PENGENALAN
Pada era moden kini,cara
belajar bagi mahasiswa sudah banyak berubah.Generasi kini,sudah biasa
menggunakan pelbagai peralatan canggih untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran.Kanak-kanak yang baru berusian daam lingkungan 4 tahun pun sudah
kelihatan menggunakan alat komunikasi canggih seperti iPad yang menggunakan
skrin sentuh.Dalam 10 tahun lepas,perkara ini masih belum menjadi suatu yang
popular.Bahkan,perubahan gaya hidup manusia berlaku dengan begitu drastik,
apabila teknologi yang digunakan membangun dengan begitu pesat dan cepat.
Generasi muda masa kini,
kelihatan begitu aktif melibatkan diri dengan dunia maya, dengan menggunakan
laman sesawang bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki,sesuai dengan
keinginan mereka. Perkara ini adalah suatu perkara yang boleh dipandang
positif,namun haruslah dibimbing dengan betul.Bagi pelajar yang menyambung
pengajian mereka dalam mod pembelajaran jarak jauh, mempunyai kemahiran belajar
yang sesuai dan efektif adalah suatu yang amat penting.
Umumnya,bagi pelajar yang
membuat mod pembelajaran jarak jauh,mereka mempunyai karier
masing-masing.Walaubagaimanapun, mereka ingin meningkatkan ilmu pengetahuan
serta taraf kehidupan mereka.Segulung ijazah yang digenggam,mampu menjadikan
suatu mimi menjadi realiti.Namun,jalannya adalah penuh berliku.Strategi dan
teknik yang berkesan adalah amat perlu.Selain itu,pemahaman yang dalam
berkenaan kaedah pembelajaran secara keseluruhannya perlu diketahui agar
langkah yang sesuai dengan diri dapat diatur.Terdapat pelbagai cara untuk
belajar,ada yang sesuai dengan seseorang namun tidak sesuai dengan orang lain.
Tetapi,sebagai pelajar
masa kini,haruslah kita menjadi pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang
cemerlang.Perkara ini dapat di realisasiskan dengan mendalami pengetahuan
berkenaan selok-belok sistem pembelajaran e-learning yang digunakan secara
meluas di universiti terbuka,contohnya Open University Malaysia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kriteria 1 : Penerapan Teori Tingkah Laku
Tingkah laku merupakan
satu aspek yang amat penting bagi seorang pelajar cemerlang.Apakah tingkah laku
yang sesuai baginya?Apakah respon yang diberi terhadap kaedah pembelajaran
secara atas talian?Serta kesesuaian tingkah laku dengan kaedah pembelajaran
atas talian.Cara kita mengurus tingkah laku kita amat mempengaruhi
kecemerlangan kita.Sudah tentu,salah satu cara utama yang digunakan untuk
melihat kecemerlangan seseorang adaah dengan melihat keputusan yang diperoleh
bagi subjek yang diambil oleh pelajar tersebut.
Sebenarnya antara perkara
yang harus kita tahu ialah makna belajar.Belajar adalah berkait dengan
perubahan tingkah laku. Apabila kita mengubah sikap kita,maka cara kita belajar
dan mendekati suatu subjek yang diambil juga akan berubah.
Walaubagaimanapun,harus kita sedar bahawa,proses pembelajaran juga pada masa
sama akan mengubah tingkah laku kita.Perubahan ini berlaku kerana cara orang
yang tahu dan orang yang tidak mengatahui,melihat sesuatu perkara atau objek
yang sama,tidak sama.
Orang lebih arif berkenaan sesuatu yang dilihatnya
akan melihat objek itu dalam pandangan yang lebih dalam dan terperinci.Bagi
orang yang tidak tahu apa-apa berkenaan suatu objek yang dilihatnya,mungkin
tidak akan berasa keperluan untuk tahu lebih lanjut,atau hanya mampu kagum pada
objek tersebut,tanpa dapat tahu dengan lebih mendalam berkenaan objek yang
dikagumi olehnya.
