BAB 1 : PENGENALAN
Peristiwa MH370,merupakan
satu peristiwa besar yag telah mengejutkan dunia. Perhatian dunia beralih
kepada peristiwa ini yang menjadi
misteri yang masih belum berjaya dirungkai.Isu ini menjadi kajian kes kepada
pengusaha teknologi serta pakar dari serata dunia dalam pelbagai bidang. Pada
24 Mac 2014,jam 10 malam,diumumkan berita rasmi berkenaan lokasi MH370 oleh
Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib Tun Razak,bahawa kedudukan terakhir MH370
dikesan berada di tengah lautan Hindi di barat Perth.
Pengumuman ini adalah sebagai maklumat jelas yang sah
bahawa berdasarkan lokasi terakkhir ini,menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat
mangsa yang terselamat dalam peristiwa ini adalah tidak ada.Sebagai pembuka
bicara,lautan Hindi merupakan lautan yang mempunyai suhu yang paling panas di
dunia.Kawasan ini juga jarang mempunyai hidupan laut disebabkan suhunya yang
tinggi.Kandungan oksigen laut ini yang paling terendah dibandingkan dengan
mana-man laut di dunia oleh disebabkan suhu yang amat tinggi, membawa kepada pengewapan yang besar dalam
laut tersebut.Tambahan,makluman dari Perdana Menteri adalah bersandarkan pada
bukti-bukti kukuh yang seharusnya dapat diterima dengan baik oleh akal yang
sihat.Pernyataan yang dibuat oleh beliau adalah berdasarkan kesimpulan yang
dibuat oleh UK Air Accidents Investigation Branch(AAIB) yang disokong dengan
kukuh melalui data satelit Inmarsat.
Sudah tentu,pengumuman
seperti ini,walau dari sumber yang kukuh dan bukti yang kuat,juga akan
mengundang pelbagai respon dari pelbagai pihak,terutamanya dari keluarga
mangsa,yang sentiasa menjadi perhatian media.Namun demikian,saya akan
mengemukakan bukti-bukti berkenaan kebolehterimaan
dakwaan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.Antara bukti yang dikumpul adalah
dari beberapa media utama dunia,serta pandangan dari pakar dalam bidang ini
sama ada yang terlibat secara langsung dalam pencarian ini,atau pandangan
peribadi dari pakar yang berkecimpung dalam bidang penerbangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAB 2 : KEBOLEHTERIMAAN TUNTUTAN
1.Penerimaan Bersyarat Keluarga Mangsa dari Malaysia
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan
Psikologi,Jabatan Perkhidmatan Awam,Dr.Abdul Jalil Hasssan mengatakan, ”Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines
penerbangan MH370 kini berada pada tahap menerima insiden itu dengan bersyarat”.Penerimaan
bersyarat ini membawa maksud bahawa ahli keluarga yang terlibat,akan menerima
insiden itu berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan jelas.Oleh disebabkan proses
mencari masih diteruskan hingga ke hari ini,maka ahli keluarga mangsa akan
terus menunggu keputusan pencarian itu,bagi menambahkan keyakinan
mereka,seperti bangkai kapal terbang,sama ada beberapa serpihan,atau objek penting
yang kini menjadi tumpuan utama dalam proses mencari dalam skala besar
ini,iaitu kotak hitam.
Tidak dinafikan juga,ada ahli keluarga yang dapat
menerima berita yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri dengan hati yang
terbuka.Hal ini disebabkan mereka telah mempersiapkan diri untuk kemungkinan
paling buruk yang mungkin menimpa nasib ahli keluarga mereka dalam insiden ini.
Mereka beranggapan bahawa setiap yang hidup pasti akan pergi meninggalkan jua
dunia yang fana ini.Kehilangan jiwa boleh berlaku pada bila-bila masa,dan
mereka yakin bahawa kematian ini bukanlah satu perpisahan untuk
selamanya,bahkan mereka akan bertemu kembali pada hidup yang satu lagi,iaitu
hidup sesusah mati.Ini adalah berdasarkan pegangan akidah ahli keluarga mangsa
yang beragama Islam.
