Pada 1 Mac 1938, Samsung
ditubuhkan oleh Byung-Chull Lee di Daegu Korea. Samsung membawa maksud ’tiga
bintang’. Asalnya fokus utama syarikat samsung adalah pada eksport ikan kering,
sayur, dan buah-buahan kepada Manchuria dan Beijing. Kini, Samsung berkembang
menjadi kumpulan bisnes yang terbesar di Korea Selatan yang berpangkalan di
Seoul.
Selepas peperangan Korea(1953), Samsung menceburkan diri dalam industri
gula, tekstil, perbankan dan insurans.
Pada 1961, syarikat ini meneruskan lagi perkembangannya dalam perusahaan
kertas, ’department store’ dan penerbitan. Pada 1960, dengan bantuan syarikat
Sanyo, Samsung Electronis ditubuhkan untuk menjual barangan elektronik seperti
ketuhar gelombang mikro dan televisyen. Pada 1970-an, Samsung melancarkan
perusahaan pembinaan kapal , petrokimia dan enjin pesawat. Pada 1980-an Samsung
mengeksport barangan elektronik dengan munggunakan namanya sendiri (SAMSUNG).
Pada 1983, Samsung mula menghasilkan komputer peribadi.
Pada 1987, Lee Kun Hee mengambil alih penguasaan daripada bapanya
Byung-Chull Lee. Terkini, Lee Kun Hee masih menjadi pengerusi Samsung. Dari
tahun 1987 dan seterusnys, Samsung melibatkan diri dalam pelbagai perusahaan
seperti peralatan rumah, telekomunikasi, semikonduktor, television digital, dan
kereta.
Pada 2012, Samsung Electronics, telah menjadi pengeluar dan pembuat
telefon terbesar dunia, mengatasi Nokia. Pada hari ini, dengan kejayaan
cemerlang dalam bisnes elektronik, Samsung dikenali sebagai antara yang
terkedepan dalam teknologi dan diiktiraf sebagai salah satu dari 10 jenama
global yang terunggul dunia.
Pada 2016, Samsung memperkenalkan 6 produk terbaru iaitu Smart TV, HD
Blu-Ray Player, Family Hub Refrigerator, Galaxy TabPro S, Samsung Gear S2 Smart
Watch, dan 13.3 Inch Super Thin Notebook
9.
2.0
PERSEKITARAN MIKRO
Persekitara mikro merupakan faktor-faktor atau elemen-elemen dalam ruang
lingkup operasi sesebuah organisasi yang memberi kesan kepada prestasi dan
keputusan yang akan di buat. Faktor-faktor ini termasuklah pesaing, pelanggan,
saluran agihan, pembekal dan orang awam.
secara umum.
(Business Dictionary.com)
Antara
persekitaran mikro yang akan dihuraikan ialah :
a. Pelanggan
b.Pekerja
c. Pembekal
d. Pemegang Syer
e. Media
f. Pesaing.
a. Pelanggan
Setiap jenis perniagaan dalam dunia ini memerlukan pelanggan. Bahagian pemasaran
yang terlibat perlulah mempunyai tujuan jelas iaitu menarik dan mengekalkan
pelanggan dengan cara menghasilkan barangan yang memenuhi keperluan dan
kemahuan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan juga dititikberatkan. Alasan mengapa
mereka ingin menggunakan perkhidmatan atau membeli barangan kita akan memberi
kesan yang besar kepada strategi yang digunakan untuk mendekati pelanggan.
b. Pekerja
Mempunyai staf yang ada kemahiran dengan pengalaman yang diperlukan amat
penting. Proses ini berlaku daripada fasa merekrut, dan berterusan sehingga
mengupah staf untuk berkhidmat dengan syarikat. Latihan dan peluang untuk
kenaikan pangkat juga mempengaruhi prestasi pekerja. Sekiranya pekerja tidak
mempunya motivasi, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan ianya akan
menjejaskan perkhidmatan yang diberi pada pelanggan dan hasilnya jualan akan
menurun.
