[:::Ilmu:::] ~Bahagian 4~

by May 19, 2016 0 comments

Siapakah orang yang memiliki ilmu? Mereka adalah ilmuan. Ilmu ada yang membawa manfaat dan ada yang membawa mudarat kepada seseorang. Oleh itu, harus diketahui keperluan sesuatu ilmu itu kepada diri, barulah ilmu itu dituntut. Menuntut ilmu bukanlah suatu aktiviti yang dilakukan tanpa tertib dan tujuannya, Oleh itu, ulama' menulis kitab2 tentang ilmu, adab menuntut ilmu, adab sebagai murid dan sebagainya.

Ilmuan yang dimaksudkan ini ialah ilmuan yang tulen. Ilmuan yang tulen, memahami dan mengetahui bahawa dalam tertib menuntut ilmu, adab dahulu, barulah ilmu. Adab itu juga ilmu, namun ianya seperti yang dinyatakan oleh Yang Mulia Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas, adab itu adalah yang diajar oleh para nabi, dan diwariskan secara turun-temurun. Dapatlah difahami bahawa ulama' yang tulen, mewarisi ilmu dari para nabi. Ilmu ini termasuklah adab yang diajarkan oleh para nabi kepada kita.

Menyebut tentang ilmu, maka perlulah juga menyebut tentang pendidikan. Pendidikan itu ialah penyemaian adab dalam diri seseorang. Aktiviti mendisiplinkan seseorang dan/atau mengajar seseorang sesuatu ilmu, masih belum layak dipanggil sebagai mendidik, melainkan proses2 tersebut disertai dengan nilai2 moral yang memberikan pengetahuan tentang hakikat sesuatu ilmu, keutamaannya, dan kegunaannya.

Untuk menyemai adab, seseorang itu perlulah mempunyai adab terlebih dahulu. Maka guru2 yang mendidik, seseorang, juga perlulah merupakan seorang insan adabi.

Untuk kita menuntut ilmu agar kita menjadi insan yang terdidik, iaitu insan adabi, maka wajar kita mencari muaddib. Kalau ditanya pada saya, saya akan mencadangkan kita bermula pencarian kita dengan mengenali satu sosok pemikir dan ulama' besar yang bernama Yang Mulia Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Insan yang beradab ialah insan yang melakukan tindakan yang betul. Hasil dari tindakan yang betul, yang dilakukian oleh mereka yang beradab, maka keadaan sesuatu itu berada pada tempatnya yang betul itu terhasil. Keadaan sesuatu itu berada pada tempatnya yang betul itulah yang kita panggil sebagai adil.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.