Dalam
menjalani kehidupan seharian kita,kita tidak dapat mengelakkan diri dari
berkomunikasi. Berkomunikasi merupakan satu rutin yang wajib berlaku dalam
aktiviti seharian kita. Pada zaman teknologi yang maju dengan begitu pesat dan
mendadak ini, selain berbicara dari mata ke mata,iaitu berhadapan antara satu
sama lain,pelbagai alat digunakan untuk berkomunikasi seperti telefon bimbit
yang menggunakan pelbagai perisian seperti whatsapp
,instagram ,facebook ,telegram dan sebagainya. Perbualan dengan berdepan
dengan orang yang kita berkomunikasi juga pada masa kini adalah suatu yang
biasa walau jarak beribu batu dengan adanya webcam
, dan menggunakan perisian seperti Skype
pada masa yang sama.
Sebagai
pemula bicara, komunikasi terbahagi kepada dua kategori iaitu komunikasi lisan
dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan bermaksud suatu yang dicakap.
Ringkasnya, komunikasi lisan merupakan suatu mesej yang disampaikan dengan
kata-kata. Ianya berkenaan dengan apa yang kita katakan. Manakala komunikasi
bukan lisan pula, menurut Dr.Albert Mehrabian ialah tindakan komunikasi selain
dari bercakap, seperti riak muka, tangan, lengan, kedudukan badan, posisi
badan, serta pelbagai pergerakan yang dilakukan oleh badan atau kaki dan
tangan.
Topik
ini penting untuk diketahui dengan mendalam kerana umumnya kita salaf faham
dengan menganggap bahawa apa yang kita ingin sampaikan sudah difahami dengan
betul, walhal ianya tidak sampai, mungkin kerana berlaku salah faham disebabkan
cara kita berkomunikasi.Lebih merbahaya lagi apabila cara kita berkomunikasi
mendatangkan kemarahan orang lain walaupun itu bukanlah tujuan kita, namun
ianya disebabkan kekurangan diri kita yang tidak tahu cara untuk berkomunikasi
dengan betul. George Bernard Shaw berkata, ”Masalah
terbesar ialah sangkaan bahawa komunikasi itu telah pun mengambil tempat”.
Maka,
dengan itu penulisan ini akan memberi fokus kepada komunkasi lisan dan bukan
lisan dalam pelbagai konteks yang berbeza, penggunaan teknik berkomunikasi yang
sesuai dan betul mengikut situasi bagi menyampaikan makna yang betul, serta
perbincangan tentang penggunaannya secara mendalam dari pelbagai aspek.
Mutiara daripada Rollo May berbunyi, ”Komunikasi
membawa keada komuniti, iaitu memahami, merapatkan hubungan dan mencapai
persefahaman.. Berdasarkan kata-kata
hikmah ini, kita dapat mengetahui bahawan kepentingan mengetahui berkenaan
kedua-dua jenis komunikasi ini, agar apabila kita berkomunikasi, perkara yang
kita ingin sampaikan dapat disampaikan dengan baik, serta apabila digunakan
untuk tujuan yang baik, akan membawa kepada persefahaman agar kita dapat hidup
bersama dalam keadaan aman dan harmoni
sebagai sebuah komuniti.
BAB 2 : PENGGUNAAN KOMUNIKASI
MENGIKUT KONTEKS
Konteks Lisan
Kita
perluah menegur seseorang dengan cara yang baik agar mereka berasa senang
dengan kehadiran kita serta selesa dengan kemunculan kita dalam proses
komunikasi tersebut.Antara cara yang biasa digunakan semasa bertegur sapa ialah
bersalamanan, tegur secara ringkas sambil melihat seseorang itu pada matanya.
Apabila menegur seseorang, perkara yang paling penting iala menunjukkan bahawa
kita mengambil berat tentang keadaan seseorang yang ditegur itu. Perkara ini
boleh dilakukan dengan cara memuji seseorang seperti memuji fesyem seseorang
atau pun aksesori yang dimilikinya
seperti telefon bimbit, cermin mata , cincin atau beg. Seterusnya apabila
perbualan itu berjalan dengan lancar, kita boleh pula bertanya berkenaan ahli
keluarganya, seperti sambutan peristiwa penting dalam keluarga, pertunangan,
perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya dia baru pulang dari suatu acara seperti
melancong, atau pergi ke upacara-upacara menarik, maka kita bertanyakan
kepadanya mengenai perkara menarik yang dialaminya semasa menghadiri acara
tersebut.