c. Pembekal
Pembekal membekalkan kepada sesuatu
perusahaan atau perniagaan, alatan, atau barangan yang diperlukan bagi
menjalankan urusan perniagaan. Sekiranya pembekal tidak memberi barangan yang
baik, ini akan menjejaskan kualiti barangan yang dijual oleh syarikat dan akan
memberi impak negatid kepada imej dan hasil jualan. Peningkatan harga daripada
pembekal juga akan mempengaruhi harga barangan yang dijual. Ada kalanya
barang-barang yang dijual terpaksa dinaikkan harga akibat peningkatan harga
yang diberi oleh pembekal. Oleh itu,
sesebuah organisasi perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal untuk
mendapatkan barangan yang berkuaiti dengan harga yang berpatutan.
d. Pemegang Syer
Sesebuah organisasi tentunya memerlukan
dana yang besar untuk terus berkembang. Maka umumnya pemilikan peribada akan
diubah kepada pemilikan awam dengan menggunakan pasaran stok. Pengenalan kepada
pemegang syer sebagai pemilik dan pemberi dana kepada sesebuah organisasi akan
memberi tekanan baru kepada organisasi tersebut. Pemilik syer akan memberi
tekanan kerana mereka mahukan pulangan hasil bagi pelaburan yang telah
diberikan. Hubungan dengan pemilik syer perlu diuruskan dengan baik agar bisnes
dapat berkembang dan bertahan dalam jangka masa panjang.
e. Media
Laporan media yang positif akan memberikan
imej positif kepada syarikat dan begitulah seballiknya jika laporan yang
negatif bermain dalam media massa. Organisai perlulah cekap dan pantas
menguruskan media massa akan memberikan reputasi yang baik kepada organisasi
dan mengurangkan impak sekiranya terdapat perkara-perkara negatif yang boleh
menjatuhkan organisasi. Sesetengah organisasi juga mempunyai pegaiwai yang
menguruskan hal hubungan awam yang dipanggil sebagai PR atau Public Relation.
f. Pesaing
Dalam industri yang sama, sesama
organisasi akan bersaing. Persaingan ini adalah berkaitan dengan perbezaan yang
terdapat antara organisasi. Contohnya seperti adakaah organisasi tersebut dapat
memberikan perkhidmatan ataupun barangan yang lebih baik dari organisasi yang
lain? Apakah jenama yang digunakan itu popular ? Sesebuah organisasi perniagaan
perlu sentiasa memantau pergerakan pesaingnya agar tidak ketinggalan dan dapat
mengubah, serta menambahbaik strategi agar tidak ketinggalan dan terus berdaya
saing dalam arena tersebut.
3.0
KESAN PERSEKITARAN MIKRO PADA SAMSUNG
3.1 Media dan Pesaing : Samsung vs. Apple.
Pertembungan antara dua pesaing kuat iaitu antara Samsung dan Apple
dalam industri telekomunikasi merupakan perkara yang paling hangat
diperkatakan. Spesifikasi, fungsi, rekabentuk, harga, kesesuaian dan fungsi
setiap model, sering menjadi perbandingan. Terdapat juga bertahun-tahun siri
tuntutan mahkamah berkenaan pelanggaran hak paten antara Samsung dan Apple. Setiap
keluaran akan terus dibandingkan.
Pada masa kini, Apple masih mendahului sebagai pengeluar dominan telefon
pinta di U.S namun Samung semakin menghampiri dari tahun ke tahun. Pasaran
telefon pintar yang dikuasai oleh Apple ialah sebanyak 40%, diikuti oleh
Samsung sebanyak 31%. Dari segi harga,
menurut penganalisis, Samsung terpaksa menurunkan harga produk mereka untuk
mengekalkan syer pasaran, dan ini sudah tentunya akan menjejaskan margin kasar
keuntungan mereka.
Manakala Apple tidak mempunyai
keperluan untuk menurunkan harga produknya. Dari segi populariti dalam kalangan
pengguna, iPhone masih mendahului, menurut penganalisa. Berikut merupakan
ringkasan pertempuran antara Samsung dan Apple yang memberikan kesan yang
positif dalam menaikkan nama Samsung. Hal ini kerana pesaing kepada Samsung
ialah produk terbaik di dunia, maka sudah tentu ianya memberikan satu imej yang
amat baik kerana pastinya akan dibanding-bandingkan antara kelebihan dan
kekurangan produk masing-masing.
a. Tuntutan Mahkamah Pelanggaran Paten.
