PERANAN-PERANAN PENGURUS DALAM SESEBUAH ORGANISASI

by December 15, 2015 0 comments

PENGENALAN
            Dalam menguruskan sebuah organisasi, pengurusan yang berkesan itu suatu perkara yang amat penting. Pengurus(Manager) berperanan memastikan setiap tugas yang diberikan dilaksanakan dengan baik dan menepati objektif yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Terdapat beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang pengurus, yang dilaksanakan berdasarkan kesesuaian organisasi yang dipimpin olehnya.

            Peranan yang pertama ialah sebagai seorang Pemimpin(Leader). Untuk melakukan sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik, atau melakukan penstrukturan semula agar dijelmakan dalam wajah yang baru dan segar, pemimpin yang berkualiti amat diperlukan. Seseorang pemimpin perlu merancang dan menyusun sesuatu organisasi, dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam sesebuah organisasi agar mengikuti dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan oleh pengurus tersebut. Seorang pemimpin berperanan dalam memberi motivasi intrinsik dan ekstrinsik misalnya, dan memberi galakan dari semasa ke semasa kepada ahli-ahlinya. Ini termaksuklah memberi suntikan semangat agar setiap dari ahlinya bekerja dengan efekrif bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Di samping itu, peranan yang perlu dimainkan oleh seorang pemimpin ialah  menyelsaikan masalah-masalah yang timbul pada ahli dan memikirkan cara penyelesaian yang terbaik agar tidak mengganggi prestasi ahli-ahlinya.

            Peranan yang kedua ialah sebagai Perunding(Negotiator). Seorang perunding memainkan peranan apabila sesebuah organisasi itu sedang menjalani proses perubahan atau sedang berkembang. Maka seseorang perunding itu perlu cekap untuk berunding dengan pihak pihak tertentu seperti saingan, kontraktor, pembekal dan juga pekerja atau ahli. Seseorang perunding itu perlu bijaksana dalam setiap proses rundingan yang dilakakukan agar hasil rundingan itu memberi manfaat kepada organisasinya. Kita harus sedar bahawa dari semasa ke semasa, sesebuah organisasi pasti akan ditimpa konflik. Antara konflik yang boleh berlaku ialah sesama pekerja ataupun pekerja dengan pihak pengurusan. Maka perunding akan meluangkan banyak masa untuk berunding dan berbincang bagi mencari penyelasian yang terbaik.

            Peranan yang ketiga ialah sebagai sebagai tokoh(Figurehead). Peranan ini bermaksud mereka terlibat dalam menetapkan misi dan visi sesebuah organisasi. Tokoh sesebuah organisasi akan menjelaskan misi dan visi kepada pekerja-pekerja agar mereka faham dan tahu arah dan tujuan akhir sesebuah organisasi tersebut. Selain itu, mereka akan terlibat dalam upacara rasmi, seperti melancarkan atau merasmikan sesebuah program yang dijalankan oleh organisasinya. Selain itu, diri mereka menggambarkan organisasi itu. Mereka mencerminkan imej sesebuah organisasi. Perkara ini dapat dilihat dari cara mereka berpakaian, cara berkomunikasi serta perbuatan mereka sehari-hari di tempat kerja mereka.

            Peranan pengurus yang keempat ialah sebagi badan perhubungan(Liaison Officer). Badan perhubungan ini berperanan menyampaikan visinya kepada para pekerja atau ahli-ahli dalam sesebuah organisasi. Tujuannya agar setiap ahli tahu dan peka dengan perubahan yang berlaku. Selain itu, peranan badan perhubungan ini memberi penjelasan agar ahli atau pekerja faham dengan perubahan dan selesa dengan perubahan yang berlaku. Dengan itu, kerja-kerja pengurusan akan menjadi lebih lancar,efektif dan efisien. Perlu kita tahu, bahawa badan perhubungan berperanan dalam berinteraksi selain dengan badan-badan di dalam organisasi, mereka juga berperanan menjaga interaksi dengan individu atau kumpulan yang berada luar daripada organisasi.

            Peranan yang kelima ialah sebagai jurubicara(spokeperson). Dalam sesebuah organisasi, pada kebiasaannya, seseorang pengurus memainkan peranan sebagai jurubicara. Seseorang jurubicara akan mewakili sesebuah organisasi dan menyampaikan mesej-mesej daripada organisasinya dengan efektif. Seseorang jurubicara mempunyai kredibilit yang tinggi serta apabila berdepan dengan pelbagai persoalan daripada pelbagai pihak tentang organisasinya, dia mampu menjawab dengan baik. Serta jawapannya dapat diterima.


