1.0 PENGENALAN
Sebagai
seorang yang cintakan ilmu dan suka mengetahui perkara-perka melibatkan
pemikiran,maka wajarlah kita tahu berkenaan tokoh-tokoh pemikir besar yang
banyak menyumbang kepada tamadun serta cara mekera berfikir.Apa yang kita kagum
ialah dengan hasil pemikiran mereka,mengubah cara masyarkakat melihat sesuatu
seperti makna kebebasan ,kemuliaan, berkenaan kebahagiaan serta nilai tragedi
yang merupakan watak kebudayaan barat.Selain dari itu,berlakunya perkembangan
berkenaan pemikiran yang dibawa oleh barat seperti Max Weber,Friedrich
Nietzsche,Cornelius van Peursen dan Sigmund Freud.
Selain
dari itu,kita ada tokoh besar masa kini iaitu Tan Sri Profesor Syed Muhammad
Naquib al-Attas,yang bertanggungjawab menajdikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di fakulti dan universiti. Beliau merupakan salah seorang pengasas
utama UKM,Universiti Kebangsaan Malaya,juga yang menggantikan penggunaan bahasa
inggeris sebagai bahasa pengantar di UKM dengan bahasa Melayu. Al-Attas juga
turut mengkonseptualisasikan falsafah UKM dan mempelopori penubuhan Fakulti
Sains dan Fakulti Pengajian Islam,serta mendidikran IBKKM(Institut
Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu) di UKM.Beliau merupakan pakar
pelbagai disiplin ilmu seperti teologi,falsafah dan metafizika,sejarah, sastera
serta kaligrafi.Al-Attas juga penyandang Kerusi Kehormat Al-Ghazali.Selain itu.
Harus
kita akui bahawa sumbangan pelbagai pemikir islam, mencorakkan tamadun-tamdun
dunia seperti idea universiti juga dikatakan berasal dari tamadun islam,yang
bertujuan sebenarnya untuk mendidik agar terhasilnya manusia universal yang
dijadikan sumber rujukan umat islam iaitu nabi muhammad s.a.w.
2.0 PERBEZAAN PEMIKIRAN ISLAM DAN BARAT.
A. AGAMA DAN SEKULAR
Kita
tahu bahawa umumnya pemikir sains sosial di Barat,menolak peranan agama dalam
pemikiran mereka sebagai tidak rational,tidak saintifik dan tidak berkait
dengan keperluan masyarakat. Hal ini ditunjukkan oleh seorang ahli soiologis
bernama Max Weber yang berkecenderungan mempamerkan wajah agama yang pelik
berbanding nilainya yang suci lagi murni. Agama selalu dilihat oleh mereka dari
aspek kepercayaan paganisme,animisme,amalan-amalan ganjil serta kisah-kisah
dongeng.
Kekuatan
sesuatu agama sememangnya bergantung kepada dasarnya. Sesetengah agama tidak
mempunyai landasan yang kukuh,serta terbuka kepada perubahan yang hanya
berdasarkan pengalaman subjektif sebahagian pengikutnya. Agama yang bersifat
begini sememangnya wajar menjadi kritikan oleh orang seperti Max
Weber.Walaubagaimanapun, agama yang mempunyai akar yang kukuh akan terus
menghadapi arus zaman. Khususnya agama islam, yang berasaskan kepada sumber
wahyu yang tetap, ia akan terus berupaya mempamerkan kehebatannya dalam pentas
sejarah. Wajar diakui bahawa setiap proses pemikiran untuk menghasilkan
sesuatu,adalah berada dalam rangka pemikiran berlandaskan Al-Quran dan
sunnah,kerana setiap perkara,hukum alam adalah ibarat papan tanda yang
menunjukkan arah pada penciptanya.
Setiap
apa yang pemikir islam fikirkan adalah berlandaskan pandang alam
islam(worldview of islam).Tambahan,menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas(1995),
pandang alam bermaksud ”the vision of
reality and truth that appears before our mind’s eye revealing what existence
is all about”. Berdasarkan definisi ini,pandang alam islam melibatkan dunia
yang dapat dilihat,dieksperimen serta dunia yang tak dapat dilihat, adalah
merupakan sebahagian daripada satu realiti secara keseluruhannya.
