Makna Kebahagiaan

by February 09, 2016 0 comments
         
             Saya tertarik dengan kata-kata yang diucapkan oleh beberapa kenalan seperti, "Jangan tunjuk sangat bahagia tu, ada orang yang tak bahagia rasa macam mana?", "Berpada-padalah nanti ada orang tak senang tengok kebahagiaan tu".

             Saya fikir ada yang menggunakan kata-kata seperti untuk sebagai nasihat yang berkias iaitu bermaksud agar si pendengar menjaga tingkah laku mereka. Namun terma kebahagiaan itu saya rasa dapat dan perlu dijelaskan dengan lebih terperinci lagi.

            Persoalan berkisar tentang kebahagiaan itu sering menjadi topik yang utama dalam kehidupan manusia. Ada yang berbincang tentang makna kebahagiaan, apakah kita mungkin mencapai kebahagiaan di dunia ini, atau apakah ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu dikatakan sebagai seseorang yang merasai nikmat kebahagiaan itu. Atau ada juga yang beranggapan apabila seseorang sudah mati, barulah dapat diketahui adakah seseorang itu hidup bahagia.

          Saya tertarik dengan ulasan Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas tentang makna kebahagiaan dan pengalamannya. Bagi beliau untuk tahu apa itu bahagia, beliau membuka bicara dengan membawa kita kepada lawan bagi terma bahagia, iaitu sengsara. Jika difikirkan tentang apa itu kesengsaraan, maka beransur2 ia akan membawa kepada suatu keadaan dalam diri kita. Ia bukan lagi sesuatu yang bersifat material semata-mata, bahkan ianya suatu keadaan yang bersifat spiritual dan dirasai oleh jiwa seseorang. Dan keraguan, menurut beliau adalah bentuk kesengsaraan yang tertinggi. Seseorang tidak akan mencapai kebahagiaan selagi hidupnya penuh dengan keraguan.

          Persoalan2 keraguan yang bermain di jiwa seseorang yang seperti apakah itu mati? apakah yang berlaku sesudah mati? wujudkah hidup sesudah mati? dari mana asal diri sendiri? apa tujuan berada di dunia ini? bagaimana cara untuk hidup di dunia ini? Maka persoalan2 ini berkait dengan nasib seseorang, dan bagi yang hidup, pasti akan merasai mati. Maka berfikir tentang perkara2 sebegini membawa kepada persoalan yang besar iaitu tentang nasib akhir diri yang berfikir itu.

         Jadi, menurut beliau, kebahagiaan dapat dicapai apabila keraguan dibuang dari diri kita. Keraguan itu dibuang apabila keyakinan itu bertempat dalam jiwa kita. Keyakinan tentang nasib akhir kita dan cara-cara untuk memperoleh nasib yang lebih baik berdasarkan cara kita berkelakuan serta niat dalam diri kita yang membawa kepada proses berfikir yang akan membawa kita kepada membuat keputusan dan mengambil tindakan dalam melakukan sesuatu perkara.

       Betul pernyataan bahawa mempunyai harta membuat hidup lebih senang, bila makan, rasa kenyang, kita bahagia, mempunyai perkara2 yang bersifat material yang memudahkan kita serta memberi kelazatan kepada diri juga adalah antara bentuk2 nikmat kebahagiaan. Namun kebahagiaan tidaklah terhad hanya kepada perkara2 yang bersifat badani sahaja.

      Terdapat kebahagiaan yang lebih tinggi, yang bukan perkara2 seperti ini. Dan kebahagiaan yang tinggi ini bersifat kekal. Ianya dapat dicapai apabila keyakinan kita tentang nasib akhir kita itu diketahui. Serta melalui jalan-jalannya dengan penuh rela,insaf serta sedar kedudukan diri, sedar tujuan diri diciptakan, lalu berkelakuan seseuai dengan tujuan diri itu diciptakan.

     Di sinilah perlunya ilmu, dan harus sentiasa berdoa agar diberi ilmu2 yang bermanfaat,iaitu ilmu yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Haruslah kita berusaha menuntut ilmu2 yang berguna bagi diri kita untuk mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat, serta termasuk ilmu2 yang membantu kita agar mempunyai kehidupan yang lebih baik di dunia ini.








Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.