            Peranan yang keenam ialah sebagai Pemula(Initiator). Sebagi pemula, seseorang pengurus itu akan mengambil pelbagai inisiatif untuk melakukan perubahan yang lebih baik apabila perlu kepada organisasinya. Sekiranya dia mempunyai sesuati buah fikiran yang praktikal, maka buah fikirannya akan diimplementasikan agar dapat mencapai tujuan-tujuan yang ditetapkan.  Pemula juga berperanan untuk menyediakan latihan dan bimbingan untuk membina keyakinan diri. Seseorang yang memainkan peranan sebagai pemula akan memberi ruang kepada pekerja atau ahlinya untuk melakukan kesilapan, serta mengambil iktibar daripada kesilapan yang dilakukan. Ini penting dalam proses ahli atau pekerja belajar untuk menjalankan tugas dengn lebih efisien. Mereka akan menentukan beberapa tindakan yang akan dilakukan dan melihat sekiranya ada jalan lain yang lebih praktikal untuk digunakan.

            Itulah antara enam peranan yang dimainkan oleh seorang pengurus. Kita akan pergi dengan lebih terperinci berkaitan beberapa peranan dengan melihat dengan teliti beberapa artikel yang telah dipilih.




PERANAN PENGURUSAN BERDASARKAN ARTIKEL PERTAMA
            Artikel yang pertama yang dijadikan contoh untuk memaparkan salah satu daripada peranan pengurusan bertajuk ”Vice Chancellor Inauguration Speech” daripada Egerton University. Artikel ini dimuat turun daripada http://www.egerton.ac.ke/index.php/Vice-Chancellor/vice-chancellor-inauguration-speech.html
           
             Ucapan ini adalah ucapan seseorang itu yang dilantik sebagai Vice Chancellor. Dalam artikel ini kita dapat melihat peranannya sebagai seorang Pemimpin(Leader). Ini berdasarkan pada petikan dalam artikel itu iaitu :

            “Mr. Chancellor Sir, I, therefore, accept the mantle of leadership you have just laid on my shoulders with profound gratitude for the trust and honour you have invested in me and also with the promise that I will not weakly crumble under its weight but will adjust my whole being to it - whatever the extent of self-transformation required - so that it and I become one. In other words, from this moment onwards, I dedicate myself to the onerous task of being a leader of this University.”

            Dalam petikan ini menunjukkan ucapannya dan penerimaan watikahnya sebagai seorang pemimpin(Leader) kepada Egerton University.


             Seterusnya sebagai seorang pengurus yang memainkan peranan sebagai seorang pemimpin(Leader) dia juga berperanan memberi motivasi dan galakan kepada ahli-ahlinya.. Berikut merupakan contoh dorongan yang diberikan kepada organisasi yang dipimpin olehnya iaitu Egerton University :



“A team spirit is an ideal I truly cherish. I imagine that the task of leading Egerton University is akin to that of directing a boat in a long journey. This boat does not have an engine but uses paddles to propel it. There are many paddlers and for this boat to move fast and in the right direction all the paddlers must do their bit.  The paddling must also be synchronized in order for  the journey to continue. I wish to appeal to everyone in this University to be a part of our boat's crew.”
       
            Dalam petikan di atas, kia dapat lihat bahawa Vice Chancellor yang baru dilantik memberikan gambaran sebuah pasukan yang ideal. Dia mengumpamakannya sebagai sebuah bot yang sedang berlayar dalam satu perjalanan yang jauh. Bot itu dibayangkan tidak mempunyai enjin tetapi mempunyai pengayuh yang banyak. Maka setiap daripada ahli memegang satu pengayuh. Setiap dari mereka perlu jelas hala tuju, dan bersama-sama mengayuh membawa bot itu sampai ke destinasinya. Prof. Henry Mintzberg menyatakan bahawa seseorang pemimpin perlulah membawa dan memimpin ahli-ahlinya agar bergerak dengan efektif bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Petikan diatas menggambarkan dengan baik salah satu ciri-ciri pengurusan iaitu peranan sebagai Pemimpin(Leader).

            Seterusnya ialah puisi yang didedikasikan oleh Vice Chancellor kepada ahli-ahlinya dalam ucapan pelantikannya agar dapat memberi inspirasi kepada semua ahli dalam organisasi di bawah urusannya :

This Journey!

