Tanggungjawab Seorang Hamba

by August 28, 2014 0 comments


Sebagai seorang hamba,yang sudah tentunya menyedari bahawa dia tidak mempunyai apa-apa untuk membayar hutangnya,iaitu hamba itu berhutang berkenaan dirinya itu diciptakan.Maka,yang ada pada dirinya itu hanyalah kesedarannya,bahawa dirinya itulah hutang yang dimaksudkan itu,maka perlulah dia membayar dengan dirinya sendiri.

Bayaran yang perlu dilakukan olehnya adalah menyerah dirinya dalam bentuk berkhidmat,kepada tuannya.Berdasarkan perkara ini,kita jelas bahawa mereka yang sedar hakikat ini,akan jujur dan ikhlas memperhambakan dirinya,dengan cara memenuhi segala tuntutan,iaitu melakukan apa yang disuruh,serta meninggalkan apa yang dilarang.

Dalam berbicara berkenaan hamba yang melaksanakan tanggungjawabnya, sudah jelas kepada kita bahawa kewajipan hamba untuk menurut perintah Allah s.w.t adalah perkara normal kerana perkara ini adalah kecenderunga yang wajar sebagai makhluk yang diciptakan.Kecenderunga biasa seorang hamba untuk menurut perintah serta menyembah Allah ini dinamakan sebagai din,atau juga dipanggil fitrah.Secara faktanya, din juga bermaksud fitrah,Al-Attas(1976).

Sebagai hamba Allah,manusia diberi amanah yang besar,iaitu sebagai khalifah di muka bumi.Dengan melaksanakan amanah yang diberi sebagai seorang khalifah juga memberi makna yang sama dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Seorang khalifah Allah,diberi amanah,iaitu tanggungjawab untuk memerintah menurut kehendak Allah.Bila menyebut soal memerintah,ianya bukan sahaja terhad kepada skop memerintah dalah erti kata sosio-politik,tetapi membawa maksud yang lebih asas iaitu memerintah,diri sendiri.Manusia diberi kebebasan untuk mengambil tindakan,namun setiap tindakan yang diambil akan dinilai oleh Allah.Maka,sebagai seorang pemerintah yang memerintah kerajaan dirinya,dia perlu membuat keputusan,memilih tindakan,serta melakukan perkara-perkara yang sesuai,dalam erti kata lain,berlaku adil kepada diri sendiri.

Menurut Al-Attas(1976),sebagaimana seorang muslim adalah khalifah tuhannya di muka bumi,seorang muslim itu juga merupakan hambaNya,yang berusaha menyempurnakan khidmat yang diwajibkan ke atasnya,menyempurnakan ibadahnya dalam cara yang diarahkan oleh tuhannya.

Sebagai tambahan Al-Attas(1993) juga berkata dalam magnum opusnya,iaitu Islam and Secularism ,bahawa manusia diberi keupayaan intelektual untuk membezakan antara benar dan salah,juga keupayaan untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.Antara hadis yang masyur dari ibn Abbas,menyatakan bahawa manusia dipanggil insan,kerana sesudah melakukan perjanjian pada hari itu(surah Al- ’A’raf  7:172)  yang disebut oleh Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam kuliahnya iaitu Saturday Night Lecture, yang berlangsung di UTM Jalan Semarak,Kuala Lumpur,bahawa hari itu juga dipanggil ’hari alastu’ oleh beliau.

Sebagai hamba,yang melaksanakan tanggungjawabnya ke atas dirinya,maka wajarlah dia berlaku adil kepada dirinya,dengan cara menundukkan nafsu hayawaniyyahnya kepada nafs natiqahnya.Ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Attas(1993) bahawa manusia mempunyai dua sifat,yang tinggi iaitu al-nafs al-natiqah,juga yang rendah,digelar al-nafs al-hayawaniyyah.


Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.