Cara Belajar Bagi Pelajar Jarak Jauh

by August 13, 2014 0 comments

PENGENALAN

            Pada era moden kini,cara belajar bagi mahasiswa sudah banyak berubah.Generasi kini,sudah biasa menggunakan pelbagai peralatan canggih untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.Kanak-kanak yang baru berusian daam lingkungan 4 tahun pun sudah kelihatan menggunakan alat komunikasi canggih seperti iPad yang menggunakan skrin sentuh.Dalam 10 tahun lepas,perkara ini masih belum menjadi suatu yang popular.Bahkan,perubahan gaya hidup manusia berlaku dengan begitu drastik, apabila teknologi yang digunakan membangun dengan begitu pesat dan cepat.

            Generasi muda masa kini, kelihatan begitu aktif melibatkan diri dengan dunia maya, dengan menggunakan laman sesawang bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki,sesuai dengan keinginan mereka. Perkara ini adalah suatu perkara yang boleh dipandang positif,namun haruslah dibimbing dengan betul.Bagi pelajar yang menyambung pengajian mereka dalam mod pembelajaran jarak jauh, mempunyai kemahiran belajar yang sesuai dan efektif adalah suatu yang amat penting.

            Umumnya,bagi pelajar yang membuat mod pembelajaran jarak jauh,mereka mempunyai karier masing-masing.Walaubagaimanapun, mereka ingin meningkatkan ilmu pengetahuan serta taraf kehidupan mereka.Segulung ijazah yang digenggam,mampu menjadikan suatu mimi menjadi realiti.Namun,jalannya adalah penuh berliku.Strategi dan teknik yang berkesan adalah amat perlu.Selain itu,pemahaman yang dalam berkenaan kaedah pembelajaran secara keseluruhannya perlu diketahui agar langkah yang sesuai dengan diri dapat diatur.Terdapat pelbagai cara untuk belajar,ada yang sesuai dengan seseorang namun tidak sesuai dengan orang lain.

            Tetapi,sebagai pelajar masa kini,haruslah kita menjadi pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang cemerlang.Perkara ini dapat di realisasiskan dengan mendalami pengetahuan berkenaan selok-belok sistem pembelajaran e-learning yang digunakan secara meluas di universiti terbuka,contohnya Open University Malaysia.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kriteria 1 : Penerapan Teori Tingkah Laku

            Tingkah laku merupakan satu aspek yang amat penting bagi seorang pelajar cemerlang.Apakah tingkah laku yang sesuai baginya?Apakah respon yang diberi terhadap kaedah pembelajaran secara atas talian?Serta kesesuaian tingkah laku dengan kaedah pembelajaran atas talian.Cara kita mengurus tingkah laku kita amat mempengaruhi kecemerlangan kita.Sudah tentu,salah satu cara utama yang digunakan untuk melihat kecemerlangan seseorang adaah dengan melihat keputusan yang diperoleh bagi subjek yang diambil oleh pelajar tersebut.

            Sebenarnya antara perkara yang harus kita tahu ialah makna belajar.Belajar adalah berkait dengan perubahan tingkah laku. Apabila kita mengubah sikap kita,maka cara kita belajar dan mendekati suatu subjek yang diambil juga akan berubah. Walaubagaimanapun,harus kita sedar bahawa,proses pembelajaran juga pada masa sama akan mengubah tingkah laku kita.Perubahan ini berlaku kerana cara orang yang tahu dan orang yang tidak mengatahui,melihat sesuatu perkara atau objek yang sama,tidak sama.

Orang lebih arif berkenaan sesuatu yang dilihatnya akan melihat objek itu dalam pandangan yang lebih dalam dan terperinci.Bagi orang yang tidak tahu apa-apa berkenaan suatu objek yang dilihatnya,mungkin tidak akan berasa keperluan untuk tahu lebih lanjut,atau hanya mampu kagum pada objek tersebut,tanpa dapat tahu dengan lebih mendalam berkenaan objek yang dikagumi olehnya.

