Peranan Seorang Hamba Allah s.w.t

by August 28, 2014 0 comments



Rasul kita,Nabi Muhammad s.a.w datang dengan membawa risalah agung,iaitu khabar gembira bagi semua yang kembali kepada jalan kebenaran.Jalan kebenaran yag dimaksudkan itu ialah kembali kepada menyembah Allah s.w.t,serta menjalani hidup berlandaskan syariat islam. Menurut Dr.Mohd Farid Mohd Shahran(2013), berdasarkan dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w,ternyata dimensi akidah atau dimensi teologi ini merupakan bahagian yang mendapat penekanan awa daripada Rasulullah di Makkah dan mengambil masa yang lama untuk ditanam ke dalam pemikiran dan jiwa masyarakat Arab pada ketika itu.

            Masyarakat arab ketika itu merupakan masyarakat yang percaya pada banyak tuhan(politeisme).Sebagai seorang hamba Allah,maka wajarlah kita memainkan peranan yang sama dengan menafikan serta menjelaskan kesilapan fahaman ini,dan menerangkan berkenaan keesaan Allah s.w.t kepada masyarakat.Sebagai permulaan melaksanakan peranan kita dengan baik,kita sewajarnya memahami islam dengan betul,dengan merujuk fahaman kita berkenaan islam pada mazhab teologi yang menjadi aliran utama di Malaysia,iaitu Ahl al-sunnah wa al-Jama’ah.Antara tokoh-tokoh besar yang harus dikutip mutiara-mutiata ilmunya bagi meneruskan usaha menegakkan islam ialah Imam Abu Hasan al-Ash’ari,Abu Hamid Al-Ghazali dan Fakhr al-Din al-Razi.

            Sebagai tambahan,semakin tinggi tahap pelajaran kita,iaitu memasuki pengajian tinggi universiti,maka perlu juga kita mendalami islam dengan lebih mendalam.Seterusnya kita memahami dan menjelaskan aspek akidah islam berdasarkan hujah-hujah akliah dan naqliah yang kukuh dan jelas.Dalam kata mudah,kita mengukuhkan fahaman berkenaan akidah yang betul dengan menerangkan berkenaan hakikat bahawa Allah Maha Kaya,dan Dia tidak memerlukan segala sesuatu,tiada juga yang sekufu atau sama taraf denganNya.Sebaliknya,segala sesuatu,memerlukan,dan bergantung pada Allah s.w.t

            Seterusnya,kita memainkan peranan yang amat penting,sebagai seorang hammba yang diamanahkan untuk menjadi khalifah, meneruskan tugas-tugas kerasulan dalam kemampuan kita dengan menghurai berkenaan tauhid serta menolak fahaman syirik yang kini menular dengan dasyat seperti wabak.Seharusnya kita mampu menjelaskan perbezaan antara tuhan dengan makhluk,iaitu menolak sebarang bentuk persamaan yang bakal membawa pada penduaan terhadap tuhan.Kita juga perlu menjelaskan kekeliruan atau keraguan yang sering bermain dalam benak fikiran masyarakat,berkenaan zat Tuhan.

Penjelasannya ialah menurut Farid Shahran(2013), zat tuhan tidak terbahagi kepada bahagian(nafy al-kamm al-munttasil fi al-dhat),tuhan itu sendiri tidak berbilang-bilang (nafy al-kamm al-munfasil fi al-dhat), setiap sifat dan nama Tuhan esa tiada terbahagi(nafy al-kamm al-muttasil fi al-sifat),sifat dan nama Tuhan berbeza dengan sifat-sifat makhluk(nafy al-kamm al-munfasil fi al-sifat).Sebagai tambahan kepada pernyataan diatas,keesaan Tuhan membawa maksud bahawa hanya Tuhan yang secara mutlak menjadikan segala sesuatu,dan Dia tidak memerlukan sekutu dalam melakukan sesuatu.

Antara peranan seorang hamba Allah yang utama ialah memahami islam agar,segala perbuatannya mencerminkan keindahan islam.Sudah tentu perlu juga menggunakan akal yang sihat,dan antara asas akliah yang menjadi dasar yang kuat ialah berkenaan sifat dua puluh.Sifat dua puluh  ini menggabungkan antara hujah-hujah awal dan hujah naqal.Ini dijelaskan dalam satu kitab masyur,yang sewajarnya diketahui bagi mereka yang benar-serius dan kritikal dalam memahami islam,iaitu kitab Umm al-Barahin karya Imam al-Sanusi.Kitab ini membahaskan berkenaan pembahagian hukum akal dan bezanya dengan hukum syariah dan hukum adat.

Selain itu,Farid Shahran(2013),mengatakan bahawa dengan membahaskan hukum akal,ia tidak bermakna ulama-ulama islam mengetepikan al-Quran dan mengagungkan akal,sepertimana yang dikritik oleh sebahagian golongan ’salafiyah’,tetapi ia membuktikan bahawa asas akliah yang sedia kukuh dan serasi dalam perbahasan teologi islam.


Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.