GURU, ADAB DAN ILMU

by March 05, 2016 0 comments
Menurut ulama besar seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas, mengatakan bahawa sejarah itu termasuk dalam ilmu fardU ain. Yalah, bila kita tuduh orang wahabi, bila kita tanya wahabi tu apa? Tak tau dan tak dapat jawab. Kalau jawab pun samar2.

Kalau dikatakan ahli sunnah wal jamaah, bila ditanya apa dan siapa ahl sunnah wal jamaah, pun tak tau. Jadi itu tak tau ini tak tau. Kalau nak tuduh dan mendakwa, sesiapa pun boleh menuduh dan mendakwa, tetapi dakwaan atau tuduhan itu perlu dipastikan kebenarannya dengan melihat kepada hujah2nya. Kalau tak dapat dibuktikan dakwaan dengan hujah, maka yang jadi ialah tuduh sana sini sajalah. Oleh itu kena belajar sejarah.

Maknanya, masalah umat islam hari ini ialah masalah ilmu. masalah kekeliruan dan kesilapan ilmu, hasil daripada dididik oleh ilmuan yang salah asuhan. jadi bila nak cakap pasal ilmu, kenalah tahu ilmu itu apa? apa beza ilmu dan maklumat? apa sifat2 ilmu? adakah ilmu itu bersifat neutral atau boleh dimasukkan makna2 dan faham2 tertentu yang boleh memberi kekeliruan? jadi soalan yang pertama yang perlu dijawab ialah, "apa itu ilmu?" lepas dah tau apa itu ilmu dan sifat2nya, maka seseorang itu secara automatik akan tahulah siapa itu ulama' yang sebanar dan ulama' palsu.

Kerana ulama itu sifatnya berilmu. kalau tak dikenal apa itu ilmu, masakan dapat tahu siapa yang berilmu? macam bola sepak, kalau tak dikenal apa itu sukan boleh sepak, masakan tahu orang itu pandai atau tak main. kalau orang itu pandai main tapi tak ada nama, sekali dia masuk padang pun orang da dapat tau. kalau orang tau sukan badminton,kalau pun lee chong wei guna nama samaran masuk bertanding pakai topeng pun sekali tengok jurusnya sudah kita dapat tahu level nya. begitulah analoginya. maka, apa yang dapat dirumuskan ialah, masalah umat islam pada hari ini ialah masalah ilmu.

Kalau berjumpa guru yang tulen ilmunya,menuntut lah ilmu dengan mereka dan dampingi mereka dengan ikhlas, berdoa agar diberi petunjuk ke jalan yang benar. Orang yang hampir dengan mereka dan memahami buah fikiran mereka sudah tentu lebih arif soal2 perangai mereka ni. Ilmuan yang tulen mempunyai ilmu yang tulen dan akhlak yang mulia. Kita sendiri dapat tahu apakah tuduhan kepada guru kita itu benar ataupun palsu

Kalau kita nak pendek cerita, rendahkan diri, istiqamah, dan bersungguh menuntut ilmu yang bermanfaat untuk diri.Apakah, ilmu  yang benar2 diperlukan oleh kita dan bermanfaat untuk diri kita?
Ianya adalah ilmu yang membolehkan kita mengenal dan mengetahui tujuan kita diciptakan serta amanah2 yang mesti ditanggung dan dilaksanakan, DAN ilmu yang memberitahu kepada kita tentang nasib akhir ktia, iaitu bagaimanakan pengakhiran kita? Apa ada sesudah mati? Apakah yang kita buat di dunia ini mempengaruhi hasil yang kita akan dapat di akhirat. Jika ya, apa dan bagaimana caranya untuk mendapat hasil yang baik dan lebih baik.Sekiranya guru tersebut mampu mengajar ilmu2 berikut sepanjang kita berguru mereka, maka tercapailah tujuan menuntut ilmu yang hakiki. Oleh itu,bergurulah dengan mereka bersunguh-sungguh.

Bagi saya, melabelkan seseorang itu semata2 tidak akan menyelesaikan masalah. yang menyelesaikan dan menerangkan sesuatu masalah ialah orang yang berilmu. katakanlah benar sesuatu tuduhan itu, maka apa yang si penuduh itu buat pula? kalau menuduh2 saya pun boleh tuduh, kalau benar sekalipun, masyarakat awam tetap tak dapat mengetahui apa maksud tuduhan dan dakwaan tersebut.

Kalau palsu, ianya adalah perbuatan yang buruk. maka apa caranya? masyarakat perlulah mempunyai ilmu untuk mengenal siapa ulama yang benar. Jadi dari mana nak dapat ilmu tu? tetaplah daripada ulama' maka siapa itu ulama'? kalau tak kenal siapa itu ulama' bermakna sudah tak tau apa itu ilmu? jadi dari mana nak mula ni?

Daripada adab lah. Sebelum menuntut ilmu, kita diajar adab2 menuntut ilmu. adab menuntul ilmu juga suatu ilmu, tetapi adab2 ini bukanlah daripada universiti semata2 kerana kita dapat lihat ada yang ada ilmu tetapi tiada adab. Adab ini sumbernya ialah dari pelita para anbiya'. Maka pelajari dan contohi adab nabi muhammad s.a.w, serta dapat juga kita ambil pengajaran dan contoh daripada para ulama' yang bersungguh2 dalam mengamalkan akhlak yang mulia sehingga menjadi sebahagian dari diri mereka. Sehingga tercermin cahaya islam pada mereka. Sehingga kita lihat akhlak dan ilmu mereka, dapat kita tahu dan akui bahawa inilah akhlak yang diajar dalam islam.

Begitulah coretan ringkasnya. Adab dulu baru ilmu. Kalau menuntut ilmu tanpa tertib dan adab, kita dapat lihatlah hasilnya  pelajar2 di universiti, ada yang berilmu tapi tiada adab. Kalau bahasa kiasannya, mengaji jauh,tapi tak tinggi.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.