PROF.WAN SUHAIMI WAN ABDULLAH : WAHABI TIDAK MAMPU MENDEPANI POSTMODERNISM

by January 14, 2017 0 comments

1.Adakah wahabi mampu mendepani postmodernism?

Jawapan : Bukan setakat mendepani, memahami pun dah tak boleh. Untuk memahami kerangka postmodernism, mereka takkan faham, kerana kerangka pemikiran mereka yang bersifat literal itu, tak memungkinkan mereka faham.

2.Adakah mereka juga terpengaruh dengan postmodernism?

Jawapan : Kadang-kadang mereka terpengaruh, tanpa mereka sedari, dengan pendekatan postmodernism.

3.Apakah antara pendekatan postmodernism?

Jawapan : Menolak autoriti.Postmodernism bila dia berkembang, peringkat pertama yang mereka buat ialah mengkritik autoriti. Sebab,akhirnya apabila autoriti runtuh,yang tinggal adalah tafsiran mereka.

4.Adakah kita boleh melihat pendekatan postmodernism ini dalam wacana mereka?

Jawapan : Kita boleh lihat ini dalam wacana mereka, bila mereka mengkritik mazhab, dan akhirnya yang tinggal adalah pemikiran mereka.

5.Apakah pengaruh yang mereka bawa tentang adab?

Jawapan : Dalam konteks postmodernism,mereka tak mengira siapa,kerana faham subjectivism itu, meletakkan mereka sebagai berhak memperkatakan apa sahaja.Dia berhak memperkatakan apa sahaja yang dia nak, dan itulah kebenaran baginya. Dia tak ada unsur adab, iaitu kemungkinan ada bahawa kebenaran itu ada pada orang lain, apatah lagi kalau diperkatakan oleh tokoh-tokoh yang besar.

6.Apa yang boleh kita lihat tentang perkembangan postmodernism dalam sejarah falsafah barat?

Jawapan : Dalam falsafah Greek, mereka bermula daripada tak tahu apa, kemudian berusaha sehinggalah mencapai maklumat tentang alam tabii,kemudian mencapai kepada kemuncaknya zaman pre-Socrates.Kemudian,lahir golongan sophists yang cuba merungkai balik persoalan-persoalan yang telah dijumpai oleh ahli falsafah yang awal. Seterusnya, lahir Socrates,Plato dan Aristotle yang melengkapkan dan menjawab balik fahaman sophists tersebut, dan ini berterusan sehinggalah akhir Renaissance,lahirnya Rene Descartes dan sebagainya, terhasilnya falsafah moden,lengkap maklumat tu. Kemudian mereka nak rungkai balik Inilah yang disebut sebagai deconstructive.

7.Boleh jelaskan lebih lanjut tentang postmodernism?

Jawapan : Mereka bukan nak construct, tetapi nak deconstruct semula. Antara teorinya ialah bahasa.Seperti sophists, mereka mempertikaikan tentang makna, iaitu bolehkah sesuatu lafaz itu boleh dihadkan sebagai mempunyai makna tertentu, yang boleh memberi penjelasan kepada penggunaan yang objektif.Mereka apply teori deconstructive itu, maksudnya merungkai semula struktur yang telah ada.

8.Apakah kegunaannya(deconstructive) dalam konteks literature bagi barat?

Jawapan : Digunakan pada Bible pada peringkat awal.Untuk mengkritik kristian dalam faham bible.

9.Apa kesannya pada orang islam yang terpengaruh dengan fahaman postmodernism?

Jawapan : Mereka apply ini pada al-Quran, dan inilah yang membawa kepada kelahiran islam liberal.

10.Apa yang cuba dibuat oleh mereka yang berfahaman islam liberal terhadap agama islam?

Jawapan : Mereka cuba deconstruct semula faham-faham agama dan feqah,termasuklah al-Quran. Akhirnya, segala hukum-hukum yang dah sabit, dirungkai semula dan ditafsirkan semula.

11.Apakah kesimpulannya?

Jawapan : Dalam banyak hal, ada persamaan antara wahabi dengan islam liberal.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.