PENGENALAN
Penulisan
ini akan membicaran tentang salah satu perkara yang penting dalam perkahwinan
iaitu mas kahwin. Setiap daripada kita mempunyai keinginan untuk hidup
berpasangan dan mempunyai nafsu yang merupakan salah satu fitrah seorang
manusia. Nafsu yang terdapat pada diri kita perlukan disalurkan dengan cara
yang betul, agar tidak berlaku kemudaratan kepada diri sendiri, dan juga pada
orang lain. Dalam aspek perkahwinan perkara yang perlu kita tahu ialah hal
berkenaan mas kahwin. Apakah itu mas kahwin? Apakah hukum memberikan mas
kahwin? Dan apakah peranan mas kahwin dalam islam? Itu semua antara
perkara-perkara yang perlu kita ketahui sebelum berkahwin dengan seseorang.
Seterusnya,
pada bab kemudian, akan dibicarakan pula tentang perkara-perkara yang boleh dijadikan
sebagai mas kahwin, ataupun dipanggil dengan nama lain iaitu mahar perkahwinan.
Terlintas pula pada fikiran kita, apakah perkara yang minimun yang boleh
digunakan sebagai mas kahwin? Adakah semua perkara dalam dunia ini dapat
dijadikan sebagai mas kahwin, atau ada ciri-ciri yang melayakkan sesuatu
barangan itu dijadikan sebagai mas kahwin atau mahar perkahwinan? Siapa pula
pula yang bertanggungjawab memberi mas kahwin, lelaki atau perempuan dan siapa
pula yang menetapkan nilai sesuatu mas kahwin atau apa yang akan dijadikan
sebagai mas kahwin tersebut, merupakan isi yang akan diterangkan pada bab dalam
penulisan ini.
Sebagai
permulaan ingin saya jelaskan serba ringkas tentang perbezaan mas kahwin atau
mahar perkahwinan dengan wang hantaran. Apakah kedua-duanya perkara yang sama?
Saya lihat, ada yang keliru dan
menganggap ianya perkara yang sama. Oleh kerana bab seterusnya akan membahaskan
tentang mahar perkahwinan, maka di sini cukuplah saya mengatakan bahawa wang
hantaran tidak sama dengan mahar perkahwinan. Wang hantaran hanyalah adat orang
melayu.
BAB 1 : PENGERTIAN MAS KAHWIN/ MAHAR
PERKAHWINAN
Apakah
yang diertikan sebagai mahar? Secara umumnya, menurut kamus dewan edisi ke-4, mahar ialah pemberian yang diwajibkan
daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan ianya juga dinamakan
dengan mas kahwin. Manakala mahar dari segi istilah fiqh pula membawa maksud yang
lebih terperinci iaitu sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki
kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di
antara keduanya. Hukum memberikan mahar perkahwinan adalah wajib berdasarkan
dalil.:
فَالْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ
Maksudnya: Carilah sesuatu meskipun sebentuk cincin besi.
Maksudnya: Carilah sesuatu meskipun sebentuk cincin besi.
[Riwayat
Al-Bukhari (5121)]
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ
نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا
مَّرِيئًا
Maksudnya : Dan berikanlah
kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu
sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal)
itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
[Surah An Nisa, Ayat 4]
Maksud ayat 4 ini ditujukan untuk
suami dan juga wali bagi
pihak perempuan yang
akan dikahwini. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t memerintahkan kepada kita untuk memberikan mahar kepada wanita iaitu bakal isteri sebagai pemberian secara sukarela. Perintah
ini membawa maksud kewajiban yang perlu dilaksanakan sebagai seorang
suami. Namun, sekiranya isteri bermurah hati, lalu memberikan secara ikhlas mahar tersebut sama ada sedikit, banyak atau semua, maka suami atau pun wali boleh menggunakan mahar tersebut. Harus diingatkan bahawa mahar perkahwinan
adalah hak isteri dan tidak boleh diambil atau digunakan tanpa izin isteri
terlebih dahulu.
