Konsep Wahyu dan Kekeliruan Tentang Penggunaan Perkataan Wahyu

by August 23, 2015 0 comments
1.0 PENGENALAN

            Sebagai umat islam, sudah tentulah kita harus berusaha memahami ajaran agama kita dengan tepat dan betul berdasarkan al-Quran dan as-sunnah. Para ulama telah berusaha keras dengan memberikan pelbagai sumbangan dalam memastikan apa yang kita faham berkenaan ajaran luhur islam adalah tepat dan benar.

            Pada masa kini, dengan perkembangan cabang ilmu sains dan teknologi, kita mempunyai akses yang mudah kepada maklumat. Hidup kita pada masa kini, di bandar-bandar maju, bahkan sudah mula merebak ke kawasan pedalaman, benar-benar menggambarkan seperti apa yang diperkatakan sebagai dunia di hujung jari. Dengan mempunyai gajet seperti telefon bimbit dan akses kepada internet, kita dalam mengetahui dalam beberapa saat sahaja apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi mudah.

            Bagi seorang penuntut ilmu, ianya sangat membantu dalam prosesnya mencari maklmuat yang diperlukan bagi menambahkan kefahamannya. Namun, kita harus sedar kesan negatif yang dibawa. Terutamanya lambakan maklumat. Bagi insan-insan yang tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ajaran agama islam, mereka muda menjadi keliru dalam memahami kata-kata kunci dalam islam yang menayangkan fahamnya yang tersendiri, jauh berbeza dari apa yang difahami oleh barat. Antara kata kunci yang dibincangkan dalam penulisan ini ialah wahyu. Apa itu wahyu? Apakah ciri-ciri wahyu? Apakah sama wahyu dengan ilham,inspirasi dan idea? Adakah sesiapa sahaja boleh menerima wahyu? Inilah yang akan  dijawab dalam penulisan pada kali ini.





            Sebagai tambahan, kebanyakan dari kita, melayari laman sesawang dari semasa ke semasa, bahkan ada yang menjadikannya sebagai rutin, dan sumber rujukan. Penggunaan yang betul,hasilnya sudah tentu baik. Namun, disini saya akan cuba menampilkan beberapa laman sesawang yang mempunyai konsep-konsep ataupun kefahaman yang salah berkenaan wahyu dan aspek-aspek wahyu. Perkara ini perlu diterangkan dengan tuntas agar dapat menyelamatkan para pembaca daripada terjerumus ke dalam kekeliruan dan keraguan yang amat dasyat dalam diri sendiri. Hujah-hujah yang berlandaskan syarak, dan dengan merujuk kepada ulama yang berautori serta fatwa-fatwa yang dikeluarkan akan digunakan dengan sebaik munkin bagi menyanggak kekeliruan kefahaman yang dintonjolkan dalam laman-laman sesawan yang tertentu.

           

2.0 KONSEP WAHYU DALAM ISLAM

            Sebagai umat islam, kita harus tahu berkenaan wahyu. Apa itu wahyu? Adakah ianya sama seperti ilham? Ataupun inspirasi-inspirasi dari ahli-ahli seni? Persoalan berkenaan memahami wahyu adalah satu persoalan yang amat penting. Kesilapan dalam memahami wahyu dapat membawa kita ke jalan kesesatan.

            Dalam beberapa ayat al-Quran ada juga menunjukkan gambaran penggunaan secara umum bagi perkataan wahyu bagi menunjukkan makna-makna tertentu . Contohnya ialah :



Maksudnya : Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
                                                                                    (Surah an-Nahl 16 : ayat 68)


Dan juga ayat,




Maksudnya : Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
                                                                        ( Surah Maryam 19 : ayat 11)

,
            Maka dari gambaran ayat-ayat diatas kita dapat lihat bahawa  menurut seorang sarjana islam iaitu Rashid Rida (2005), wahyu ialah pemberitahuan yang bersifat tertutup dan tidak diketahui pihak lain dan cepat serta kha kepada yang dituju.

            Yang Mulia Tan Sri Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas (1995), menyatakan dalam karya agungnya yang berjudul Prolegomena to The Metaphysics of Islam : An Exposition of The Fundamental Elements of The Worldview of Islam, wahyu adalah,


  ”the nature of God as revealed in islam is derived from the Revelation. We do not mean by Revelation the sudden vision of great poets and artists claim for themselves ; nor the apostolic inspiration of the writers of sacred scripture, nor the illuminative intuition  of the sages and people of discernment. We mean by it the speech of God, concerning Himself,  His creation, the relation between them, and the way to salvation communicated to His chosen Prophet and Messenger, not by sound or letter, yet comprising all that He has represented in words, then conveyed by the Prophet to mankind in a new linguistic form new in nature yet comprehensible, without confusion with the Prophet’s own subjectivity, and cognitive imagination. This Revelation is final, and it not only confirms the truth of preceding revelations in their original forms, but include their substance, separating the truth from cultural creation and ethnic inventions.”