Salah satu contoh penerimaan insiden ini,adalah
isteri kepada salah seorang pramugara iaitu Hazrin Hasnan yang menyatakan keredaannya
dalam akaun instagram,”shocking to me but
Allah love u more...I redha dengan pemergia u B...All that happened is so
mysteriously insane..but who am I to question Allah the Almighty..He got a
better plan for me and u...Indeed I have to be a bionic women to face reality
today...I will gradually tell Iman that she have lost her papa..and Muhammad
will be my pillar to move on..In Shaa Allah Iman & Muhammad wont let u
down..My love for you will stay forever hingga ke syurga..remember I told you I
want to be leader of all the Angels in heaven ?? Im so jealous now that u r now
with them but never mind I will join u someday..kan Allah dah janji ’Mati Itu
Pasti’..You are the best husband and papa i could ever ask for..”
2.Respon Keluarga Mangsa dari China
Pada 25 Mac,selepas
mendengar pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia berkenaan lokasi terakhir
penerbangan MH370,ialah di Lautan Hindi,hampir 100 orang ahli keluarga mangsa
dan juga penyokong mereka berkumpul di Kedutaan Malaysia di Beijing.Botol
plastik dibaling dan jeritan ”Penipu!”
dilaungkan.Respon sebegini adalah disebabkan 2/3 daripada 239 penumpang
termasuk krew,iairu mangsa kejadian adalah bangsa Cina dari negara Cina.Ahli
keluarga mangsa juga menyatakan bahawa mereka tidak mendapat maklumat yang
mencukup,serta maklumat yang diterima oleh mereka adalah diragui
kebenarannya.Mereka juga mendakwa bahawa mereka tidak diberitahu perkara yang
sebenar berkenaan insiden penerbangan MH370.Ahli keluarga mangsa mahukan
bukti,bukan sekadar pernyataan sahaja.
Fenomena seperti ini sebagai
respon berkenaan pengumunan lokasi
terakhir penerbangan MH370, adalah akibat dari negara mereka iaitu Cina yang
mengawal segala aliran maklumat,dan rakyat negara ini, tidak yakin pada
kebenaran maklumat yang disampaikan oleh pihak berautoriti mereka sendiri.Rod
Wye(2014),merupakan Asoc.Fellow Asia Program di Catham House menyatakan, ”Chinese
media is highly controlled and much of the information that is given out is
done so by the government for the goverment purposes.People are increasingly
aware of that and tend to regard official pronouncements with a great deal of
scepticism”.Apabila Xi Jinping,menjadi Presiden,beliau mengawal akses kepada
maklumat dari dunia maya.Maka respon yang beritu emotional boleh dilihat
sebagai akibat tekanan kerana tidak mempunyai akses kepada maklumat yang boleh
dipercayai dan sahih.
Bagi mereka isu kehilangan
ahli keluarga adalah isu yang amat besar kerana negara China mengamalkan ’One
Child Policy’.Ini bermakna satu pasangan hanya boleh mempunyai satu
anak.Tambahan,masyarakat negara ini mempunyai prejudis kuat berkenaan
perkahwinan semula.Walaupun mereka boleh mencari pasangan lain,umumnya perkara
ini akan mendapat tentangan dari ahli keluarga dan rakan-rakan.Ramai kalangan
Cina sangat tidak bersetuju berkahwin lewat,terutamanya dengan wanita yang
berusia lebih 30 atau 35 tahun,kerana bimbang akan kemungkinan risiko kecacatan
pada bayi.
3.Maklumbalas dari Kerajaan China
Pihak berautoriti dari
China,kelihatannya memberi respon yang matang,beberapa hari selepas pengumuman
berkenaan lokasi terakhir MH370 dibuat.Respon yang diberi menunjukkan bahawa
hubungannya dengan negara-negara jiran,tidaklah setegang yang disangka.Sudah
menjadi pengetahuan umum,bahawa kerjasama dengan negara-negara jiran adalah
lebih efisien dalam menangani bencana besar,terutamanya peristiwa kehilangan
tragik yang berlaku pada penerbangan MH370.