“We march into a new stretch of the journey
like pilgrims, certain and not certain
 
because the distance is long, so long
 
and the progress slow
 
because the journey is difficult.
But we march into the journey in great strides 
with a purpose
 
and I, a Moses figure, in the lead
 
with the sceptre and the flowing gown
 
you've entrusted me with today
 
utter a humble prayer for human and divine guidance ?
to navigate our beloved Egerton
 
into a new-millennium university.
Let's all journey then students,
 
staff and the community
 
like Socrates long ago seeking, ceaselessly seeking for the great good
 
for this university that we hold so dear
 
so that when at last,
 
on the home stretch we hear the trumpet of triumph and elation
from the shrine of Egerton ancients
we will all join in the ceremony of victory
as celebrants in dreams, visions and missions cherished, ingrained and well-lived.
And then we continue with this journey!”

            Dalam puisi tersebut, dia menggambarkan bahawa beliau sedang membawa krea-krewnya berlayar dalam satu perjalanan yang jauh, serta memberi peringatan akan kesukaran perjalanan tersebut. Namun diingatkan bahwa perjalanan yang jauh itu mempunyai matlamat untuk membawa universiti yang dipimpin olehnya ke arah perubahan yang lebih baik.  Pada akhirnya, dia memberi inspirasi,dorongan dan motivasi agar setiap ahli terus bekerja dengan efektif. Beliau membawa para staf ,pelajar dan komuniti universiti agar membayangkan hari kejayaan mereka. Pada hari kejayaan yang gilang gemilang tersebut, semua ahli komuniti universti akan bergembira menyambutnya dalam satu upacara mulia bagi meraikan universti mereka mencapai segalan impian, misi dan visi universiti tersebut.

            Begitulah antara contoh peranan sebagai seorang Pemimpin(Leader) yang ditonjolkan oleh Vice Chancellor dalam ucapan sempena penerimaan watikan pelantikannya.
     


      
PERANAN PENGURUSAN BERDASARKAN ARTIKEL KEDUA
           
            Seterusnya, artikel kedua yang bertajuk ”The Best and Worst Job in a Company”, yang ditulis oleh Lance. Ianya berkaitan dengan skop kerja ”General Manager”. Dalam artikel ini, beliau banyak menjelaskan dan menerangkan tentang peranan pengurus sebagai seorang Pemula(Initiator).

            Dalam petikan berikut menunjukkan ciri-cirinya :

“Manager must balance the perspectives of all of his or her direct reports, solid and dotted line.  As you walk down the corridor from the General Manager’s office, you will see the offices of the Controller, Marketing, Sales, Engineering, Operations, Service, and Human Resources. While the first job of the General Manager is to get superstars in each of these positions, the reality is that this (almost) never happens. Thus the General Manager has to coach and shore up whatever area is weak.”


          Sebagai seorang Pemula(Initiatior), dia juga terlibat dalam meningkatkan prestasi pekerja-pekerjanya atau dipanggil sebagai Entrepreneurship Process apabila dia mengetahui selok belok sesuatu kerja itu dan cara untuk melaksanakannya dengan lebih efektif dan efisien. Perlu bagi dia mengetahui selok belok bidang yang diuruskannya. Antara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan prestasi adalah meletakkan mereka yang mempunyai kemahiran yang diperlukan agar setiap bahagian dalam organisasi itu dapat berjalan dengan baik.




            Petikan seterusnya dapat artikel kedua berkaitan dengan proses perkembangan keupayaan(Capability Development Process) yang dilaksanakan pada pengurus kecil bagi memainkan peranan dengan baik sebagai Pemula(Initiatior) :

            “Since the most important word in General Manager is “general,” it is obvious that having experiences in all of the key areas, finance, marketing and sales, engineering, etc., is a prerequisite.  For instance, it is best if engineering managers spend time in marketing and operations (which of course they do not want to do).  Sometimes we give the GM candidate a pass on one area, e.g., operations.  We never give the GM candidate a pass on strategic thinking.  A great exercise for the aspiring GM is to be in charge of the division strategic plan at least once.  For the equipment business, I think every GM candidate needs to have run a product development through its various phases.  This can span one product or, better yet, many.  Product development management is a great training ground for general management since its cross-functional responsibilities make it essentially a mini-General Manager position.  The aspiring GM needs to have taken at least a finance short course (profit and loss, balance sheet, cash flow, return on assets, net present value, etc.) and must have had extensive customer interactions and developed significant customer relationships over long periods of time.  We look for proven judgment and an ability to deal with reality like it is.”