Pada bulan 12, 2015 Samsung kalah dalam
kes saman menyaman bagi pelanggaran paten dan bersetuju untuk membayar sebanyak
$ 548 juta pada Apple. Pada April 2014 iaitu tahun sebelumnya, Samsung terpaksa
membayar sebanyak $ 120 juta, dan pada ogos 2012, terpaksa membayar $ 1.02
billion kepada Apple. Hal ini sudah tentu memberikan tamparan yang besar kepada
Samsung akibat kekalahan demi kekalahan yang dialamni akibat tewas dalam
tuntutan pelanggara paten telefon pintar.
b. Perbandingan Produk Telefon Pintar Terkini 2016 : Samsung Galaxy S7 vs.
iPhone 6 Plus.
Telefon pintar iPhone 6 Plus milik Apple
dikeluarkan pada 19 September 2014, manakala Samsung Galaxy S7 dikeluarkan pada
11 Mac 2016. Berikut adalah model telefon pintar tersebut.
Samsung S7 mempunyai reka bentuk yang lebih elegan dan mempunyai
kelebihan baru iaitu kalis air. Selain itu, ia mempunyai prosessor yang jauh mengatasi iPhone 6 Plus,
iaitu Snapdragon 820, 64 bit, quadcore, 2.15 GHz berbanding iPhone 6 Plus iaitu
A9, 64 bit, dual core, 1.8 Ghz.
Seterusnya, Samsung S7 mempunyai kelebihan cas bateri tanpa wayar(wireless
charging), bateri yang tahan lebih lama 3,600 mAh berbanding iPhone 6 Plus
iaitu 2,750 mAh.
c. Pembekal
Samsung membuat bidang perusahaan yang pelbagai dan mereka menghasilkan
komponen-komponen elektronik mereka yang tersendiri, bahkan Apple pun membeli
komponen-komponen bagi telefon pintar mereka daripada Samsung. Oleh sebab
Samsung memiliki dan mengawal penyelidikan perkasas dan pembuatan, mereka dapat
menghasilkan produk dengan teknologi
baru, lebih pantas dari
syarikat-syarikat lain. Selain dari dapat menghasilkan barangan dengan
teknologi yang lebih canggih denga lebih cepat, mereka juga memperolehi bekalan
peralatan daripada pembekal dengan harga yang lebih murah, disebabkan mereka
merupakan pembekal kepada syarikat mereka sendiri.
d. Pemegang Syer
Pemegang syer terbesar Samsung ialah 19.13%. Pelabur asing sebanyak 28.3%, pelabur institusi domestik sebanyak
22.8%, pelabur runcit sebanyak 29.6 peratus
dan perbendaharaan sebanyak 0.2%. Ini merupakan peratusan syer yang dimiliki
oleh pelbagai pihak.
e.Pekerja
Samsung juga membekalkan pekerja-pekerja mereka dengan latihan yang sesuai
agar mereka mendapatk pengalaman dan kemahiran yang diperlukan dalam
melaksanakan tugas dengan lebih efisien.
4.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. KEBAJIKAN
DAN KESELAMATAN PEKERJA
Bagi sesebuah organisasi, pekerja merupakan elemen yang penting. Samsung
perlu mementingkan dan mengambil berat kebajikan pekerja mereka. Terdapat kes
yang memberi impak negatif kepada imej Samsung dari segi kebajikan pekerja,
yang mungkin akan menjatuhkan motivasi
pekerja untuk bekerja dengan baik dan cekap. Di Seoul , Korea Selatan, terdapat
kes pekerja (Lee Eun Joo) yang meninggal akibat kanser ovari. Pekerja tersebut
disyaku terdedah kepada karsinogen yang digunakan di kilang pembuatan cip. Semasa
proses pemasangan silikon, formaldehyde, iaitu sejenis karsinogen yang
menggalakkan pertumbuhan tumor digunakan.
Kebajikan pekerja perlulah dititikberatkan dengan membuat kajian
terperinci bagi mengenal pasti potensi berlakunya kesan buruk kepada pekerja
Samsung di kilang pembuatan cip. Seterusnya mengambil langkah keselamatan bagi
memastikan pekerja tidak terdedah dengan risiko-risiko yang buruk. Selain itu,
Samsung perlu memastikan kilang pembuatan mempunyai persekitaran yang selesa
kerana dalam kes yang sama, mahkamah menuduh bahawa sistem pengudaraan kilang
tidak baik, serta terlalu banyak syif malam yang dibuat oleh pekerja. Dari sini
juga kita saya fikir bahwa, pekerja perlulah diberikan rehat dan cuti yang
secukupnya. Samsung perlulah melihat pekerja mereka sebagai manusia yang
memerlukan rehat yang secukupnya dan juga masa yang berkualiti bersama keluarga
mereka.