B.ARUS SEKULAR
Seorang
ahli teologi yang bernama Cornelius van Peursen yang memegang kerusi falsafah
di Universiti Leiden mendefinisikan sekularisasi sebagai ”the deliverance of man first from religious and then from metaphysical
control over his reason and his languange”. Ini membawa maksud bahawa
manusia menyedari bahawa apa yang dilakukan olehnya tidak lagi dapat
dipersalakan pada suatu kuasa ghaib yang lebih tinggi yang menentukan
nasibnya,serta dunia ini adalah di tangan manusia sepenuhnya untuk
menguruskannya untuk memenuhi kehendak manusia dalam hidup di dunia ini.
Pada
awal abad ke-19, ahli falsah dan juga sociologi Perancis, Auguste Comte sudah
dapat menjangka kemunculan sains dan keruntuhan agama, serta percaya menurut
logik sekular beliau bahawa perkembangan falsafah barat dan sains sedang
melalui proses perubahan, iaitu melalui proses evolusi. Menurutnya
lagi,perubahan ini berlaku dari peringkat primitf menuju ke peringkat moden. Diikuti
pula oleh Friedrich Nietzsche dengan ramalannya bahawa ”God is dead”.
Islam
melawan dan menolak arus sekular berdasarkan definisi agama itu sendiri.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas(2013), makna agama yaang difahami oleh
oleh barat tidak sama dengan makna yang difahami oleh islam iaitu din,yang
membawa maksud salah satunya ialah keberhutangan.
Kita
berhutang kepadanya kerana diri kita,segalanya berkenaan diri kita dijadikan
olehnya. Maka setiap perbuatan kita,cara kita membina serta menyusun masyarakat
kita adalah berlandaskan apa yang diajar oleh Allah s.w.t melalui para
utusanNya, sebagai cara kita membayar hutang kita kepadaNya. Malahan,kita tidak
mengubah agama untuk menurut kehendak kita,bahkan kita yang berubah agar
kehidupan kita dan masyarakat,selari dengan ajaran agama.
C. MIMPI
Pengasas
psikoanalisis, iaitu Sigmund Freud menghasilkan karya besarnya iaitu ’The
Interpretation of Dreams’. Dian menekankan pandangannya berkenaan kepentingan
penindasan, hasrat yang datang dalam bentuk samar, dan asal-usul kandungan
mimpi yang didominasi oleh pacuan seksual and permusuhan terhadap ibu bapa yang
dikaitkan oleh apa yang didefinisikan oleh
Freud sebagai Oedipus Complex. Definisi Oedipus Complex membawa maksud
keingingan seksual terhadap ibu atau bapa yang berlainan jantina serta cemburu
dan benci pada ibu atau bapa yang satu lagi.Contohnya anak lelaki akan
mempunyai keinginan seksual terhadap ibu,namun benci dan cemburu terhadap bapa.
Begitulah sebaliknya bagi anak perempuan.Maka segala keinginan ini akan
diluahkan dalam mimpi seseorang.
Berbeza pula dengan Imran Nazar
Hosein yang menulis dalam karyanya yang bertajuk ’Dreams in Islam,A Window to
The Truth and to The Heart’, menyatakan dan turut mengkritik Sigmeund Freud
dalam karyanya dengan mengatakan bahawa mimpi terbahagi kepada 3 iaitu mimpi
baik,mimpi buruk dan mimpi daripada driri(nafs). Mimpi yang baik contohnya
ialah melihat nabi muhammad s.a.w ,serta melihat ibu bapanya.Menurut sebuah
hadis sahih bukhari yang masyur, mimpi yang baik daripada orang yang beriman
kepada Allah s.w.t adalah 1/46 daripada tanda kenabian.Walau bagaimanapun mimpi
tidak boleh digunakan sebagai hujah,namun digunakan sebagai peringatan kepada
diri kita. Mimpi yang buruk ialah daripada syaitan yang ingin mengganggu
ketenangan jiwa serta mimpi yang berunsur merosakkan silaturahimn dam hubungan persaudaraam jika diceritakan pada orang
lain. Seterusnya ialah mimpi dari diri,seperti seseorang itu inginkan sesuatu
namun kehendaknya tidak tercapai.Maka dalam mimpinya dia bermimpi mendapatkan
perkara yang diinginkan.Mimpi ini berfungsi untuk menstabilkan emosi,Diingatkan
juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis sahih bukhari bahawa penipuan
yang paling teruk ialah seseorang mengatakan bermimpi berkenaan sesuatu yang
dita tidak bermimpi.
