[:::Ilmu:::] ~Bahagian 5~

by May 22, 2016 0 comments

Manusia merupakan makhluk yang mempunyai akal fikiran, umumnya hidup secara bermasyarakat dan mempunyai aturan hidup yang tersendiri. Aturan-aturan ini adalah berdasarkan tindakan-tindakan yang dapat dilihat sebagai betul atau salah.

Untuk memahami, menilai sebagai panduan kepada manusia, mereka mempunyai etika yang dirujuk dan dipegang.

Seorang ahli falsafah iaitu Aristotle ada menulis satu karya penting yang dinamakan Nicomachean Ethics, yang membicarakan tentang etika. Bagi Aristotle, manusia seharusnya hidup untuk mencapai suatu keadaan yang dipanggil olehnya sebagai EUDAIMONIA atau dengan kata lain, kebahagiaan. Mereka yang hidup dengan beretika, menurutnya, akan mencapai keadaan eudaimonia.

Nilai etika yang saya akan sebut dalam penulisan ini ialah integriti. Integriti merupakan satu perkataan yang berasal daripada bahasa Latin iaitu 'integer' yang membawa maksud keseluruhan, kesempurnaan, atau lengkap.

Individu yang berintegriti, mempunyai nilai, kepercayaan dan prinsip yang dipegang, serta konsisten dengan nilai2 yang dipengang olehnya. Mereka tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai yang dipegang.

Orang yang berintegriti, ringkasnya, akan sentiasa konsisten dalam perbuatan mereka, walaupun tiada orang yang memerhatikan tingkahlaku mereka. Mereka adalah indidvidu yang jujur dan tidak berpura-pura.

Integriti juga, ada yang mengatakannya sebagai worldview, atau pandangan alam. Pandangan alam ialah suatu pandangan dalam akal nazari seseorang, iaitu penglihatan batinnya berkenaan realiti dan kebenaran. Saya tidak berapa setuju. Saya fikir, integriti adalah jelmaan tulus ikhlas dari pandangan alam seseorang. Maka, jelmaan integriti seseorang akan berubah dan berbeza-beza mengikut perbezaan pandangan alam seseorang.

Ada yang cuba membina pandangan alam tertentu, ada yang cuba menggabungkan pandangan-pandangan alam yang berbeza untuk menghasilkan pandangan alam yang lebih baik. Kita berbeza, sebagai islam, kita berpegang bahawa kita tidak boleh membina pandangan alam. Pandangan alam islam sudah tersedia ada sempurna. Pandangan alam itu dijelmakan daripada al-Quran dan sunnah. Maka, bukan kita yang harus merubah pandangan alam, bahkan kitalah yang harus berubah kearah pandangan alam islam yang sebenar. Kita harus perbetulkan pandangan alam kita, agar kita dapat melihat realiti dan kebenaran, dalam pandangan yang betul. Dengan itu, barulah dapat kita melakukan perkara yang batul. Hasilnya, keadaan yang dipanggil sebagai adil, menjelma.

Pandangan alam, juga dikenali sebagai, ilmu hakikat. Bila menyebut ilmu hakikat, apa yang dimaksudkan adalah pandangan alam. Kerosakan pandangan alam akan merosakkan banyak perkara, seperti, terpesongnya pembangunan sains dan teknologi daripada tujuan yang sepatutnya dituju, iaitu tujuan akhir. Hasilnya, sains dan teknologi, menuju tanpa tujuan. Maju, tetapi tidak tahu mahu maju ke mana. Tiada tujuan akhir, melainkan tujuan akhir itu sentiasa berubah-rubah.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.