Pampasan perlulah diberikan dalam jumlah yang berpatutan dan dilakukan
dengan segera, apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan tugas. Hal ini
disebabkan, pampasan wang dapat meringankan beban ahli keluarga pdan diri
pekerja itu sendiri. Pada masa yang sama, pekerja-pekerja lain akan melihat
tindakan segera ini sebagai perbuatan mengambil berat kebajikan pekerja-pekerja
mereka.
Umumnya, manusia memang suka dihargai. Cadangan yang bernas jika
dihargai akan membuahkan hasil yang baik antara manusia. Samsung perlu membuat
sesi mendengar pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan kualiti kerja dan
juga masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja.
Tambahan, Samsung perlu menyediakan khidmat kaunseling percuma kepada
pekerja mereka. Terdapat pekerja yang mempunyai tekanan hidup hasil dari
masalah keluarga bercampur dengan konflik rakan sekerja dan dengan orang atasan
atau bawahan. Maka, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pendengar yang baik,
dan mampu membantu mereka dalam menyelesaikan atau memberi mereka semangat bagi
menyelesaikan masalah merek dengan cara yang baik.
Selain daripada wang gaji hasil bekerja, manusia juga perlukan pujian
dan penghargaan. Maka, Samsung haruslah memberi pujian dan penghargaan kepada
pekerja mereka yang menunjukkan prestasi yang baik. Contohnya, mengumumkan
pekerja terbaik bagi setiap bulan. Selain itu, sesi ramah mesra antara pegawai atasan
dan juga pekerja perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi membina hubungan
yang baik. Ini dapat meningkatkan produktiviti dan kepercayaan serta keyakinan
pekerja kepada pegawai atasan mereka. Contohnya ialah kem motivasi, jamuan
makan seperti barbeku, percutian ke pulau bagi sekumpula pekerja dan mengikut
giliran, agar setiap pekerja dapat merasai pengalaman bercuti secara percuma
yang ditanggung oleh syarikat.
2. LAYANAN YANG BAIK DARI MAJIKAN
Seterusnya, majikan perlulah memberi layanan yang baik kepada pekerja
mereka. Kata-kata yang baik perlulah digunakan kepada pekerja mereka. Hormati
pekerja di bawah seliaan mereka. Selain itu, majikan perlulah sentiasa memberi
dorongan dan kata-kata yang positif pada pekerja mereka agar dapat memberi suntikan
semangat. Majikan juga perlu cakna dengan pekerja yang mempunyai masalah
peribadi dengan mengurangkan tekanan kerja kepada mereka.
Pekerja yang tidak sihat, perlulah diberikan rehat dengan secukupnya.
Saya merasakan bahawa majikan perlu membuat peti aduan dan cadangan, agar
mereka dapat mengetahui isi hati, masalah yang dialami serta cadangan yang
dapat dilaksanakan untuk meningkatkan produktivi serta memberi persekitaran
yang selesa kepada pekerja sekiranya ada.
3. KHIDMAT PELANGGAN YANG BAIK
Samsung sebagai sebuah organisasi gergasi dengan pelbagai perusahaan,
sudah tentu mempunyai cara khidmat pelanggan yang tersendiri, walau
bagaimanapun saya ingin memberikan buah fikir saya agar dapat membantu sekiranya
bernas. Samsung perlulah membuat saluran rasmi bagi sebarang aduan dan
cadangan. Seterusnya, mereka seharusnya mengutip email dan nombor bagi
pelanggan mereka, untuk dimaklumkan tentang produk terkini yang baru keluar
atau dijangka keluar.
Dengan ini, pelanggan akan sentiasa mendapat berita terkini tentang
teknologi terkini yang akan dikeluarkan. Pada masa yang sama, kuiz reka bentuk
menarik juga boleh diadakan disampung mengutip maklumat dan maklumbalas
daripada pelanggan. Cadangan-cadangan bernas dari pelanggan perlu dihargai.
Walaupun cadangan yang diberi, tidak bernas, perlu juga diberi
penghargaan atas kesudian mereka memberikan pandangan mereka. Perkhidmatan
pelanggan yang baik, positif dan cekap merupaka satu tarikan kepada pelanggan.
Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang produk, ianya diselesaikan dengan
segera dan dimaklumkan kepada pelanggan. Barangan yang terdapat waranti,
diganti dengan segerea apabila memenuhi syarat-syaratnya.
4. IKLAN KREATIF DAN PEMBINAAN IMEJ
POSITIF MELALUI MEDIA
Sekiranya diperhatikan perkembangan iklan dalam beberapa tahun, tentunya
banyak perubahan yang drastik. Cara iklan perlulah sentiasa terkini dan kena
dengan cita rasa. Kita dapat lihat bahawa ramai memiliki telefon pintar sebagai
suatu alat yang memberi mereka keyakinan diri. Pengguna merasakan diri mereka
lebih yakin dan positif apabila menggunakan produk tersebut.
Pelanggan sukakan produk ada mempunyai kelas tersendiri, serta ekslusif.
Mereka yang menggunakan telefon jenama yang ketinggalan, kadangkala
diketawakan. Maka ramai yang sentiasa menukarkan telefon mereka dengan model
yang lebih baru dari semasa ke semasa. Maka, dari sini, syarikat perlulah
mengeluarkan iklan-iklan yang memberi imej eksklusif, dan elit. Hal ini,
kerana, walau ianya tidaklah sebenarnya tepat, tetapi ramai yang melihat jenis
telefon yang digunakan sebagai perlambangan status sosial, terutamanya dalam
kalangan belia.
Seterusnya, imej yang baik dapat dibina apabila organisasi menampilkan
diri sebagai mesra dengan pengguna serta ramai yang mendapat manfaat dari
Samsung walaupun tidak menggunakan produk mereka. Ini memberikan satu impak
yang amat positif. Contohnya mengiklankan tawaran biasiswa bagi mereka yang
ingin meneruskan pelajaran dalam bidang yang tertentu sesuai dengan keperluan
Samsung , dengan syarat mereka perlu bekerja dengan Samsung untuk tempoh
tertentu.
Akhirnya, iklan yang kreatif dan bersifat muda, pastinya menarik belia
yang merupakan antara pembeli yang besar telefin pintar. Mereka sukakan
imej-imej yang dibawakan oleh jenama telefon pintar yang dijual. Oleh itu, imej
yang bersifat, muda, eksklusif, elit akan menjadi satu daya penarik yang baik.
5. PERSAINGAN DENGAN SYARIKAT LAIN
Dalam industri telefon
pintar contohnya, Samsung mempunyai Apple sebagai pesaing terkuatnya diikuti
oleh Huawei dan Xiaomi. Reka bentuk, fungsi dan harga yang berpatutan merupakan
ciri-ciri utama yang dilihat oleh pembeli. Samsung boleh mengambil inisiatif
dengan mengadakan pertandingan rekabentuk telefon pintar futuristik agar mereka
dapat melihat reka bentuk yang baik untuk mereka jadikannya sebagai sebuah
produk. Hadiah yang amat lumayan perlulah diberi kepada pereka bentuk yang
terbaik. Selain itu, dalam era teknologi ini, mereka juga boleh membuat
pertandingan iklan terbaik untuk mengiklankan produk Samsung. Seterusnya, dalam
pelbagai pertandingan yang dilakukan, mereka yang mempunyai bakat unik yang
dapat dimanfaatkan oleh syarikat perlulah ditawarkan pekerjaan sesuai dengan
kemampuan yang mereka ada.
5.0
RINGKASAN
Dalam industri perniagaan, bagi memastikan sesebuah organisasi
berkembang dengan pesat, stabil dan sentiasa mendapat sambutan yang baik,
persekitaran mikro perlulah diuruskan dengan teliti. Persekitaran mikro
contohnya ialah pekerja, pelanggan, pemegang syer, pembekal , media dan
pesaing. Semuanya perlulah digunakan dengan sebaiknya bagi manfaat sesebuah
organisasi.
Bagi menjelaskan dalam konteks persekitaran mikro ini, Samsung dipilih.
Samsung yang pada mulanya hanya melibatkan diri dalam perusahaan buah-buahan
dan ikan kering telang berkembang dalam perlbagi industri seperti petrokimia,
pembuatan cip, gula, enjin kapal , barangan rumah serta telefon pintar.