Negara China mengambil
keputusan yang positif dengan menghantar beberapa aset ketenteraannya untuk
menyertai dalam misi pencarian dalam skala besar-basaran.Sebanyak 26 buah
negara yang turut serta iaitu Malaysia, China, Australian, Bangladesh, Brunei,
China, France,India,Indonesia,Japan,Kazakhstan,Kyrgyzstan,Laos,Myanmar,New
Zealand, Pakistan, Filipina,Rusia,Singapura,Korea
Selatan,Thailand,Turkmenistan,United Arab Emirates,United Kingdom of
Britain,United States of America,Uzbekistan,dan Vietnam.Antara aset China ialah
3 buah kapal peronda,2 buah pesawat Ilyushin IL-76,3 buah kapal perang iaitu
Kunlunshan,Haikou,Qiandaohu dan sebuah kapal pembekal kutub Snow Dragon.
Seterusnya Kementerian
Hubungan Luar negara China berharap agar kerajaan Malaysia lebih telus dalam
menyampaikan maklumat dan mengambil langkah-langkah tegas dalam menangani isu
MH370 yang masih berlarutan hingga ke hari ini.Dunia mengakui bahawa pencarian
pesawat penerbangan MH370 bukanlah perkara yang mudah.Menurut kata Marc
Pircher(2014),pengarah pusat angkasa
Perancis, ”It is like finding a needle in
a haystack and the area is enormous.Finding anything rapidly is going to be
difficult.The area and scale of the task is such that 99 percent of what you
are getting are false alarms”.
Merujuk pada berita
bertarikh 10 Mei 2014 bersumber dari The Economist,yang bertajuk The Geopolitics of MH370.Having Bashed
Malaysia Over The Missing Flight,China is Now Making Up ,Kedutaan China
telah memaklumkan pada media cina di Kuala Lumpur, bahawa negara China telah
menerima kehilangan MH370 sebagai bukan konspirasi dan hubungan antara
China-Malaysia tidak akan terjejas.Tambahan,Malaysia merupakan rakan dagang China
yang terbesar dalam Association of South-East Asian Nations(ASEAN).
4.Respon Kerajaan Malaysia
Berita terbaru dari
Bernama,bertarikh 26 Jun 2014 menyatakan bahawa usaha mencari masih diteruskan
dan akan terus komited dalam usaha mencari kotam hitam di lautan Hindi yang
menjadi lokasi terakhir pesawat penerbangan MH370.Dalam fasa pencarian ini,delegasi
khas juga dihantar ke Canberra,Australian dan ke Beijing,China bagi
membincangkan perkara ini dengan secara terperinci.Walaupun Menteri
Pengangkutan baru dilantik,pada 25 Jun 2014,iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai,perubahan ini tidak
akan menjejaskan proses pencarian.Datuk Seri Hishammuddin juga menyatakan
bahawa beliau yakin dengan keupayaan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam
menjalankan tugas barunya sebagai Menteri Pengangkutan untuk membantu usaha
pencarian ini.
Malaysia berusaha untuk
mendapatkan pelbagai bantuan dan kerjasama dalam usaha pencarian ini.Atas
inisiatif Kerajaan Malaysia,pelbagai negara turut serta dan mengerahkan aset
ketenteraan mereka seperti kapal Pemusnah USS Kid Kelas Arleigh Burke milik
Amerika Syarikat,kapal MV Swift Rescue milik Singapura,dan pesawat Lockheed
AP-3C Orion milik Australia.Selain itu,negara-negari ini juga diminta agar
turut memberi bantuan dari segi data satelit dan analisis dan data
radar.Bantuan dari negara-negara yang mempunyai pelbagai aset adalah amat
penting kerana pencarian di Lautan Hindi adalah amat sukar.
