Zalim

by August 13, 2014 0 comments


Zalim ialah suatu keadaan atau perkara itu tidak berada pada tempatnya yang betul.

Dengan kuasa dan pangkat yang kita ada,janganlah kita menzalimi orang lain.Berada dalam keadaan dizalimi adalah lebih daripada berada dalam keadaan kita menzalimi.

Mereka yang dizalimi,walaupun haiwan,alam sekitar,tumbuh2 -tumbuhan dan juga mereka yang bukan islam,pastinya si Penzalim itu akan mendapat balasan sesuai dengan perlakuannya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun,semoga si Penzalim sedar akan perbuatannya,menyesali serta tidak mengulanginya lagi.Dengan itu,semoga Allah yang Maha Pengampun,mengampuni kesilapannya,kesilapan kita juga,dan semoga kita semua terlepas dari siksaanNya yang amat pedih.


Sekiranya kita mengambil amanah di luar pada kemampuan kita,kita sebenarnya berlaku zalim pada diri kita.Allah hanya menguji kita sesuai dengan kemampuan kita,mengapa pula kita hendak menguji diri kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita?

Kenal diri kita,kenal batasan2nya.Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.,agar mendapat kesenangan hidup di dunia dan akhirat.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.