DR.MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY : MEMPERTIKAI AUTORITI ADALAH HASIL PEMIKIRAN POSTMODERNISM

by January 15, 2017 0 comments

1.Apakah antara ajaran postmodernism?

Jawapan : Poastmodernism mengajar supaya tidak perlu mengikut autoriti.

2.Apakah hasil yang dapat kita lihat dari fahaman ini?

Jawapan : Munculnya pluralisme agama.Munculnya liberalisme agama.

3.Apakah contoh masalah liberalisme agama?

Jawapan : Tidak taat kepada autoriti agama.Semua orang boleh buat keputusan hukum. Hukum Allah tidak ada. Yang ada, hanya keputusan manusia yang ditentukan oleh sejarah dan budaya.

4.Apa yang berlaku kepada umat islam yang menolak autoriti?

Jawapan : Mereka akan meruntuhkan autoriti mazhab.Masing-buat keputusan.Mereka buka terjemahan hadis,baca hadis,buat hukum sendiri.Buka tafsir-tafsir, buka terjemahan, membanding-bandingkan dan buat keputusan sendiri.

5.Boleh huraikan sedikit tentang postmodernism?

Jawapan : Postmodernism mengajar bahawa tiada autoriti yang stabil,tiada ilmu baik buruk yang stabil,tiada ilmu yang betul yang stabil.Semuanya mengikut penafsiran dan pengaruh budaya dan sejarah semasa.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.