BAB 1
PENGENALAN : MAKSUD, SEJARAH DAN AMALAN RASUAH
MAKSUD
Rasuah
merupakan suatu amalan dari sisi masyarakat yang berpegang teguh pada agama,
dilihat sebagai perbuatan yang berdosa. Namun, sebagai seorang manusia yang
mementingkan nilai kebenaran dan keadilan sudah tentu rasuah merupakan amalan
yang amat ditentang, bahkan mereka yang mengamalkannya akan dipandang hina.
Sesebuah negara menjadi rosak kerana ada amalan rasuah. Sesuatu kezaliman dapat
disembunyikan dan keadilan tidak dapat ditegakkan dalam sesebuah negara yang
yang mengamalkan rasuah .
Dalam sebuah karya terpilih Syed Hussein
Alatas yang bertajuk Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, di dalamnya saya memetik
takrif rasuah yang dinyatakan oleh Syed Farid alatas(2007) iaitu, rasuah
ditaktifkan sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah,
syarikat swasta ataupun orang awam. Rasuah terdiri daripada tiga komponen
iaitu, penyuapan, pemerasan dan nepotisme. Nepotisme bermaksud memilih
seseorang bukan atas dasar kemampuan seseorang tetapi atas dasar hubungan
kekeluargaan si pemilih dan yang dipilih. Nepos merupakan perkataan latin yang
membawa maksud cucu, atau keturunan. Mereka yang mengamalkan rasuah
mengutamakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan masyarakat umum.
Dalam
karya Syed Hussein alatas itu menjelaskan bahawa terdapat 2 jenis rasuah iaitu
rasuah egoistik dan rasuah solidaristik. Rasuah solidaristik merujuk kepada
segala tindakan rasuah yang bertujuan untuk membantu kaum keluarga dan sahabat
disebabkan oleh kewajipan moran dan timbal balik, dan sering kali didorong oleh
norma masyarakat.. Manakala rasuah egoistik pula merupakan rasuah yang
berasaskan keinginan untuk mendapatkan keuntungan peribadi.
SEJARAH DAN AMALAN
Syed
Hussein alatas(1995) mengatakan sejarah rasuah boleh dikesan sejak bermulanya
kehidupan bermasyarakat manusia, yakni tatkala organisasi sosial yang kompleks
mulai muncul. Manusia terlibat dalam fenomena rasuah selama beberapa ribu
tahun. Contoh peristiwa sejarah rasuah di empayar romawi ialah Shamash, seorang
raja (sekitar tahun 200 SM) menjatuhkan hukuman kepada seorang hakim yang
menerima wang sogokan. Undang-undang Hammurabi mengenakan hukuman mati kepada
beberapa bentuk rasuah yang dilakukan oleh para pegawai kerajaan.
Manakala
di India, undang-undang manu menetapkan bahawa seorang raja mestilah tidak
serakah, tidak memeras dalam memungut cukai. Syed Hussein alatas(1995),
pendapat para pendata dan pemikir politik india menyatakan bahawa Raja mestilah
melantik pegawai yang jujur untuk memungut cukai. Raja yang menindas rakyatnya
hendaklah dibunuh bersama-sama anggota keluarganya. Para pegawai yang rasuah,
yang menerima wang sogok daripada orang-orang desa hendaklah dibuang negeri dan
hata benda mereka disita.
Seterusnya,
Syed Hussein alatas(1995) menyatakan sejarawan daripada Dinasti Han, Pan Ku,
mencatatkan betapa parahnya keadaan, akibat daripada kekacauan pada awal
bermulanya Dinasti tersebut(206 SM). Ketika itu, terjadinya kekurangan bijirin
dan sayur-sayuran, sehinggakan orang memakan daging manusia. Lebih daripada
setengah bilangan penduduknya mati. Pengasas Dinasti Han mengizinkan rakyat
menjual anak-anak mereka dan berpindah ke daerah-daerah lain untuk mencari makanan.
Pada zaman kerajaan China kuno juga, iaitu contohnya sekitar 178 masihi, para
petani dieksploitasi. Mereka mengalami masalah pengutipa cukai kepala dan levi
haram. Peraturan sering diubah. Rakyat terpaksa menjual segala hasi mereka
dengan separuh harga dan ada yang meminjam dengan kadar 100%. Ladang dan rumah serta anak cucu dijual untuk
membayar hutang merupakan perkara yang sering berlaku.