نِحْلَةً dalam
ayat tersebut walaupun
membawa makna pemberian secara sukarela. Tetapi harus kita tahu bahawa ianya dijadikan sebagai sesuatu kewajiban. Mengapa? Hal ini adalah kerana penggunaan
kata tersebut, membawa maksud bahawa ketika suami memberikan mahar kepada isterinya, maka pemberian itu adalah diberi secara sukarela dan penuh keikhlasan dalam jiwa suami. Pemberian yang diberi, sebagai suami,
tiada di dijiwanya perasaan tidak rela, atau terpaksa ketika memberi mahar
tersebut, itulah hikmah memberi mengikut kemampuan daripada suami.
Sebagai tambahan, walaupun ada hadis
:
”Sebaik-baik wanita
adalah yang paling murah maharnya”
Ini
tidak membawa maksud bahawa pihak suami memberikan
mahar sesuka hati. Hadis ini sebenarnya lebih ditujukan kepada pihak perempuan
atau walinya agar tidak memyukarkan pembayaran mahar dengan meninggikan harga,
sehingga menimbulkan kesukaran bagi pihak lelaki untuk membayar mahar tersebut.
Dan ia juga memberikan mesej kepada pihal lelaki, sekiranya wanita yang ingin
dikahwini itu meletakkan mahar yang tinggi sehingga timbul kesukaran, maka
sekiranya tiada jalan lain, carilah wanita lain yang mahar perkahwinan yang
ditetapkan, sesuai dengan kemampuan lelaki tersebut.
BAB 2 : BENTUK PEMBERIAN MAS KAHWIN DALAM
ISLAM
Seterusnya
kita akan pergi kepada bentuk-bentuk pemberian mas kahwin dalam islam. Maka
sudah tentu untuk mendapatkan contoh yang terbaik, kita pergi kepada sejarah
nabi muhammad s.a.w tentang mas kahwin baginda dan juga para sahabat serta mereka
yang berada di zaman baginda. Mas kahwin boleh datang dalam beberapa bentuk
seperti objek bernilai berupa baju perang, cincin, wang serta ilmu.
Berikut
merupakan beberapa hadis yang dipilih untuk memberi gambaran yang jelas tentang
beberapa bentuk pemberian mas kahwin :
A. MAS KAHWIN DALAM BENTUK WANG IAITU 200 DIRHAM
1. Apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hadrad
al-Aslami bahwa dia datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk
meminta fatwa tentang wanita, maka beliau bertanya: “Berapa engkau memberi
mahar kepadanya?” Ia menjawab: “Dua
ratus dirham.” Beliau bersabda:
لَوْ كُنْتُمْ تَغْرِفُوْنَ مِنْ بَطْحَاءَ مَا
زِدْتُمْ.
Maksudnya : “Seandainya kalian mengambil dari
Bathha’, niscaya kalian tidak menambah.”
[HR. Ahmad (no. 15279), dan sanadnya shahih]
[HR. Ahmad (no. 15279), dan sanadnya shahih]
B. MAS KAHWIN DENGAN MEMBERIKAN DIDIKAN IAITU BACAAN AL-QURAN
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad as-Sa’idi Radhiyallahu anhu, ia mengatakan, “Aku berada di tengah kaum di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba seorang wanita berdiri lalu mengatakan: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia menghibahkan dirinya kepadamu, maka bagaimana pendapatmu mengenainya?’ (Dalam riwayat Malik: “Sesungguhnya aku menghibahkan diriku kepadamu”). Beliau tidak menjawabnya sedikit pun. Kemudian ia berdiri kembali lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, dia menghibahkan dirinya kepadamu, maka bagaimana pendapatmu mengenainya?’ Beliau tidak menjawabnya sedikit pun. Kemudian dia berdiri untuk ketiga kalinya lalu berkata: ‘Dia telah menghibahkan dirinya kepadamu, maka bagaimana pendapatmu mengenainya?’ Lalu seorang pria berdiri dan mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, nikahkanlah aku dengannya?’ Beliau bertanya, ‘Apakah engkau mempunyai sesuatu?’ Ia menjawab: ‘Tidak.’ Beliau bersabda: ‘Pergilah, lalu carilah walaupun cincin yang terbuat dari besi!’ Ia pun pergi dan mencari, kemudian datang seraya mengatakan: ‘Aku tidak mendapatkan sesuatu, dan tidak pula mendapatkan cincin dari besi.’ Beliau bertanya: ‘Apakah engkau hafal suatu surat dari al-Qur-an?’ Ia menjawab: ‘Aku hafal ini dan itu.’ Beliau bersabda: ‘Pergilah, karena aku telah menikahkanmu dengannya, dengan mahar surat al-Qur-an yang engkau hafal.'”