            Kemudian Dr.Anis Malik Thoha (2010), dalam kerta kerjanya yang berjudul Konsep Wahyu dan Nabi dalam Islam, menyatakan bahawa dari segi epistemologi, para ulama mengatakan bahawa  wahyu ialah pemberitahuan Allah s.w.t kepada seorang nabi tentang berita-berita ghaib, shariat dan hukum-hukum tertentu. Ini menjelaskan suatu perkara yang amat penting berkenaan wahyu iaitu, pemberi berita itu ialah Allah s.w.t dan penerima berita itu ialah seorang nabi.

            Siapa itu Allah? Allah itu adalah Tuhan yang Maha Esa, tempat segala makhluk bergantung, tidak beranak,tidak diperanakkan dan tiada sesuatupun yang setara denganNya. Allah ialah Tuhan yang telah mencipta segala-galanya sempurna dari sebarang kekurangan, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan tiada apa pun walau sebesar zarah dapat terlepas daripada pengetahuanNya.

            Seterusnya kita pergi kepada penerima berita iaitu Nabi. Nabi ialah seorang lelaki yang yang diberi wahyu oleh Allah s.w.t, sama ada dia diperintahkan untuk menyampaikannya ataupun tidak. Jika dia diperintahkan untuk menyampai wahyu dari Allah kepada umatnya, maka dia dilantik sebagai Rasul. Setiap Rasul adalah nabi, dan setiap nabi, tidak semestinya adalah seorang Rasul. Maka dari situ kita dapat lihat bahawa wahyu itu suatu perkara benar,berita rahsia yang disampai oleh Allah s.w.t kepada para nabinya. Hal ini menafikan sebagaimana yang diperkatakan oleh sesetengah orang bahawa wahyu ini adalah inspirasi,ilham, dan imaginasi seseorang, walhal ianya tidak benar sama sekali.


             





3.0 LAMAN SESAWANG YANG MENIMBULKAN KEKELIRUAN TENTANG WAHYU

 


            Laman sesawang pertama ialah berkenaan dengan dengan pemikiran Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi. Untuk menilai dengan adil, kita melihat pada salah satu daripada hyperlink dalam laman sesawang ini yang membawa kita kepada buku yang ditulis oleh Abuya Ashaari sendiri yang berjudul Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia.












Kekeliruan pernyataan yang dimaksudkan dalam gambarajah di atas ialah :

            a. Malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukallaf.
            b.Malaikat akan dihumbankan ke dalam neraka jika ingkar perintah Allah.Ini
              memberi maksud bahaya malaikat mempunyai kebolehan untuk ingkar pada
              perintah Allah s.w.t .


            Menurut kefahaman Abuya Ashaari, malaikat yang berbuat dosa akan dimasukkan ke dalam neraka sebagai balasan dan ke dalam syurga jika berbuat kebaikan. Disini apa yang ditekankan adalah kekeliruan beliau berkenaan konsep malaikat dalam islam. Menurut beliau lagi, malaikat mempunyai akal, atau apa yang dinamakan oleh Abuya sebagai Ruhul Amri, maka dari sini dia berhujah bahawa malaikat juga menerima taklif. Ini memberi erti bahawa malaikat mempunyai kebebasan tersendiri sama ada untuk patuh atau ingkar pada perintah Allah s.w.t





            Dalam laman sesawang diatas kekeliruan tersebut ialah berkenaan dengan :

            a. Menggunakan istilah Dhawuh Pangeran sebagai mempunyai erti yang sama
                dengan wahyu Allah s.w.t Di sini menunjukkan kekeliruan dari segi
              penggunaan perkataan wahyu.


 Sri Sultan, seorang tokoh spiritual dari jawa mengatakan bahawa seseorang yang mempersiapkan diri secara rohani, akan mempunyai keupayaan untuk menerima wahyu dari Allah s.w.t Sesiapa sahaja. Sri Sultan walau bagaimanapun tidak pernah mengistiharkan dirinya sebagai nabi atau rasul. Namun penggunaan perkataan menerima wahyu dari Allah itu jelas menimbulkan kekeliruan kerana ia membayangkan bahawa seseorang itu adalah nabi.