Kemudian,
antara gambaran rasuah di Delhi, Ibu Kota India ialah di setiap Kolej
Universiti Delhi, dianggarkan seramai 20% yang diterima menggunakan sijil-sijil
yang palsu. Anak-anak daripada kelluarga yang berpengaruh dan pemimpin pelajar
yang gagal termasuk dalam senarai merit mendapat sijil yang dicop oleh seorang
kaunselor bahawa dia tergolong dalam kasta khas. Sijil keterangan ini
didaftarkan di perjabat Timbalan Pesuruhjaya dengan membayar wang sogok kepada
kerani yang bertugas. Anak-anak para pemimpin terkemuka diterima masuk melalui
sijil keterangan pasu seperti ini. Bila mereka kemudiannya ditangkap, fail yang
mengandungi sijil-sijil palsu tersebut tidak dapat dikesan. Penggunaan
sijil-sijil palsu, perubahan markah ujian, manipulasi syarat-syarat kelayakan
masuk, berlaku di mana-mana. Hal yang sama turut terjadi di mahkamah. Menurut
anggaran seorang peguam, 95% kakitangan rendah adalah korup. Salah satu cara
menyogok hakim ialah dengan menjual barang-barang mewah dengan harga yang murah
kepadanya.(Syed Hussein alatas,1995).
BAB 2 :ANALISIS EKONOMI TENTANG
PERBUATAN RASUAH
Kita akan melihat pula
analisis ekonomi tentang perbuatan rasuah. Kajian membuktikan berlaku
kesinambungan yang berlaku secara serentak antara rasuah dengan pertumbuhan
ekonomi(Mendez dan Sepulveda,2006).Rasuah juga berkadar songsang dengan
pertumbuhan ekonomi. Toke S. Aidt (2009) mendedahkan hubungan
negatif yang kuat di antara pertumbuhan pembangunan dan juga rasuah.
Seterusnya, Mushfiq Swaleheen (2007) menyatakan simpanan bergantung kepada
insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan membuktikan bahawa
kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah. Kajian
beliau melihat dengan lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di
mana analisis empirik yang dibuat adalah melangkaui negara. Bukti yang
ditunjukkan, secara langsung kadar simpanan negara kasar berkurangan akibat
daripada galakan pelaburan. Kajian turut mendapati tahap pendapatan, kadar
pertumbuhan pendapatan benar per kapita dan nisbah cukai-KDNK adalah perkara
penting yang menunjukkan kesan rasuah kepada simpanan yang ditujukan. Keputusan
yang di buat adalah penting di mana tahap rasuah itu dimasukkan dalam
pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan penentunya.
Bukti yang ditunjukkan dalam kajian
beliau mendapati dengan pengurangan cukai akan meningkatkan kadar simpanan
negara kasar sebanyak 6.1%. Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, rasuah
adalah penyebab kepada kelemahan dalam makroekonomi seperti kekurangan
pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab. Kajian beliau
meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat
inflasi. Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian
menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi
yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan memasukkan pembolehubah
inflasi yang lain termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan
politik dan juga bentuk pemboleh ubah lain.
Dari perspektif dasar, kesan utama
bagi kajian beliau ialah pembaharuan institusi ekonomi dan politik bagi
mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga mengurangkan amalan rasuah
perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar. Kajian daripada Bruce W.
Finnie et al (2006), kajian beliau menggunapakai analisis penjelasan ekonomi
dan sosial pada masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena pembangunan.
Pemantauan beliau mengenai rasuah dari kalangan negara, pemilikan, kebebasan
dan individualisme dianalisis dan dibincangkan. Interaksi ini membentuk satu
model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan
tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah.
Semua aktiviti ekonomi bergantung
kepada kawalan politik dan sosial. Namun analisis beliau menunjukkan bahawa
kawalan ini selalunya boleh menjadi terlebih terutamanya kepada negara yang
mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang optimum, perlu ada had bagi
kawalan terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh perundangan dan kuasa tanpa
batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan
pertimbangan nilai manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk membantu
memastikan tindakan yang rasional.
