Sebagai seorang manusia,yang dahulunya tidak
ada,dan pada masa kini telah ada.Sudah tentu sebagai seorang manusia yang
mempunyai akal yang sihat,jika kita benar-benar memikirkan secara mendalam,akan
timbul satu persoalan,. ”Apakah tujuan aku diciptakan?”.Soalan ini walauun
kelihatan ringkas,namun bakal merungkai segala-galanya tentang kita,tentang
erti kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi ini.
Soalan seperti ini,hanya mampu dijawab oleh suatu
kewujudan,suatu kewujudan yang pasti ada dan diyakini oleh kita semua sebagai
tuhan yang disembah. Tuhan yang disembah ini,ialah Allah s.w.t,yang memberi
petunjukNya kepada kita,serta mengajarkan apa yang perlu kita belajar dan perlu
kita tahu sebagai ciptaanNya.Perkara-perkara begini disampaikan kepada kita melalui
para nabi dan rasul yang diutuskan khas oleh Allah s.w.t.
Tidak cukup untuk mengakui Allah s.w.t sebagai
tuhan sahaja,kerana setiap dari diri kita, menurut Tan Sri Prof.Syed Muhammad
Naquib al-Attas (1976),telah pun mengakui bahawa Allah itu tuhan.Ini jelas
dinyatakan dalam surah Al- ’A’raf 7:172,
:
”Bukankah Aku ini tuhan kamu?Mereka semua
menjawab,”Benar(Engkaulah Tuhan kami),kami menjadi saksi.”
Maka kita sebagai hambanya,perlul mengaku bahawa
Allah s.w.t sebagai tuhan yang disembah.Kita menyembahNya dengan cara yang
diinginkan oleh Allah s.w.t itu sendiri.Iblis juga mengaku Allah itu sebagai
tuhan,namun iblis memilih untuk ingkar perintah Allah.
Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul,menghadapi
pelbagai cabaran dan halangan yang cuba untuk menggagalkan usaha baginda.Pada
masa kini,perkara yang sama juga dihadapi oleh kita,sebagai penyambung tugas
para nabi untuk menyampaikan risalah mulia ini kepada seluruh manusia.Mereka
yang menyampaikan risalah islam,bukan sahaja mewarisi ilmu para nabi,mereka
juga mewarisi masalah yang sama,yang dihadapi oleh para nabi.