D.WATAK
KEBUDAYAAN BARAT DAN ISLAM
Kenyataan bahawa tragedi sebagai
salah satu watak kebudayaan barat adalah satu tesis dan idea asli yang
dikemukakan oleh Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas.Walaupun Aeschelus
dianggap sebagai pengasas tragedi,namun Aristotle yang sebenarnya menggerakkan
tragedi di barat dalam karyanya, Poetics.
Barat juga terpengaruh dengan Seneca,seorang ahli politik dan ahli falsafah
Stoic Roman yang menulis berkenaan tragedi dari adaptasi karya-karya Greek
seperti kisah-kisah Oedipus,Hippolytus,Medea dan Agamemnon. Seneca menekankan
berkenaan penderitaan dalam penulisannya.Barat menjadikan tragedi yang berupa
drama atau pementasan,untuk melahirkan rasa belas kasihan dan takut,dan pada
masa yang sama perkara ini melegakan jiwa dan memberi rasa kegembiraan kerana
mereka sekurang-kurangnya tidak berada dalam keadaan sebagaimana dalam tragedi
drama tersebut
Manakala dalam islam,kita melihat
bahawa segala tragedi yang berlaku di barat itu adalah lebih kepada
kesengsaraan jiwa dan fikiran mereka sendiri,hasil daripada mereka berpaling
dari jalan Tuhan yang sebenar. Dalam islam, istilah tragedi tidak wujud.
Walaupun terdapat berbagai bentuk kesengsaraan dan kecelakaan yang menimpa umat
islam, kita melihatnya sebagai bentuk ujian dari Allah s.w.t.
Contohnya hasil dari watak tragedi
ini,kita dapat lihat hasilnya seperti dalam karya seni,pelacur atau penghidap
penyakit HIV menjadi protagonis dalam melawan kesengsaraan yang menimpa
hidupnya,dijadikan sebagai ’hero’ yang wajar dijadikan model.Namun,bagi yang
melihat segalanya sebagai ujian dari Tuhan,islam telah memberikan contoh
terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w adalah bahagia
walaupun kadangkala menempuh derita,kesakitan serta rintagan.Manurut Syed
Muhammad Naquib al-Attas(1995) Kebahagiaan dicapai apabila keraguan itu dibuang
dari dalam diri.Apabila seorang itu yakin berkenaan nasibnya didunia,serta
nasibnya sesudah mati hasil dari perbuatannya, maka dia jelas dan berkelakuan
berlandaskan ajaran agama agar mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.Oleh
itu islam bercakap soal yakin,dan bercakap berkenaan iman,iaitu yakin
sepenuhnya.
3.0 SUMBANGAN
PEMIKIRAN TOKOH ISLAM
A.MEMBERIKAN
DEFINISI BERKENAAN ILMU.
Dari segi linguistik,perkataan ’ilm
berasal daripada akar kata ’ain-lam-mim yang diambil daripada perkataan
’alamah, iaitu tanda,petunjuk, atau petunjuk.Definisi ilmu yang diberi oleh
Syed Muhammad Naquib al-Attas mengisyaratkan bahawa pencapaian ilmu dan
pemikiran, yang juga disebut dengan proses perjalanan jiwa pada makna,adalah
sebuah proses spiritual. Ilmu yang itu leih daripada sekadar
fakta,keterampilan,atau sikap peribadi,seperti yang sekarang popular di dunia
pendidikan,meskipun tidak dapat dinafikan bahawa ilmu itu mengandungi salah
satu atau bahkan kombinasi daripada ketiga-tiganya. Ilmu tidak sama dengan
maklumat.Sekiranya komputer riba kita dapat menyimpan semua maklumat tesis
ataupun jurnal yang ada,kita tidak kata komputer kita berilmu. Maklumat menjadi
ilmu apabila ditafsir oleh minda dengan betul.