            Antara kekeliruan yang dipamerkan dalam laman sesawang ini ialah :

            a. Setiap orang dapat menerima wahyu yang tersendiri, daripada Allah melalui
             Ruh kudus(yang selalu merujuk kepada Malaikat jibril). Dengan latihan
             rohani dan spiritual yang cukup,sesiapapun dapat menerima wahyu dari Allah.

            Laman sesawang ini menerangkan bahawa setiap dari kita memerlukan bimbingan. Dan bimbingan berbentuk peribadi boleh diperolehi terus daripada Allah. Maka huraian daripada laman sesawang ini menyatakan bahawa seseorang yang merenung kitab-kitab suci, meminta dan mencari petunjuk daripada Allah, akan dapat menerima wahyu daripada Allah untuk membimbing insan tersedut dalam mengharungi kehidupannya di dunia.






 Antara kekeliruan dalam laman sesawang ini adalah berkenaan dengan wahyu daripada Allah s.w.t, iaitu salah satu daripada ayat-ayat al-Quran. Mereka mengatakan bahawa nabi muhammad s.a.w Mengubah ayat al-Quran mengikut keiinginan baginda s.a.w sendiri. Mereka merujuk kepada nama nabi Isa a.s. Mereka mengatakan bahawa Jesus adalah nama yang sebenar manakala Isa adalah nama yang direka-reka. Pokok dari isu ini ialah mereka dengan mudahnya mengatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w mengubah wahyu yang datang daripada Allah s.w.t iaitu ayat al-Quran.





4.0 HUJAH DAN JAWAPAN BAGI KEKELIRUAN

a.Kekeliruan 1 : Malaikat adalah mukallaf. Dibalas dengan neraka jika berbuat jahat dan diberi ganjaran syurga jika berbuat baik.

Jawapan :  Bagi menjawab kekeliruan ini, saya akan menampilkan beberapa dalil dari al-Quran menjelaskan berkenaan malaikat. Dalil-dalil ini adalah untuk menafikan, bahawa malaikat itu mempunyai kebolehan untuk ingkar pada perintah Allah s.w.t. Dalam erti lain, kita takut pada Allah s.w.t, maka kita patuh pada perintahNya, justeru,bagi huraian pemikiran Abuya, malaikat mempunyai kebolehan untuk tidak patuh pada perintahNya. Ini memberi implikasi bahawa terdapat malaikat yang tidak takut dan tidak patuh pada perintah Allah s.w.t. Kita harus sedar bahawa ijma ulama bersetuju bahawa malaikat tidak ditaklifkan dengan syariat sebagainya manusia dan jin. Antara dalil bagi menjawab kekeliruan tersebut ialah :


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
                                                                            (Surah At-Tahrim 66 : ayat 6)


            Kita harus tahu bahawa semua ayat-ayat al-Quran adalah benar. Tiada sebarang keraguan yang terdapat padanya. Ayat diatas menjelaskan bahawa Malaikat tidak menderhaka kepafa Allah s.w.t dalam apa keadaan sekalipun. Setiap arahan yang diberi oleh Allah s.w.t akan dilaksanakan oleh para malaikat. Tidak ada malaikat yang ingkar pada perintah Allah s.w.t.

            Mungkin ada yang faham dalam erti bahawa Iblis adalah bekas malaikat, ataupun menurut sesetengah fahaman bukan dari ajaran islam ialah Iblis ialah Fallen Angel. Ertinya ialah iblis dahulunya malaikat yang tinggi martabatnya lalu akibat enggan sujud pada Adam a.w, maka iblis telah menjadi terkutuk. Maka terdapat fahaman yang bertitik dari sini bahawa  malaikat akan dihumban ke dalam neraka jika berbuat dosa. Dan apabila melibatkan neraka dan syurga,dosa dan pahala,sudah tentu terdapat taklif ke atas malaikat tersebut.


