Multi Universe in Existence (terjemahan)

by March 31, 2015 0 comments
Bercakap tentang asal-usul kejadian alam semesta, kita akan menyelusuri waktu sebelum berlakunya ledakan besar atau “the big bang”.

Bayangkan terdapat satu belon. Di permukaannya dilekatkan batu-batu kecil. Selepas itu, belon itu ditiup perlahan-perlahan. Sebagaimana belon itu mengembang apabila ia ditiup, keadaan yang sama juga berlaku dalam proses pengembangan alam semesta.

Katakan bahawa sebelum ledakan besar itu berlaku, terdapat banyak belon. Alam semester itu ‘tercipta’(secara teorinya) sama ada apabila dua biji belon bergabung dan menghasilkan alam semesta yang baru atau belon itu membahagi, lalu menghasilkan alam semesta baru. Inilah antara teori yang dibentangkan oleh pakar dalam menerangkan mengenai teori big bang.

Jika teori ini berjaya dibuktikan, maka kesimpulan boleh dibuat bahawa terdapatnya alam semesta yang lain selain daripada alam semesta yang kita diami. Kemungkinan kewujudan alam semesta yang lain membawa kita kepada perbincangan mengenai pengembaraan ke alam semesta  lain.

Perbincangan mengenai pengembaraan ke alam semesta lain, timbul kerana alam semesta yang kita duduki tidak akan kekal selama-lamanya. Ia akan musnah suatu hari nanti.

Satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada turut serta terlibat kemusnahan alam semesta ini adalah dengan mengembara(atau melarikan diri) ke alam semesta yang lain.

Jika terdapat pelbagai alam semesta dan adalah tidak mustahil untuk kita pergi ke sana, adakah terdapat makhluk yang mempunyai akal fikiran seperti kita di sana?

 Adakah kita dilihat sebagai penjajah? Adakah akan berlaku peperangan antara alam semesta? Sebelum kita menjumpai planet yang mampu diduduki di alam semesta itu, bagaimana kita meneruskan kelangsungan hidup di sana? Hidup di kapal angkasa? Adakah akan berlaku peperangan antara kapal angkasa untuk mendapatkan planet yang boleh didiami? Adakah akan ada penjajah lain dari alam semesta yang lain, datang ke alam semesta yang kita juga tiba(dari alam semesta kita yang lalu)dengan kita dengan tujuan dan matlamat yang sama? Adakah kita mampu menangani mereka? Itu adalah persoalan-persoalan untuk renungan kita bersama.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq.
1 April 2015

Diterjemah oleh :
F-2,
Project X(temporary name).
1 April 2015.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.