Pak Hung Mo (2001) menjelaskan
peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan penganggar
kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya terhadap
saluran perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara
yang terdapat dalam Corruption Perception Index (CPI). Dengan menggunakan
penganggar kuasa dua terkecil (OLS), beliau mendapati dengan peningkatan 1%
tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam lingkungan
0.72%. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit dalam indeks
persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak
0.545 mata peratus.
Apa yang paling penting dalam saluran
yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah ketidakstabilan politik, yang mana
sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan ekonomi. Beliau juga
mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsian
pelaburan persendirian. Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang
mengandungi indeks keberkesanan dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk
menjelaskan bukti empirik kesan rasuah terhadap pembangunan ekonomi. Analisis
kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini mempunyai hubungkait
di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif antara rasuah dengan
pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik.
Walaupun berhadapan dengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukkan secara
terperinci hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai untuk pelaburan
dan pertumbuhan. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan birokrasi yang sama
penting dalam penentu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan politik.
BAB 3 : ANALISIS PERUNDANGAN TENTANG
PERBUATAN RASUAH
Rasuah
merupakan satu perbuatan jenayah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Maka
kita akan lihat sedikit tentang analisis perundangan. Berdasarkan kajian
Transparency International, Kajian Global Corruption Barometer 2009, rakyat
negara ini mempunyai persepsi yang buruk terhadap parti politik. Berdasarkan
persepsi rakyat Malaysia, rasuah paling banyak melanda parti politik iaitu 42%
diikuti oleh kakitangan awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10%.
Maka, pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang politik sedia ada untuk
mengubahsuai proses pembiayaan politik dan meningkatkan ketelusan di mana ahli
politik dan parti politik disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan
perbelanjaan mereka kepada agensi yang bersesuaian. Akta Pertubuhan 1966
dilaksanakan dengan ketat untuk memastikan semua parti politik mengemukakan
laporan kepada Pendaftar Pertubuhan dengan cara yang betul dan menepati waktu.
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 pula adalah untung menghalang calon-calon
pilihanraya daripada terbabit dalam amalan rasuah dan memastikan integriti
sumber pembiayaan mereka.
Berkaitan
dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh pegawai yang
berpangkat tinggi dan menteri yang terbabit dalam kes ini, terdapat kekurangan
ketelusan dan liputan terhadap tindakan yang diambil. Berdasarkan kajian
Transparency International, kadar sabitan kesalahan menurut kategori daripada
tahun 2005 hingga 2009, jarang berlaku pendakwaan yang berjaya terhadap ahli politik.
Contohnya, daripada 11 kes yang berkaitan parti politik yang didakwa, hanya 9%
yang berjaya disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan swasta di mana
daripada 434 kes, 54% berjaya disabitkan kesalahan.
BAB 4 : ANALISIS ETIKA TENTANG PERBUATAN
RASUAH
Kini kita akan menyentuh
tentang etika. Sudah tentu mereka yang mengamalkan perbuatan memberi atau
menerima rasuah adalah mereka yang tidak beretika. Sebelum itu apakah kita
jelas tentang maksud etika? Maksud bagi tidak beretika ialah tidak bermoral dan
tidak berakhlak. Seseorang pekerja yang mengambil rasuah akan dianggap tidak
bermoral dan tidak berakhlak kerana gagal menjalankan amanah yang telah
diberikan. Perkataan etika merupakan terjemahan daripada perkataan inggeris
iaitu ethics. Manakala ethic merupakan perkataan yang diambil daripada greek
iaitu ethos. Menurut Garner(1986),Ethos membawa maksud sikap dan adat yang
menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Bauman(1987) pula mengatakan bahawa,
etika membawa prinsip-prinsip moral yang menentukan betul atau salah.
Iwabuchi(1990) pula menyatakan etika sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip
moral dimana etika berperanan menentukan tindakan seseorang itu baik ataupun
buruk. Akhir sekali, Uthman(1986) menyatakan bahawa etika itu suatu disiplin
ilmu yang mencakupi soal moral, dan tindakan serta perbuatan manusia yang
betul.