`           Maka, untuk menghuraikan juga kekeliruan yang saling kait-mengait ini, kita pergi kepada ayat berikut :



Maksudnya : Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
                                                           (Surah al-Kahf 18 : Ayat 50)

            Ayat diatas menerangkan dengan jelas bahawa Iblis tidak mengikut perintah Allah s.w.t. Ini juga menunjukkan bahawa asal usul iblis ialah jin, bukanlah malaikat. Terdapat perbezaan anatara jin dan malaikat iaitu :


Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Dijadikan malaikat daripada cahaya, dijadikan jin daripada api yang menyala-nyala dan dijadikan Adam daripada apa yang telah diceritakan kepada kamu.
                                                                                       (Hadis Riwayat Muslim)



Dan umumnya kita tahu bahawa jin dan manusia mendapat taklif daripada Allah s.w.t berdasarkan ayat :
           
Maksudnya :Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
                                                   (Surah Adh-Dhariyat 51 : ayat 56)


Kekeliruan 2 : Penggunaan perkataan wahyu bagi merujuk kepada penerimaan sesuatu inspirasi,idea ataupun ilham bagi manusia.


Jawapan : Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, adil ialah keadaan sesuatu itu berada pada tempatnya yang betul. Sebagai seorang muslim, kita haruslah berlaku adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks bahasa,menurut beliau, kita perlu berlaku adil pada bahasa dengan menggunakan perkataan yang betul bagi makna yan betul. Hal ini penting kerana kata kunci seperti wahyu mempunyai makna ekslusif bagi umat islam di seluruh dunia.


            Maka penyalahgunaan perkataan ini boleh membawa kepada kekeliruan yang besar dalam memahami islam dengan betul seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ada sesetengah manusia menggunakan wahyu bagi merujuk kepada ilham yang muncul dari pengalaman spiritual dan juga inspirasi-inspirasi hebat yang muncul dari dalam minda mereka yang merupakan ahli bijaksana pada zaman mereka.

           
            Kita perlu jelas dan faham bahawa semua ilmu yang datang kepada mereka bak dalam bentuk ilham,idea mahupun inspirasi merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. Sehebat mana semua perkara ini datang ke dalam minda manusia, ianya bukanlah wahyu dan tidak layak dipanggil wahyu. Ada juga insan biasa yang mengaku menerima wahyu dari Allah walaupun tidak mengaku mereka nabi, namun ini juga menimbulkan kekeliruan yang besar.

            Untuk menjelaskan keadaan ini, kita berbalik kepada kepada definisi asal wahyu iaitu berdasarkan Syed Muhammad Naquib al-Attas (1995), ”......wahyu ialah kata-kata Tuhan, berkenaan diriNya, ciptaanNya, hubungan berkaitan dengannya, dan cara ke arah kesejahteraan yang disampaikan kepada Nabi dan Rasul pilihanNya....”.  Berbalik pula kepada Anis Malik Thoha (2010), dalam kerta kerjanya yang berjudul Konsep Wahyu dan Nabi dalam Islam, menyatakan bahawa dari segi epistemologi, para ulama mengatakan bahawa  wahyu ialah pemberitahuan Allah s.w.t kepada seorang nabi tentang berita-berita ghaib, shariat dan hukum-hukum tertentu.

           

            Dalam pernyataan di atas, seharusya kita sudah jelas wahyu wahyu ialah suatu yang disampaikan daripada Allah s.w.t kepada para nabi dan rasulNya. Apa saja yang diterima oleh seseorang itu, sama ada ilham,idea,atau inspirasi, tidak layak dan tidak boleh dipanggil wahyu sekiranya seseorang itu bukan nabi. Bagi seseorang yang mengaku  dirinya nabi selepas nabi Muhammad s.a.w, kita perlu sedar dan insaf bahawa pernyataan itu secara sendirinya adalah dakwaan palsu yang tidak berasas. Ini adalah berdasarkan dalil al-Quran bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang terakhir
 iaitu :



Maksudnya : Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
                                                             (Surah al-Ahzab 33 : Ayat 40)


            Ayat di atas menunjukkan bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah kesudahn bagi segala nabi, Khatama Nabiyyun. Ini memberi makna bahawa tiada lagi nabi yang akan datang sesudah nabi Muhammad s.a.w. Sesiap yang mengaku nabi, dan mendakwa menerima wahyu maka, ianya sudah tentu akan tertolak dengan sendirinya kerana hanya nabi dan rasul sahaja yang menerima wahyu. Tiada lagi wahyu yang akan turun sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Maka secara logiknya, kita faham bahawa tiada sesiapa yang dapat mendakwa dirinya menerima wahyu pada masa kini. Jika, ada, semuanya adalah dakwaan palsu dan tidak berasas.



Kekeliruan 3 : Nabi Muhammad s.a.w mengubah wahyu Allah s.w.t

Jawapan : Nabi Muhammad s.a.w hanya diperintahkan oleh Allah s.w.t sebagai Rasul iaitu untuk menyampaikan risalah islam. Segala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Merujuk kepada surah Al-Ahzab 33 pada ayat yang ke- 40, menunjukkan bahawa nabi  Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah.