[HR. Al-Bukhari (no. 5149) ]
C. MAS KAHWIN DENGAN
MEMBERIKAN EMAS
Imam
al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bahwa ‘Abdurrahman bin ‘Auf menikahi seorang
wanita dengan mahar seberat biji(emas). Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
melihat keceriaan pengantin (padanya) lalu bertanya kepadanya, maka dia
menjawab: “Aku menikahi seorang wanita dengan mahar seberat biji (emas).” Dalam
riwayat lain bahwa ‘Abdurrahman bin ‘Auf menikah dengan mahar seberat biji
emas.
[HR.
Al-Bukhari (no. 5148)]
D. MAS KAHWIN DENGAN MEMBERIKAN BAJU BESI
Imam Abu Dawud meriwayatkan dari ‘Abdullah
bin ‘Abbas Radhiyallahu anhuma, ia mengatakan, “Ketika ‘Ali menikah dengan
Fathimah Radhiyallahu anhuma dan hendak menggaulinya, maka Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Berikanlah sesuatu kepadanya.’ Ia
mengatakan, ‘Aku tidak mempunyai sesuatu.’ Beliau bertanya, ‘Di mana baju
besimu (دِرْعُكَ)?’ Lalu ia memberikan baju besinya kepada Fathimah,
kemudian menggaulinya.'”
[HR. Abu Dawud (no. 2126)]
E. ISLAM DIJADIKAN SEBAGAI MAS KAHWIN
Imam an-Nasa-i meriwayatkan dari Tsabit, dari
Anas, ia mengatakan, “Abu Thalhah meminang Ummu Sulaim, maka ia mengatakan,
‘Demi Allah, wahai Abu Thalhah, orang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi
engkau adalah seorang kafir, sedangkan aku wanita muslimah, dan tidak halal
bagiku menikah denganmu. Jika engkau masuk Islam, maka itulah maharku dan aku
tidak meminta selainnya.’ Lalu Abu Thalhah masuk Islam, dan itulah maharnya. Tsabit
berkata: “Aku tidak mendengar seorang wanita pun yang lebih mulia maharnya
daripada Ummu Sulaim, yaitu Islam. Lalu Abu Thalhah menggaulinya, dan dia
melahirkan anak untuknya.”
[HR.An-Nasa-i (no.3341)]
F. TEPUNG GANDUM ATAU KURMA SEBAGAI MAS KAHWIN
Abu Dawud
meriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اسْتَحَلَّ فَقَدِ تَمْرًا أَوْ سَوِيْقًا كَفَّيْهِ
مِلْءَ امْرَأَةٍ صَدَاقِ فِيْ عْطَى أَ مَنْ
Maksudnya :
“Barangsiapa yang memberi tepung gandum atau kurma sepenuh dua telapak
tangannya untuk mahar seorang wanita, maka halal baginya untuk menggaulinya.”
[HR.Muslim(no.1405)]
G. SELIPAR SEBAGAI MAS KAHWIN
Imam at-Tirmidzi meriwayatkan dari
‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah bahwa seorang wanita dari Bani Fazarah menikah
dengan mahar sepasang sandal. Yakni, mahar dari suaminya berupa sepasang sandal
yang dipakainya di kedua kakinya. Sepertinya suaminya adalah tukang sepatu.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya: “Apakah
engkau ridha terhadap diri dan hartamu dengan sepasang sandal?” Ia menjawab:
“Ya.” Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam membolehkannya
[HR.At-Tirmidzi(no.1113)]
Maka
dengan contoh beberapa hadis yang diberi, dapatlah kita lihat bentuk-bentuk
mahar dalam islam seperti wang emas, perak, hafal bacaan al-Quran, baju besi
iaitu baju yang digunakan untuk melindungi diri semasa berperang, si lelaki
masuk islam sebagai mahar bagi wanita islam, tepung gandum atau kurma iaitu
makanan ruji, dan juga selipar sebagai mas kahwin. Hal ini ini dibenarkan
kerana kedua-keduanya bekerja sebagai tukang sepatu, iaitu yang membuat dan
membaiki selipar atau kasut. Dalam bahasa sekarang dipanggil tukang kasut.