Akhirnya,
kita disarankan bertanya pendapatnya tentang beberapa perkara seperti berita
yang terbaru yang masih hangat seperti keputusan perlawanan bola. Maka dengan
mendengar seseorang itu menceritakan pandangannya, apabila kita mendengar
dengan tekun, ianya akan meninggalan impak yang baik dalam dirinya berkenaan
kita. Perkara ini akan merapatkan hubungan kita dengan orang tersebut.
Namun,apabila perkara ini terlalu kerap dilakukan, kesannya akan kurang
efektif.
Apabila
kita bertemu dengan seseorang, adakalanya kita ingin mengetahui dengan lebih
mendalam berkeneaan seseorang itu. Namun, ada kes-kes yang mana seseorang itu
terlalu malu dan segan lalu tidak menegur seseorang yang ingin dikenali itu.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita ingin mengenali seseorang atau kita melihat
tanda-
tanda bahawa seseorang itu ingin berkenalan dengan
kita, maka kita sebaiknya menegur seseorang tersebut, dengan cara yang mesra
dan baik. Kaedah yang disarankan ialah
memulakan perbualan dengan bertanya khabar atau
melakukan lawak jenaka yang ringkas tetapi kena dengan keadaan. Kita tidak
seharusnya memonopli perbualan dengan cara kita saja yang bercakap.
Seterusnya, kita belajar menjadi seorang yang
berpewatakan seperti seorang sukarelawan. Sentiasa menawarkan diri kita untuk
membantu seseorang apabila diperlukan. Namun kita harus tahu hadnya apabila
seseorang itu menolak dengan baik bantuan yang ditawarkan. Ini akan memperbaiki
dan menguatkan lagi keberkesanan hubungan sesama manusia dalam berkomunikasi.
Hatta, kalau kita berbuat baik kepada haiwan jinak sekalipun, mereka akan ingat
perbuatan baik kita seperti memberi makan kepada kucing atau membela
haiwan-haiwan lain.
Kemudian,
dalam perhubungan dan komunikasi di tempat kerja contohnya, kita perlu
mendapatkan kepercayaan dan rasa hormat-menghormati sesama pekerja. Seringkali
dalam hidup, kita terlalu ego untuk meminta pandangan orang lain berkenaan
masalah kita. Maka inilah masanya kita mengubah diri kita untuk menjadi seorang
yang lebih baik. Caranya ialanya dengan
meminta nasihat serta pandangan daripada rakan sekerja kita, Terdapat dua
kelebihan apabia kita melakukannya iaitu pertama, kita mendapat jawapan bagi masalah yang kita
alami, dan kedua ini menunjukkan bahawa kita mengakui kepandaian seseorang
dalam memberi pandangan dan memberi impak kepadanya bahawa kita menghormatinya
selaku seorang yang difikirkan tahu jawapan kepada masalah yang kita alami.
Selain itu, kita boleh juga melibatkan diri
kita dalam persatuan bukan kerajaan (NGO )yang begitu banyak terdapat di negara
kita. Kelebihannya ialah kita dapat melatih kemahiran sosial kita untuk
berinteraksi dengan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai ragam serta
manusia dari pelbagai tempat, yang mempunyai perbezaan bangsa, agama, fahaman
politik, gaya hidup, cara berkomunikasi, bahasa yang digunakan serta cara
mereka menyampaikan sesuatu dalam mereka berkomunikasi dengan kita.
Konteks Bukan Lisan
Berkenaan dengan komunikasi bukan lisan
pula, terdapat pelbagai petua dan tips yang perlu diketahui agar kita dapat
memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang lain dalam pelbagai keadaan serta
dapat menyampai sesuatu mesej dengan menggunakan cara bukan lisan dengan lebih
efektif. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan salah faham serta merapatkan
lagi hubungan sesama subjek yang kita berkomunikasi.
Untuk
mendapatkan mesej yang betul dengan baik, kita perhatikan riak mukanya,
matanya, pergerakannya dan posisi tubuh badannya, serta nada suaranya.
Dengan
sentiasa memerhatikan perkara-perkara yang disampaikan secara bukan lisan
semasa berkomunikasi, kita akan lebih mahir dalam memahami maksud dan mesej
yang ingin disampaikan serta dapat meningkatkan kemahiran kita dalam seni
komunikasi bukan lisan. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah
apabila kata-kata seseorang bercanggah dengan tingkah laku bukan lisannya.