Ilmu adalah keprcayaan yang benar.Manurut
al-Attas lagi, kepercayaan yang benar dalam perspektif islam bukan hanya suatu
usulan,melainkan sesuatu yang bersifat intuitif,iaitu salah satu aspek
keupayaan spiritual akal manusia. Ilmu tentnag Allah s.w.t misalnya, tidak
dapat dibatasi oleh sesuatu usulan dan disimbolkan dalam bentuk linguistik yang
menggambarkan Nama-nama dan Sifat-sifatNya.Pada tingkat yang lebih tinggi,ilmu
tentang Allah s.w.t adalah pengalaman ketika seseorang bersatu dengan Realiti
atau al-Haqq dan inilah ert yang sebenarnya tentang ilmu.Ilmu adalah kebenaran
yang diungkapkan dengan istilah haqq,yang merangkumi sesuatu,baik usulan
mahupun ontologi.Tingkat pemikiran dan pengalaman biasa melibatkan makna
sesuatu objek yang datang ke dalam jiwa dan sebaliknya,ilmu adalah kesatuan
antara orang yang mengetahui dengan makna. Unsur-unsur makna dibentuk oleh jiwa
daripada objek yang ditangkap oleh indera ketika jiwa itu menerima pencerahan
daripada Allah s.w.t.Definisi seperti ini memungkinkan seseorang untuk memiliki
ilmu tentang sesuatu yang tampak dan abstrak dan juga mengandaikan bahawa ilmu
memerlukan serenteta usaha daripada orang yang mengetahui untuk memilikinya
adalah pemberian daripada Allah s.w.t. Maka,seseorang yang berpotensi untuk
mengetahui sesuatu perlu membuat persiapan intelektual dan spiritual agar layak
menerima pemberian allah s.w.t ini.
B.MENDEFINISIKAN
PENDIDIKAN
Syed Muhammad Naquib al-Attas
mendefinisikan pendidikan sebagai ”penyemaian dan penanaman adab dalam diri
seseorang”.Perkara ini disebut sebagai Ta’dib. Kita juga jelas bahawa contoh
manusia yang beradab ialah nabi Muhammad s.a.w.Dalam Persidangan SeDunia
tentang Pendidikan IslamPertama yang diseleggarakan di Mekah pada April
1971,beliau tampil sebagai salah seorang pembicara utama dan pengerusi
jawatankuasa yang membahaskan cita-cita dan tujuan pendidikan secara
sistematik. Al-Attas mencadangkan agar definisi pendidikan diganti menjadi
maksud penanaman adab iaitu ta’dib.Namun, semasa persidangan
tersebut,jawatankuasa berkompromi dengan menyatakan, ”erti pendidikan secara
keseluruhan terdapat dalam konotasi istilah tarbiyah, ta’lim dan ta’dib.
Al-attas tidak bersetuju dengan
penerimaan kompromi tersebut kemudia
beliau kembali berhujah pada Persidangan SeDunia Tentang Pendidikan Islam Kedua
di Islamabad,tahun 1980 dalam hujahnya yang bertajuk The Concept of Education
in Islam.Menurut Al-Attas,jka benar-benar difahami dan dijelaskan dengan
baik,konsep ta’dib adalah yang paling tepat untuk pendidikan islam,bukannya
tarbiyah atau ta’lim sebagaimana yang digunakan pada masa itu.Beliau
menyatakan, ” struktur konsep ta’dib sudah mengandungi unsur-unsur
ilmu(’ilm),pengajaran(ta’lim) dan penyuburan yang baik(tarbiyah) sehingga tidak
perlu lagi dikatakan bahawa konsep pendidikan islam adalah sebagaimana yang
terdapat dalam konsep 3 serangkai iaitu tarbiyah-ta’lim-ta’dib.
C.KREATIVITI
DAN IMAGINASI (FAKHR AD-DIN AL-RAZI 1149-1209)
Beliau ialah seorang ahli teologi
dan ahli falsafah.Al-Razi berbahas mengenai daya khayal.Syarahan dan kritikan
beliau adalah berkenaan pandangan ibn Sina mengenai indera dalaman
manusia,khusunya yang berkaitan dengan daya tanggapan. Daya dalaman yang liman
ini merujuk pada al-hiss
al-mushtarak(indera pengumpul),al-quwwah al-khayaliyah,al-quwwah
al-wahmiyyah,al-quwwah al-hafizah, dan al-quwwah al-mutakkhayyilah.
