Analisis Peristiwa MH370

by August 12, 2014 0 comments

BAB 1 : PENGENALAN 

            Peristiwa MH370,merupakan satu peristiwa besar yag telah mengejutkan dunia. Perhatian dunia beralih kepada peristiwa ini yang  menjadi misteri yang masih belum berjaya dirungkai.Isu ini menjadi kajian kes kepada pengusaha teknologi serta pakar dari serata dunia dalam pelbagai bidang. Pada 24 Mac 2014,jam 10 malam,diumumkan berita rasmi berkenaan lokasi MH370 oleh Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib Tun Razak,bahawa kedudukan terakhir MH370 dikesan berada di tengah lautan Hindi di barat Perth.

            Pengumuman  ini adalah sebagai maklumat jelas yang sah bahawa berdasarkan lokasi terakkhir ini,menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat mangsa yang terselamat dalam peristiwa ini adalah tidak ada.Sebagai pembuka bicara,lautan Hindi merupakan lautan yang mempunyai suhu yang paling panas di dunia.Kawasan ini juga jarang mempunyai hidupan laut disebabkan suhunya yang tinggi.Kandungan oksigen laut ini yang paling terendah dibandingkan dengan mana-man laut di dunia oleh disebabkan suhu yang amat tinggi,  membawa kepada pengewapan yang besar dalam laut tersebut.Tambahan,makluman dari Perdana Menteri adalah bersandarkan pada bukti-bukti kukuh yang seharusnya dapat diterima dengan baik oleh akal yang sihat.Pernyataan yang dibuat oleh beliau adalah berdasarkan kesimpulan yang dibuat oleh UK Air Accidents Investigation Branch(AAIB) yang disokong dengan kukuh melalui data satelit Inmarsat.

            Sudah tentu,pengumuman seperti ini,walau dari sumber yang kukuh dan bukti yang kuat,juga akan mengundang pelbagai respon dari pelbagai pihak,terutamanya dari keluarga mangsa,yang sentiasa menjadi perhatian media.Namun demikian,saya akan mengemukakan bukti-bukti berkenaan   kebolehterimaan dakwaan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.Antara bukti yang dikumpul adalah dari beberapa media utama dunia,serta pandangan dari pakar dalam bidang ini sama ada yang terlibat secara langsung dalam pencarian ini,atau pandangan peribadi dari pakar yang berkecimpung dalam bidang penerbangan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 2 :  KEBOLEHTERIMAAN TUNTUTAN

1.Penerimaan Bersyarat Keluarga Mangsa dari Malaysia
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi,Jabatan Perkhidmatan Awam,Dr.Abdul Jalil Hasssan mengatakan, ”Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 kini berada pada tahap menerima insiden itu dengan bersyarat”.Penerimaan bersyarat ini membawa maksud bahawa ahli keluarga yang terlibat,akan menerima insiden itu berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan jelas.Oleh disebabkan proses mencari masih diteruskan hingga ke hari ini,maka ahli keluarga mangsa akan terus menunggu keputusan pencarian itu,bagi menambahkan keyakinan mereka,seperti bangkai kapal terbang,sama ada beberapa serpihan,atau objek penting yang kini menjadi tumpuan utama dalam proses mencari dalam skala besar ini,iaitu kotak hitam.

Tidak dinafikan juga,ada ahli keluarga yang dapat menerima berita yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri dengan hati yang terbuka.Hal ini disebabkan mereka telah mempersiapkan diri untuk kemungkinan paling buruk yang mungkin menimpa nasib ahli keluarga mereka dalam insiden ini. Mereka beranggapan bahawa setiap yang hidup pasti akan pergi meninggalkan jua dunia yang fana ini.Kehilangan jiwa boleh berlaku pada bila-bila masa,dan mereka yakin bahawa kematian ini bukanlah satu perpisahan untuk selamanya,bahkan mereka akan bertemu kembali pada hidup yang satu lagi,iaitu hidup sesusah mati.Ini adalah berdasarkan pegangan akidah ahli keluarga mangsa yang beragama Islam.