Apabila berbicara pembelajaran,seharunya kita tahu
berkenaan 3 teori pembelajaran,yang berkemungkinan diamalkan oleh kita tanpa
kita sedar atau kalau tidak tahu mengenainya harus ambil tahu agar dapat
menilai kesesuaian teori tersebut dengan diri kita. Tiga teori tersebut ialah
Behaviourism , Cognitivism dan Constructivism. Behaviourism ciri berkenaan
suatu tingkah laku yang boleh diukut,diperhatikan dan dinilai. Teori ini
digubakan oleh perancang program pendidikan diseluruh dunia kerana ianya sesuai
dengan kebanyakan pelajar. Teori ini sesuai untuk individu,dan berbentuk
pembelajaran secara individu,secara sistematik dan terkawal.
Teori Cognitivism adalah berkenaan dengan
menyelasaikan masalah serta mencari idea baru bagi masalah-masalah yang
timbul.Cara ini menekankan pelajar supaya menyelesaikan masalah dengan kritis
dan kreatif.Berfikir untuk menyelesaikan masalah merupakan satu proses yang
berlaku dalam otak.Proses ini amat memberi tekanan pada otak.Kaedah ini adalah
khas untuk menajamkan fikiran.Tidak ramai manusia yang suka berfikir dengan
halus dan terperinci bagi sesuatu perkara. Namun, inilah teori yang diamalkan
oleh para pemikir.Mereka meluangkan masa yang lama dalam melihat dan merenung
suatu masalah dan memikirkan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.
Teori Constructivism pula ialah teori yang
berlawanan dengan teori behaviourism.Constuctivism ialah kita menyesuaikan diri
dengan keadaan,berfikiran lebih terbuka dalam mencari jawapan pada
sesuatu.Dalam proses keterbukaan itu,akhirnya kita akan sampai pada kesimpulan
sesuatu perkara yang sedang dipelajari atau dikaji.
Sebagai seorang pelajar,sesudah memahami teori ini,kita seharusnya cuba
memilih,menyesuaikan diri serta menilai diri kita,berkenaan kecenderungan kita
pada mana-mana teori yang ada.Perkara ini amat penting kerana cara seseorang
itu belajar adalah tidak sama,dan antara ketiga-tiga teori,seharusnya kita
mengenalpasti teori yang paling efisien bagi diri kita jika diamalkan.Antara
cara untuk mengenalpasti kesesuaian diri kita dengan mana-mana teori ialah
dengan melakukan kaedah ’try and error’.Kita
cuba mana-mana teori dalam proses kita belajar secara atas talian dan lihat
yang mana memberi kesan yang paling optimum.Antara cara kita dapat tahu ialah
dengan menguji diri kita dengan soalan-soalan selepas belajar dengan
menggunakan mana-mana teori.Selain itu kita juga boleh bertanya pada
diri,penggunaan teori yang mana satu,membuatkan diri kita berasa paling seronok
dalam melakukan proses pembelajaran ke atas diri kita sendiri.
Menurut Buzzetto-More,“There is a difference between well-structured domains and
ill-structured (or closed) domains (…).
The content in well-structured (or closed) domains consists of tightly
defined concepts, e.g. syntactic, scientific, and computational material, where
rues, procedures or algorithms are prescribed. Ill-structured (or open)
domanins, on the other hand, are characterized by problems with multiple
solutions and various alternatives, e.g. the social sciences, management
sciences, environmental disciplines and design disciplines, which require
reflective practice (…), expert-type
knowledge, and heuristic processes.”.