            Petikan tersebut memberi cadangan bahwa setiap yang akan mengambil peranan sebagai pengurus, perlulah mengetahui selok-belok dalam setiap badan dalam sesebuah organisasi dengan terlibat secara langsung untuk bekerja dalam bahagia tersebut buat beberapa tempoh. Ini bagi memberi gambaran kepada pengurus, bagaimana setiap badan beroperasi, dan ini dapat membantunya dalam membuat keputusan sebagai pengurus

dengan lebih cepat,cekap dan tepat.  Latihan-latihan di pelbagai seksyen yang dijalankan pada pekerja, akan memberikan mereka persediaan serta keyakinan yang cukup untuk memikul sesuatu tanggungjawab dalam organisasi tersebut. Kesilapan yang dilakukan juga lebih mininum apabila mereka mempunyai pengalaman-pengalaman yang berkaitan.

            Itulah antara contoh yang memberikan gambaran secara ringkas tentang peranan Pemula(Initiator). Pemula berperanan memberikan latihan yang kondusif agar setiap ahli dalan organisasi dapat menjalankan tugas mereka dengan cekap serta tepat berdasarkan pengalaman yang diperolehi ketika menjalankan pelbagai latihan yang disediakan oleh Pemula(Initiatior).






PERANAN PENGURUSAN BERDASARKAN ARTIKEL KETIGA

            Peranan yang dimainkan oleh seseorang pengurus sebagai Badan Perhubungan (Liaison Officer), akan dilihat dalam beberapa petikan dalam sebuah artikel yang bertajuk,  ”What are The Duties of a Manager in The Workplace” , ditulis oleh Cindy Phillips. Berikut adalah contoh petikan yang menggambarkan peranan sebagai seorang Badan Perhubungan(Liaison Officer) :


“Communication may be one of the most important responsibilities of a manager to keep the workplace running efficiently. Employees need to know the mission and goals of the business and what is expected of them to achieve those results. Managers must have the ability to comprehend directives from upper management and to then translate them to staff so that everyone is on the same page.  A manager's communication responsibilities may also entail resolving conflicts, motivating employees, speaking to the public on behalf of the company and preserving customer relationships.”

           
            Seorang yang memainkan peranan sebagai Badan Perhubungan, bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan individu-individu dalam organisasinya dengan efektif. Dia berperanan sebagai saluran komunikasi antara bahagian pengurusan dan ahli-ahli dalam bahagian yang lain. Ini bagi memastikan setiap pekerja atau ahli dapat mengetahui maklumat-makulmat yang relevan berkaitan dengan peranan mereka disampaikan dengan betul. Mereka juga berperanan sebagai orang yang mewakili pihak organisasi untuk berbincang dengan pihak luar. Maka seseorang yang memainkan ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang efisien agar tidak berlaku sebarang kekeliruan. Komunikasi yang efektif akan melicinkan mentadbiran dan pelbagai masalah dapat ditangani dengan sebaik mungkin mengikut prosedur yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi.

            Petikan seterusnya dalam artikel yang sama juga menggambarkan skop peranan seorang yang bertugas sebagai badan perhubungan(Liaison Officer) :


             ”Managers are responsible for staffing the business. In a small business, this includes creating job descriptions, running advertisements for open positions, reviewing resumes and applications, interviewing prospective employees, hiring and firing. The manager oversees his staff, ensuring they are trained properly, follow company guidelines and policies, perform the job satisfactorily and receive feedback on a regular basis. Depending on the size of the company, the manager may also be responsible for the payroll function including tallying work hours, calculating pay, processing checks and tracking vacation days and other time off.”

            Dalam petikan ini, menggambarkan dengan jelas peranan seseorang badan perhubungan(Liaison Officer), yang terlibat dengan bahagian pengurusan kewangan untuk melihat wang yang diagihkan, sebelum membuat keputusan untuk mengupah pekerja baru bagi meningkatkan prestasi organisasi, atau memecat pekerja yang difikirkan menjadi punca kepada penurunan prestasi dalam organisasinya. Ini amat penting kerana mereka tahu keadaan semasa organisasi disebabkan sering berkomunikasi dengan mereka. Mereka tahu di mana masalah, kekurangan dan aspek-aspek yang boleh dan perlu dipertingkatkan.Kemudian mereka akan membawa perkara-perkara tersebut pada pering pengurusan yang lebih tinggi.