           
            Maka bukanlah tugas nabi Muhammad s.a.w. itu mengubah wahyu,melainkan menyampaikannya dan menerangkannya agar dapat difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Jika dilihat dengan umum, mahupun diselidik dengan terperinci sirah hidup nabi Muhammad s.a.w, tidak ada keadaan nabi Muhammad s.a.w mengubah sebarang wahyu Allah s.w.t.




5.0 KESIMPULAN

            Sebagai umat islam yang hidup pada era sains dan teknologi, kita terdedah kepada banyak maklumat yang boleh membuatkan kita keliru. Dalam memahami ajaran islam, kita harus memahami kata kunci dalam perbendaharaan kalimah-kalimah dalam islam dengan merujuk pada sumber yang berwibawa. Kata kunci yang dihurai dalam penulisan kali ini ialah wahyu.

            Kita perlu memahami berkenaan wahyu dalam islam secara keseluruhannya dengan melibatkan faham berkenaan Allah s.w.t sebagai pemberi wahyu dan nabi dan rasul sebagai penerima wahyu. Hal ini membantu kita dalam menilai golongan terpesong yang mendakwa diri menerima wahyu, mungkin untuk kepentingan diri atau disebabkan kurang kefahaman berkenaan makna dan hakikat penggunaan yang betul bagi perkataan tersebut

            Mereka yang kurang kefahaman tentang islam perlu dididik dengan dijelaskan kepada mereka makna wahyu dalam konteks ajaran islam agar mereka dapat sedar kesilapan mereka. Selain itu, kita perlu bertegas dengan menjelaskan berkenaan penggunaan perkataan ini dengan betul dan maknanya yang eksklusif yang menayangkan pandang alam islam berkenaan hakikat dan kebenaran.

            Orang yang keliru, pastinya akan timbul keraguan dalam diri mereka. Maka keraguan ini akan melemahkan pegangan dan imam mereka. Ubat bagi kekeliruan dan keraguan tetaplah ilmu. Maka tuntutlah ilmu. Dalam menuntut ilmu, kita harus memilih ilmu pada yang harus dituntut dan dengan siapa ilmu itu perlu dituntut agar kita dapat menjadi yakin terhadap ajaran luhur islam. Rujuklah pada para ilmuan islam masa kini dan masa lampau, terutamanya ulama besar dalam tradisi ilmuan islam seperti Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali, Fakhrudin Razi, Imam Syafiee, Sheikh Ali Gomaa, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan ramai lagi ulama yang dapat membimbing kita


dalam mengharungi ujian dari Allah s.w.t di dunia ini agar senang di dunia dan diakhirat seperti dalam doa yang perlu selalu kita minta iaitu :


 Maksudnya Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

                                                                   (Surah al-Baqarah 2 : 201)
           

            Akhir kata, sentiasa  dalam usaha menuntut ilmu terutama dalam memhami soal-soal wahyu dengan erti kata lebih mendalam, harusah kita sentiasa berdoa agar diberi ilmu oleh Allah s.w.t dan dan direzekikan kefahaman yang betu sepanjang usaha kita menuntut ilmu. Sebagi penuntut ilmu, kita haruslah sentiasa merendah diri, bertawaduk dan beristiqamah dalam usaha kita sebagai penuntut ilmu.



Apendiks
Rujukan :
1. Anis Malik Thoha. (2010). Konsep Wahyu dan Nabi dalam Islam. Dimuat turun pada 8 Julai 2015 daripada
2. Ashaari Muhammad. (2006). Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia. Dimuat turun pada 8 Julai 2015 daripada
3. Jakim. (n.d.). Siri Kedua : Menjawab Salah Faham Ansaari Muhammad Terhadap Konsep Malaikat. Dimuat turun pada 8 Julai 2015 daripada
5. Rashid Rida (2005). al-Wahy al-Muhammadi. Beirut : Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah.
6. Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1995).  Prolegomena to The Metaphysics of Islam   : An Exposition of The Fundamental Elements of The Worldview of Islam.
   Kuala Lumpur : ISTAC.
7. Khalif Muammar A.Harris. (2013). Isu Nama Allah : Mengapa Orang Bukan Islam Tidak Berhak Menggunakan Nama Allah (Bahagian 1). Dimuat turun pada 10 Julai 2015 daripada



Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.