Salah satu contoh penerimaan insiden ini,adalah isteri kepada salah seorang pramugara iaitu Hazrin Hasnan yang menyatakan keredaannya dalam akaun instagram,”shocking to me but Allah love u more...I redha dengan pemergia u B...All that happened is so mysteriously insane..but who am I to question Allah the Almighty..He got a better plan for me and u...Indeed I have to be a bionic women to face reality today...I will gradually tell Iman that she have lost her papa..and Muhammad will be my pillar to move on..In Shaa Allah Iman & Muhammad wont let u down..My love for you will stay forever hingga ke syurga..remember I told you I want to be leader of all the Angels in heaven ?? Im so jealous now that u r now with them but never mind I will join u someday..kan Allah dah janji ’Mati Itu Pasti’..You are the best husband and papa i could ever ask for..”

2.Respon Keluarga Mangsa dari China

            Pada 25 Mac,selepas mendengar pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia berkenaan lokasi terakhir penerbangan MH370,ialah di Lautan Hindi,hampir 100 orang ahli keluarga mangsa dan juga penyokong mereka berkumpul di Kedutaan Malaysia di Beijing.Botol plastik dibaling  dan jeritan ”Penipu!” dilaungkan.Respon sebegini adalah disebabkan 2/3 daripada 239 penumpang termasuk krew,iairu mangsa kejadian adalah bangsa Cina dari negara Cina.Ahli keluarga mangsa juga menyatakan bahawa mereka tidak mendapat maklumat yang mencukup,serta maklumat yang diterima oleh mereka adalah diragui kebenarannya.Mereka juga mendakwa bahawa mereka tidak diberitahu perkara yang sebenar berkenaan insiden penerbangan MH370.Ahli keluarga mangsa mahukan bukti,bukan sekadar pernyataan sahaja.

            Fenomena seperti ini sebagai respon berkenaan  pengumunan lokasi terakhir penerbangan MH370, adalah akibat dari negara mereka iaitu Cina yang mengawal segala aliran maklumat,dan rakyat negara ini, tidak yakin pada kebenaran maklumat yang disampaikan oleh pihak berautoriti mereka sendiri.Rod Wye(2014),merupakan Asoc.Fellow Asia Program di Catham House menyatakan, ”Chinese media is highly controlled and much of the information that is given out is done so by the government for the goverment purposes.People are increasingly aware of that and tend to regard official pronouncements with a great deal of scepticism”.Apabila Xi Jinping,menjadi Presiden,beliau mengawal akses kepada maklumat dari dunia maya.Maka respon yang beritu emotional boleh dilihat sebagai akibat tekanan kerana tidak mempunyai akses kepada maklumat yang boleh dipercayai dan sahih.

            Bagi mereka isu kehilangan ahli keluarga adalah isu yang amat besar kerana negara China mengamalkan ’One Child Policy’.Ini bermakna satu pasangan hanya boleh mempunyai satu anak.Tambahan,masyarakat negara ini mempunyai prejudis kuat berkenaan perkahwinan semula.Walaupun mereka boleh mencari pasangan lain,umumnya perkara ini akan mendapat tentangan dari ahli keluarga dan rakan-rakan.Ramai kalangan Cina sangat tidak bersetuju berkahwin lewat,terutamanya dengan wanita yang berusia lebih 30 atau 35 tahun,kerana bimbang akan kemungkinan risiko kecacatan pada bayi.


3.Maklumbalas dari Kerajaan China

            Pihak berautoriti dari China,kelihatannya memberi respon yang matang,beberapa hari selepas pengumuman berkenaan lokasi terakhir MH370 dibuat.Respon yang diberi menunjukkan bahawa hubungannya dengan negara-negara jiran,tidaklah setegang yang disangka.Sudah menjadi pengetahuan umum,bahawa kerjasama dengan negara-negara jiran adalah lebih efisien dalam menangani bencana besar,terutamanya peristiwa kehilangan tragik yang berlaku pada penerbangan MH370.