Apabila berbicara pembelajaran,seharunya kita tahu berkenaan 3 teori pembelajaran,yang berkemungkinan diamalkan oleh kita tanpa kita sedar atau kalau tidak tahu mengenainya harus ambil tahu agar dapat menilai kesesuaian teori tersebut dengan diri kita. Tiga teori tersebut ialah Behaviourism , Cognitivism dan Constructivism. Behaviourism ciri berkenaan suatu tingkah laku yang boleh diukut,diperhatikan dan dinilai. Teori ini digubakan oleh perancang program pendidikan diseluruh dunia kerana ianya sesuai dengan kebanyakan pelajar. Teori ini sesuai untuk individu,dan berbentuk pembelajaran secara individu,secara sistematik dan terkawal.

Teori Cognitivism adalah berkenaan dengan menyelasaikan masalah serta mencari idea baru bagi masalah-masalah yang timbul.Cara ini menekankan pelajar supaya menyelesaikan masalah dengan kritis dan kreatif.Berfikir untuk menyelesaikan masalah merupakan satu proses yang berlaku dalam otak.Proses ini amat memberi tekanan pada otak.Kaedah ini adalah khas untuk menajamkan fikiran.Tidak ramai manusia yang suka berfikir dengan halus dan terperinci bagi sesuatu perkara. Namun, inilah teori yang diamalkan oleh para pemikir.Mereka meluangkan masa yang lama dalam melihat dan merenung suatu masalah dan memikirkan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

Teori Constructivism pula ialah teori yang berlawanan dengan teori behaviourism.Constuctivism ialah kita menyesuaikan diri dengan keadaan,berfikiran lebih terbuka dalam mencari jawapan pada sesuatu.Dalam proses keterbukaan itu,akhirnya kita akan sampai pada kesimpulan sesuatu perkara yang sedang dipelajari atau dikaji.

Sebagai seorang pelajar,sesudah  memahami teori ini,kita seharusnya cuba memilih,menyesuaikan diri serta menilai diri kita,berkenaan kecenderungan kita pada mana-mana teori yang ada.Perkara ini amat penting kerana cara seseorang itu belajar adalah tidak sama,dan antara ketiga-tiga teori,seharusnya kita mengenalpasti teori yang paling efisien bagi diri kita jika diamalkan.Antara cara untuk mengenalpasti kesesuaian diri kita dengan mana-mana teori ialah dengan melakukan kaedah ’try and error’.Kita cuba mana-mana teori dalam proses kita belajar secara atas talian dan lihat yang mana memberi kesan yang paling optimum.Antara cara kita dapat tahu ialah dengan menguji diri kita dengan soalan-soalan selepas belajar dengan menggunakan mana-mana teori.Selain itu kita juga boleh bertanya pada diri,penggunaan teori yang mana satu,membuatkan diri kita berasa paling seronok dalam melakukan proses pembelajaran ke atas diri kita sendiri.



Menurut Buzzetto-More,“There is a difference between well-structured domains and ill-structured (or closed) domains (…).  The content in well-structured (or closed) domains consists of tightly defined concepts, e.g. syntactic, scientific, and computational material, where rues, procedures or algorithms are prescribed. Ill-structured (or open) domanins, on the other hand, are characterized by problems with multiple solutions and various alternatives, e.g. the social sciences, management sciences, environmental disciplines and design disciplines, which require reflective practice (…), expert-type
knowledge, and heuristic processes.”.

            Ringkasnya,berkenaan pernyataan di atas,memberi petunjuk bahawa kita perlu menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam mempelajari sesuatu subjek atau topik.Pada pemahaman saya,kita seharusnya perlu lebih fleksibel.Dalam subjek yang berbeza,cara mendekati sesuatu subjek yang ingin dipelajari mungkin perlu menggunakan cara atau teori berbeza agar dapat mempelajari dan memahaminya dengan lebih baik.Kita melihat kesesuaian teori dengan subjek yang ingin dipelajari,dan seterusnya menggunakan teori yang dirasakan paling sesuai dengan subjek tersebut.

