Kita harus tahu dan jelas berkenaan tujuan kita
diciptakan,barulah kita dapat memainka peranan yang sesuai untuk memenuhi
tujuan diri kita diciptakan.Kita dijadikan daripada tiada kepada ada,maka kita
terhutang budi atas kewujudan kita.Diri kita secara keseluruhannya,jasad dan
roh adalah hutang tersebut.Maka hutang itu dibayar dalam bentuk khidmat.Iaitu
ringkasnya mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Kita
juga pada masa sama diberi amanah sebagai khalifah untuk berlaku adil pada diri
kita dan juga pada kerajaan haiwan,tumbuh-tumbuhan dan mineral,dengan
menggunakannya dengan sebaiknya.
Menyampaikan risalah serta mengajak manusia ke arah
kebenaran bukanlah satu usaha yang mudah.Ianya penuh dengan dugaan dan
cabaran.Para ilmuan,intelektual dan juga termasuk diri kita yang melakukan
tugas ini merupaka pewaris para nabi.Mereka yang menjalankan tugas-tugas
kenabian,bukan sahaja mewarisi ilmu dan juga hikmah para nabi,mereka juga
mewarisi masalah sama yang dialami oleh para nabi dan juga pelbagai cabaran
serta dugaan yang berat.
Sebagai tambahan,segala usaha ini adalah usaha
yang berterusan,maka kita tidaklah boleh terburu-buru.Suatu kebodohan sekiranya
kita menuju ke medan perang tanpa senjata yang mencukup serta strategi yang
berkesan.Untuk menegakkan islam,menegakkan keadilan di muka bumi,usaha perlu
dilakukan dengan tersusun dan sistematik.
Langkah utama yang perlu dilakukan ialah
mewujudkan masyarakat yang mempunyai budaya ilmu.Tidak cukup dengan masyarakat
yang gemar membaca.Pada era kini,kita mengalami fenomena ledakan maklumat,maka
pada masa yang sama kekeliruan juga berlaku kerana tidak tahu untuk membezakan
serta menilai perkara yang benar dan perkara yang salah.Maka dengan mempunyai
budaya ilmu,masyarakat akan mampu membezakan perkara benar dan salah,berita
benar dan berita palsu,serta mebuat keputusan yang bijak dan tepat berdasarkan
kepastian berkenaan sesuatu isu setelah diselidiki dengan betul.