Dalam industri telefon pintar, Apple merupakan pesaing terkuat Samsung,
meskipun Samsung membekalkan cip kepada Apple bagi menghasilkan telefon pintar
mereka. Walaupun mereka bersaing dan terlibat dalam kes tuntutan pelanggaran
paten rekaan telefon pintar, mereka masih saling bergantung iaitu Samsung
sebagai pembekal cip kepada Apple.
Produk terkini iaitu telefon pintar Samsung sering dibandingkan dari
segi reka bentuk, harga dan fungsi serta penambahan fungsi baru berbanding
Apple. Perbandingan pada tahun ini iaitu pada 11 Mac 2016 secara rasminya pasti
akan memberikan impak postif kepada Samsung. Tarikh ini adalah kerana ini adalah hari model telefon pintar
terkini keluaran Samsung dipasarkan iaitu Samsung Galaxy S7. Pelanggan sudah
membuat perbandingan di alam maya dengan iPhone 6 Plus. Pada tarikh ini, sudah
sampai masanya pengguna merasakan sendiri kelebihan model baru ini yang
mempunyai fungsi tambahan seperti fungsi cas bateri tanpa wayar(wireless
charging), kalis air dan mempunya prosesor yang sekali ganda lebih pantas
berbanding iPhones 6 Plus.
Bagi penambahbaikan Samsung, mereka perlulah menjada kebajikan pekerja
dengan memberi layanan yang baik, mementingkan aspek keselesaan dan keselamatan
tempat kerja. Majikan perlulah memberi layanan dan dorongan yang positif kepada
pekerja.
Selain itu, khidmat pelanggan yang mesra, cepat dan efektif perlu
dikekalkan dan diperbaikkan dari semasa ke semasa. Iklan yang kreatif,
eksklusif perlulah digunakan agar dapat
memberikan imej yang baik kepada Samsung, dan juga kepada pengguna. Pengguna
gemarkan produk yang popular. Iklan perlulah bersifat menonjolkan bahawa pengguna telefon pintar Samsung merupakan
pengguna yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa.
Tambahan, Samsung sebagai pembekal kepada produk mereka sendiri,
perlulah sentiasa menyemak kos belian barang dari pembekal iaitu juga
sebahagian dari Samsung, agar sentiasa mendapatkan bekalan yang berkualiti
dengan harga yang jauh lebih murah.
RUJUKAN :
1. Chang, A.(2016). Can Samsung Beat Apple with
The New Galaxy S7?. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://www.cnbc.com/2016/03/10/can-samsung-beat-apple-with-the-new-galaxy-s7.html
2. King, H.(2016). 6 Cool Products to Expect from Samsung in 2016. Dimuat turun pada
11 Mac
2016 daripada http://money.cnn.com/2016/01/05/technology/samsung-ces-2016/
3. Shanklin, W.(2016). Samsung Galaxy S7 Edge vs. iPhone 6 Plus.
Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://www.gizmag.com/iphone-6s-plus-vs-galaxy-s7-edge-comparison/42180/
4. Lee, Y.(2016). Court :
Chemicals Caused Samsung Chip’s Worker Ovarian Cancer.
Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://bigstory.ap.org/article/b229c3845114436dad4653160242e25a/court-chemicals-caused-samsung-chip-workers-ovarian-cancer
5. Elmer-DeWitt, P.(2015). How Apple and Samsung Got to $ 548 Million.
Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://fortune.com/2015/12/05/samsung-apple-timeline-settlement/
6. OCM.(2014). The Impact of Micro and Macro Environment on Marketing. Dimuat
turun pada 11 Mac 2016 daripada http://blog.oxfordcollegeofmarketing.com/2014/11/04/the-impact-of-micro-and-macro-environment-factors-on-marketing/
7. Samsung.(2014). Samsung Shareholders. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada
8. Stickler, D.(2013). Samsung : A Short History. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada http://www.mercurynews.com/ci_22979868/samsung-short-history
9. Samsung.(n.d.). Samsung’s Beginnings. Dimuat turun pada 11 Mac 2016 daripada
10. Samsung. (n.d). Fortune Global Top Company. Dimuat turun pada 11 Mac 2016
daripada http://www.samsung.com/my/aboutsamsung/samsung/history.html
11. Business Dictionary. (n.d). Micro Environment. Dimuat turun pada 11
Mac 2016
12. Learn Marketing. (n.d). Micro Environment. Dimuat turun pada 11 Mac 2016