Daya atau deria dalaman ini
merupakan sebahagian daripada jiwa haiwaniah manusia,khususnya yang berkaitan
dengan kekuatan tanggapan(perceptive faculties/al-quwwah al-mudrikah) yang
berperanan untuk memproses gambaran sesuatu(imaginasi) bagi dimanfaatkan oleh
akal manusia.Sebagaimana indera luara yang lima,proses imaginasi yang berlaku
di peringkat indera dalaman ini masih memerlukan anggota yang berkaitan dengan
jasad manusia bagi membantu pengolahan gambaran-gambaran yang ditanggap sehingga
ia dapat digunakan oleh akal manusia sedangkan aktiviti berfikir(ta’aqqul) yang
dilakukan oleh akal atau ruh manusia tidak memerlukan jasad atau anggota
jasmaniah kerana mauduk yang digunakan oleh akal adalah ma’qulat(intelligible)
yang bebas daripada unsur-unsur jasmaniah.
Daya khayal adalah salah satu
daripada lima kekuatan dalaman(al-quwa al-batinah) yang berbeza antara satu
dengan yang lainnya dan masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri.Daya
khayal menurut ibn Sina dan juga seperti yang dihuraikan oleh al-Razi,ialah
daya yang bertugas, menyimpan gambaran yang dikumpul oleh satu lagi daya
dalaman manusia iaitu indera pengumpul(hiss al-mushtarak).Ia bertugas sebagai
penyimpan yang membolehkan manusia mengingati sesuatu yang telah dilihatnya sebelum
ini tatkala mereka melihatnya untuk kali kedua dan seterusnya.Sementara
itu,satu lagi daya yang berkaitan ialah daya mutakhayyilah yang berperanan
menyusun gambaran inderawi yang terpisah
dan memisahkan mereka dalam bentuk yang berbeza dengan gambaranluaran,misalnya
membayangkan binatang separuh kuda dan separuh unta yang digabungkan seperti
dikacuk,walhal ia tidak ada.Hanya ada dalam minda.
D.
MEMBERIKAN DEFINISI KEBEBASAN (FREEDOM)
Syed Muhammad Naquib al-Attas
menyatakan bahawa pencarian manusia akan kehidupan beragama yang benar, hanya
akan dapat ditemukan dengan kembali pada fitrah yang asal.Keinginan dan
pengetahuan tentang penyerahan diri kepada Tuhan yang sebenarnya diesbut
sebagai kebebasan sejati manusia.
Istilah tepat untuk perkataan kebebasan ialah ikhtiar. Iaitu perkataan arab. Akar kata
ikhtiar ialah khair, yang bermaksud
baik, yang juga membawa maksud memilih sesuatu yang terbaik. Oleh itu,maksud
kebebasan ialah memilih sesuatu yang terbaik.Umtuk memilih sesuatu yang
baik,mestilah seseorang itu tahu berkenaan baik dan buruk sesuatu perkara.
Sebaliknya,memilih sesuatu yang buruk adalah tanda kejahilan dan ia bersumber
dari aspek-aspek nafsu haiwani.Dengan kata lain,seseorang yang memilih sesuatu
yang buruk apabila mengetahui keburukannya bukanklah kebebasan kerana dia gagal
untuk membebaskan dirinya dari pengaruh nafsu yang cenderung membawanya ke arah
kejahatan.
Tetapi,sekiranya seseorang itu dalam
keadaan semua pilihannya adalah buruk,dia hendaklah membuat pilihan yang paling
kurang mudaratnya.
4.0 KESAN
PEMIKIRAN SAINS SOSIAL ISLAM PADA TAMADUN
A) Untuk membicarakan soal tamdun harus tahu maksud tamadun.
Perkataan yang tepat bagi agama islam ialah din
islam. Dan dari perkataan ini lahirnya bandar iaitu mudun atau mada’in dan dari
perkataan ini datangnya nama Madinah,serta dari din juga datangnya perkataan
tamaddun yang bermaksud civilisation and
refinement in social cilture. Ilmu adalah teras sistem nilai agama islam
dan menduduki tempat yang amat tinggi dalam pandangan alam,syariah,akhlak dan
tamadun islam.
Untuk membina tamadun, budaya ilmu
amat penting. Tamadun berdiri kerana adanya budaya ilmu.Suatu tamadun tanpa
budaya ilmu akan runtuh dan musnah. Wan Mohd Nor Wan Daud(2007),mengatakan
bahawa budaya ilmu aantara lain bermaksud keadaan yang setiap lapisan
masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam
kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Pembinaan dan sumbangan dari setiap
individu sama ada dari cara seseorang menjalani kehidupan dirinya dengan
aktivti keilmuannya,memberi impak kepada tamadun bagi menghidupkan serta
meastikan budaya ilmu terus subur agar tamadun itu terus utuh.