            Sekiranya kita keliru berkenaan mana-mana teori yang sesuai untuk digunakan,seharusnya kita merujuk dan bertanyakan pada pensyarah secara atas talian bagi meminta pandangan beliau.Sudah tentu sebagai tenaga pengajar subjek tersebut,beliau seharusnya lebih arif berkenaan teori  manakah yang paling sesuai yang harus digunakan bagi mempelajari subjek tersebut dengan efisien.

            Walaubagaimanapun,saya mencadangkan bahawa,kita boleh mengambil elemen-eleman yang terdapat dalam ketiga-tiga teori untuk diamalkan oleh kita.Contohnya kita mengambil cara pembelajaran secara sistematik dan individu dari teori Behaviourism, mengambil cara pembelajaran secara memikirkan penyelesaian masalah dari teori Cognitivism dan kaedah pembelajaran secara terbuka dari teori Constructivism.Kita ambil ketiga-tiga elemen ini dan terapkannya ke dalam diri kita untuk menjadi pelajar 
yang cemerlang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
           
                  Kriteria 2 : Mengamalkan Kaedah ’Repeaters’

            Umumnya semasa pembelajaran atas talian kita dibekalkan dengan CD bagi setiap subjek untuk belajar secara individu mengikut kesesuaian masa lapang.Bagi yang mempunyai kerjaya,terdapat juga mereka yang mempunyai masa bekerja yang tidak sama.Ada yang bekerja shif malam,shif siang dan ada juga yang kerja secara On-Call.Ada pelajar yang bekerja 5 hari seminggu, 6 hari seminggu bahkan ada yang bekerja 7 hari seminggu.Sudah tentu bagi mereka amat memerlukan pembelajaran secara atas talian yang boleh diakses pada bila-bila untuk mempelajari topik-topik dalam kursus yang diambil.

            Sebenarnya terdapat dua kaedah belajar yang diamalkan oleh pelajar unutk belajar bagi mereka yang mendengar syarahan secara atas talian.Kaedah pertama ialah ’Surfers’.Kaedah ini ialah suatu kaedah,kita mendengar kuliah,pada masa yang sama kita meneroka dan membaca nota-nota yang diberi dalam link yang disertakan sekali dengan video syarahan tersebut.Mereka membaca topik-topik yang berkaitan sambil mendengar,dan apabila timbul istilah yang mereka rasa penting,mereka akan pergi ke link yang disediakan bagi mendapatkan penerangn yang lebih lanjut.

            Cara pembelajaran yang kedua ialah cara Repeaters.Cara ini ialah memainkan video syarahan sampai habis.Sesudah itu mengulang semula untuk mendengar syarahan tersebut pada minit yang dirasakan perlu untuk diberi perhatian.Mereka akan mengulang berkali-kali bahagian-bahagian dalam syarahan tersebut untuk mendapatkan pemahaman yang baik.Mereka berasakan bahawa mendengar sesuatu penjelasan berulang kali akan meningkatkan kefahaman mereka berkenaan penjelasan sesuatu topik. Bagi cara ini,mereka berfikiran bahawa ada perkara yang akan mereka terlepas pandang sekiranya hanya mendengar satu kali sahaja.Dalam kedua-dua kaedah iaitu antara Surfers dan Repeaters. Pelajar yang mengamalkan kaedah belajar secara Repeaters menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila diuji dengan soalan-soalan ujian selepas belajar menggunakan mana-mana dari kedua kaeda tersebut.

            Strategi belajar adalah penting bagi memperolehi ilmu secara efektif. (Schmeck, 1988, Mayer, 1988, Weinstein & Mayer, 1986).Maka,perlu bagi kita untuk memilih cara belajar semasa mendengar syarahan secara atas talian.Terdapat penjelasan bahawa menggunakan kaedah Surfers tidak mampu memberikan prestasi yang cemerlang semasa belajar.Pelajar yang menggunakan kaedah ini cuba untuk menyerap banyak maklumat pada masa yang sama,maka perkara ini memberi tekanan pada minda.Dalam kes ini,kelihatannya mereka membaca banyak perkara tetapi perkara yang dibaca itu terlalu banyak dalam masa yang sama sambio mendengar syarahan,maka tumpuan tidak dapat diberi.Dalam belajar,mempunyai tumpuan yang baik adalah penting.Walaubagaimanapun sekiranya tidak diberikan tumpuan pada tempat yang betul,maka proses pembelajaran menjadi tidak efektif.Seterusnya, masa yang diluangkan dalam proses pembelajaran akan terbazir.

