Cabaran Dakwah

by August 28, 2014 0 comments

1.Menyebar fahaman berkenaan keesaan Allah s.w.t

Pada peringkat awal,di Mekah,Nabi Muhammad s.a.w menekankan aspek keesan Allah.Dalam aspek tauhid ini,penekanan yang diberikan meliputi asas yang menjadi dasar serta mempengaruhi suatu sistem kepercayaam.Penekanan dalam aspek ini,merupakan suatu cabaran besar,kerana masyarakat Makkah pada ketika itu mempunyai latar belakang politeisme yang begitu kuat.Hasilnya berlaku perubahan dari segi pandang alam dalam masyarakat arab,daripada kepercayaan syirik kepada kepercayaan pada Allah yang Esa.

Pada masa kini,dalam masyarakat kita,fahaman pluralisme agama,serta fahaman ateis bagai menjadi suatu wabak.Seiring dengan proses sekularisasi yang berlaku diseluruh dunia.Fahaman pluralisme yang menganggap hakikat semua agama adalah sama,dan tidak boleh menyatakan islam sahaja yang benar.Ateis pula menolak kewujudan tuhan,seterusnya sekularisasi,yang membuang unsur-unsur keagamaan dan spiritual dari kehidupan manusia.Cabaran masa kini,adalah melakukan proses islamisasi,suatu usaha gigih para intelektual untuk mengembalikan manusia pada keesaan tuhan, bermula dengan cara menyemak falsafah-falsafah yang bertentangan dengan islam,dalam pelbagai disiplin ilmu,dan diletakkan dengan falsafah islam.Sudah diketahui  bahawa cabaran masa kini ialah cabaran ilmu melawan ilmu.

2.Menegakkan keadilan pada golongan wanita dan hamba

Di Makkah,berlaku kezaliman,seperti penindasan pada golongan wanita.Masyarakat menganggap,mempunyai anak wanita merupakan satu petanda yang tidak baik.Golongan wanita,dijadikan barangan dagangan,hamba yang dilayan dengan layanan yang tida wajar,serta golongan wanita tidak mempunyai sebarang hak keistimewaan yang membela mereka dari penindasan.Nabi Muhammad membawa keadilan dengan mengangkat hak dan status mereka.Tambahan,hamba dalam konteks islam mempunyai hak yang baik,iaitu hamba perlu diberi makan sama dengan pemilik,dan juga pakaian yang  selesa.
Pada zaman kini,kita mengalami isu menuntut hak kesamarataan jantina.Pada fahaman umum masyarakat, sama rata bererti adil.Ini salah.Menurut islam,sama rata tidak mempunyai maksud yang sama dengan adil.Menurut Syed Muhammad Naquib al-attas(1993),adil ialah suatu keadaan perkara itu berada pada tempatnya yang betul.Setiap perkara dalam dunia ini ada tempatnya.Wanita dan lelaki tidak sama,tetapi mereka saling melengkapi.Meletakkan serta memberi hak mereka,sesuai dengan hakikat mereka sebagai wanita adalah perbuatan berlaku adil.Namun,harus diingat bahawa pada pandangan Allah s.w.t,yang membezakan lelaki dan wanita adalah taqwa mereka.

3.Mendirikan kerajaan islam.
Dalam episod perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w,baginda berjaya menubuhkan kerajaan islam.Kerajaan islam berperanan untuk memastikan masyarakat di bawah pimpinannya diberi hak-hak mereka dengan adil.Keselamatan nyawa dan harta mereka juga terjamin.Dalam aspek ekonomi,penjual dan pembeli berpuas hati dengan transaksi yang dilakukan dengan mengikut garis panduan islam.Umumnya,kerajaan yang menjalankan pemerintahannya berlandaskan al-quran dan dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w

Kini,antara perkara yang timbul adalah adakah kerajaan kita ini kerajaan islam mahupun tidak.Jika tidak,apakah yang tidak islam berkenaannya?Jika ya,apakah yang islam berkenaannya.Ingin saya memetik penjelasaan berkenaan kerajaan islam yang dijelaskan dengan tuntas oleh S.M.Naquib al-attas (1993) dalam magnum opus beliau,Islam and Secularism,”The common understanding among muslims,no doubt indoctrinated by western notions,is that a secular state is a state that is not governed by the ulama,or whose legal system is not established upon the revealed law.In other words it is not a theocratic staste.But this setting in contrast the secular state with the theocratic state is not really an Islamic way of understanding the matter,for since Islam does not involve itself in the dichotomy between sacred and the profane,how then can it set in contrast the theocratic state with the secular state?An islamic state is neither wholly theocratic nor wholly secular”.