Misi pencarian ini
dikatakan adalah yang terlama adan memakan kos belanja yang paling besar dalam
sejarah penerbangan.Menurut Reuters,kos pencarian hanya pada bulan pertama dianggarkan mencecah Rm 141
juta.Malaysia juga mendapat pujian dalam Persidangan Menteri-Menteri Pertahanan
di Honolulu,Hawaii dalam operasi Search and Rescue(SAR) sebagai operasi yang
terbaik.Datuk Seri Hishammuddin turut menambah,”Apa yang berlaku dalam kes MH370 merupakan satu perkara luar biasa
dimana ia tidak pernah dilalui oleh dunia.Ia bermakna bahawa industri
penerbangan dan juga perkara berkaitan ketenteraan dan pertahanan mesti dilihat
semula dan ASEAN sebagai satu entiti melihat kecanggihan teknologi yang ada,radar
satelit,aset yang ada semua dalam konteks kepentingan ASEAN ”.Pencarian ini
masih diteruskan dan kini,27 Jun 2014,fasa pencarian difokuskan pada arka ke-7
pada kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.Kawasan ini ialah perincian dari
lokasi terakhir pesawat penerbangan MH370 berkomunikasi dengan satelit.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAB 3 : PENDEKATAN TERHADAP LAPORAN
Cara Inmarsat menentukan lokasi penerbangan MH370 :
Pada tarikh 13 Mac, 5 hari
selepas kehilangan pesawat penerbangan MH370,Inmarsat memaklumkan bahawa komunikasi
automatik secara rutin, antara satelit Inmarsat dengan pesawat penerbangan
MH370 boleh digunakan untuk mengesan lokasi kemungkinan laluan yang diambil
oleh pesawat tersebut Pada 24 Mac,data pencarian yang terkini diberi oleh UK
Air Accidents Investigation Branch(AAIB) kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Inmarsat ditubuhkan pada
1979 oleh International Maritime Organisations bagi membantu kapal di laut
berhubung dengan daratan.Seterusnya,ianya juga digunakan meminta bantuan kecemasan walau di mana jua
lokasi mereka.Inmarsat membekalkan 4 perkhidmatan iaitu maritim,bisnes
penerbangan,sivil dan ketenteraan.
a.Mengira ’Pings’
Pengiraan dibuat dengan menggunakan ’pings’
automatik yang dihantar ke satelit melalui stesen darat(Ground Station) dan
pesawat penerbangan MH370 selepas pesawat tersebut hilang.
Rajah 1
Berdasarkan Rajah 1,yang diambil terus dari laman sesawang rasmi
Inmarsat. Rajah ini menjelaskan bahawa,sekiranya D3 tidak menerima mesej dari
D1,melalui perantaraan D2 dalam tempoh sejam,maka D3 akan merekodnya sebagai
Log Off.Mesej tersebut adalah suatu yang kita panggil sebagai ’pings’.Sekiranya
pings diterima dalam tempoh sejam oleh D3 ,yang dihantar oleh D1 iaitu pesawat
penerbangan MH370,maka D3 akan merekodnya sebagai Log On.
Proses yang lengkap,iaitu D1(pesawat penerbangan
MH370) menghantar pings ke D2(satelit) dan,seterusnya D2(satelit) menghantar
pings tersebut pada D3.Kemudian D3 akan merekodnya sebagai Log On.Prosen yang
lengkap ini dipanggil ’handshake’.Stesen D3 merekodkan sebanyak 6 ’handshake’
dari MH370.
b.Analisis Terperinci
(Koridor Utara atau Koridor Selatan)
Menggunakan data yang ada
pada satelit Inmarsat,mereka mengira masa yang diambil dan diterima bagi
isyarat pings.Hasilnya,lokasi pesawat penerbangan MH370 berkemungkinan berada
sama ada di Koridor Utara atau Koridor Selatan.Berikut merupakan gambar rajah
yang menunjukkan kemungkinan lokasi.