            Negara China mengambil keputusan yang positif dengan menghantar beberapa aset ketenteraannya untuk menyertai dalam misi pencarian dalam skala besar-basaran.Sebanyak 26 buah negara yang turut serta iaitu Malaysia, China, Australian, Bangladesh, Brunei, China, France,India,Indonesia,Japan,Kazakhstan,Kyrgyzstan,Laos,Myanmar,New Zealand, Pakistan, Filipina,Rusia,Singapura,Korea Selatan,Thailand,Turkmenistan,United Arab Emirates,United Kingdom of Britain,United States of America,Uzbekistan,dan Vietnam.Antara aset China ialah 3 buah kapal peronda,2 buah pesawat Ilyushin IL-76,3 buah kapal perang iaitu Kunlunshan,Haikou,Qiandaohu dan sebuah kapal pembekal kutub Snow Dragon.

            Seterusnya Kementerian Hubungan Luar negara China berharap agar kerajaan Malaysia lebih telus dalam menyampaikan maklumat dan mengambil langkah-langkah tegas dalam menangani isu MH370 yang masih berlarutan hingga ke hari ini.Dunia mengakui bahawa pencarian pesawat penerbangan MH370 bukanlah perkara yang mudah.Menurut kata Marc Pircher(2014),pengarah pusat  angkasa Perancis, ”It is like finding a needle in a haystack and the area is enormous.Finding anything rapidly is going to be difficult.The area and scale of the task is such that 99 percent of what you are getting are false alarms”.

            Merujuk pada berita bertarikh 10 Mei 2014 bersumber dari The Economist,yang bertajuk The Geopolitics of MH370.Having Bashed Malaysia Over The Missing Flight,China is Now Making Up ,Kedutaan China telah memaklumkan pada media cina di Kuala Lumpur, bahawa negara China telah menerima kehilangan MH370 sebagai bukan konspirasi dan hubungan antara China-Malaysia tidak akan terjejas.Tambahan,Malaysia merupakan rakan dagang China yang terbesar dalam Association of South-East Asian Nations(ASEAN).

4.Respon Kerajaan Malaysia

            Berita terbaru dari Bernama,bertarikh 26 Jun 2014 menyatakan bahawa usaha mencari masih diteruskan dan akan terus komited dalam usaha mencari kotam hitam di lautan Hindi yang menjadi lokasi terakhir pesawat penerbangan MH370.Dalam fasa pencarian ini,delegasi khas juga dihantar ke Canberra,Australian dan ke Beijing,China bagi membincangkan perkara ini dengan secara terperinci.Walaupun Menteri Pengangkutan baru dilantik,pada 25 Jun 2014,iaitu  Datuk Seri Liow Tiong Lai,perubahan ini tidak akan menjejaskan proses pencarian.Datuk Seri Hishammuddin juga menyatakan bahawa beliau yakin dengan keupayaan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam menjalankan tugas barunya sebagai Menteri Pengangkutan untuk membantu usaha pencarian ini.

            Malaysia berusaha untuk mendapatkan pelbagai bantuan dan kerjasama dalam usaha pencarian ini.Atas inisiatif Kerajaan Malaysia,pelbagai negara turut serta dan mengerahkan aset ketenteraan mereka seperti kapal Pemusnah USS Kid Kelas Arleigh Burke milik Amerika Syarikat,kapal MV Swift Rescue milik Singapura,dan pesawat Lockheed AP-3C Orion milik Australia.Selain itu,negara-negari ini juga diminta agar turut memberi bantuan dari segi data satelit dan analisis dan data radar.Bantuan dari negara-negara yang mempunyai pelbagai aset adalah amat penting kerana pencarian di Lautan Hindi adalah amat sukar.