Berdasarkan hadis-hadis yang diberi, dapatlah kita lihat bahawa yang menjadi
dasar utama kepada pemberian mahar atau mas kahwin tersebut adalah kemampuan
pihak lelaki untuk memberikan mahar, serta kerelaan pihak wanita menerima mahar
tersebut. Bentuk-bentuk mas kahwin yang ditunjukkan semasa zaman nabi Muhammad
s.a.w. merupakan contoh universal kepada soal mas kahwin hatta di zaman kita.
Yang penting ialah memberikan mas kahwin mengikut kemampuan, dan kebiasaan pada
masa kini, mas kahwin atapun mahar perkahwinan diberi dalam bentuk wang tunai.
BAB 3 : PERBEZAAN KADAR MAS KAHWIN
ANTARA NEGERI DI MALAYSIA
Gambar
rajah di atas menunjukkan mahar yang telah ditetapkan oleh setiap negeri oleh
pemerintah negeri masing-masing. Negeri yang tidak meletakkan mahar atau pun
dipanggil sebagai mas kahwin ialahtersebut ialah Kedah, Perlis, Terengganu dan
Kelantan. Sebagai pandangan peribadi saya fikir,mahar yang ditetapkan perlulah
ditingkatkan sesuai dengan nilai terkini. Hal ini disebabkan oleh nilai mata
wang yang semakin menyusut sungguhpun perkahwinan yang murah marah adalah
perkahwinan yang baik, ianya tidaklah bermaksud membayar semurah mungkin.
Bahkan ia membawa maksud bahawa membayar mahar dengan harga mengikut kemampuan,
dalam erti kata lain, murah berdasarkan kemampuan pihak lelaki yang membayar
mahar, bukannya membayar murah dalam erti sengaja memurah-murahkan walaupun
berkemampuan membayar dengan lebih berpatutan.
Walau
bagaimanapun, kita tidaklah perlu mempersoalkan dan mempertikaikan dan
merumitkannya kerana autoriti iaitu pemerintah berhak menetapkan kadar mas
kahwin yang sesuai mengikut perkiraan mereka. Itu adalah atas kebijaksanaan
pemerintah dan ilmuan yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab tersebut.
Mereka lebih arif dengan keadaan masyarakat negeri mereka, dan sudah tentu,
pada hemat saya, antara hikmah ditetapkan mahar yang rendah itu agar sesiapaun
yang berada di dalam negeri tersebut, berkemampuan untuk berkahwin, dengan
membayar mahar sesuai dengan harga yang telah ditetapkan oleh pemerintah.. Hal
ini kelihatannya sangat bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: “Carilah (mas kahwin) walaupun sebentuk cincin besi” yang telah saya
petik dalam bab yang sebelum ini. Beberapa negeri yang tidak menetapkan kadar
mas kahwin adalah disebabkan mereka umumnya mengikut pengetahuan saya, mereka
menggabungkan sekali mas kahwin dengan wang hantaran.
Tambahan, disamping tidak menetapkan kadar
mahar, Kelantan telah membenarkan Dinar Emas boleh dijadikan sebagai mas
kahwin. Selain itu, pada Majlis Nikah Perdana 2010 peringkat negeri
Kelantan, seramai 100 pasangan dinikahkan secara percuma kerana segala kos perbelanjaan
makan,pakaian dan sebagainya adalah ditanggung oleh kerajaan negeri Kelantan. Seterusnya,
dari sudut negeri yang tidak menetapkan kadar mahar, hikmahnya ialah ini dapat
dijadikan sebagai satu peluang dan ruang bagi membuat pilihan berdasarkan kepada kemampuan
diri sendiri dan ada yang menjadikan
senahkah al-Quran sebagai mas kahwin.