Rajah 2. Koridor Utara(anak panah atas
)dan Selatan(anak panah bawah)
Rajah 3. Koridor Utara
Rajah 4.Koridor Selatan
c.Pengiraan data terhadap
trek penerbangan
Inmarsat meneruskan usaha
untuk menentukan lokasi dengan menggunakan kaedah inovatif yang mengambil kira
relatif halaju pesawat dengan satelit dan hasil perubahan isyarat
frekuensi.Proses ini dinamakan Doppler Effect.
Rajah 5
Sebagai tambahan, kaedah ini digunakan untuk
menganalisis perbezaan antara frekuensi yang dijangka akan diterima dan
frekuensi sebenar.Perkara ini dinamakan Burst Frequency Offset.
d.Perbandingan
data(Penentuan lokasi pesawat ialah di Koridor Selatan )
Inmarsat
melakukan perbandingan data yang diperolehi serta ramalan data yang dibuat,dengan
6 buah pesawat B777 yang melakukan penerbangan pada hari yang sama dalam
pelbagai arah dan destinasi.Cara ini membuahkan hasil yang sangat
baik.Perbandingan yang dilakukan adalah bertepatan dengan Koridor Selatan.Maka
data saintifik ini, menunjukkan bahawa pesawat penerbangan MH370,terbang ke
arah Koridor Selatan.
Lokasi yang dijangka berdasarkan data ialah
di 00:11 UTC,iaitu lokasi terakhir
’handshake’ pesawat penerbangan MH370 berlaku.Walaubagaimanapun,kita tidak
boleh menyatakan dengan pasti bahawa 00:11 UTC ialah lokasi terakhir kapal
ini,keran terdapat juga bukti menunjukkan bahawa ’handshake’ separa berlaku di 00:19 UTC.
Rajah 6
e.Respon dari pesawat
penerbangan MH370
Pada
lokasi 01:15 UTC, stesen darat(ground earth stesen),menghantar mesej kepada
pesawat MH370,namun tiada respon.Ini diklasifikasikan sebagai Log Off.Apa yang
dapat diperoleh dari data ini ialah,pesawat sudah kehilangan keupayaan untuk
berkomunikasi dengan stesen di darat pada sekitar lokasi 00:11 UTC hingga 01:15
UTC. Anggaran lokasi ini beserta jarak keseluruhan penerbangan adalah sesuai
dengan masa maksimum,pesawat MH370 mampu terbang.
f.Menggunakan analisis yang
belum pernah digunakan sebelum ini.
’Analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini’
merujuk pada penggunaan 10 satelit
Inmarsat yang mengorbit bumi yang digunakan sebagai Glboal Maritime Distress
and Safety System,digunakan buat kali pertama dalam misi seperti ini,iaitu
pencarian kehilangan pesawat MH370. Berdasarkan data-data yang telah diperolehi
dan dipersembahkan,maka lokasi terakhir pesawat penerbangan MH370 berakhir di
lautan Hindi adalah suatu kepastian yang tidak dapat dinafikan lagi.Negara-negara
yang terlibat dalam pencarian ini, memfokuskan cariannya pada Koridor Selatan
selepas makluman rasmi ini dibuat.Hal ini menunjukkan bahawa dunia menerima
kesahan dakwaan yang dibuat dalam pengumuman berkenaan lokasi terakhir pesawat
tersebut.
Proses penentuan lokasi ini,melibatkan Inmarsat
yang merupakan organisasi yang sudah terkenal dengan kemajuan sistem serta
kehebatan kaedah yang digunakan merupakan suatu nama besar dalam
kerajaan,industri penerbangan, minyak dan gas,perlombongan,serta pembinaan di
kawasan terpencil.Hal ini menjadi satu kejelasan bahawa hasil data yang dipersembahkan
oleh mereka adalah dipercayai.Masyarakat yang berfikiran rational,pasti akan
dapat menerima pengumuman yang dilakukan kerana disandarkan pada bukti yang
kukuh.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAB 4 KESIMPULAN
Pencarian pesawat
MH370,bukanlah merupakan perkara yang mudah,seperti yang digembar-gemburkan
oleh mereka yang tidak tahu menahu berkenaan perkara yang dibicarakan.Isu
kehilangan ini dikeluarkan pernyataan pada mulanya oleh Malaysia Airlines(MAS)
pada 8 Mac 2014,jam 7.24 pagi.Beberapa jam selepas itu,pada pukul 11.00 pagi,
Malaysia Airlines melakukan sidang media pertama di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur.Sidang Media ini mengejutkan dunia.
