[:::Ilmu:::] ~Bahagian 2~

by May 13, 2016 0 comments
Persoalan apa itu ilmu. Ilmu itu bukanlah maklumat dan fakta-fakta. Ia masih belum menjadi ilmu. Sebab itu perpustakaan yang dipenuhi maklumat dan fakta-fakta, tidak dikatakan perpustakaan itu berilmu.
Ilmu itu sifat manusia. Sifat manusia itu berilmu. Dan dari apa yang saya pelajari, ilmu itu ialah ketibaan makna kepada diri. Untuk faham dengan lebih terperinci tentang ini, bolehlah membaca karya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud yang bertajuk Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas : Satu Huraian Asli Konsep Islamisasi. Dalam karya menjelaskan tentang ilmu, iaitu ketibaan makna kepada diri. Dan juga makna kepada makna. Dijelaskan dengan terperinci, apakah makna bagi makna. Makna pun ada maknanya. Ini juga memerlukan usaha yang amat bersungguh-sungguh untuk memahami soal-soal ini.
Jadi, ilmu itu ialah makna. Dan sesuatu itu seharusnya memberi makna dan bermakna kepada kita, barulah ia dapat dikatakan sebagai ilmu.
Perpustakaan dan komputer riba tidak dikatakan sebagai berilmu, kerana segala maklumat dan fakta itu tidak memberi sebarang makna kepada mereka.
Ilmu pula ada martabat-martabatnya. Martabat ilmu tidak sama. Dan ilmu yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah lebih tinggi martabatnya. Oleh itu martabat ilmu fardu ain, lebih tinggi daripada ilmu fardu kifayah. Hal ini disebabkan kegunaannya kepada kita bagi memenuhi tujuan kita hidup didunia ini, memenuhi tujuan kita diciptakan. Namun kalau kita lihat, penekanan kepada ilmu fardu kifayah adalah dilebihkan daripada ilmu fardu ain. Dan ilmu fardu kifayah dalam fikiran mereka, kelihatannya mempunyai martabat yang lebih tinggi kerana bagi mereka iainya membantu untuk mendapat taraf hidup yang lebih baik di dunia ini. Oleh itu, haruslah kita sedar, dan letakkan martabat dan keutamaan jenis2 ilmu ini pada tempatnya yang betul, dalam akal fikiran kita.
Contoh yang lain, ilmu tasawwuf dengan ilmu perubatan, yang mana lebih tinggi martabatnya? Sudah tentu ilmu tasawwuf. Hal ini disebabkan kalau seseorang itu sembuh, belum tentu dia itu makin hampir dengan Allah. Boleh jadi dia semakin jauh dari Allah selepas dia mendapat kesihatannya. Ilmu tasawwuf pula memang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Definisi tasawwuf, menurut Yang Mulia Prof.Dr.Syed Muhammad Naquibn al-Attas ialah pengamalan syariat islam pada maqam ihsan. Dan inilah martabat tertinggi yang dapat dicapai oleh seseorang muslim.
Bukanlah pula saya mengatakan bahawa kita harus mengabaikan ilmu2 lain. Yang dimaksudkan ialah, kita harus tahu martabat2 ilmu ini. Ianya berkait rapat dengan tujuan kita menuntut ilmu. Sesuatu ilmu itu dituntut, perlulah ada tujuannya. Dan untuk kita tahu apa ilmu yang perlu kita utamakan dan perlu kita tuntut, ianya berkait rapat dengan tujuan kita diciptakan. Mengapa kita diciptakan? Maka ilmu2 yang bertujuan untuk memenuhi tujuan kita diciptakan itulah yang perlu dituntut.
Pada masa kini ada suatu ilmu yang kita seolah-olah sudah lupa. Iaitu ilmu makrifat atau juga dipanggil ilmu pengenalan. Pada zaman ini bila disebut, ilmu, ianya memberi maksud sains dan teknologi, ilmu sudah disemptikan maknanya. lmu pula bukan semuanya membawa manfaat. Kalau ilmu itu tidak membawa kita hampir kepada Allah, walaupun mungkin memberi kesenangang hidup di dunia, pada hakikatnya bukanlah kita panggil sebagai ilmu yang bermanfaat, kerana ia tidak membantu kita memenuhi tujuan kita hidup di dunia ini, dan tidak berfungsi sebagai bekalan yang dipersiapkan bagi menghadapi hidup yang seterusnya.
Lebih parah lagi, ada juga yang bila kita tanya pada mereka, apa tujuan mereka mempelajari ilmu sains? Jawab mereka, "saya ingin membuktikan kebenaran al-Quran". Jawapan ini sebenarnya datang daripada mereka yang keliru kefahamannya tentang islam. Wajib kita tahu bahawa, Al-Quran tidak memerlukan sains untuk membuktikan kebenarannya. Kerana al-Quran itu benar, dan tidak mempunyai sebarang keraguan padanya. Ilmu sains dituntut dan dipelajari, bukanlah untuk membuktikan kebenaran al-Quran, tetapi ia bertujuan untuk memahami al-Quran dengan lebih terperinci dan ebih baik dari aspek2 kejadian Allah s.w.t dan jugua memahami ayat-ayat tertentu yang menceritakan kejadian ciptaan Allah. Harus kita ingat bahawa beriman kepada Al-Quran adalah merupakan rukun iman. Bila sebut tentang iman, Ianya melibatkan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya, 100% tentang kebenarannya.
Jika kita kata kita perlukan sains untuk membuktikan kebenaran al-Quran, ini bermaksud kita sudah tersilap.Ini memberi erti, bahawa, kita sudah membuka ruang keraguan dalam diri kita tentang kebenaran al-Quran, dan sains lah yang akan menentukan kebenaran al-Quran. Inilah yang kita katakan bahawa sains telah mengambil tempat agama sebagai penentu kepada kebenaran. Ini lah pemikiran sains sekular!
Semoga kita semua dijauhkan daripada pemikiran seperti ini.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.