 6 Plus milik Apple dikeluarkan pada 19 September 2014, manakala Samsung Galaxy S7 dikeluarkan pada 11 Mac 2016. Berikut adalah model telefon pintar tersebut.
  
      Samsung S7 mempunyai reka bentuk yang lebih elegan dan mempunyai kelebihan baru iaitu kalis air. Selain itu, ia mempunyai  prosessor yang jauh mengatasi iPhone 6 Plus, iaitu Snapdragon 820, 64 bit, quadcore, 2.15 GHz berbanding iPhone 6 Plus iaitu A9, 64 bit, dual core, 1.8 Ghz.  Seterusnya, Samsung S7 mempunyai kelebihan cas bateri tanpa wayar(wireless charging), bateri yang tahan lebih lama 3,600 mAh berbanding iPhone 6 Plus iaitu 2,750 mAh.

 c. Pembekal
     Samsung membuat bidang perusahaan yang pelbagai dan mereka menghasilkan komponen-komponen elektronik mereka yang tersendiri, bahkan Apple pun membeli komponen-komponen bagi telefon pintar mereka daripada Samsung. Oleh sebab Samsung memiliki dan mengawal penyelidikan perkasas dan pembuatan, mereka dapat menghasilkan produk  dengan teknologi baru,  lebih pantas dari syarikat-syarikat lain. Selain dari dapat menghasilkan barangan dengan teknologi yang lebih canggih denga lebih cepat, mereka juga memperolehi bekalan peralatan daripada pembekal dengan harga yang lebih murah, disebabkan mereka merupakan pembekal kepada syarikat mereka sendiri.  

d. Pemegang Syer
     Pemegang syer terbesar Samsung ialah 19.13%.  Pelabur asing sebanyak 28.3%,  pelabur institusi domestik sebanyak 22.8%,  pelabur runcit sebanyak 29.6 peratus dan perbendaharaan sebanyak 0.2%. Ini merupakan peratusan syer yang dimiliki oleh pelbagai pihak.

e.Pekerja
     Samsung juga membekalkan pekerja-pekerja mereka dengan latihan yang sesuai agar mereka mendapatk pengalaman dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien.



4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.  KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PEKERJA

     Bagi sesebuah organisasi, pekerja merupakan elemen yang penting. Samsung perlu mementingkan dan mengambil berat kebajikan pekerja mereka. Terdapat kes yang memberi impak negatif kepada imej Samsung dari segi kebajikan pekerja, yang mungkin  akan menjatuhkan motivasi pekerja untuk bekerja dengan baik dan cekap. Di Seoul , Korea Selatan, terdapat kes pekerja (Lee Eun Joo) yang meninggal akibat kanser ovari. Pekerja tersebut disyaku terdedah kepada karsinogen yang digunakan di kilang pembuatan cip. Semasa proses pemasangan silikon, formaldehyde, iaitu sejenis karsinogen yang menggalakkan pertumbuhan tumor digunakan.

      Kebajikan pekerja perlulah dititikberatkan dengan membuat kajian terperinci bagi mengenal pasti potensi berlakunya kesan buruk kepada pekerja Samsung di kilang pembuatan cip. Seterusnya mengambil langkah keselamatan bagi memastikan pekerja tidak terdedah dengan risiko-risiko yang buruk. Selain itu, Samsung perlu memastikan kilang pembuatan mempunyai persekitaran yang selesa kerana dalam kes yang sama, mahkamah menuduh bahawa sistem pengudaraan kilang tidak baik, serta terlalu banyak syif malam yang dibuat oleh pekerja. Dari sini juga kita saya fikir bahwa, pekerja perlulah diberikan rehat dan cuti yang secukupnya. Samsung perlulah melihat pekerja mereka sebagai manusia yang memerlukan rehat yang secukupnya dan juga masa yang berkualiti bersama keluarga mereka.

