Sedar Peranan Diri

by August 28, 2014 0 comments

Kita harus tahu dan jelas berkenaan tujuan kita diciptakan,barulah kita dapat memainka peranan yang sesuai untuk memenuhi tujuan diri kita diciptakan.Kita dijadikan daripada tiada kepada ada,maka kita terhutang budi atas kewujudan kita.Diri kita secara keseluruhannya,jasad dan roh adalah hutang tersebut.Maka hutang itu dibayar dalam bentuk khidmat.Iaitu ringkasnya mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Kita juga pada masa sama diberi amanah sebagai khalifah untuk berlaku adil pada diri kita dan juga pada kerajaan haiwan,tumbuh-tumbuhan dan mineral,dengan menggunakannya dengan sebaiknya.

Menyampaikan risalah serta mengajak manusia ke arah kebenaran bukanlah satu usaha yang mudah.Ianya penuh dengan dugaan dan cabaran.Para ilmuan,intelektual dan juga termasuk diri kita yang melakukan tugas ini merupaka pewaris para nabi.Mereka yang menjalankan tugas-tugas kenabian,bukan sahaja mewarisi ilmu dan juga hikmah para nabi,mereka juga mewarisi masalah sama yang dialami oleh para nabi dan juga pelbagai cabaran serta dugaan yang berat.

Sebagai tambahan,segala usaha ini adalah usaha yang berterusan,maka kita tidaklah boleh terburu-buru.Suatu kebodohan sekiranya kita menuju ke medan perang tanpa senjata yang mencukup serta strategi yang berkesan.Untuk menegakkan islam,menegakkan keadilan di muka bumi,usaha perlu dilakukan dengan tersusun dan sistematik.


Langkah utama yang perlu dilakukan ialah mewujudkan masyarakat yang mempunyai budaya ilmu.Tidak cukup dengan masyarakat yang gemar membaca.Pada era kini,kita mengalami fenomena ledakan maklumat,maka pada masa yang sama kekeliruan juga berlaku kerana tidak tahu untuk membezakan serta menilai perkara yang benar dan perkara yang salah.Maka dengan mempunyai budaya ilmu,masyarakat akan mampu membezakan perkara benar dan salah,berita benar dan berita palsu,serta mebuat keputusan yang bijak dan tepat berdasarkan kepastian berkenaan sesuatu isu setelah diselidiki dengan betul.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.