            Kita pergi pula pada perbincangan berkenaan cara belajar secara Repeaters semasa mendengar syarahan secara atas talian. Cara ini ialah mendengar syarahan sampai tamat buat pertama kali. Langkah kedua ialah mendengar sekali lagi syarahan tersebut secara penuh dari mula sampai tamat. Namun,lebih ramai yang hanya mengulang bahagian-bahagian yang ingin didengari sahaja. Adalah  menjadi suatu perkara yang diakui ramai bahawa kita tidak dapat mengingat syarahan yang diberi secara keseluruhan,dan tumpuan yang diberi semasa mendengar syarahan juga boleh berubah dari semasa ke semasa.Maka,terdapat kemungkinan yang besar bahawa kita terlepas pandang pada penerangan yang penting.Maka pengulangan pada bahagian tersebut adalah perlu.

            Pelajar yang mengamalkan kaedah Repeaters menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang. Hal ini disebabkan mereka tumpuan yang diberi adalah pada syarahan yang diberi sahaja.Dan mereka memilih untuk mendengar pada bahagian yang dirasakan kurang jelas pada kali pertama.Syarahan secara atas talian adalah lengkap dengan info-info yang perlu diketahui oleh pelajar,maka dengan mendengar secara berulang kali pada behagian yang dirasakan perlu ialah cara yang terbaik untuk belajar.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------


              Kriteria 3 : Berbincang dengan Pelajar Lain Secara atas Talian

            Dalam pembelajaran secara atas talian,pelajar menggunakan pengalaman mereka sama ada secara sedar mahupun tidak dengan mengintegrasikannnya ke dalam proses pembelajaran mereka(Carver,1996).Berdasarkan pernyataan ini,banyak perkara menjadi jelas.Pertama,sebagai pelajar yang belajar secara jarak jauh,secara keseluruhannya, mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza.Sudah tentu,dalam kalangan mereka terdapat ramai yang sudah mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkait dengan ijazah yang diambil.Maka,perbincangan dengan mereka secara atas talian merupaka suatu proses yang amat baik. Hal ini kerana,persoalannya yang selalu ditanya adalah berkenaan bagaimana mahu melakukan tugasan yang diberi, di mana mahu mencari maklumat yang berkaitan, bagaimana penulisan berkenaan sesuatu tugasan itu perlu dibuat.

            Menurut Thompson dan Nay(1999),interaksi dengan menggunakan perisian secara atas talian mampu untuk menyumbang pada proses pembelajaran.Sebagai huraiannya, kita seharusnya aktif dalam berhubung secara atas talian dengan pelajar lain di seluruh Malaysia. Komuniti di alam maya,berinteraksi dengan cara meninggalkan komen,persoalan dan juga membantu kita dengan menjawab persoalan yang ditanya pada ruangan yang disediakan bagi kursus yang diambil.

            Penglibatan secara aktif dari semasa ke semasa dalam perbincangan secara atas talian dengan komuniti alam maya,secara kolektif akan saling membantu kita dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Perkara ini merupakan satu perkara yang tidak sukar untuk diamalkan oleh kita.Lebih-lebih lagi,pada hari ini,kita dengan alam maya,mempunyai hubungan yang amat erat dan sukar untuk dipisahkan.Ramai kenalan kita yang berasakan amat sukar untuk meninggalkan alam maya walau hanya sejam.Mereka rasa takut ketinggalan dengan info-info semasa. Ketinggalan dalam perkara-perkara yang menjadi perbincangan semasa akan membuat kita berasa janggal dalam perbualan dengan rakan-rakan.

