MD.ASHAM AHMAD : MENDEPANI GOLONGAN ANTI HADIS

by January 13, 2017 0 comments

1.Tentang kenyataan tuduhan umat islam mendewakan Nabi Muhammad s.a.w.

Jawapan : Makna dewa itu,maknanya sesuatu yang dipercayai memiliki kuasa ke atas manusia dan alam, yang dipuja dan ditaati. Hanya Allah yang layak didewakan berdasarkan makna tersebut.Tuduhan itu membawa maksud umat islam telah mempertuhankan nabi muhammad s.a.w. Maknanya ini sama dengan tuduhan umat islam telah melakukan syirik, dengan mendewakan nabi muhammad s.a.w. Bermakna tuduhan ini disamakan dengan perbuatan kaum nasrani yang menyembah Isa a.s.

2.Adakah tuduhan ini benar?

Jawapan : Umat Islam yang paling sesat sekalipun, kita tidak pernah dengar mereka menyembah nabi muhammad s.a.w. Setakat ini tiada kedengaran lagi dalam negara kita. Tidak benar tuduhan tersebut.

3.Bagaimana Kassim Ahmad boleh sampai kepada kesimpulan itu?

Jawapan : Dia melihat masyarakat islam itu, sebagaimana masyarakat barat melihat diri mereka. Pada zaman pertengahan,masyakarat barat dikongkong oleh agama Kristian,yang dikongkong oleh gereja. Dia mahu kita melihat diri kita sebagaimana barat melihat diri mereka. Agama islam dilihat seperti agama kristian, nabi muhammad dilihat seperti nabi isa yang dipertuhankan,cuma dia kata yang telah didewakan(nabi muhammad s.a.w.).Alim ulama pula disamakan seperti kasta paderi. Semua tuduhan ini adalah pembohongan semata-mata.

4.Mengapa pembohongan itu dimomokkan?

Jawapan : Dia mahu supaya masyarakat islam benci kepada agama mereka sebagaimana masyarakat barat benci terhadap agama mereka. Dan akhirnya menolak agama mereka. Hasil penolakan itulah, yang berlaku di barat, munculnya apa yang barat katakan sebagai zaman moden.

5.Apakah pemikiran yang didokong oleh Kassim Ahmad?

Jawapan : Dia mendokong pemikiran modernis.Maka, perkara yang sama dia mahu, berlaku dalam masyarakat kita.

6.Bagaimana itu boleh dilakukan?

Jawapan : Dengan mengubah pemikiran masyarakat kita.Mengubah pandangan masyarakat islam tentang diri kita,mengubah pandangan kita tentang agama kita,mengubah pandangan kita tentang tradisi kita. Itu mesti diubah, sebagaimana masyarakat barat telah berubah.

7.Apa itu kemodenan dalam pemikiran Barat?

Jawapan : Suatu keadaan di mana 2 perkara berlaku. Iaitu keruntuhan autoriti gereja. Dan Pengambilalihan autoriti gereja itu, oleh sains.Itu prasyarat kemunculan zaman moden di Eropah.

8.Siapa yang dikatakan sebagai orang moden dalam pemikiran barat?

Jawapan : Orang yang menolak autoriti yang lama.Iaitu autoriti yang didokong oleh kristian dan gereja.

9.Setelah menolak autoriti lama, maka apakah autoriti baru mereka?

Jawapan : Autoriti yang berasaskan kepada pandangan alam yang diasaskan kepada sains dan teknologi.

10.Kenapa Kassim Ahmad menolak hadis?

Jawapan : Kerana dia hendak menolak autoriti lama.Dan nak bina autoriti baru. Dia merasakaan umat islam mundur berbanding yang lain kerana berpegang kepada tradisi.

11.Apa asas dia menolak hadis?

Jawapan : Dia mengatakan hadis ini benda baru, yang dibawa oleh Imam Syafii dan didokong oleh alim ulama.

12.Apa yang dimaksudkan dengan tradisi yang beliau tolak?

Jawapan : Hadis dan ijtihad alim ulama.

13.Kenapa autoriti lama perlu ditolak?

Jawapan : Sekiranya autoriti lama tidak ditolak, itu tidak memungkinkan orang seperti dia menggantikan autoriti lama, sebagai autoriti baru.

14.Apa motif dia?

Jawapan : Dia nak jadi autoriti yang baru.

15.Kenapa dia tidak menolak al-Quran dan hanya menolak hadis?

Jawapan : Kerana dia boleh mentafsirkan al-Quran mengikut hawa nafsunya, setelah autoriti lama ditolak.

16.Kenapa aliran pemikirannya agak popular?

Jawapan : Kerana pendidikan kita dalam masa 20 tahun lepas, telah tidak menjawab persoalan ini.Maknanya universiti-universiti kita telah gagal memahamkan masyarakat kita, terutama sekali golongan yang terpelajar tentang masalah ini.

17.Apa asas aliran pemikiran beliau?

Jawapan : Asasnya daripada pemikiran sekular.

18.Bagaimana aliran pemikirannya dapat dibanteras daripada terus berleluasa?

Jawapan : Dengan hujah yang betul dan kefahaman yang betul.


Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.