Ini kerana, Al-Quran merupakan lambang yang
teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan yang lain boleh
dilihat sebagai simbolik kesediaan suami untuk membimbing isterinya dalam melayari
bahtera perkahwinan berlandaskan syariat islam yang luhur. Ini juga boleh
dilihat sebagai kesediaan suami iaitu dirinya sudah mempersiapkan diri
menghadapi cabarang rumah tangga yang sudah tentunya memerlukan rujukan kepada
al-Quran sebagai penyelesaian yang terbaik. Kita juga dapat lihat keadaaan al-Quran
dijadikan mas kahwin dengan izin Allah, akan mendapat keberkatan seandainya
pasangan tersebut dapat mengamalkan segala isi kandungan di dalam al-Quran
sepanjang hidup berumah tangga bersama selepas akad nikah..
BAB 4 : KELEBIHAN DINAR EMAS SEBAGAI MAS
KAHWIN
1. NILAI MAS KAHWIN KEKAL TERSIMPAN DALAM DINAR EMAS KERANA BERNILAI INTRINSIK
Antara
kelebihan dinar emas ialah, ia berfungsi untuk menyimpan nilai. Berbeza dengan
wang fiat, yang mana nilai wang itu berada di luar wang, dinar emas pula
nilainya tersimpan di dalam dinar emas tersebut. Dalam bahasa lain, dipanggil
mempunyai nilai intrinsik. Sebagai contoh, sekiranya, dua orang ingin menyimpan
wang bernilai Rm 1 ribu ringgit. Seorang menyimpann 1 ribu ringgit dalam bentuk
wang kertas, dan seorang lagi menyimpan dalam bentuk dinar emas. Katakanlah 10
tahun kemudian, berlaku kejatuhan nilai matawang negara. Dan berlaku keperluan
untuk menggunakan wang simpanan mereka dengan segera. Maka kita fikirkan,
siapakah di antara mereka berdua yang masih dapat menggunakan nilai 1 ribu yang
disimpan 10 tahun yang lalu? Siapa pun akan tau bahawa emaslah yang tetap
bernilai walau berapa ribu tahun berlalu sekalipun. Hatta negara sudah bertukar
menggunakan matawang baru dan memansuhkan matawang lama ,kita pasti bahawa emas
tetap laku. Namun wang kertas sudah tidak berguna lagi.
2. MENGGEMBIRAKAN HATI ISTERI
Memang
wanita, umumnya gemarkan perhiasan, dan emas adalah sebaik-baik perhiasan yang
digemari oleh wanita. Dengan memberikan dinar emas sebagai mas kahwin, wanita
biasanya membayangkan kehidupan senang dan bahagia yang telah dipersiapkan oleh
suami untuknya. Serta, isteri akan menghargai kesanggupan dan kerelaan suami
menyediakan mahar yang cukup bernilai buat isteri. Ianya bukanlah kewajipan
namun sekiranya berkemampuan, ianya sesuatu yang wajar dilakukan. Selain
daripada ianya sebahagian daripada sunnah nabi kita. Tetapi sebagai peringatan.
kita lakukanlah sunnah ini hanya sekiranya kita berkemampuan dan berikhtiar
untuk melakukannya. Jangan pula dipaksakan ke atas diri hinggakan terbeban
dengannya.
3. MENGGUNAKAN DINAR SEBAGAI MENGIKUT SALAH SATU SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Abu Salamah menceritakan, "Aku
pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para
isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah
sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah
kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah
menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu,
berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab,
"Dua puluh dirham."
(HR. Muslim).
Kita dapat lihat bahawa
nabi Muhammad s.a.w menggunakan dirham sebagai mas kahwin kepada isteri baginda
s.a.w. Penggunaan dinar sebagai mas kahwin, pada kefahaman saya, termasuklah
menggunakan dirham juga. Maka menggunakan dinar dan dirham bagi yang
berkemampuan, adalah salah satu tindakan untuk menghidupkan sunnah nabi kita
s.a.w. Sekiranya ditanya mengapa menggunakan dinar atau dirham sebagai mas
kahwin? Maka, memberi jawapan bahawa kita ingin mengikut dan menghidupkan
sunnah nabi muhammad s.a.w, sudah memadai. Itu sudah menjadi alasan yang amat
kukuh. Iaitu kita buat, kerana nabi kita buat. Dan ianya merupakan sunnah nabi kita.