Selalunya apabila perkara ini berlaku, seseorang itu sebenarnya lebih bercakap
benar dalam tingkah laku bukan lisannya. Contoh apabila seseorang itu
mengatakan dia gembira, namun tingkahlakunya tidak kelihatan gembira, maka
selalunya ia memberi mesej yang dia tidak gembira. Dalam keadaan ini, tipsnya
ialah beri lebih perhatian pada tingkahlakunya semasa berbicara.
Kemudian
ialah memerhatikan intonasi suara semasa bercakap. Intosai yang kuat, nyaring,
lembut, tinggi atau rendah boleh memberi banyak maklumat berkenaan seseorang
itu. Intonasi suara boleh menunjukka yang seseorang itu sedang marah,
bersemangat ataupun tidak beminat dengan perbualan itu. Maka, dari situ kita
boleh belajar dengan menggunakan intonasi yang betul.
Antara
aspek utama dalam komunikasi ialah kontak mata. Seseorang yang mengelak dari
bertentangan mata boleh dilihat sebagai seseorang yang cuba menyembunyikan
sesuatu dari diketahui atau juga boleh dalam keadaan tertentu, sedang menipu.
Walaubagaimanapun, kontak mata yang terlalu lama boleh menjadi suatu perkara
yang menakutkan dalam proses komunikasi. Maka lakukanlah kontak mata dalam sela
masa beberapa saat kemudian lihat pula pada tempat lain sepert persekitaran
agar tidak menakutkan seseorang yang kita bercakap-cakap dengannya.
Satu
lagi cara yang baik ialah dengan bertanya pada seseorang untuk memastikan apa
yang kita tafsir dan nilai itu betul. Contohnya apabila dia mengatakan dia
sedang gembira, sedangkan tingkahlaku bukan lisannya memberi petanda-petanda
bahawa dia sedang sedih. Maka kita boleh bertanya soalah seperti, ”Awak dalam
keadaan baik?” atau ”Awak sedang sedihkah sekarang?”. Ini penting kerana boleh
jadi seseorang itu sedang menunggu kita bertanyakan soalah itu padanya agar dia
dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
Berdasarkan
contoh ini, kita boleh mengaplikasikan penggunaan komunikasi bukan lisan dan
digabungkan dengan komunikasi lisan dengan baik supaya hasilnya itu cemerlang.
Contohnya ialah apabila kita melakukan pembentangan dalam kumpulan atau berbual
dengan rakan-rakan di kedai makan. Kita harus pastikan kesemua pergerakan badan
kita, kontak mata, postur badan, gerakan tangan, kaki, gerakan mulut kita dan
juga intonasi suara itu digabungkan sebagai suatu kumpulan yang bertujuan untuk
menyampai satu mesej utama seperti sedang bersemangat, gembira,
bersungguh-sungguh, sedih, sedang memberi perhatian, tidak berminat atau marah.
Seterusnya
ialah sesuaikan komunikasi bukan lisan kita mengikut konteks keadaan. Contohnya
ialah adakah situasi itu merupakan situasi formal atau pun bukan formal. Selain
itu, dengan siapa kita berkomunikasi seperti ibu bapa kita, isteri, anak-anak,
majikan kita, pekerja kita , rakan-rakan dan juga seteru kita. Perkara ini amat
dititikberatkan agar tidak berlaku salah faham dalam memahami perkara dan mesej
yang cuba disampaikan oleh kita semasa proses komunikasi berlaku.
BAB 3 : KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN
MENGIKUT SITUASI
1. Dalam bilik kuliah.
Berpandukan
gambar di atas, situasinya berlaku dalam sebuah syarahan di sebuah kolej atau
universiti. Sekiranya kita merupaka seorang pensyarah, kita perlu pastikan
intonasi kita adalah jelas. Semasa berbicara, kita harus lihat pada
pelajar-pelajar kita, secara keseluruhannya dari semasa ke semasa dan
memerhatikan fokus mereka pada syarahan kita. Kita boleh menggunakan riak
muka,postur badan dan gerak tangan yang sesuai bagi menarik minat pelajar untuk
memberi perhatian kepada kita semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Walaubagaimanapun, kita perlu lihat komunikasi bukan verbal yang
dilakukan oleh para pelajar kita. Kita boleh melihat dan mengagak sama ada
mereka mengantuk , memberi perhatian ataupun bosan dan tidak mengendahkan apa
yang diajarkan Sekiranya perkara ini berlaku dalam kuantiti yang sedikit, maka
ianya tidak mengapa, sekirangya banyak pelajar yang kelihatan bosan dan penat,
maka kita boleh mengambil tindakan yang sesuai seperti memberi rehat beberapa
minit kepada pelajar atau lakukan aktiviti selingan untuk menarik perhatian
pelajar. Selain itu kita boleh juga melakukan muhasabah serta menilai diri kita
berkenaan kekurangan penyampaian kita sebagai seorang pensyarah.