Ringkasnya,berkenaan
pernyataan di atas,memberi petunjuk bahawa kita perlu menetapkan matlamat yang
ingin dicapai dalam mempelajari sesuatu subjek atau topik.Pada pemahaman
saya,kita seharusnya perlu lebih fleksibel.Dalam subjek yang berbeza,cara
mendekati sesuatu subjek yang ingin dipelajari mungkin perlu menggunakan cara
atau teori berbeza agar dapat mempelajari dan memahaminya dengan lebih
baik.Kita melihat kesesuaian teori dengan subjek yang ingin dipelajari,dan
seterusnya menggunakan teori yang dirasakan paling sesuai dengan subjek
tersebut.
Sekiranya kita keliru
berkenaan mana-mana teori yang sesuai untuk digunakan,seharusnya kita merujuk
dan bertanyakan pada pensyarah secara atas talian bagi meminta pandangan
beliau.Sudah tentu sebagai tenaga pengajar subjek tersebut,beliau seharusnya
lebih arif berkenaan teori manakah yang
paling sesuai yang harus digunakan bagi mempelajari subjek tersebut dengan
efisien.
Walaubagaimanapun,saya
mencadangkan bahawa,kita boleh mengambil elemen-eleman yang terdapat dalam
ketiga-tiga teori untuk diamalkan oleh kita.Contohnya kita mengambil cara
pembelajaran secara sistematik dan individu dari teori Behaviourism, mengambil
cara pembelajaran secara memikirkan penyelesaian masalah dari teori Cognitivism
dan kaedah pembelajaran secara terbuka dari teori Constructivism.Kita ambil
ketiga-tiga elemen ini dan terapkannya ke dalam diri kita untuk menjadi pelajar
yang cemerlang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kriteria 2 : Mengamalkan
Kaedah ’Repeaters’
Umumnya semasa
pembelajaran atas talian kita dibekalkan dengan CD bagi setiap subjek untuk
belajar secara individu mengikut kesesuaian masa lapang.Bagi yang mempunyai
kerjaya,terdapat juga mereka yang mempunyai masa bekerja yang tidak sama.Ada
yang bekerja shif malam,shif siang dan ada juga yang kerja secara On-Call.Ada pelajar yang bekerja 5 hari
seminggu, 6 hari seminggu bahkan ada yang bekerja 7 hari seminggu.Sudah tentu
bagi mereka amat memerlukan pembelajaran secara atas talian yang boleh diakses
pada bila-bila untuk mempelajari topik-topik dalam kursus yang diambil.
Sebenarnya terdapat dua
kaedah belajar yang diamalkan oleh pelajar unutk belajar bagi mereka yang
mendengar syarahan secara atas talian.Kaedah pertama ialah ’Surfers’.Kaedah ini
ialah suatu kaedah,kita mendengar kuliah,pada masa yang sama kita meneroka dan
membaca nota-nota yang diberi dalam link yang
disertakan sekali dengan video syarahan tersebut.Mereka membaca topik-topik
yang berkaitan sambil mendengar,dan apabila timbul istilah yang mereka rasa penting,mereka
akan pergi ke link yang disediakan
bagi mendapatkan penerangn yang lebih lanjut.
Cara pembelajaran yang
kedua ialah cara Repeaters.Cara ini
ialah memainkan video syarahan sampai habis.Sesudah itu mengulang semula untuk
mendengar syarahan tersebut pada minit yang dirasakan perlu untuk diberi
perhatian.Mereka akan mengulang berkali-kali bahagian-bahagian dalam syarahan
tersebut untuk mendapatkan pemahaman yang baik.Mereka berasakan bahawa
mendengar sesuatu penjelasan berulang kali akan meningkatkan kefahaman mereka
berkenaan penjelasan sesuatu topik. Bagi cara ini,mereka berfikiran bahawa ada
perkara yang akan mereka terlepas pandang sekiranya hanya mendengar satu kali
sahaja.Dalam kedua-dua kaedah iaitu antara Surfers
dan Repeaters. Pelajar yang
mengamalkan kaedah belajar secara Repeaters
menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila diuji dengan soalan-soalan
ujian selepas belajar menggunakan mana-mana dari kedua kaeda tersebut.