Jelaslah dengan penjelasan ini bahawa negara kita bukanlah negara sekular,namun pemahaman masyarakat berkenaan perkara ini masih lagi kurang jelas.Sebagai tambahan,negara sekular kebanyakannya mempunyai ciri-ciri seperti :

  1. Negara tidak memiliki agama rasmi.
  2. Ketua negara tidak memasukkan penjagaan agama sebagai sebahagian penting dari sumpah ikrar tugasnya.
  3. Tidak menggunakan dana awam untuk membina institusi agama dan menyebarkan agama.
  4. Tidak menggunakan pendidikan awam untuk mendidik tentang agama.
  5. Tidak menggunakan saluran informasi untuk mengajar dan menyebarkan agama.
  6. Tidak membina mahkamah syariah dan institusi ekonomi agama.
  7. Tidak melarang dan mendenda umat islam yang jelas melanggar hukum agama.                                   

Jika kita benar-benar serius melihat perkara ini,kita akan dapati negara kita berada pada landasan yang betul.Walaupun masih ada pembaikan yang perlu dilakukan dan akan memakan masa yang lama.Perumpaannya adalah seperti kelambu yang berlubang.Maka kita perbaikilah lubang-lubang yang ada.


4.Menyebarkan budaya ilmu,serta membebaskan masyarakat dari belenggu kejahilan.

Menurut al-attas(1993),ilmu ialah ketibaan makna kepada diri.Makna yang tiba kepada diri hasil daripada maklumat yang benar.Jika maklumat yang palsu tiba,maka ianya bukan lagi ilmu,tetapi hanya menjadi satu salah faham.Perlu dijelaskan dengan ringkas bahawa ilmu adalah faham yang betul.Tujuan menuntut ilmu adalah untuk mencari kebenaran.Maka usaha nabi Muhammad,dalam aspek mengajar ilmu berkenaan kerangka teologi yang betul,iaitu merujuk pada dimensi akidah.Contohnya ialah ilmu berkenaan ketuhanan,kenabian,dan hari pembalasan.Hasilnya,masyarakat dapat mengetahui perkara yang sebenar berkenaan nasib mereka di dunia ini dan juga dunia sesudah mati.Tidak lagi bersandarkan kepercayaan karut dan andaian semata-mata,bahkan bersandarkan pada keyakinan yang pasti.

Masalah kita pada hari ini ialah masalah ilmu.Banyak kerosakan yang dilakukan adalah hasil daripada tidak mempunyai ilmu untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya.Untuk membina masyarakat yang berilmu,dan membebaskan mereka dari kejahilang yang membawa pada kesengsaraan dalam diri yang tak berkesudahan,maka wajarlah kita berusaha memberi peringatan dari al-quran iaitu ’berilah amanah pada ahlinya’.Amanah tidak dapat diberikan pada ahlinya,jika kita tidak mempunyai ilmu untuk mengenal siapakah ahlinya.

Kesannya,akan muncul pemimpin yang bukan sahaja tidak layak memimpin umat,malah juga tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan intelektual dan spiritual yang mencukupi,yang sangat diperlukan dalam kepimpinan islam.Mereka akan mempertahankan kedudukan mereka disebabkan kehilangan adab,dan akan terus mengawal permasalahan sosial-kemasyarakatan melalui tangan para pemimpin lain yang berwatak sama dengan mereka dan mendominasi pelbagai sektor kehidupan.


Maka,usaha kita adalah membina masyarakat yang mempunyai budaya ilmu.Apa itu budaya ilmu?Apakah ciri-ciri yang boleh menunjukkan bahawa seseorang atau masyarakat itu mempunyai budaya ilmu?Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud(2007),budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri,baik secara langsung mahupun tidak langsung,dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan.Budaya ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia baik di tahap individu,apatah lagi di peringkat masyarakat,diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun syura. 

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.