Semua Ini Dunia Belaka

by August 06, 2014 0 comments



  "Semua ni dunia belaka......". Kelihatannya,mereka yang berkata begitu,adalah antara yang mula2 tumpas kepada segala godaan dan tarikan dunia yang menghanyut dan melalaikan.

Harus kita benar2 faham dan hayati,bahawa menyibukkan diri dengan dunia,tidak bermakna ianya suatu yang bertentangan dengan agama.Bahkan kita harus menyibukkan diri dengan dunia.Sekiranya kita menyibukkan diri dengan dunia,berlandaskan apa yang telah digariskan oleh Allah s.w.t untuk kita,maka segala perbuatan kita merupakan ibadah kepada-Nya.

Bukankah kita telah menyebut setiap kali menunaikan solat bahawa, Sesungguhnya hidup dan matiku kerana Allah?

Maka ianya termasuklah segala yang ada dalam hati kita,fahaman kita dan juga segala yang terzahir melalui perbuatan kita.

Dunia dan akhirat saling berhubung.Bahkan segala perbuatan kita,walau sekecil mana sekalipun akan menjadi penentu nasib kita di akhirat.Harus juga kita sering ingat2kan pada diri,bahawa Allah s.w.t yang menentukan nasib kita.Penamat kita di mana.Harapannya adalah Syurga yang penuh dengan segala nikmat. Kita perlu sering meminta kepadaNya,iaitu kesenangan dunia dan akhirat.Minta dengan benar2 mahukan syurga,serta perbuatan kita sewaktu hidup,mempamerkan bahawa kita benar2 inginkan nikmat itu.

Bersabarlah atas segala dugaan dan ujian.Mohonlah agar dipermudahkan ujian,ditunjukkan jalan ke arah kebaikan.

Sedarlah bahawa setiap saat kita bernafas,adalah peluang yang diberi oleh Allah s.w.t untuk meminta ampun,dan taat kepadaNya.Juga mengajak manusia menyembahNya dengan cara yang Allah s.w.t mahu kita sembahNya.

Allah Knows Best!

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.