Proses mencari pesawat
penerbangan MH370 dimulakan dengan serta-merta. Pelbagai pihak turut serta
dalam proses pencarian ini.Sebanyak 26 buah negara terlibat dalam pencarian
skala besar-besaran ini.Seterusnya,pada 24 Mac, jam 10.00 malam,Datuk Seri
Najib Tun Razak mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 adalah di
tengah Lautan Hindi di barat Perth.Ianya merupakan satu-satunya lautan yang berasal dari nama negara,iaitu
India.Fakta menyatakan bahawa Lautan Hindi merupakan yang terpanas di
dunia.Juga terkenal sebagai ’Ratnakara’,iaitu perkataan dalam bahasa Sansakerta
kuno,yang membawa maksud ’pencipta dari permata’
Pelbagai respon dari
pelbagai pihak yang dapat kita lipat sebaik sahaja pengumumam penting ini
dibuat.Bagi masyarakat Malaysia umumnya yang beragama Islam,mereka yakin bahawa
ajal maut itu di tangan Allah s.w.t.Mereka redha dengan pemergian ahli keluarga
serta kawan-kawan yang tercinta.Mereka yakin bahawa ada hidup sesudah mati,dan
pada kehidupan ini,mereka akan bertemu kembali.Ada juga yang sukar menerima
kenyataan ini kerana ianya terlalu tiba-tiba.Dalam kalangan penumpang, ada yang
pergi bercuti,berbulan madu,dan juga atas urusan rasmi.Tidak pernah
terlintas dalam buah fikiran ahli
keluarga dan sahabat handai bahawa peristiwa seperti ini berlaku.Malah,lebih
mengejutkan bahawa peristiwa yang menimpa mereka adalah begitu tragis.Bangkai
pesawat,kotak hitam,mahupun apa saja objek fizikal kepunyaan pesawat
penerbangan MH370 masih belum ditemui hingga ke hari ini.
Bagi ahli keluarga dan
sahabat mangsa di negara China,perkara ini merupaka satu tamparan yang amat
hebat.Hal ini kerana mereka amat mementingkan setiap ahli seorang ahli keluarga
disebabkan negara mereka mengamalkan polisi Satu Anak.Polisi ini menetapkan
bahawa setiap pasangan hanya boleh mempunyai seorang anak.Maka,sepenuh kasih
sayang dan perhatian diberikan kepada anak mereka.Apabila peristiwa yang sangat
menyayat hati ini berlaku,perkara ini sukar untuk diterima.Mereka juga mahukan
pencarian diteruskan sehingga bukti-bukti fizikal ditemui.Tambahan
pula,kerajaan mereka mengawal aliran maklumat,maka akses mereka terhadap
maklumat adalah terhad.Rusuhan ke kedutaan berlaku disebabkan mereka tidak
yakin akan kesahihan maklumat.Tidak lama kemudian,kerajaan China mengakui akan
kebenaran yang diberitakan adalah kehilangan yang tragis,bukanlah satu
konspirasi dan berharap agar rakyat negaranya menerima berita ini.
Walau bagaimanapun,telah
dimaklumkan berkali-kali oleh Datuk Seri Hishammuddin dari semasa ke semasa
bahawa usaha pencarian tetap akan diteruskan sehingga membuahkan hasil yang
diinginkan.Antara perkara yang menarik ialah inilah kali pertama,sebanyak 26
buah negara terlibat bekerjasama dalam
misi skala besar-besaran.Pelbagai aset
ketenteraan dikerahkan,dan pelbagai pihak terlibat dalam proses menentukan
lokasi terakhir pesawat tersebut.Di samping itu usaha mencari juga dilakukan.