Strategi belajar adalah
penting bagi memperolehi ilmu secara efektif. (Schmeck, 1988, Mayer, 1988,
Weinstein & Mayer, 1986).Maka,perlu bagi kita untuk memilih cara belajar
semasa mendengar syarahan secara atas talian.Terdapat penjelasan bahawa
menggunakan kaedah Surfers tidak
mampu memberikan prestasi yang cemerlang semasa belajar.Pelajar yang
menggunakan kaedah ini cuba untuk menyerap banyak maklumat pada masa yang
sama,maka perkara ini memberi tekanan pada minda.Dalam kes ini,kelihatannya
mereka membaca banyak perkara tetapi perkara yang dibaca itu terlalu banyak dalam
masa yang sama sambio mendengar syarahan,maka tumpuan tidak dapat diberi.Dalam
belajar,mempunyai tumpuan yang baik adalah penting.Walaubagaimanapun sekiranya
tidak diberikan tumpuan pada tempat yang betul,maka proses pembelajaran menjadi
tidak efektif.Seterusnya, masa yang diluangkan dalam proses pembelajaran akan
terbazir.
Kita pergi pula pada
perbincangan berkenaan cara belajar secara Repeaters
semasa mendengar syarahan secara atas talian. Cara ini ialah mendengar syarahan
sampai tamat buat pertama kali. Langkah kedua ialah mendengar sekali lagi
syarahan tersebut secara penuh dari mula sampai tamat. Namun,lebih ramai yang
hanya mengulang bahagian-bahagian yang ingin didengari sahaja. Adalah menjadi suatu perkara yang diakui ramai
bahawa kita tidak dapat mengingat syarahan yang diberi secara keseluruhan,dan
tumpuan yang diberi semasa mendengar syarahan juga boleh berubah dari semasa ke
semasa.Maka,terdapat kemungkinan yang besar bahawa kita terlepas pandang pada
penerangan yang penting.Maka pengulangan pada bahagian tersebut adalah perlu.
Pelajar yang mengamalkan
kaedah Repeaters menunjukkan prestasi
yang lebih cemerlang. Hal ini disebabkan mereka tumpuan yang diberi adalah pada
syarahan yang diberi sahaja.Dan mereka memilih untuk mendengar pada bahagian
yang dirasakan kurang jelas pada kali pertama.Syarahan secara atas talian
adalah lengkap dengan info-info yang perlu diketahui oleh pelajar,maka dengan
mendengar secara berulang kali pada behagian yang dirasakan perlu ialah cara
yang terbaik untuk belajar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kriteria
3 : Berbincang dengan Pelajar Lain Secara atas Talian
Dalam pembelajaran secara
atas talian,pelajar menggunakan pengalaman mereka sama ada secara sedar mahupun
tidak dengan mengintegrasikannnya ke dalam proses pembelajaran mereka(Carver,1996).Berdasarkan
pernyataan ini,banyak perkara menjadi jelas.Pertama,sebagai pelajar yang
belajar secara jarak jauh,secara keseluruhannya, mereka mempunyai latar
belakang pendidikan yang berbeza.Sudah tentu,dalam kalangan mereka terdapat
ramai yang sudah mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkait dengan
ijazah yang diambil.Maka,perbincangan dengan mereka secara atas talian merupaka
suatu proses yang amat baik. Hal ini kerana,persoalannya yang selalu ditanya
adalah berkenaan bagaimana mahu melakukan tugasan yang diberi, di mana mahu
mencari maklumat yang berkaitan, bagaimana penulisan berkenaan sesuatu tugasan
itu perlu dibuat.
Menurut Thompson dan
Nay(1999),interaksi dengan menggunakan perisian secara atas talian mampu untuk
menyumbang pada proses pembelajaran.Sebagai huraiannya, kita seharusnya aktif
dalam berhubung secara atas talian dengan pelajar lain di seluruh Malaysia.