Seseorang
yang beretika dianggap sebagai seorang yang tidak bermoral. Maka apakah makna
bagi perkataan moral? Moral merupakan perkataas daripada bahasa greek iaitu
moras yang bermaksud tingkah laku. Moral merupakan kod tingkah laku yang
terdiri daripada nilai adat dan aspirasi
yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku baik atau jahat.
Maksud etika dan moral adalah sama. Menurut Shaw(1991), etika bersifat teori
manakala morak bersifat amalan. Orang yang tak beretika juga merupakan orang
yang tidak berakhlak. Apakah erti akhlak? Akhlak merujuk kepada pekerti watak,
pengetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau buruk(Kamus Dewan,
1984).
Terdapat beberapa teori
etika yang digunakan. Yang pertama ialah teori etika menurut al-Quran.
Berdasarkan surah Az Zariat ayat 56 iaitu :
Ayat ini menjelaskan tujuan
manusia itu diciptakan, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t. Beribadah membawa
maksud hidup sesuai dengan syariat islam yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t
kepada kita melalui perantaraan rasul pilihanNya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Maka mereka yang mengambil pengajaran dari ayat ini, akan hidup dengan baik,
serta mempamerkan akhlak yang mulia. Sudah tentu umat islam yang benar-benar
insaf berkenaan makna ayat ini, tidak akan melakukan perbuatan rasuah. Rasa
takut mereka pada kemurkaan Allah s.w.t sudah cukup sebagai peringatan kepada
mereka yang beriman kepada Allah s.w.t.
Akhlak,
etika dan moral, bagi umat islam, sumber-sumbernya adalah datang daripada
wahyu, serta akhlak yang mulia ini dicerminkan oleh para rasul Allah. Maka
dengan mencontohi akhlak Nabi kita, Muhammad s.a.w, dan menjadikan akhlak baginda sebagai rujukan
dalam menjalankan pelbagai urusan kehidupan, kita tidak akan terjebak dengan
gejala rasuah, kerana sedar bahawa kedudukan kita adalah hamba yang tujuannya
adalah hidup di dunia ini sesuai dengan kehendak tuannya dan juga penciptanya.
Teori
kedua ialah teori deontologis. Teori ini diasaskan oleh Immanuel Kant(1804).
Teori ini menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil.
Mengikut teori ini, betul atau salah sesuatu tindakan itu ditentukan oleh
pegangan agamanya. Orang yang berpegang kepada teori ini akan sentiasa berbuat
baik. Namun, ada perkara yang boleh kita kupas. Kita janganlah patuh dengan
membuta tuli. Lihatlah apakah jenis arahan yang dikeluarkan. Sekiranya arahan
itu berkait dengan skop kerja kita, maka kita lakukan. Sekiranya arahan yang
diberi melibatkan kita melanggar etika kerja, maka kita janganlah patuh pada
arahan tersebut.
Teori
yang ketiga ialah teori kebebasan peribadi, atau nama lainnya Personal Liberty
Theory. Ianya menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan. Teori ini menyatakan
bahawa segala peraturan yang bercanggah dengan prinsip kebebasannya, harus
ditolak. Seseorang itu juga bebas membuat pililhan untuk mencapai matlamatnya.
Maka dengan berpegang pada teori ini, seseorang yang memberi rasuah boleh
berpandangan bahawa dirinya bebas
memberi atau menerima rasuah, atas alasan iaitu adalah kebebasan peribadi. Maka
teori ini sudah tentu akan merosakkan akhlak dan etika kita sekiranya berpegang
kepada teori ini.
Teori
yang keempat ialah teori teleologis. Pengasasnya ialah Jeremy
Bentham(1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Telos berasal daripada
perkataan yunani yang bermaksud tujuan atau akibat. Maknanya dalam teori ini,
sesuatu tindakan itu dianggap betul sekiranya ia membawa kepada kebaikan.
Kebaikan yang dimaksudkan pula ialah kebaikan yang dapat dinikmati oleh seramai
mungkin manusia hasil daripada tindakan tersebut. Contohya menolak daripada
mengambil rasual dianggap sebagai tindakan yang baik kerana ramai yang akan
mendapat manfaat iaitu masyarakat menjadi baik dengan ketiadaan budaya rasuah.
Menerima rasuah dianggap tindakan buruk kerana iainya boleh menyebabkan
sesebuah kerajaan menjadi rosak, korup, kleptokratik dan sesebuah keadilan
tidak dapat ditegakkan.