Selepas pengumuman
dilakukan,selang beberapa hari,dan juga minggu,kita dapat lihat bahawa masyarakat
dapat menerima kenyataan tersebut.Bahawa kemungkinan ahli keluarga mereka
terselamat adalah tiada kerana tempat terakhir pesawat itu adalah begitu
berbahaya.Pernyataan yang disandarkan dengan bukti yang kukuh,ditambah lagi
dengan analisis dari pakar,dengan menggunakan analisis-analisis yang
unik,membawa pada kesimpulan,lokasi terakhir pesawat MH370,ialah di Lautan
Hindi,merupakan satu fakta yang dapat diterima dengan baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
- Mejar Qayyum.(2014),Membongkar di Sebalik Misteri MH370.Kuala
Lumpur : CASAMAS.
- CNN Staff.(2014),MH370 Lost in India Ocean,Malaysia PM
Announces. Dipetik dari http://edition.cnn.com/2014/03/24/world/asia/malaysia-airlines-prime-minister-statement/
- Bernama.(2014),Keluarga Penumpang MH370 Dapat Terima Kenyataan
dengan Bersyarat. Dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-penumpang-mh370-dapat-menerima-kenyataan-dengan-bersyarat
- Arif Nizam
Abdullah.(2014),3 Peringkat
Penerimaan Keluarga Mangsa. Dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-penumpang-mh370-dapat-menerima-kenyataan-dengan-bersyarat
- Scott McDonald &
Eileen Ng.(2014),A Storm of Anger
and Sorrow : MH370 Victim’s Families Descend on Malaysian Embassy in
Beijing.Dipetik dari http://news.nationalpost.com/2014/03/25/a-storm-of-anger-and-sorrow-mh370-victims-families-descend-on-malaysian-embassy-in-beijing/
- Ed Flanagan &
Alastair Jamieson.(2014),Why Do
China’s Missing Jet Families Believe They’re Being Deceived?. Dipetik
dari http://www.nbcnews.com/storyline/missing-jet/why-do-chinas-missing-jet-families-believe-theyre-being-deceived-n61766
- Sean
Upton-Mclaughlin.(2014),The Chinese
Families of Flight MH370. Dipetik dari http://chinaculturecorner.com/2014/04/16/the-chinese-families-of-flight-mh370/
- Ramon Pachecho
Pardo.(2014),China Has Shown
Maturity In Its Response to Flight MH370 Crisis. Dipetik dari http://theconversation.com/china-has-shown-maturity-in-its-response-to-flight-mh370-crisis-24915
- Mark Hosenball &
Peter Apps.(2014),It Is Unbelievably
Hard To Find An Airplane In Such A Large Area. Dipetik dari http://www.businessinsider.com/mh370-search-difficulty-2014-3?IR=T&
- The Economist.(2014),The Geopolitics of MH370.Having Bashed
Malaysia Over The Missing Flight,China Is Now Making Up. Dipetik dari http://www.economist.com/news/asia/21601902-having-bashed-malaysia-over-missing-flight-china-now-making-up-geopolitics-mh370
- Joseph Sipalan.(2014),Hishammuddin Says Won’t Shut Out MH370
Families. Dipetik dari http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/hishammuddin-says-wont-shut-out-mh370-families
- The Rakyat
Post.(2014),MH370 New Search Area
Work of Many Experts and Agencies. Dipetik dari http://www.therakyatpost.com/news/2014/06/27/mh370-new-search-area-work-many-experts-agencies/
- Inmarsat.(2014),Malaysian Government Publishes MH370
Details From UK AAIB. Dipetik dari http://www.inmarsat.com/news/malaysian-government-publishes-mh370-details-uk-aaib/
Dipetik dari http://www.theguardian.com/world/2014/mar/24/flight-mh370-inmarsat-aaib-analysis