           
Hindes(1999) mengatakan bahawa pembelajaran dengan mengunakan laman sesawang yang berpandu,memberikan suasana pembelajaran yang positif.Dengan pernyataan ini jelaslah bahawa bagi kita yang sentiasa menggunakan laman sesawang untuk mencari apa sahaja maklumat yang berkaitan adalah perkara yang biasa,atau boleh dikatakan perkara rutin bagi kita di masa kini. Maka menggunakannya dengan baik untuk membantu kita dalam proses pembelajaran adalah suatu perkara yang amat sesuai dengan diri kita.Contohnya di Open University Malaysia(OUM), pensyarah yang mengajar tutot dan pensyarah yang mengajar secara atas talian adalah dua orang yang berbeza. Satu perka menarik yang ingin dikongsi ialah, bagi setiap persoalan yang dikemukakan oleh pelajar secaa atas talian, pensyarah tersebut mestilah memberi respon dalam tempoh 48 jam berkenaan sebarang soalan atau pertanyaan yang diajukan.

Tambahan, dari segi perspektif komunikasi, teknologi membawa kita bersama dalam perbincangan yang sama berkenaan topik(Hamada & Scott,2000). Maka,wajarlah bertanya dengan rakan secara atas talian merupakan salah satu cara kita belajar.Daam konteks ini ,kita boleh kategorikan pensyarah juga sebagai rakan kita dalam prosen pembelajaran.Sudah menjadi perkara biasa bagi kita iait tidak faham berkenaan penjelasan yang diberi sama ada dari nota-nota yang diperolehi mahupun dari syarahan secara atas talian yang didengari. Hal ini membuka ruang pada kita untuk bertanya. Kepada siapakah pertanyaan ini harus diaju? Dan secepat manakah respon yang perlu kita tunggu bagi mendapatkan jawapan yang dicari. Perkara ini amat penting begi kita yang bekerja sambil belajar yang umumnya mempunya masa belajar yang sangat terhad.

            Saya mencadangkan kita boleh menggunakan ruang rasmi yang diberi oleh universiti,ataupun kita menggunakan aplikasi Whatsapp yang merupakan aplikasu yang dimiliki oleh majoriti pengguna telefon bimbit. Kita cari kawan-kawan yang mengambil kursus yang sama dengan kita pada semester itu,kemudian kita buat satu kumpulan bagi perbincangan untuk subjek tersebut.Bagi subjek lain,maka kita buat pula kumpulan lain dalam aplikasi tersebut.Ianya menjimatkan masa, mudah digunakan,serta senang diakses oleh kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kriteria 4 : Mengadakan Perbincangan Secara Berkumpulan di Tempat yang ditetapkan

            Pembelajaran secara berkumpulan merupakan satu kaedah yang biasa digunakan. Namun selalunya kita mempunyai masalah untuk mencari mereka yang sesuai dengan kita. Sesuai yang dimaksudkan ialah mereka boleh memperuntukkan masa mereka dengan kita pada waktu yang sama serta setiap ahli dalam kumpulan itu memberi sumbangan secara aktif. Kita tidak mahu ahli kumpulan pasif yang hanya mahu melihat hasil kerja orang lain untuk manfaat diri,namun tidak ingin menyumbang apa-apa dalam proses mencari maklumat atau proses perbincangan bagi menyiapkan tugasan yang berkenaan.

            Menurut Chapnick & Meloy (2005), empayar masa depan adalah empayar minda. Berdasarkan pernyataan ini, kita boleh kaitkan dengan tujuan kita belajar.Kita belajar untuk meningkatkan taraf hidup serta pendapatan kita.Sudah tentu dengan kenaikan jawatan kita, tanggungjawab yang harus dipegang juga bertambah. Maka, rakan-rakan dalam kumpulan kita umumnya kita akan mempunyai hubungan dalam jangka masa panjang,selalu sampai graduasi dan akan berterusan.Bermulanya dari ini,memilih rakan-rakan yang proaktif dalam kumpulan perbincangan kita ada suatu kemestian.Sekiranya empayar masa depan adalah empayar minda, maka kita tidak mahu ahli-ahli yang tidak menggunakan minda mereka secara kritikal termasuk dalam kumpulan kita. Seharusnya kita berusaha untuk elakkan perkara ini dari terjadi.Jika berlaku,maka perkara ini akan menjadi suatu beban ,menyusahkan kita. Kita mahu ahli yang saling meringankan beban ibarat, berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

