[:::Ilmu:::] ~Bahagian 1~

by May 12, 2016 0 comments

llmu. Apa itu ilmu? Rata-rata pelajar sambung pengajian itu untuk apa? Menuntut ilmu tu untuk apa? Adakah untuk pekerjaan? Atau untuk meningkatkan taraf kehidupan?
Untuk apakah tujuan sesuatu ilmu itu dituntut? Bagaimana kita nak tau apa yang kita tuntut itu ilmu ataupun tidak? Adakahrata-rata orang zaman sekarang tahu dan kenal apa itu ilmu?
Ulama' ialah mereka yang berilmu dan sifat ulama' ialah berilmu. Maka, kita tahu bahawa ada ulama' palsu, yang menyamar sebagai ulama' dan mengambil tempat ulama' dalam masyarakat. Apa yang mereka buat ialah memecahbelahkan umat dan menimbulkan kekeliruan dan keraguan manusia dalam beragama. Mereka mengajar manusia meragui dan mempersoalkan segala perkara. Mereka cenderung untuk meruntuhkan autoriti yang sedia ada dan menggantikannya dengan yang baru.
Bolehlah kita ibaratkan dalam cerita Aladdin, seingat saya ada satu episod, kekasih Aladdin menukar lampu yang lama dengan yang baru. Lampu yang penuh ajaib, ditukar dengan lampu baru yang hanya tampak baru dan segar pada pandangan luaran, namun isinya hampa.
Jadi, siapa ulama' palsu, dan siapa ulama' sebenar? Mengapa masyarakat kini tidak dapat membezakan antara yang paslu dan yang benar?
Apakah mereka sudah tidak mengenal siapa ahlinya? Bagaimana mereka ingin memberi amanah pada ahlinya kalau siapa ahlinya pun tak dikenali?
Maka jawapannya mestilah terletak pada ilmu. Kalau tiada ilmu, bagaimana nak tau siapa yang berilmu? Dan kalau tiada ilmu, dan tidak diketahui pun apa itu ilmu, dan beza ilmu dengan maklumat, ilmu dengan pendapat, maka bagaimana dapat dikenali siapa yang mempunyai ilmu yang benar?
Dari mana nak mula? Bagaimana caranya? Sama-sama kita fikirkan.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.