Seterusnya,
dengan berpandukan pada gambar yang sama, sekiranya kita sebagai seorang
pelajar, kita haruslah bersikap seperti seorang pelajar dan menunjukkan bahawa
kita bersungguh-sungguh daam mencari ilmu. Sudah menjadi kebiasaan, ada
topik-topik tertentu yang agak berat serta boleh membuatkan kita rasa bosan.
Walaubagaimanapun, kita harus sedar bahawa dalam menuntut ilmu, prosesnya
tidaklah mudah dan memakan masa untuk menguasai suatu pelajaran. Kita harus ingat pada suatu pepatah ahli
hikmah mengatakan bahawa, air hanya mengalir dari tempat tinggi pada tempat
rendah. Air itu simbolik illmu. Maka, seseorang murid itu perlulah merendah
diri agar dapat menikmati air tersebut. Merendah diri juga termasuk dalam
bahagian adab seorang murid. Kelakuan seorang murid itu perlulah dijaga
dihadapan gurunya kerana gurunya itulah yang menyampaikan pelajaran kepadanya
agar dia dapat menjadi seorang insan yang baik dan berjaya dalam perjalanan
hidup.
2. Bersama pasangan kekasih/suami isteri.
Apabila
bersama dengan pasangan kita, maka gabungan komunikasi lisan dan bukan lisan
memberi impak yang sangat besar. Hal ini disebabkan kekasih kita merupakan
seseorang yang hampir dan mengambil berat kepada kita, maka sudah tentu dia
akan memberi perhatian yang sangat
terperinci berkenaan tingkah laku kita.
Masalah
yang sentiasa timbul dalam hubungan pasangan
ialah sambil bercakap-cakap dengan pasangan dan pada masa sama melakukan
kerja lain yang tidak berkenaan. Contohnya kita dapat lihat pada zaman
teknologi serba canggih ini, salah seorang atau kedua-duanya memerhatikan skrin
telefon bimbit untuk melihat perkembanga berita atau berkomuniaksi menggunakan
perisian lain seperti whatssap sambil
bercakap dengan pasangan kekasih.
Perkara ini tidak wajar berlaku dan boleh merosakkan hubungan kerana pasangan
boleh merasakan pertemuan dengannya adala tidak penting dan perasaan cemburu
boleh timbul kerana mungkin mengesyaki pasangannya mempunyai kekasih lain.
Dalam
keaadaan ini, cara terbaik iala dengan menutup telefon bimbit atau hanya
menjawab panggilan penting sahaja. Pentingkan apa yang penting bagi anda
sebelum si dia berlalu pergi meninggalkan anda sendirian. Beri perhatian
sepenuhnya dengan mellihat pada pasangan anda dan tingkah laku bukan lisannya
bagi mengetahui apa yang ingin disampaikan. Beri respon yang positif semasa
berbicara serta gunakan intonasi yang lembut serta gunakan perkataan-perkataan
yang sesuai. Kita juga harus menunjukkan bahawa kita berminat dan memberi
perhatian kepada pasangan kita semasa proses komunikasi berlaku dengan
melakukan komunikasi bukan verbal dengan betul. Hal ii dapat merapatkan lagi
hubungan sesama pasangan.
3.Bercakap dengan rakan-rakan dalam kumpulan.
Apabila
bercakap dengan rakan-rakan dalam kumpulan yang ramai, kita tidak seharusnya
memberi perhatian pada seseorang sahaja, kita harus memastikan bahawa setiap
dari rakan-rakan kita mendapat perhatian yang secukupnya. Perkara yang paling
tidak wajar dilakukan ialah memonopoli perbualan. Beri ruang untuk setiap dari
kawan kita berbicara,serta jangan potong perbualan sahabat kita.
4.Bercakap dengan rakan karib.
