Konsep Adab Yang Mulia Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas

by February 28, 2016 0 comments
Ditulis oleh : Mohd Arif Syafiq bin Muhammad Ridhwan Pang
28.2.2016

Apa itu adab? Adab itu tindakan yang betul. Adab itu juga bertindak selaras dengan keadilan.

Jadi, nak buat tindakan yang betul, seseorang itu kenalah tahu apa itu tindakan yang betul dan tindakan yang salah, lalu memilih untuk melakukan tindakan yang betul, Bila sebut tentang tahu, ia bersangkut-paut dengan ilmu yang membolehkannya tahu tempat yang betul bagi segala perkara. Ilmu itu dinamakan sebagai ilmu hikmah. Hikmah atau pun kebijaksanaan adalah suatu ilmu yang memberi tahu kepada kita,tempat yang benar dan betul bagi segala perkara.

Seterusnya, berbalik kepada tindakan yang betul. Kalau nak hasil tindakan tu adalah tindakan yang betul, seseorang itu perlulah cara berfikirnya betul terlebih dahulu. Bagaimana cara seseorang itu berfikir,menilai,membuat keputusan. Cara seseorang itu berfikir, adalah berdasarkan daripada cara seseorant itu melihat realiti dan kebenaran.

Kalau dia anggap hanya dunia ini saja yang benar dan realiti baginya, tiada lagi dunia sesudah mati, serta kalau ada pun,Tuhan pun tidak masuk campur dalam urusan hidupnya, tindakannya yang dianggap betul olehnya sudah tentu berbeza, Mungkin baginya segala tindakan yang membolehkannya mendapat nikmat di dunia atau tindakan yang membolehkan namanya diabadikan sebagai nama masyur itu dianggap tindakan yang betul. Atau melakukan apa saja cara untuk mencapat kebahagiaannya di dunia semata-mata yang mana kebahagiaan itu adalah berdasarkan nikmat yang bersifat fizikal.

Kalau dia percaya Tuhan sentiasa memerhatikan kelakuannya, dan setiap tindakannya ada pembalasannya, dan ini tertanam kemas dalam cara dia melihat realiti dan kebenaran, maka tindakan-tindakannya juga adalah bagi memastikan selari dengan kehendak Tuhannya, agar mendapat balasan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau dia sedar dan insaf bahawa kewujudannya ke dunia ini juga merupaka suatu hutang yang perlu dia bayar. Dan bayarannya ialah dengan beriman serta berkelakuan sesuai dengan kehendakNya dengan rela hasil dari sedar kedudukan dirinya. Serta dia juga tahu bahawa tanpa membalas budi tersebut, dia sedar bahawa yang rugi adalah dirinya sendiri jua. Hal ini disebabkan, perbuatannya sama ada membalas budi ataupun tidak, tetap akan dinilai olehNya dan akan diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan individu tersebut.

Hasil dari faham ini, sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh memperbaiki amalannya agar mendapat nasib akhir yang baik, dan berusaha untuk mengenal dirinya sendiri agar dapat berkelakuan sesuai dengan fitrahnya, serta berusaha memenuhi tujuannya diciptakan.

Oleh itu pentingnya kita tahu pandang alam yang betul. Mesti tahu pandang alam islam dan bezanya dengan barat. Mesti tahu cara islam melihat realiti dan kebenaran serta bezanya dengan cara barat melihat realiti dan kebenaran.

Jadi, jika kita beradab kepada sesuatu, maka hasilnya ialah sesuatu itu berada pada tempatnya yang benar dan betul. Keadaan itulah yang dipanggil sebagai adil. Adil ialah suatu keadaan, perkara itu berada pada tempatnya yang betul.

Akhir kata, kita mestilah berusaha memahami kata kunci - kata kunci yang memancarkan pandang alam islam dengan betul. Disilang perlunya defisini yang betul bagi kata kunci tersebut, agar kita tidak keliru.

Harus juga diingatkan bahawa dalam mendefinisi, janganlah pula disindir dengan setiap benda pun nak tanya definisi. Yang perlu pendefinisan yang betul dan diberi perhatian penting ialah kata kunci yang dapat menjelmakan konsep-konsep penting yang akhirnya memancarkan pandangan islam dalam diri kita.

Encik Asham juga pernah berkata dalam status facebooknya iaitu, takkanlah berus gigi pun perlu nak tanya definisi juga. Lainlah kalau orang dah tak dapat bezakan berus gigi dan berus jamban. Ada perkara-perkara yang kita gunakan 'common sense' sudah dapat dan faham. Dan ada juga yang memerlukan penjelasan dan huraian yang terperinci.

Semoga Allah menambahkan ilmu dan rezekikan kefahaman kepada kita semua. Amiin.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.