            Misi pencarian ini dikatakan adalah yang terlama adan memakan kos belanja yang paling besar dalam sejarah penerbangan.Menurut Reuters,kos pencarian hanya  pada bulan pertama dianggarkan mencecah Rm 141 juta.Malaysia juga mendapat pujian dalam Persidangan Menteri-Menteri Pertahanan di Honolulu,Hawaii dalam operasi Search and Rescue(SAR) sebagai operasi yang terbaik.Datuk Seri Hishammuddin turut menambah,”Apa yang berlaku dalam kes MH370 merupakan satu perkara luar biasa dimana ia tidak pernah dilalui oleh dunia.Ia bermakna bahawa industri penerbangan dan juga perkara berkaitan ketenteraan dan pertahanan mesti dilihat semula dan ASEAN sebagai satu entiti melihat kecanggihan teknologi yang ada,radar satelit,aset yang ada semua dalam konteks kepentingan ASEAN ”.Pencarian ini masih diteruskan dan kini,27 Jun 2014,fasa pencarian difokuskan pada arka ke-7 pada kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.Kawasan ini ialah perincian dari lokasi terakhir pesawat penerbangan MH370 berkomunikasi dengan satelit.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------


BAB 3 : PENDEKATAN TERHADAP LAPORAN

Cara Inmarsat menentukan lokasi penerbangan MH370 :

            Pada tarikh 13 Mac, 5 hari selepas kehilangan pesawat penerbangan MH370,Inmarsat memaklumkan bahawa komunikasi automatik secara rutin, antara satelit Inmarsat dengan pesawat penerbangan MH370 boleh digunakan untuk mengesan lokasi kemungkinan laluan yang diambil oleh pesawat tersebut Pada 24 Mac,data pencarian yang terkini diberi oleh UK Air Accidents Investigation Branch(AAIB) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
            Inmarsat ditubuhkan pada 1979 oleh International Maritime Organisations bagi membantu kapal di laut berhubung dengan daratan.Seterusnya,ianya juga digunakan  meminta bantuan kecemasan walau di mana jua lokasi mereka.Inmarsat membekalkan 4 perkhidmatan iaitu maritim,bisnes penerbangan,sivil dan ketenteraan.

a.Mengira ’Pings’
Pengiraan dibuat dengan menggunakan ’pings’ automatik yang dihantar ke satelit melalui stesen darat(Ground Station) dan pesawat penerbangan MH370 selepas pesawat tersebut  hilang.


Rajah 1

           
Berdasarkan Rajah 1,yang  diambil terus dari laman sesawang rasmi Inmarsat. Rajah ini menjelaskan bahawa,sekiranya D3 tidak menerima mesej dari D1,melalui perantaraan D2 dalam tempoh sejam,maka D3 akan merekodnya sebagai Log Off.Mesej tersebut adalah suatu yang kita panggil sebagai ’pings’.Sekiranya pings diterima dalam tempoh sejam oleh D3 ,yang dihantar oleh D1 iaitu pesawat penerbangan MH370,maka D3 akan merekodnya sebagai Log On.

Proses yang lengkap,iaitu D1(pesawat penerbangan MH370) menghantar pings ke D2(satelit) dan,seterusnya D2(satelit) menghantar pings tersebut pada D3.Kemudian D3 akan merekodnya sebagai Log On.Prosen yang lengkap ini dipanggil ’handshake’.Stesen D3 merekodkan sebanyak 6 ’handshake’ dari MH370.


b.Analisis Terperinci (Koridor Utara atau Koridor Selatan)

            Menggunakan data yang ada pada satelit Inmarsat,mereka mengira masa yang diambil dan diterima bagi isyarat pings.Hasilnya,lokasi pesawat penerbangan MH370 berkemungkinan berada sama ada di Koridor Utara atau Koridor Selatan.Berikut merupakan gambar rajah yang menunjukkan kemungkinan lokasi.