            Walaubagaimanapun,harus diingat agar kita tidak lupa diri dan menjadi angkuh. Bagi mereka yang benar-benar ikhlas ingin belajar,ruang dan peluang perlu dibuka seluas-luasnya.Mungkin ada yang berusaha keras,namun boleh jadi pelajar itu adalah jenis dari lambat belajar.Itu tidak mengapa. Sebetulnya,ahli kumpulan perlu berganding bahu dan bersama-sama membanbtu pelajar sebegini. Mereka yang ikhlas menuntut ilmu harus dibantu sebaik mungkin.Oleh itu,dalam memilih ahli kumpulan,kita perlu bersangka baik.

 Tidak wajar hanya dengan menilai dari luaran semata-mata, hasil kerja dan tingkahlaku juga harus dilihat.Di samping membuat kumpulan untuk belajar bersama-sama,kumpulan juga berfungsi sebagai medium untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Dalam memilih ahli kumpulan untuk belajar bersama-sama penyertaan sebagai ahli kumpulan diterima dengan hanya pelajar menyatakan keinginan untuk menjadi ahli kumpulan.
Seterusnya dilantik seorang ketua kumpulan yang akan menetapkan tarikh perjumpaan yang dipersetujui majoriti. Bagi ahli yang mempunyai kesukaran untuk hadir pada tarikh yang ditetapkan atas sebab yang tak dapat dielakkan,salinan nota boleh difotostat untuk diberi pada ahli yang tidak hadir tersebut. Dalam membina kumpulan yang efektif dalam belajar, setiap ahi perlu ikhlas dalam memberi sumbangan dan melibatkan diri. Saling bantu-membantu bila mana-mana ahli mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga dalam menyiapkan tugasan.

Ingin dijelaskan bahawa perbincangan secara berkumpulan merupakan satu kaedah yang amat efektif. Antara cadangan proses pembelajaran ialah,topik-topik berbeza akan dibahagikan kepada ahli kumpulan untuk dipelajari secara individu.Seterusnya pada hari perjumpaan,setiap ahli akan membentangkan hasil pembelajaran masing-masing.Kaedah pembelajaran ini akan menjimatkan masa.Setiap orang dari kumpulan itu juga boleh menyediakan nota dalam bentuk hardcopy atau softcopy mengikut kesesuaian tempat perbincangan itu diadakan.

Tambahan,setiap dari ahli boleh juga membuat soalan objektif atau/dan subjektif untuk dijawab oleh ahli kumpulan.Selesai pembentangan,maka terus ke sesi menjawab soalan.Kemudian menandakan jawapan serta berbincangan berkenaan bahagian-bahagian yang tidak difahami dengan baik.Ini merupakan satu cara pembelajaran yang amat baik dan sesuai bagi hampir semua pelajar bagi mencapai kecemerlangan. 


------------------------------------------------------------------------------------------

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
  1. Jadin, T., Gruber, A., & Batinic, B. (2009). Learning with E-lectures: The Meaning of Learning Strategies. Educational Technology & Society, 12 (3), 282–288.
  2. Codreanu, A., Vasilescu, C.(2013).E-Learning Behaviour and Their Impact on Andragogy. The 9th International Scientific Conference eLearning and Software fo Education,Bucharest April 25-26,2013.
  3. Khirwadkar, A.(2009). Research and Development in E-Learning : A Vision.  International Forum of Teaching and Studies. Vol.5 No.1 2009.
  4. Pamfilie, R., Bumbac, R.(2013). Innovative E-Learning Benefits for Universities and Companies. The 9th International Scientific Conference eLearning and Software fo Education,Bucharest April 25-26,2013.



Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.