Apabila
berbual dengan karib kita, beri perhatian penuh dan hormati perkara yang
disampaikan walaupun kita berbeza pandangan. Jangan potong perbualan rakan kita
kalau kita bercanggah pandangan. Tunjukkan yang kita berminat dengan perbualan
itu dan menghormati pandangannya. Sekiranya kita ingin beritahu perbezaan
pandangan, lakukan dengan cara yang baik tanpa melukakan perasaannya dan tidak
memaksa dia mengubah pandangannya atau memaksa dia bersetuju dengan pandangan
kita.
5. Komunikasi dengan Pemimpin
Dalam
menggunakan komunkasi lisan dan bukan lisan, terdapat formaliti dan penggunaan
laras bahasa yang tertentu yang digunakan semasa berbicara dengan pemimpin.
Sebagai rakyat kita harus tahu bahasa apa yang perlu digunakan semasa bercakap
dengan pemimpin kita. Hatta semasa pemimpin dan para pemimpin dengan pimpinan
tertinggi sekalipun mereka mempunya etika tersendiri yang perlu dipatuhi. Ini
dinamakan adab terhadap pemimpin dan terdapat variasi mengikut kerajaan
diseluruh dunia. Contoh bahasa pemimpin atau rakyat dengan pihak istan ialah
menggunakan perkataan seperti patik, hamba, tuanku, mohon mengadap , semoga
diperkenankan dan sebagainya.
6.Komunikasi dengan ibubapa
Semasa
berkomunikasi dengan ibu bapa, umumnya kita memanggil dengan panggilan seperti
bapa, ibu, emak, ayah dan sebagainya. Namun ada masyarakat atau keluarga yang
sudah menjadi kebiasaaan memanggil kepada ibu bapa mereka dengan nama. Maka
gelaran-gelaran itu perlulah disesuaikan agar sesuai dan kita dilihat sebagai
anak yang bersopan-santun dan beradab.
BAB 4 : PERBINCANGAN KOMUNIKASI LISAN
DAN BUKAN LISAN
KOMUNIKASI LISAN
1.Komunikasi lisan terdiri daripada komunikasi
terbuka. Maka permulaan berkomunikasi dengan seseorang amat penting dalam
hubungan yang lebih lanjut dalam tempoh yang lebih panjang. Perhatian penuh
perlu diberi pada beberapa minit pertama semasa kali pertama berkomunikasi
dengan seseorang.
2. Penggunaan kata-kata yang baik dan positif
sangat mempengaruhi dan mampu membina hubungan yang erat dengan seseorang.
3. Seterusnya ialah teknik mendengar. Seorang pendengar
yang baik mampu menggunakan komunikasi lisan dengan efektif kerana memahami
dengan baik apa yang diperkatakan serta dapat memberikan respon yang betul.
4. Kemudian ialah menanyakan soalan. Tujuan
menanyakan soalah ialah untuk mendapat maklumat, menguji kefahaman, memulakan
tutur bicara, menunjukkan minat pada seseorang ataupun cuba untuk mendapatkan
sokongan atau persetujuan dalam sesuatu perkara. Terdapat dua jenis soalan
iaitu soalan terbuka dan soalah tertutup. Soalan tertutup memerlukan jawapan ya
atau tidak manakala soalah terbuka jawapannya memerlukan huraian. Gunakan jenis
soalan yang sesuai semasa bertanya.
5.Seterusnya ialah rumusan. Merumuskan semula
perbincangan dengan menyatakan isi-isi penting semasa berbincara membantu
perbualan agar pihak yang terlibat dalam komunikasi itu jelas perbezaan
persetujuan atau perbezaan berkenaan sesuatu perkara yang dibincangkan.
6. Akhir sekali ialah untuk menamatkan proses
komunikasi. Cara menamatkan komunikasi itu penting dan akan memberi suatu impak
sama ada baik atau buruk proses komunikasi yang telah berlaku. Kita boleh
melihat tanda-tanda seseorang itu ingin menamatkan komunikasi dengan melihat
pada jam, tidak melihat pada mata kita, melihat tempat lain atau postur badan
kelihatan tidak ingin meneruskan proses komunikasi. Maka, kita gunakan cara
yang sesuai untuk menamatkan komunikasi itu agar komunikasi dengan seseorang
itu akan lebih mudah di masa depan. Seseorang yang pandai memulakan dan
menamatkan proses komunikasi lisan akan disenangi oleh semua orang.
KOMUNIKASI BUKAN LISAN
1. Komunikasi bukan lisan berkait dengan gerakan
badan,postur, kedudukan dan gerakan kaki badan kepala serta keseluruhan badan.