Rajah 2. Koridor Utara(anak panah atas )dan Selatan(anak panah bawah)

            

Rajah 3. Koridor Utara
             

            

Rajah 4.Koridor Selatan


           
c.Pengiraan data terhadap trek penerbangan

            Inmarsat meneruskan usaha untuk menentukan lokasi dengan menggunakan kaedah inovatif yang mengambil kira relatif halaju pesawat dengan satelit dan hasil perubahan isyarat frekuensi.Proses ini dinamakan Doppler Effect.


Rajah 5
Sebagai tambahan, kaedah ini digunakan untuk menganalisis perbezaan antara frekuensi yang dijangka akan diterima dan frekuensi sebenar.Perkara ini dinamakan Burst Frequency Offset.


d.Perbandingan data(Penentuan lokasi pesawat ialah di Koridor Selatan )
            Inmarsat melakukan perbandingan data yang diperolehi serta ramalan data yang dibuat,dengan 6 buah pesawat B777 yang melakukan penerbangan pada hari yang sama dalam pelbagai arah dan destinasi.Cara ini membuahkan hasil yang sangat baik.Perbandingan yang dilakukan adalah bertepatan dengan Koridor Selatan.Maka data saintifik ini, menunjukkan bahawa pesawat penerbangan MH370,terbang ke arah Koridor Selatan.



Lokasi yang dijangka berdasarkan data ialah di  00:11 UTC,iaitu lokasi terakhir ’handshake’ pesawat penerbangan MH370 berlaku.Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menyatakan dengan pasti bahawa 00:11 UTC ialah lokasi terakhir kapal ini,keran terdapat juga bukti menunjukkan bahawa ’handshake’ separa berlaku di  00:19 UTC.


Rajah 6


e.Respon dari pesawat penerbangan MH370

            Pada lokasi 01:15 UTC, stesen darat(ground earth stesen),menghantar mesej kepada pesawat MH370,namun tiada respon.Ini diklasifikasikan sebagai Log Off.Apa yang dapat diperoleh dari data ini ialah,pesawat sudah kehilangan keupayaan untuk berkomunikasi dengan stesen di darat pada sekitar lokasi 00:11 UTC hingga 01:15 UTC. Anggaran lokasi ini beserta jarak keseluruhan penerbangan adalah sesuai dengan masa maksimum,pesawat MH370 mampu terbang.


f.Menggunakan analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini.

’Analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini’ merujuk pada  penggunaan 10 satelit Inmarsat yang mengorbit bumi yang digunakan sebagai Glboal Maritime Distress and Safety System,digunakan buat kali pertama dalam misi seperti ini,iaitu pencarian kehilangan pesawat MH370. Berdasarkan data-data yang telah diperolehi dan dipersembahkan,maka lokasi terakhir pesawat penerbangan MH370 berakhir di lautan Hindi adalah suatu kepastian yang tidak dapat dinafikan lagi.Negara-negara yang terlibat dalam pencarian ini, memfokuskan cariannya pada Koridor Selatan selepas makluman rasmi ini dibuat.Hal ini menunjukkan bahawa dunia menerima kesahan dakwaan yang dibuat dalam pengumuman berkenaan lokasi terakhir pesawat tersebut.

Proses penentuan lokasi ini,melibatkan Inmarsat yang merupakan organisasi yang sudah terkenal dengan kemajuan sistem serta kehebatan kaedah yang digunakan merupakan suatu nama besar dalam kerajaan,industri penerbangan, minyak dan gas,perlombongan,serta pembinaan di kawasan terpencil.Hal ini menjadi satu kejelasan bahawa hasil data yang dipersembahkan oleh mereka adalah dipercayai.Masyarakat yang berfikiran rational,pasti akan dapat menerima pengumuman yang dilakukan kerana disandarkan pada bukti yang kukuh.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BAB 4 KESIMPULAN

            Pencarian pesawat MH370,bukanlah merupakan perkara yang mudah,seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka yang tidak tahu menahu berkenaan perkara yang dibicarakan.Isu kehilangan ini dikeluarkan pernyataan pada mulanya oleh Malaysia Airlines(MAS) pada 8 Mac 2014,jam 7.24 pagi.Beberapa jam selepas itu,pada pukul 11.00 pagi, Malaysia Airlines melakukan sidang media pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Sidang Media ini mengejutkan dunia.

