BERFIKIR TENTANG TUHAN DAN BAGAIMANA ADANYA DIA

by May 06, 2016 0 comments


        Dalam kehidupan seharian kita, setiap hari kita berfikir. Dalam banyak-banyak mereka yang berfikir, kita fokus pada kali ini, mereka yang berfikir tentang tuhan. Manusia ada pelbagai cara berfikir. Ada manusia cuba membuktikan kewujudan tuhan dengan hanya menggunakan akal rasional, tanpa menggunakan wahyu untuk membuktikan tuhan itu wujud. Ada yang cuba menafikan kewujudan tuhan dengan mempersoalkan kekuasaan dan keadilannya mentadbir alam ini.

        Ada yang berfikir dengan bebas, tanpa sebarang ikatan dengan apa-apa yang mereka fikir dapat mempengaruhi diri mereka dari berfikir mengikut gaya fikir dan faham-faham tertentu. Hakikatnya, tidak ada pemikiran yang bebas. Setiap pemikiran mesti berdasarkan sesuatu. Kalau kita benar-benar insafi,  sebenarnya, tidak mungkin manusia dapat memperolehi ilmu tentang tuhan dan apakah tuhan itu wujud atau tidak, atau konsep tuhan sekalipun, tidak akan diketahui oleh manusia, melainkan melalui Tuhan itu sendiri yang memberitahu kepada manusia tentang diriNya.

        Tidak ada apa yang dapat manusia ketahui kalau Allah s.w.t tidak memberitahu kepada manusia tentang dunia ini dan tentang diriNya. Kita harus ingat pada peristiwa ketika Allah s.w.t mengajar Nabi Adam a.s nama-nama. Nama-nama itu merujuk kepada sifat dan hakikat segala perkara. Dan ketika Allah mengajar nama-nama ini, Dia juga mengajar kepada Nabi Adam a.s. tentang namaNya, iaitu Allah.

       Kita pergi pula kepada hari alastu. Hari alastu merupakan suatu hari yang Allah s.w.t berfirman tentang apakah kita semua ini mengaku bahawa Allah s.w.t ini Rabb kita? Maka kita semua sudah menjawab Ya! Kami Saksikan. Pada ketika hari alastu juga kita diberi akal fikiran dan kebolehan berbahasa dan memahami makna. Pada ketika itu, kita sudah berada dalam keadaan fitrah. Ini merupakan suatu perjanjian yang kita semua telah saksikan. Kita pada peringkat ini sudah memadai mengenali dan mengakui Allah s.w.t sebagai Rabb. Keupayaan kita untuk menjawab,pada hari alastu merupakan suatu tanda jelas bahawa kita telah diberikan keupayaan untuk memahami makna melalui bahasa.

       Namun apabila kita lahir ke dunia ini sebagai insan, kita perlu pula mengakui Allah s.w.t sebagai Rabb dan juga ilah, iaitu barang yang disembah. Yakni, kita sebagai manusia, perlu menyembahNya dengan cara yang telah Dia ajarkan pada kita, melalui para nabi dan rasul. Ketika kita hidup di dunia ini, mengakui Allah s.w.t sebagai Rabb sahaja tidak mencukupi. kita perlu mengakuiNya sebagai rabb dan ilah, serta memenuhi tanggunggjawab yang telah diamanahkan kepada kita, iaitu hidup berlandaskan syariatNya.

      Pada peringkat inilah kita memerlukan ilmu dan kefahaman agar kita dapat melaksanakan amanah kita sebagai hambaNya dan juga sebagai pemimpin yang telah diamanahkan pelbagai amanah terutamanya Kerajaan Diri kita, untuk kita berlaku adil padanya dan menguruskannya dengan adil.

      Berbalik kepada akal rasional tadi, ianya tidak bermaksud kita tidak boleh menggunakan logik akal untuk memikirkan tentang soal-soal ketuhanan. Namun, pemikiran kita mestilah berlandaskan panduan wahyu agar sistem pemikiran kita akan membuahkan hasil yang membawa kepada keyakinan dan kesimpulan yang benar.

     Kita berfikir untuk mencari kebenaran, dan wahyu adalah sesuatu yang benar.Kita memerlukan bantuan wahyu agar akal fikiran kita dipandu ke arah yang betul Untuk memahami tentang Allah, sifat2Nya dan kejadian2 ciptaanNya agar hasil dengan ilmu yang kita dapat, dapat mendekatkan diri kita lagi kepadaNya ialah kita haruslah meneliti karya2 mereka yang mewarisi ilmu dari para nabi, iaitu para ulama'.

      Menuntut ilmu perlulah mempunyai disiplin dan ilmu perlulah dituntut dengan secara sistematik. Untuk mengetahui jawapan2 kepada persoalan2 penting dalam kehidupan kita, seharusnya kita bersabar dalam menuntut ilmu, mencari guru2 yang tulen ilmunya, menjaga adab kita dengan mereka, mendoakan kebaikan bagi mereka, serta haruslah sentiasa kita berdoa kepada Allah agar di beri ilmu, kefahaman serta dipermudahkan urusan2 kita dalam menuntut ilmu.

     Mahu tidak mahu, kita akan sentiasa berfikir. Maka sebagai manusia yang sepatutnya berusaha agar menjadi insan beradab atau insan adabi, kita perlulah melatih pemikiran kita, agar berfikir tentang persoalan2 yang memberi manfaat kepada kita.

     Tinggalkan persoalan2 yang sia-sia dan tinggalkan persoalan2 yang kalau kita tahu pun jawapan tentangnya, ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada diri kita.

       Begitulah coretan ringkas yang agak tidak tersusun buat kali ini. Semoga kita semua menjalani hidup dengan sentiasa memperbaiki adab kita, agar kita dapat berlaku adil kepada diri kita,persekitaran dan berlaku adil atas segala perkara yang kita diamanahkan untuk berlaku adil padanya.

Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan kita dan memberikan kita kebahagiaan serta keselamatan hidup di dunia ini dan dunia yang seterusnya. Amiin.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.