Komuniti di alam maya,berinteraksi dengan cara meninggalkan komen,persoalan dan
juga membantu kita dengan menjawab persoalan yang ditanya pada ruangan yang
disediakan bagi kursus yang diambil.
Penglibatan secara aktif
dari semasa ke semasa dalam perbincangan secara atas talian dengan komuniti
alam maya,secara kolektif akan saling membantu kita dalam menjadi seorang
pelajar yang cemerlang.Perkara ini merupakan satu perkara yang tidak sukar
untuk diamalkan oleh kita.Lebih-lebih lagi,pada hari ini,kita dengan alam
maya,mempunyai hubungan yang amat erat dan sukar untuk dipisahkan.Ramai kenalan
kita yang berasakan amat sukar untuk meninggalkan alam maya walau hanya
sejam.Mereka rasa takut ketinggalan dengan info-info semasa. Ketinggalan dalam
perkara-perkara yang menjadi perbincangan semasa akan membuat kita berasa
janggal dalam perbualan dengan rakan-rakan.
Hindes(1999) mengatakan bahawa pembelajaran dengan
mengunakan laman sesawang yang berpandu,memberikan suasana pembelajaran yang
positif.Dengan pernyataan ini jelaslah bahawa bagi kita yang sentiasa
menggunakan laman sesawang untuk mencari apa sahaja maklumat yang berkaitan adalah
perkara yang biasa,atau boleh dikatakan perkara rutin bagi kita di masa kini.
Maka menggunakannya dengan baik untuk membantu kita dalam proses pembelajaran
adalah suatu perkara yang amat sesuai dengan diri kita.Contohnya di Open
University Malaysia(OUM), pensyarah yang mengajar tutot dan pensyarah yang
mengajar secara atas talian adalah dua orang yang berbeza. Satu perka menarik
yang ingin dikongsi ialah, bagi setiap persoalan yang dikemukakan oleh pelajar
secaa atas talian, pensyarah tersebut mestilah memberi respon dalam tempoh 48
jam berkenaan sebarang soalan atau pertanyaan yang diajukan.
Tambahan, dari segi perspektif komunikasi,
teknologi membawa kita bersama dalam perbincangan yang sama berkenaan
topik(Hamada & Scott,2000). Maka,wajarlah bertanya dengan rakan secara atas
talian merupakan salah satu cara kita belajar.Daam konteks ini ,kita boleh
kategorikan pensyarah juga sebagai rakan kita dalam prosen pembelajaran.Sudah
menjadi perkara biasa bagi kita iait tidak faham berkenaan penjelasan yang
diberi sama ada dari nota-nota yang diperolehi mahupun dari syarahan secara
atas talian yang didengari. Hal ini membuka ruang pada kita untuk bertanya.
Kepada siapakah pertanyaan ini harus diaju? Dan secepat manakah respon yang
perlu kita tunggu bagi mendapatkan jawapan yang dicari. Perkara ini amat
penting begi kita yang bekerja sambil belajar yang umumnya mempunya masa
belajar yang sangat terhad.
Saya mencadangkan kita
boleh menggunakan ruang rasmi yang diberi oleh universiti,ataupun kita
menggunakan aplikasi Whatsapp yang
merupakan aplikasu yang dimiliki oleh majoriti pengguna telefon bimbit. Kita
cari kawan-kawan yang mengambil kursus yang sama dengan kita pada semester
itu,kemudian kita buat satu kumpulan bagi perbincangan untuk subjek
tersebut.Bagi subjek lain,maka kita buat pula kumpulan lain dalam aplikasi
tersebut.Ianya menjimatkan masa, mudah digunakan,serta senang diakses oleh
kita.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kriteria 4 : Mengadakan
Perbincangan Secara Berkumpulan di Tempat yang ditetapkan
Pembelajaran secara
berkumpulan merupakan satu kaedah yang biasa digunakan. Namun selalunya kita
mempunyai masalah untuk mencari mereka yang sesuai dengan kita. Sesuai yang
dimaksudkan ialah mereka boleh memperuntukkan masa mereka dengan kita pada
waktu yang sama serta setiap ahli dalam kumpulan itu memberi sumbangan secara
aktif. Kita tidak mahu ahli kumpulan pasif yang hanya mahu melihat hasil kerja
orang lain untuk manfaat diri,namun tidak ingin menyumbang apa-apa dalam proses
mencari maklumat atau proses perbincangan bagi menyiapkan tugasan yang
berkenaan.