KESIMPULAN
            Sebagi kesimpulan, kita dapat melihat tiga peranan pengurusan iaitu sebagai Pemimpin(Leader), sebagai Pemula(Initiator), dan akhir sekali sebagai badan perhubungan(Liaison Officer). Setiap dari mereka mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan sesebuah organisasi berjalan dengan lancar.

            Ada yang berperanan khusus dalam memberikan gambaran abstrak konsep kerjasama yang diinginkan serta memberikan inspirasi dan dorongan kepada ahli-ahli dalam organisasi agar berusaha dengan sebaik mungkin bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Ada yang yang berperanan sebagai menyediakan latihan agar kemahiran setiap daripada ahli atau pekerja dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan dapat memikul tanggungjawab baru yang difikirkan layak dan sesuai untuk mereka. Selain itu, terdapat juga peranan sebagai orang tengah yang menyalurkan maklumat daripada pihak pengurusan yang lebih tinggi kepada ahli-ahli bawahan. Seterusnya berperanan untuk berkomunikasi dengan efektif bagi mengetahui masalah-masalah dan konflik yang berlaku dalam sesebuah organisasi agar dapat diselesaikan dengan segera sebelum menjejaskan perjalanan sesebuah organisasi.

            Ringkasnya, bahagian pengurusan merupakan bahagia teras dalam sesebuah organisasi. Perkembangan sesebuah organisasi, konflik dan masalah yang timbul merupaka masalah kompleks yang memerlukan kemahiran dan pengalaman yang banyak untuk memikirkan penyelesaian yang betul dan cepat mengambil tindakan bagi mengatasinya.

            Akhir kata, peranan pengurusan yang paling sukar ialah sebagai Pemimpin(Leader). Ini pada kefahaman seseorang yang memimpin perlu jelas hala tuju yang ingin dibawa olehnya. Perkara ini amat penting kerana walau semantap mana ahli-ahli melaksanakan tugas mereka, namun jika di bawah Pemimpin yang silap, bahtera yang hebat juga boleh karam di tengah lautan akibat dipukul ombak.

            Peranan seseorang Pemimpin itu saya katakan sebagai yang paling sukar kerana merekalah yang memberi kata putus dalam setiap perkara pada peringkat tertinggi dalam organisasi tersebut. Keputusan yang dibuat oleh mereka akan mempengaruhi prestasi dan halatuju sesebuah organisasi. Bahkan penampilan serta cara mereka berbicara juga akan memberi impak kepada ahli-ahli dalam sesebuah organisasi.

            Seorang pemimpin juga perlu sentiasa peka dengan keadaan organisasinya agar tidak membuat tindakan, andaian, kesimpulan serta keputusan yang tidak munasabah. Pemimpin juga perlu membuat keputusan dengan adil. Mereka perlu mempunyai integriti yang tinggi agar kelangsungan sesebuah organisasi terus berjalan di bawah pimpinan mereka. Oleh itu, saya simpulkan bahawa peranan yang paling sukar ialah sebagai seorang pemimpin, kerana perjalanannya diibaratkan penuh dengan onak dan duri. Kadangkala keputusan yang sukar dan segera perlu dilakukan demi kebaikan organisasi.





APENDIKS :

1. Tuitoek, J.K.(2013). Vice Chancellor Inauguration Speech. Dimuat turun pada 1 November 2015 daripada http://www.egerton.ac.ke/index.php/Vice-Chancellor/vice-chancellor-inauguration-speech.html

2.  Lance, A.(2011). The Best and Worst Job in The Company. Dimuat turun pada 2 November 2015 daripada http://www.lanceglasser.com/Business/GM.html

3. WSJ.(2009). What are The Commone Mistakes of New Managers. Dimuat turun pada 2 November 2015 daripada http://guides.wsj.com/management/developing-a-leadership-style/what-are-the-common-mistakes-of-new-managers/

4. Phillips, C.(2015). What are The Duties of a Manager in The Workplace? Dimuat turun pada 2 November 2015 daripada http://smallbusiness.chron.com/duties-manager-workplace-24280.html

5. Mind Tools.(2015). Mintzberg’s Management Roles. Dimuat turun pada 2 November 2015 daripada https://www.mindtools.com/pages/article/management-roles.htm



Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.