B) Profesor Syed Husein al-Atas menjelaskan dan merangkan
berkenaan bebalisme. Masyarakat tanpa budaya ilmu akan menjadi jahil dan bebal.
Ilmu tidak semata-mata maklumat atau fakta yang betul,dan jahil atau bebal
tidakmerujuk semata-mata kepada ketiadaan maklumat dan fakta yang betul tetapi
merujuk kepada sifat rohaniah yang rendah dan degil walaupun mempunyai maklu8mat
yang mencukupi.Pref.Syed Husein al-Atas menyimpulkan ciri bebalisme iaitu :
a.Tidak mampu
mengenali masalah.
b.Jika
diberitahu,dia tidak berupaya menyelesaikannya.
c.Tidak mampu
mempelajari apa yang diperlukan,malah tidak memiliki kemahiran belajar.
d.Tidak mengaku
kebebalannya.
e.Tidak boleh
menghubungkaitkan sesuatu dalam konteks ruang dan waktu dengan faktor lain.
f.Hanya
memberikan tindak balas kepada suasana sementara tetapi tidak memikirkan
akibat/perkiraan yang panjang.
g.Berfikir
hanya melalui sebab terhad dan tidak melalui urutan sebab-akibat.
h.Terpenjara
dengan tabiat sendiri tanpa berfikir secara kritis tentangnya.
i.Tidak
berfikir dengan mendalam.
j.Tidak
konsisten.
k.Tidak
mempunyai tenaga akal dan hanya menurut apa yang mudah.
l.Tidak
berupaya berbicara dengan abstraksi yang tinggi tanpa menentang hakikat.
C. Pembinaan ISTAC(Institue of Islamic Thought and Civilisation)
di Malaysia menjadi satu sumbangan besar kepada tamadun islam. ISTAC dijadikan
sebagai cerminan insan kami. Syed Muhammad Naquib al-Attas merancang,mereka
bentuk,dan menyusun bangunan dan kawasan ISTAC. Dalam acara perasmian pembukaan
ISTAC pada 4 Oktober tahun 1991,al-Attas menjelaskan :
”Sebagai
pereka bentuk utama,dalaman mahupun luaran,saya telah berusaha mengekspresikan
kehadiran islam: iaitu atmosfera ketenangan yang di dalamnya melahirkan
pemikiran hebat dan mulia;yang tidak akan ditemui di dalamnya segala bentuk
kekejian;di sana hiruk pikuk kehidupan sekular yag penuh kekhuatiran tidak
memiliki ruang;di dalamnya pula penyelidikan ilmiah di antara bangunan-bangunan
yang indah dapat diwujudkan.Saya telah meletakkan ISTAC sedemikian rupa hingga
menghadap kiblat.Upacara peletakan batu pertama dilaksanakan pada 27 Rajab
bersamaan peringatan perjalanan Israk dan Mikraj Nabi s.a.w ke langit
tertinggi...Di atas tempat perletakan batu pertama itulah sebuah mangkuk air
pancut berdiri- dan Tuhan menciptakansegala sesuatu daripada air dan air adalah
simbol ilmu pengetahuan. ”
D. Proses islamisasi dilakukan oleh banyak
ulama di dunia islam. Abu Hamid al-Ghazali mengislamkam falsafah yang direka
oleh Greek secara menyeluruh.Struktur-strukturnya(logika falsafah) dan
istilah-istilah khasnya(sebab dan akibat,bentuk dan perkara,zat dan sifat dan
sebagainya) diubah suai dengan pandangan alam islam sebagaimana yang diajukan
oleh al-Quan dan ditafsirkan oleh ahli teologi ortodoks serta dimurnikan oleh
ahli sufi intelektual.
Di alam melayu, antara ulama lain
yang berusaha mengislamkan pelbagai ilmu termasuk ontologi dan metafizika ialah
Hamzah Fansuri dan Nur al-din al-raniri. Menurut Syed Muhammad Naquib
al-Attas,sufisme ialah penghebatan lagi proses islamisasi. Islamisasi juga
berlaku dengan pendefinisian semula perkataan supaya sesuai dengan pandang alam
islam. Contohnya,sebelum kedatangan pemikiran islam,sesuatu tamadun itu
menganggap orang yang mempunyai banyak anak,kekayaan dan watak tertentu sebagai
orang yang mulia.Selepas kedatangan pemikiran islam,perkara ini berubah kepada
orang yang mulia ialah orang yang patuh pada perintah Allah s.w.t.
