SYEIKH ABDUL KADIR AL-MANDILI, KARYANYA YANG BERTAJUK PENAWAR HATI

by January 13, 2017 0 comments
.Apa maksud ilmu tasawuf?

Jawapan : Maksud daripada ilmu tasawuf itu, membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji, untuk membawanya kepada pembersihan hati daripada segala sifat kecelaan.

2.Apakah antara anggota yang perlu disyukuri dan dipelihara dengan baik?

Jawapan : Mata,telinga,lidah,perut,kemaluan,tangan dan kaki.

3.Apakah antara kelakuan-kelakuan tercela yang perlu dijauhi?

Jawapan : Sangat rakus terhadap makanan,rakus dalam berkata-kata perkara yang tiada memberi manfaat,marah bukan pada tempatnya,dengki,kikir dan kasih kepada harta,kasih kepada kemegahan,mengasihi dunia,membersarkan diri,ujub dan riak.

4.Apakah ubat bagi ujub?

Jawapan : Sebab terjadi ujub adalah kejahilan.Maka ubatnya adalah ilmu.

5.Apakah pula ubat bagi riak?

Jawapan : Menolak daripada suka dipuji,takut dicela dan tamak.

6.Apa beza ujub dan riak?

Jawapan : Ujub itu kagum diri. membilang besar bagi dirinya atau mana-mana kelakuannya seperti ilmunya dan ibadatnya dan ia tiada takut akan kehilangannya. Dan ia lupa bahawa semua itu pemberian Allah taala baginya. Manakala riak itu menuntut pangkat di dalam hati manusia dengan ibadat dan pekerjaan kebajikan atau seseorang itu menghendaki dengan ibadatnya, manfaat dunia seperti harta dan pujian.

7.Apakah antara perangai yang dipuji?

Jawapan : Taubat,takut kepada Allah,zahid, sabar, syukur,ikhlas,tawakkal,kasih kepada Allah,redha denga qada Allah dan mengingati mati.

8.Apakah tanda orang yang mendapat petunjuk?

Jawapan : Tiada lalai daripada mengingati mati.

9.Apa erti tiada lalai daripada mengingati mati?

Jawapan : Bersedia supaya mati itu dengan bertaubat dan amalan yang baik, sentiada bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diperolehi, malamnya tidak pernah kosong daripada amalan yang baik, dan hatinya kosong daripada bercita-cita untuk hidup sampai esok. Maka, mati itu kebahagiaan baginya, dan hidupnya pula membawa dirinya semakin bertambah kebajikannya.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.