            Proses mencari pesawat penerbangan MH370 dimulakan dengan serta-merta. Pelbagai pihak turut serta dalam proses pencarian ini.Sebanyak 26 buah negara terlibat dalam pencarian skala besar-besaran ini.Seterusnya,pada 24 Mac, jam 10.00 malam,Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 adalah di tengah Lautan Hindi di barat Perth.Ianya merupakan satu-satunya  lautan yang berasal dari nama negara,iaitu India.Fakta menyatakan bahawa Lautan Hindi merupakan yang terpanas di dunia.Juga terkenal sebagai ’Ratnakara’,iaitu perkataan dalam bahasa Sansakerta kuno,yang membawa maksud ’pencipta dari permata’


            Pelbagai respon dari pelbagai pihak yang dapat kita lipat sebaik sahaja pengumumam penting ini dibuat.Bagi masyarakat Malaysia umumnya yang beragama Islam,mereka yakin bahawa ajal maut itu di tangan Allah s.w.t.Mereka redha dengan pemergian ahli keluarga serta kawan-kawan yang tercinta.Mereka yakin bahawa ada hidup sesudah mati,dan pada kehidupan ini,mereka akan bertemu kembali.Ada juga yang sukar menerima kenyataan ini kerana ianya terlalu tiba-tiba.Dalam kalangan penumpang, ada yang pergi bercuti,berbulan madu,dan juga atas urusan rasmi.Tidak pernah terlintas  dalam buah fikiran ahli keluarga dan sahabat handai bahawa peristiwa seperti ini berlaku.Malah,lebih mengejutkan bahawa peristiwa yang menimpa mereka adalah begitu tragis.Bangkai pesawat,kotak hitam,mahupun apa saja objek fizikal kepunyaan pesawat penerbangan MH370 masih belum ditemui hingga ke hari ini.


            Bagi ahli keluarga dan sahabat mangsa di negara China,perkara ini merupaka satu tamparan yang amat hebat.Hal ini kerana mereka amat mementingkan setiap ahli seorang ahli keluarga disebabkan negara mereka mengamalkan polisi Satu Anak.Polisi ini menetapkan bahawa setiap pasangan hanya boleh mempunyai seorang anak.Maka,sepenuh kasih sayang dan perhatian diberikan kepada anak mereka.Apabila peristiwa yang sangat menyayat hati ini berlaku,perkara ini sukar untuk diterima.Mereka juga mahukan pencarian diteruskan sehingga bukti-bukti fizikal ditemui.Tambahan pula,kerajaan mereka mengawal aliran maklumat,maka akses mereka terhadap maklumat adalah terhad.Rusuhan ke kedutaan berlaku disebabkan mereka tidak yakin akan kesahihan maklumat.Tidak lama kemudian,kerajaan China mengakui akan kebenaran yang diberitakan adalah kehilangan yang tragis,bukanlah satu konspirasi dan berharap agar rakyat negaranya menerima berita ini.

            Walau bagaimanapun,telah dimaklumkan berkali-kali oleh Datuk Seri Hishammuddin dari semasa ke semasa bahawa usaha pencarian tetap akan diteruskan sehingga membuahkan hasil yang diinginkan.Antara perkara yang menarik ialah inilah kali pertama,sebanyak 26 buah negara terlibat  bekerjasama dalam misi  skala besar-besaran.Pelbagai aset ketenteraan dikerahkan,dan pelbagai pihak terlibat dalam proses menentukan lokasi terakhir pesawat tersebut.Di samping itu usaha mencari juga dilakukan.