BAB 5 : KESIMPULAN
Kita
dapat lihat bahawa perbuatan rasuah membawa pelbagai mudarat kepada individu,
masyarakat dan negara. Perbuatan rasuah akan muncu dari semasa ke semasa, namun
kita sebagai manusia yang berakal, sudah tentukan mahukan kehidupan yang aman,
sejahtera, dan berada di bawa sebuah pemerintahan yang adil. Maka amalan rasuah
ini perlulah dibanteras, bermula daripada diri kita. Apabila kita saling
memperingati tentang keburukan kesan rasuah kepada kestabilan negara dan
ekonomi, maka masyarakat kita akan lebih berhati-hati sebelum menerima atau
memberi sebarang rasuah.
Hal
ini disebabkan kesedaran mereka akan kesan buruk yang bakal menimpa hasil
daripada kegiatan tidak beretikan yang diamalkan. Sebagai seorang umat islam
kita harus sedar bahawa perbuatan rasuah bercanggah dengan ajaran akhlak islam.
Dalam teori teleologis pula menekankan kebaikan yang dinikmati oleh ramai
orang. Maka impak rasuah adalah mudarat kepada ramai orang, bertolak daripada
itu, sudah tentu menolak perbuatan rasuah merupakan suatu kebaikan yang dapat
dinikmati oleh ramai orang. Kekurangan teori kebebasan peribadi pula
kelihatannya berupaya membebaskan manusia daripada etika. Seseorang itu bebas
menentukan betul atau salah mengikut kehendaknya. Rasuah pun boleh dilihat
sebagai betul oleh mereka yang berpegang dengan teori ini. Maka teori ini bukan
suatu teori yang boleh diamalkan kerana mempunyai banyak mudarat sekiranya
berpegang kepadanya.
Oleh
disebabkan, sepanjang sejarah manusia, rasuah mula berlaku apabila masyarakat
mula menjadi kompleks, maka saya fikir kita harus lihat dalam aspek berikut,
iaitu sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mengambil rasuah, maka sudah
tentu seseorang itu akan dilabel sebagai seorang yang korup. Maka kita bertanya
lagi, apa yang korup tentang dirinya yang menyebabkan dia menjadi korup? Maka,
saya fikir, ianya adalah tentang kefahamannya tentang betul dan salah, yang
hasilnya membawa kepada berlakunya perbuatan rasuah itu.
Bila
kita sebut tentang kefahaman, ia membawa erti kita sebut tentang ilmu, dan juga
pendidikan. Maka penyelesaian yang mengakar bagi perbuatan rasuah ialah dengan
mendidik seseorang iaitu dengan menjadikan tujuan utama sistem pendidikan
negara ialah untuk menghasilkan manusia yang berakhlak mulia.
Segala
analisis yang dilakukan yang menunjukkan rasuah berlaku dalam kalangan golongan
yang berpendidikan, pada hemat saya menunjukkan berlakunya suatu masalah dalam
sistem pendidikan, yang akibatnya terhasil manusia yang kelihatannya terdidik
namun hakikatnya tidak beretika. Maka segala analisa tentang rasuah, memberi
kesedaran tentang perlunya ia diselesaikan atau dikurangkan, dengan pelbagai
cara seperti menangkap dan menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, memberikan
kesedaran tentang impak rasuah kepada individu,masyarakat dan negara, dan akhir
sekali memastikan akan sistem pendidikan
itu bertujuan menghasilkan insan yang berakhlak mulia, dengan harapan, walaupun ianya tidak berjaya
dibendung, tetapi sekurang-kurangnya dapat dikurangkan berlakunya gejala rasuah
di negara kita.
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
1. Syed Hussein alatas.(2016). Rasuah Sifat, Sebab dan Fungsi. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Sarah Dina Mohd Adnan & Mohd Adib
Ismail.(2013). Impak Rasuah Kepada
Pertumbuhan Ekonomi. Dimuat turun pada 6 November 2016 daripada
3. Saudah Ismail.(2014). Etika dan Rasuah.
Dimuat turun pada 5 November 2016 daripada
http://www.slideshare.net/saudahi1/etika-dan-rasuah