[:::Ilmu:::] ~Bahagian 3~

by May 17, 2016 0 comments

Berkenaan tentang ilmu, kita harus sedar bahawa semua ilmu itu datang daripada Allah. Segala ilmu adalah kurniaan daripadaNya kepada kita. Maka, setiap kali kita mendapat sesuatu ilmu yang bermanfaat, kita seharuslah sedar dan insaf bahawa itu adalah kurniaan daripadaNya, lalu kita panjatkan kesyukuran atas nikmat ilmu yang dikurnia.

Ilmu, akal dan berfikir. Ilmu itu ketibaan makna pada diri. Akal itu mengikat makna dalam bentuk kata2. Berfikir itu proses pergerakan daripada makna kepada makna, Antara makna dan bahasa. Kita sebagai manusia merupakan hidupan yang bercakap-cakap. Kita mempunyai kebolehan untuk merumuskan makna dan memahami makna dengan perantaraan bahasa yang mengandungi makna2 yang ingin disampaikan.

Disinalah pentingnya penggunakaan perkataan yang betul dalam sesuatu bahasa tersebut agar makna yang betul dapat disampaikan. Berlaku adil pada bahasa ialah meletakkan makna yang betul pada perkataan yang betul. Setiap perkara, contohnya, mempunyai nama, dan setiap nama, mempunyai makna-maknanya. Makna-makna itulah realiti bagi perkara yang kita perkatakan itu.

Kalau si A menggunakan perkataan tertentu, dan si B menggunakan perkataan yang sama, namun, makna yang dimaksudkan berbeza, maka, bagaimana dapat dicapai persefahaman kerana hakikatnya mereka bercakap tentang realiti yang berbeza bagi makna tersebut. Contohnya ialah Keadilan, Kebebasan, Agama. Ini antara perkara yang sekiranya umat islam tidak faham hakikat sebenar makna ini menurut pandangan alam islam, maka kita akan terus berada dalam keraguan dan kekeliruan.

Keraguan dan kekeliruan perlulah dibuang dari jiwa kita, dan diganti dengan keyakinan. Itulah tujuan menuntut ilmu. Kita meyakini bahawa dengan ilmu, manusia boleh mencapat kepada keyakinan dan kebenaran. Umat islam yang faham dengan baik soal-soal ilmu, tidak akan terjerumus menjadi seorang yang skeptis, dan meragui segala2nya.

Kalau kita gunakan contoh, bolehlah kiranya kita petik dalam buku Risalah Untuk Kaum Muslimin karangan Yang Mulia Tan Sri.Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu contoh seseorang pengembara yang tulus dalam mencari ilmu pengetahuan. Ilmu diibaratkan seperti air. Dan pengembara yang dahaga, mencari air untuk menghilangkan hausnya. Lalu dia menjumpai jawapannya, dengan kata lain,meminum air tersebut, lalu dia rasakan mungkin air itu tawar, maka dia tambahkan garam kedalam air itu. Sudah kita umumnya tahu, kalau kita minum air laut masin, dahaga kita tidak akan hilang walau sebanyak mana ia diminum, bahkan boleh membawa maut. Garam juga digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan untuk menyedapkan makanan yang tawar.

Mungkin itulah dia menambahkan garam keraguan dalam air tersebut, dan terus-menerus meminumnya. Dahaganya tidak hilang walau dia terus meminum air tersebut, dan dia pun lama kelamaan kelihatannya sudah lupa apakah tujuan asal air itu dicari, iaitu untuk menghilangkan dahaga.

Begitulah sikap manusia barat dalam mencari ilmu. Mereka mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, dan hasilnya banyak penemuan2 yang membawa kepada kemajuan sains dan teknologi diperoleh. Namun, mereka lupa tujuan asal menuntut ilmu. Mereka mencari ilmu tanpa tujuan akhir.

Disinilah hikmahnya kita perbetulkan niat kita dalam menuntut ilmu, agar kita tidak mencari ilmu tanpa tujuan akhir, dan terus menerus hanyut dalam lautan ilmu, tanpa menyedari apakah tujuan asal, tujuan yang hakiki tujuan sebenar ilmu dituntut.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.