    Pampasan perlulah diberikan dalam jumlah yang berpatutan dan dilakukan dengan segera, apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan tugas. Hal ini disebabkan, pampasan wang dapat meringankan beban ahli keluarga pdan diri pekerja itu sendiri. Pada masa yang sama, pekerja-pekerja lain akan melihat tindakan segera ini sebagai perbuatan mengambil berat kebajikan pekerja-pekerja mereka.
    Umumnya, manusia memang suka dihargai. Cadangan yang bernas jika dihargai akan membuahkan hasil yang baik antara manusia. Samsung perlu membuat sesi mendengar pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan kualiti kerja dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja.
  
   Tambahan, Samsung perlu menyediakan khidmat kaunseling percuma kepada pekerja mereka. Terdapat pekerja yang mempunyai tekanan hidup hasil dari masalah keluarga bercampur dengan konflik rakan sekerja dan dengan orang atasan atau bawahan. Maka, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pendengar yang baik, dan mampu membantu mereka dalam menyelesaikan atau memberi mereka semangat bagi menyelesaikan masalah merek dengan cara yang baik.

    Selain daripada wang gaji hasil bekerja, manusia juga perlukan pujian dan penghargaan. Maka, Samsung haruslah memberi pujian dan penghargaan kepada pekerja mereka yang menunjukkan prestasi yang baik. Contohnya, mengumumkan pekerja terbaik bagi setiap bulan. Selain itu, sesi ramah mesra antara pegawai atasan dan juga pekerja perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi membina hubungan yang baik. Ini dapat meningkatkan produktiviti dan kepercayaan serta keyakinan pekerja kepada pegawai atasan mereka. Contohnya ialah kem motivasi, jamuan makan seperti barbeku, percutian ke pulau bagi sekumpula pekerja dan mengikut giliran, agar setiap pekerja dapat merasai pengalaman bercuti secara percuma yang ditanggung oleh syarikat.

2. LAYANAN YANG BAIK DARI MAJIKAN
       Seterusnya, majikan perlulah memberi layanan yang baik kepada pekerja mereka. Kata-kata yang baik perlulah digunakan kepada pekerja mereka. Hormati pekerja di bawah seliaan mereka. Selain itu, majikan perlulah sentiasa memberi dorongan dan kata-kata yang positif pada pekerja mereka agar dapat memberi suntikan semangat. Majikan juga perlu cakna dengan pekerja yang mempunyai masalah peribadi dengan mengurangkan tekanan kerja kepada mereka.


        Pekerja yang tidak sihat, perlulah diberikan rehat dengan secukupnya. Saya merasakan bahawa majikan perlu membuat peti aduan dan cadangan, agar mereka dapat mengetahui isi hati, masalah yang dialami serta cadangan yang dapat dilaksanakan untuk meningkatkan produktivi serta memberi persekitaran yang selesa kepada pekerja sekiranya ada.


3. KHIDMAT PELANGGAN YANG BAIK

       Samsung sebagai sebuah organisasi gergasi dengan pelbagai perusahaan, sudah tentu mempunyai cara khidmat pelanggan yang tersendiri, walau bagaimanapun saya ingin memberikan buah fikir saya agar dapat membantu sekiranya bernas. Samsung perlulah membuat saluran rasmi bagi sebarang aduan dan cadangan. Seterusnya, mereka seharusnya mengutip email dan nombor bagi pelanggan mereka, untuk dimaklumkan tentang produk terkini yang baru keluar atau dijangka keluar.

      Dengan ini, pelanggan akan sentiasa mendapat berita terkini tentang teknologi terkini yang akan dikeluarkan. Pada masa yang sama, kuiz reka bentuk menarik juga boleh diadakan disampung mengutip maklumat dan maklumbalas daripada pelanggan. Cadangan-cadangan bernas dari pelanggan perlu dihargai.

       Walaupun cadangan yang diberi, tidak bernas, perlu juga diberi penghargaan atas kesudian mereka memberikan pandangan mereka. Perkhidmatan pelanggan yang baik, positif dan cekap merupaka satu tarikan kepada pelanggan. Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang produk, ianya diselesaikan dengan segera dan dimaklumkan kepada pelanggan. Barangan yang terdapat waranti, diganti dengan segerea apabila memenuhi syarat-syaratnya.