5.0 RINGKASAN
Secara ringkasnya,kita dapat lihat
perbezaan dari bentuk pemikiran barat yang melihat sesuatu perkara itu secara
sekular,kerana ingin lebih objektif.Manakala bagi pemikir islam yang melihat
dan berfikir sesuatu perkara, kerangka pemikiran mereka adalah berlandaskan
pandangan alam islam.Hal ini kerana segala bagi mereka,segala ilmu itu datang
dari Allah dan ilmu itu juga salah satu daripada nama-namanya. Untuk memahami
alam ciptaannya juga sudah tentu seseorang itu harus berusaha berfikir dana
melihat sesuatu dalam dengan cara yang selari dengan ajaran islam,agar ilmu
yang diperolehi adalah benar.
Setiap perkataan mempunyai makna,dan untuk
berlaku adil,setiap perkataan harus mempunyai makna yang betul.Nama mempunyai
makna,dan makna itulah realiti sesuatu perkara. Maka mendefinisikan sesuatu
perkara seperti makna pendidikan,ilmu,kebebasan adalah satu proses islamisasi.
Isu kebebasan yang menjadi isu hangat masa kini juga adalah disebabkan
kegagalan umat islam memahami makna kebebasan dalam konteks islam iaitu khair
yang bermaksud memilih suatu yang baik.kebebasan bukanlah bermaksud bebas untuk
melakukan baik dan buruk,atau bukan juga seperti yang sering dilaungkan oleh
Dr.Ahmad Farouk Musa,director IRF,iaitu Islamic Renaissance Front yang
mengatakan bahawa kita perlukan ’freedom to sin’ supaya kita dapat menjadi
lebih bertakwa kerana kita yang bebas memilih ingin menjadi baik atau jahat.
Faham-faham mengenai amat perkataan-perkataan merupakan satu perkara yang serius,oleh
itu definisi yang betul perlu diketahui agar kekeliruan dapat diatasi.
Dalam soal-soal pemikiran,amatlah penting kiita menjadi
seorang yang kritikal sebelum menerima sesuatu buah fikiran,kerana idea-idea
yang tertentu,terutamanyang datang dari barat,jika tidak disaring dan diteliti
dengan baik,lalu diterima bulat-bulat boleh terjadi keadaan seperti senjata
makan tuan. Dalam mendalami ilmu-ilmu yang melibatkan pemikiran,haruslah kita
sentiasa berdoa kepada Allah,agar ditunjukkan olehNya kesilapan yang kita
lakukan,dan tingkatkan dalam diri kita kefahaman serta ilmu yang bermanfaat.
(2950 patah perkataan)
RUJUKAN
1. Syed
Muhammad Naquib al-Attas.(1976).Islam :
The Concept of Religion and The
Foundation of Ethics and Morality. Kuala Lumpur : ABIM.
2. Syed
Muhammad Naquib al-Attas.(1993). Islam
and Secularism. Kuala Lumpur :
HAKIM.
3. Syed
Muhammad Naquib al-Attas.(1995). Prolegomena
to The Metaphysics of Islam :
An Exposition
of The Fundamental Elements of The Worldview of Islam.
Kuala Lumpur : PROSPECTA.
4. Mohd Zaidi
Ismal & Wan Suhaimi Wan Abdullah.(2012).
Adab dan Peradaban :
Karya
Pengi’tirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas.Kuala Lumpur : MPH.
5. Imran Nazar
Hosein.(2001). Dreams in Islam : A Window
to The Truth And to The
Heart. New York : Masjid Darul
Qur’an.
6.Seyyed
Hossein Nasr.(2007). A Young Muslim’s
Guide to The Modern World. Kuala
Lumpur : IBT.
7.Mohd Zaidi
Ismail.(2012).Kreativiti & Imaginasi
dalam Psikologi Islami : Pengamatan
al-Ghazali,al-Baghdadi dan al-Razi. Kuala Lumpur : IKIM.
8.Wan Mohd Nor
Wan Daud.(2007). Budaya Ilmu :Satu
Penjelasan. Singapura : Pustaka
National.