DR.MOHD ZAIDI ISMAIL : "FAHAM ILMU DALAM ISLAM : PENGAMATAN TERHADAP 3 TAKRIFAN UTAMA ILMU"

by January 14, 2017 0 comments

1.Apakah 3 takrifan utama ilmu tersebut?

Jawapan : Takrif yang pertama menegaskan bahawa ilmu itu suatu sifat insani yang menerangi; takrif yang kedua pula merumuskan ilmu sebagai pegangan atau kesimpulan yang benar, yakin, dan berasaskan bukti yang munasabah;  manakala takrif yang ketiga, sebagaimana yang dirumuskan kembali oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, menjelaskan ilmu sebagai ketibaan makna sesuatu pada diri, sekaligus keberhasilan diri menyerapinya.

2.Apakah antara syarat-syarat sah sesuatu takrifan
(takrif bil had)?

Jawapan :

a. Takrifan tersebut seharusnya merangkumi segala unsur yang benar-benar mencirikan ilmu dan menafikan sebarang elemen yang tiada kena-mengena dengan hakikat ilmu. Syarat ini secara ringkasnya diungkap dalam Bahasa Arab
sebagai ciri al-jami wal-mani (inclusive as well as exclusive).

b. Yang-mentakrif (definiens) harus lebih jelas daripada yang ditakrif (definiendum). Syarat ini bolehlah dirumuskan sebagai “Syarat Kejelasan” (the rule or principle of clarity, or non-ambiguity).

c. Yang ditakrif mestilah tiada didapati, atau tidak diulang-sebut, dalam yangmentakrif. Syarat ini bolehlah dirumuskan sebagai “Syarat Kehampaan Dawr dan Tasalsul” (the rule or principle of non- circularity).

3.Apakah antara pendapat para ulama besar tentang soal pentakrifan ilmu?

Jawapan : Imam al-Haramayn al-Juwayni (w. 478H) dan Hujjat al-Islam Imam Abu al-Hamid al-Ghazzali (w. 505H), berpendapat bahawa yang paling munasabah ialah mentakrifkan ilmu melalui pendekatan pengkelasan
(al-qismah) dan perumpamaan (al-mithal).

4.Apakah manfaat mempunyai pelbagai takrifan ilmu?

Jawapan : pelbagai takrifan tersebut boleh dimanfaatkan untuk memahamkan mereka tentang beraneka segi, ciri, sifat dan watak ilmu. Dengan kata-kata lain, sekalipun suatu takrifan yang benar-benar tepat lagi tuntas itu belum berjaya ditemui atau dirumuskan oleh manusia, berbagai takrifan yang terdapat dalam karya-karya agung ilmuwan Islam itu, bila setiap satunya digunakan pada ketika yang wajar lagi sesuai, pasti akan dapat menjelaskan ciri dan segi ilmu yang tidak diliputi oleh takrifan-takrifan yang lainnya.

5.Kalau begitu, apakah manfaat yang diserlahkan oleh 3 takrifan ilmu yang disebut tadi ?

Jawapan : Takrifan yang pertama menegaskan bahawa ilmu itu suatu sifat insani yang menerangi; takrifan yang kedua pula merumuskan ilmu sebagai iktikad yang benar, yakin, dan berasaskan bukti yang munasabah; manakala takrifan yang ketiga, sebagaimana yang dirumuskan kembali oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, menjelaskan ilmu sebagai ketibaan makna sesuatu pada diri, sekaligus keberhasilan diri menyerapinya.

6.Apakah antara takrif-takrif ilmu yang masih kekal bermanfaat?

Jawapan : Antara takrif-takrif ilmu yang masih kekal
bermanfaat itu ialah: yang pertama, "ilmu sebagai sifat yang dengannya perkara yang disebut itu menjadi nyata terang pada diri yang memilikinya" ;yang kedua, "ilmu sebagai pegangan yang benar, yakin, lagi berasaskan bukti"; dan yang ketiga, sebagaimana yang dirumuskan oleh al-Attas, "ilmu sebagai ketibaan ma'na sesuatu pada diri, sekaligus keberhasilan diri menyerapinya."

7.Apakah kesimpulan artikel ini?

Jawapan : Penting bagi umat Islam zaman ini kembali
memerhatikan sumbangan ilmiah para ilmuwan Islam yang terdahulu dalam usaha mereka memajukan diri. Memandangkan penguasaan ilmu adalah syarat terpenting dalam usaha tersebut, tidak dapat tidak mereka harus kembali menelaah dan merumus semula segala perbincangan yang bermakna tentang ilmu,termasuklah pelbagai takrif ilmu,sambil mempertimbangkan hal-ehwal
dan cabaran semasa mereka.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.