4. IKLAN KREATIF DAN PEMBINAAN IMEJ POSITIF MELALUI MEDIA
      
        Sekiranya diperhatikan perkembangan iklan dalam beberapa tahun, tentunya banyak perubahan yang drastik. Cara iklan perlulah sentiasa terkini dan kena dengan cita rasa. Kita dapat lihat bahawa ramai memiliki telefon pintar sebagai suatu alat yang memberi mereka keyakinan diri. Pengguna merasakan diri mereka lebih yakin dan positif apabila menggunakan produk tersebut.

        Pelanggan sukakan produk ada mempunyai kelas tersendiri, serta ekslusif. Mereka yang menggunakan telefon jenama yang ketinggalan, kadangkala diketawakan. Maka ramai yang sentiasa menukarkan telefon mereka dengan model yang lebih baru dari semasa ke semasa. Maka, dari sini, syarikat perlulah mengeluarkan iklan-iklan yang memberi imej eksklusif, dan elit. Hal ini, kerana, walau ianya tidaklah sebenarnya tepat, tetapi ramai yang melihat jenis telefon yang digunakan sebagai perlambangan status sosial, terutamanya dalam kalangan belia.

       Seterusnya, imej yang baik dapat dibina apabila organisasi menampilkan diri sebagai mesra dengan pengguna serta ramai yang mendapat manfaat dari Samsung walaupun tidak menggunakan produk mereka. Ini memberikan satu impak yang amat positif. Contohnya mengiklankan tawaran biasiswa bagi mereka yang ingin meneruskan pelajaran dalam bidang yang tertentu sesuai dengan keperluan Samsung , dengan syarat mereka perlu bekerja dengan Samsung untuk tempoh tertentu.

     Akhirnya, iklan yang kreatif dan bersifat muda, pastinya menarik belia yang merupakan antara pembeli yang besar telefin pintar. Mereka sukakan imej-imej yang dibawakan oleh jenama telefon pintar yang dijual. Oleh itu, imej yang bersifat, muda, eksklusif, elit akan menjadi satu daya penarik yang baik.


 

5. PERSAINGAN DENGAN SYARIKAT LAIN

            Dalam industri telefon pintar contohnya, Samsung mempunyai Apple sebagai pesaing terkuatnya diikuti oleh Huawei dan Xiaomi. Reka bentuk, fungsi dan harga yang berpatutan merupakan ciri-ciri utama yang dilihat oleh pembeli. Samsung boleh mengambil inisiatif dengan mengadakan pertandingan rekabentuk telefon pintar futuristik agar mereka dapat melihat reka bentuk yang baik untuk mereka jadikannya sebagai sebuah produk. Hadiah yang amat lumayan perlulah diberi kepada pereka bentuk yang terbaik. Selain itu, dalam era teknologi ini, mereka juga boleh membuat pertandingan iklan terbaik untuk mengiklankan produk Samsung. Seterusnya, dalam pelbagai pertandingan yang dilakukan, mereka yang mempunyai bakat unik yang dapat dimanfaatkan oleh syarikat perlulah ditawarkan pekerjaan sesuai dengan kemampuan yang mereka ada.

 

  

5.0 RINGKASAN

            Dalam industri perniagaan, bagi memastikan sesebuah organisasi berkembang dengan pesat, stabil dan sentiasa mendapat sambutan yang baik, persekitaran mikro perlulah diuruskan dengan teliti. Persekitaran mikro contohnya ialah pekerja, pelanggan, pemegang syer, pembekal , media dan pesaing. Semuanya perlulah digunakan dengan sebaiknya bagi manfaat sesebuah organisasi.

          Bagi menjelaskan dalam konteks persekitaran mikro ini, Samsung dipilih. Samsung yang pada mulanya hanya melibatkan diri dalam perusahaan buah-buahan dan ikan kering telang berkembang dalam perlbagi industri seperti petrokimia, pembuatan cip, gula, enjin kapal , barangan rumah serta telefon pintar.