Ianya digunakan untuk menyampai emosi atau menunjukkan sikap seseorang.
2.Postur badan boleh menunjukkan tentang keadaan
diri seseorang.Terdapat dua jenis postur iaitu postur terbuka dan postur
tertutup. Postur tertutup iaitu menyilang tangan serta menyilang kaki boleh
dilihat mengikut keadaan sama ada menunjukkan status atau keyakinan yang tinggi.
Manakala postur terbuka seperti tanga disisi semasa berdiri atau semasa duduk boleh menunjukkan seseorang
itu tengah mendengar dalam keadaan lebih relaks dan bersedia untuk mendengar.
3.Kontak mata ialah satu komunikasi bukan lisan
yang sering dilihat dan diperhatikan semasa berbual. Kita boleh melihat mata
seseorang sama ada dia sedang memberi perhatian ataupun tidak memberikan
perhatian kepada kita. Cara seseorang itu memandang kita juga boleh menunjukkan
perasaannya kepada kita.
4. Ton,pitch
, kelajuan, berhenti seketika, semasa bercakap-cakap juga memberi suatu mesej
tertentu berkenaan keadaan dalam diri seseorang.
5. Terdapat jarak-jarak yang sesuai antara kita
dengan orang yang kita berbual. Dengan kekasih jaraknya lebih dekat, dengan
rakan dan sahabat sama atau berlainan jantina jaraknya adalah berbeza. Umumnya
kita tahu perkara ini denga bersosial dan melihat apakah jarak yang biasanya
digunakan dan diterima dalam masyarakat kita.
BAB 5 : KESIMPULAN
Sebagai
penutup, dalam menjalani kehidupan kita sebagai sebuah komuniti dalam sesebuah
masyarakat. Kita haruslah menggunakan cara berkomunikasi dengan betul. Terdapat
cara komunkasi yang diterima oleh masyarakat dan terdapat juga cara yang tidak
diterima oleh masyarakat atas dasa kebudayaan, norma, mahupun, atas
faktor-faktor agama yang dianuti oleh mereka.
Semasa
berbicara dengan seseorang, kita
haruslah melihat siapakah yang berbicara dengan kita seperti ibu bapa, rakan ,
pemimpin , murid atau pun pasangan kita. Maka kita sesuai penggunaan bahasa,
intonasi, dan juga perkataan-perkataan yang menunjukkan kita mengiktiraf
kedudukan mereka. Selain itu, kita juga harus lihat perbezaan mengikut keadaan,
seperti majlis rasmi atau pun tidak, maka komunikasi bukan lisan dan lisan juga
perlu disesuaikan mengikut keadaan.
Kebanyakan
masalah di dunia ini timbul akibat kegagalan kita dalam berkomunikasi dan
mencapai persefahaman dalam sesuatu isu. Oleh itu, seni berkomunikasi amat
penting untuk diketahui dan dikuasai oleh kita. Kadang-kadang tingkahlaku yang
dianggap biasa oleh kita boleh mendatangkan kemarahan pada orang lain. Maka
kita harus jelas berkenaan sensitiviti apabila berkomunikasi terutama apabila
berhadapan dengan mereka yang datang dari mereka yang berbeza bahasa,bangsa,
agama serta mempunyai pengalaman sejarah
yang berbeza dengan kita.
Saya sudahi penulisan saya dengan
memetik kata-kata hikmah dari Tony Robbins yang berbunyi, ”untuk berkomunikasi
dengan berkesan,kita harus sedar bahasa kita melihat dunia dengan cara berbeza,
dan gunakannya sebagai panduan untuk berkomunikasi dengan orang lain.”.
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
1. Segal, J., Smith, M., Boose, G.,
Jaffe, J.(2015). Nonverbal Communication.
Dimuat
turun pada 18 Mac 2015 daripada
2. Bryce, T.(2013). 10 Tips for Improving Social Interaction.
Dimuat turun pada
19 Mac 2015 daripada
3. Cherry, K.(2015),. Top 10 Non Verbal Communication Tips .
Dimuat turun pada
19 Mac 2015 daripada
4. Bailey, E.(2014). Improve Your Social Skills!. Dimuat
turun pada 19 Mac 2015
daripada
5. Lucas, A.(2014). The Importance of Verbal and Non Verbal
Communication. Dimuat
turun pada 19 Mac 2015 daripada
6. Commonwealth of Australia.(2012). Verbal
and Non-Verbal Communication. Dimuat turun pada 18 Mac 2015 daripada