Tujuan Penciptaan

by August 28, 2014 0 comments

Apabila membeli barangan yang kompleks,pasti akan disertakan dengan manual menggunakannya oleh pengeluar.Maka,sebagai manusia,yang merupakan hidupan kompleks,,juga disertakan dengan panduan hidup.Rujukan tertinggi kita ialah Al-Quran.Jelas dinyatakan dalam surah  az-Zariyat 51:56 ,

”Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku”.

Kita beribadah kepada Allah kerana dia mencipta kita,menjadikan kita dari tiada kepada ada,serta memberi pelbagai nikmat kepada kita seperti hidup,akal,serta ketenangan diri.Nikmat yang diberi Allah,jika kita benar-benar cuba menghitung,nescaya tidak terhitung oleh kita,kerana banyaknya nikmat yang telah diberikan,dan sedang diberikan kepada kita.Maka,wajiblah dan hanya menjadi logik,apabila kita sebagai ciptaanNya,berusaha memenuhi tujuan kita diciptakan.

Sebagai permulaan,apabila kita berbicara berkenaan tujuan penciptaan,maka kita bercakap soal fitrah kita.Dan fitrah kita adalah beribadah kepadanya,mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab seorang hamba.Hamba itu dalam konteks ini adalah memenuhi kehendak tuannya.Kita harus faham dengan erti lain,juga makna agama itu sendiri.Merupakan tanggungjawab seorang hamba,memahami serta mengenali dirinya,agar sedar apa yang perlu dilakukannya,dan setiap perbuatan dan kefahamanannya adalah benar dan bertepatan dengan apa yang dikenhendai oleh penciptanya.

Mereka yang dipandu dengan cara yang benar,akan sedar bahawa dirinya sendiri,jiwanya,telah mengakui Allah sebagai tuannya, sebagai pencipta dan pemberi rezeki kepadanya,sebelum dirinya itu terjelma sebagai seorang manusia,atau dengan kata lain,dilahirkan ke dalam dunia ini.

Sifat keterhutangan kerana diciptakan dan juga berhutang kewujudan adalah amat besar kerana pada ketika manusia diciptakan dan diberi kewujudan,manusia itu sudah berada dalam keadaan rugi,tidak mempunyai apa-apa,kerana segala-galanya yang ada pada dirinya,dan dalam dirinya adalah milik tuhan yang memiliki segala-galanya,Al-Attas(1976).

Perkara ini jelas disebut dalam sura Al- 'Asr,ayat 2 :

”Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.