         Dalam industri telefon pintar, Apple merupakan pesaing terkuat Samsung, meskipun Samsung membekalkan cip kepada Apple bagi menghasilkan telefon pintar mereka. Walaupun mereka bersaing dan terlibat dalam kes tuntutan pelanggaran paten rekaan telefon pintar, mereka masih saling bergantung iaitu Samsung sebagai pembekal cip kepada Apple.

       Produk terkini iaitu telefon pintar Samsung sering dibandingkan dari segi reka bentuk, harga dan fungsi serta penambahan fungsi baru berbanding Apple. Perbandingan pada tahun ini iaitu pada 11 Mac 2016 secara rasminya pasti akan memberikan impak postif kepada Samsung. Tarikh ini adalah  kerana ini adalah hari model telefon pintar terkini keluaran Samsung dipasarkan iaitu Samsung Galaxy S7. Pelanggan sudah membuat perbandingan di alam maya dengan iPhone 6 Plus. Pada tarikh ini, sudah sampai masanya pengguna merasakan sendiri kelebihan model baru ini yang mempunyai fungsi tambahan seperti fungsi cas bateri tanpa wayar(wireless charging), kalis air dan mempunya prosesor yang sekali ganda lebih pantas berbanding iPhones 6 Plus.



       Bagi penambahbaikan Samsung, mereka perlulah menjada kebajikan pekerja dengan memberi layanan yang baik, mementingkan aspek keselesaan dan keselamatan tempat kerja. Majikan perlulah memberi layanan dan dorongan yang positif kepada pekerja.

     Selain itu, khidmat pelanggan yang mesra, cepat dan efektif perlu dikekalkan dan diperbaikkan dari semasa ke semasa. Iklan yang kreatif, eksklusif  perlulah digunakan agar dapat memberikan imej yang baik kepada Samsung, dan juga kepada pengguna. Pengguna gemarkan produk yang popular. Iklan perlulah bersifat menonjolkan bahawa  pengguna telefon pintar Samsung merupakan pengguna yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

      Tambahan, Samsung sebagai pembekal kepada produk mereka sendiri, perlulah sentiasa menyemak kos belian barang dari pembekal iaitu juga sebahagian dari Samsung, agar sentiasa mendapatkan bekalan yang berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah.

                                                                                          

RUJUKAN :
1. Chang, A.(2016). Can Samsung Beat Apple with The New Galaxy S7?. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://www.cnbc.com/2016/03/10/can-samsung-beat-apple-with-the-new-galaxy-s7.html
2. King, H.(2016). 6 Cool Products to Expect from Samsung in 2016. Dimuat turun pada
3. Shanklin, W.(2016). Samsung Galaxy S7 Edge vs. iPhone 6 Plus. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://www.gizmag.com/iphone-6s-plus-vs-galaxy-s7-edge-comparison/42180/
4. Lee, Y.(2016).  Court : Chemicals Caused Samsung Chip’s Worker Ovarian Cancer.
5. Elmer-DeWitt, P.(2015). How Apple and Samsung Got to $ 548 Million. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://fortune.com/2015/12/05/samsung-apple-timeline-settlement/
6. OCM.(2014). The Impact of Micro and Macro Environment on Marketing. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://blog.oxfordcollegeofmarketing.com/2014/11/04/the-impact-of-micro-and-macro-environment-factors-on-marketing/

7. Samsung.(2014). Samsung Shareholders. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada
8. Stickler, D.(2013). Samsung : A Short History. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://www.mercurynews.com/ci_22979868/samsung-short-history

9. Samsung.(n.d.). Samsung’s Beginnings. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada
10. Samsung. (n.d). Fortune Global Top Company. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://www.samsung.com/my/aboutsamsung/samsung/history.html
11. Business Dictionary. (n.d). Micro Environment. Dimuat turun pada 11 Mac 2016
12. Learn Marketing. (n.d). Micro Environment. Dimuat turun pada 11 Mac 2016



Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.