            Selepas pengumuman dilakukan,selang beberapa hari,dan juga minggu,kita dapat lihat bahawa masyarakat dapat menerima kenyataan tersebut.Bahawa kemungkinan ahli keluarga mereka terselamat adalah tiada kerana tempat terakhir pesawat itu adalah begitu berbahaya.Pernyataan yang disandarkan dengan bukti yang kukuh,ditambah lagi dengan analisis dari pakar,dengan menggunakan analisis-analisis yang unik,membawa pada kesimpulan,lokasi terakhir pesawat MH370,ialah di Lautan Hindi,merupakan satu fakta yang dapat diterima dengan baik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
  1. Mejar Qayyum.(2014),Membongkar di Sebalik Misteri MH370.Kuala Lumpur : CASAMAS.
  2. CNN Staff.(2014),MH370 Lost in India Ocean,Malaysia PM Announces. Dipetik dari http://edition.cnn.com/2014/03/24/world/asia/malaysia-airlines-prime-minister-statement/
  3. Bernama.(2014),Keluarga Penumpang MH370 Dapat Terima Kenyataan dengan  Bersyarat.  Dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-penumpang-mh370-dapat-menerima-kenyataan-dengan-bersyarat
  4. Arif Nizam Abdullah.(2014),3 Peringkat Penerimaan Keluarga Mangsa. Dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-penumpang-mh370-dapat-menerima-kenyataan-dengan-bersyarat
  5. Scott McDonald & Eileen Ng.(2014),A Storm of Anger and Sorrow : MH370 Victim’s Families Descend on Malaysian Embassy in Beijing.Dipetik dari http://news.nationalpost.com/2014/03/25/a-storm-of-anger-and-sorrow-mh370-victims-families-descend-on-malaysian-embassy-in-beijing/
  6. Ed Flanagan & Alastair Jamieson.(2014),Why Do China’s Missing Jet Families Believe They’re Being Deceived?. Dipetik dari http://www.nbcnews.com/storyline/missing-jet/why-do-chinas-missing-jet-families-believe-theyre-being-deceived-n61766
  7. Sean Upton-Mclaughlin.(2014),The Chinese Families of Flight MH370. Dipetik dari http://chinaculturecorner.com/2014/04/16/the-chinese-families-of-flight-mh370/
  8. Ramon Pachecho Pardo.(2014),China Has Shown Maturity In Its Response to Flight MH370 Crisis. Dipetik dari http://theconversation.com/china-has-shown-maturity-in-its-response-to-flight-mh370-crisis-24915
  9. Mark Hosenball & Peter Apps.(2014),It Is Unbelievably Hard To Find An Airplane In Such A Large Area. Dipetik dari http://www.businessinsider.com/mh370-search-difficulty-2014-3?IR=T&
  10. The Economist.(2014),The Geopolitics of MH370.Having Bashed Malaysia Over The Missing Flight,China Is Now Making Up. Dipetik dari http://www.economist.com/news/asia/21601902-having-bashed-malaysia-over-missing-flight-china-now-making-up-geopolitics-mh370
  11. Joseph Sipalan.(2014),Hishammuddin Says Won’t Shut Out MH370 Families. Dipetik dari http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/hishammuddin-says-wont-shut-out-mh370-families
  12. The Rakyat Post.(2014),MH370 New Search Area Work of Many Experts and Agencies. Dipetik dari http://www.therakyatpost.com/news/2014/06/27/mh370-new-search-area-work-many-experts-agencies/
  13. Inmarsat.(2014),Malaysian Government Publishes MH370 Details From UK AAIB. Dipetik dari http://www.inmarsat.com/news/malaysian-government-publishes-mh370-details-uk-aaib/
   14.  Charles Arthur.(2014),MH370 : How Inmarsat Homed In On Missing Malaysia Airlines’ Flight
         Dipetik dari http://www.theguardian.com/world/2014/mar/24/flight-mh370-inmarsat-aaib-analysis

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.