4. PELABURAN BAGI ISTERI
Seterusnya,
dengan menjadikan dinar emas sebagai mas kahwin, isteri dapat menyimpannya
sebagai pelaburan pasif, sekurang-kurangnya. Sekiranya kita meneliti
perkembangan nilai wang fiat dan
dibandingkan dengan dinar emas, dapatla kita ketahui bahawai nilai dinar emas
sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Walaupun ada ketika, nilai emas
menurun, namun penurunannya bukanlah menjejaskan nilai emas itu kerana nilainya
tetap tersimpan dalam emas itu. Nilainya
bersifat sentiasa meningkat. Hal ini disebabkan nilai wang fiat akan sentiasa
turun. Ini boleh menjadi dorongan agar memulakan usaha menyimpan nilai wang
mereka dalam bentuk dinar.
KESIMPULAN
Sebagai
penutup, wajarlah kita ketahui dengan serba ringkas bahawa selain daripada
wajib memberi mas kahwin kepada isteri, mas kahwin merupakan hak mutlak isteri
yang tidak boleh digunakan tanpa izin isteri, kita juga dapat lihat pelbagai
bentuk mas kahwin yang diberi, sesuai dengan kemampuan pihak lelaki dan
kerelaan isteri menerimanya. Secara keseluruhannya, dapatlah kita lihat bahawa
islam amat menggalakkan perkahwinan kerana ianya dapat menjaga anggota badan
serta kemaluan daripada melakukan maksiat ataupun lebih berat lagi, berzina.
Selain
itu, kita akur tentang ketetapan setiap pemerintah ke atas negeri masing-masing
berkenaan dengan kadar mas kahwin yang ditetapkan. Bagi yang telah ditetapkan
maharnya, maka memadailah dengan nilai yang ditetapkan sebagai mahar tersebut.
Dan bagi negeri yang tidak ditetapkan, tetapkanlah niai sesama bakal pasangan,
suatu nilai yang sesuai dengan kemampuan pihak lelaki dan bagi pihak wanita
haruslah lihat kemampuan pihak lelaki sebelum menetapkan sesuatu nilai mahar
agar tidak membebankan pihak lelaki, dan lebih buruk, menghalang dua insan yang
ingin menyempurnakan salah satu daripada aspek yang menjadi teras kehidupan,
iaitu mendirikan keluarga.
Akhir
sekali, kita dapat lihat secara ringkas, kelebihan menggunakan dinar emas
sebagai mas kahwin. Selain daripada ianya merupakan salah satu sunnah nabi
muhammad s.a.w, ianya juga mempunyai nilai intrinsik yang dapat menyimpan nilai
wang tersebut selama-lamanya. Emas selama-lamanya bernilai. Sebagai pengakhir
bicara, harus kita ingat bahawa hantaran yang murah adalah hantaran yang baik,
iaitu ianya memudahkan semua pihak dan menenunjukkan bahawa kesediaan
kedua-kedua belah keluarga untuk menjalinkan ikatan kekeluargaan.
Maka, memudahkan soal mas kahwin juga boleh
dilihat sebagai bonus yang dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah
pihak kerana memahami kemampuan pihak lelaki, disamping memberi isyarat
kesudian dan kesungguhan untuk menjaha hubungan sesama muslim dan kesediaan
untuk mengembangkan lagi umat islam yang akan berjuangkan menegakkan islam di
muka bumi Allah. Individu yang baik akan
menghasilkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan menghasilkan
masyarakat yang baik. Dan masyarakat yang baik akan menghasilkan sebuah negara
yang baik. Dengan izin Allah.
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
1. Zulkifli Mohamad al-Bakri.(2016). Isu Mahar
: Penyelesaiannya. Dimuat turun pada 7 November 2016 daripada http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/581-bayan-linnas-siri-56-isu-mahar-penyelesaiannya
2. Muhammad al-Zuhaili.(n.d). Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Syria
: Dar al-Qalam.
3. Anita Abu Hassan.(2012).Fahami Konsep Wang Hantaran. Dimuat turun pada 8 November 2016 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/fahami-konsep-wang-hantaran-1.116803
4. IKIM.(2016). Wajibkah Wang Hantaran?
Dimuat turun pada 8 November 2016 daripada https://www.utusan.com.my/rencana/wajibkah-wang-hantaran-1.208221
5.Kitab Sahih Bukhari.