Menurut Chapnick &
Meloy (2005), empayar masa depan adalah empayar minda. Berdasarkan pernyataan
ini, kita boleh kaitkan dengan tujuan kita belajar.Kita belajar untuk
meningkatkan taraf hidup serta pendapatan kita.Sudah tentu dengan kenaikan
jawatan kita, tanggungjawab yang harus dipegang juga bertambah. Maka,
rakan-rakan dalam kumpulan kita umumnya kita akan mempunyai hubungan dalam
jangka masa panjang,selalu sampai graduasi dan akan berterusan.Bermulanya dari
ini,memilih rakan-rakan yang proaktif dalam kumpulan perbincangan kita ada
suatu kemestian.Sekiranya empayar masa depan adalah empayar minda, maka kita
tidak mahu ahli-ahli yang tidak menggunakan minda mereka secara kritikal
termasuk dalam kumpulan kita. Seharusnya kita berusaha untuk elakkan perkara
ini dari terjadi.Jika berlaku,maka perkara ini akan menjadi suatu beban
,menyusahkan kita. Kita mahu ahli yang saling meringankan beban ibarat, berat
sama dipikul,ringan sama dijinjing.
Walaubagaimanapun,harus
diingat agar kita tidak lupa diri dan menjadi angkuh. Bagi mereka yang
benar-benar ikhlas ingin belajar,ruang dan peluang perlu dibuka
seluas-luasnya.Mungkin ada yang berusaha keras,namun boleh jadi pelajar itu
adalah jenis dari lambat belajar.Itu tidak mengapa. Sebetulnya,ahli kumpulan
perlu berganding bahu dan bersama-sama membanbtu pelajar sebegini. Mereka yang
ikhlas menuntut ilmu harus dibantu sebaik mungkin.Oleh itu,dalam memilih ahli
kumpulan,kita perlu bersangka baik.
Tidak wajar
hanya dengan menilai dari luaran semata-mata, hasil kerja dan tingkahlaku juga
harus dilihat.Di samping membuat kumpulan untuk belajar bersama-sama,kumpulan
juga berfungsi sebagai medium untuk kita saling mengenali antara satu sama
lain. Dalam memilih ahli kumpulan untuk belajar bersama-sama penyertaan sebagai
ahli kumpulan diterima dengan hanya pelajar menyatakan keinginan untuk menjadi
ahli kumpulan.
Seterusnya dilantik seorang ketua kumpulan yang
akan menetapkan tarikh perjumpaan yang dipersetujui majoriti. Bagi ahli yang
mempunyai kesukaran untuk hadir pada tarikh yang ditetapkan atas sebab yang tak
dapat dielakkan,salinan nota boleh difotostat untuk diberi pada ahli yang tidak
hadir tersebut. Dalam membina kumpulan yang efektif dalam belajar, setiap ahi
perlu ikhlas dalam memberi sumbangan dan melibatkan diri. Saling bantu-membantu
bila mana-mana ahli mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga dalam
menyiapkan tugasan.
Ingin dijelaskan bahawa perbincangan secara
berkumpulan merupakan satu kaedah yang amat efektif. Antara cadangan proses
pembelajaran ialah,topik-topik berbeza akan dibahagikan kepada ahli kumpulan
untuk dipelajari secara individu.Seterusnya pada hari perjumpaan,setiap ahli
akan membentangkan hasil pembelajaran masing-masing.Kaedah pembelajaran ini
akan menjimatkan masa.Setiap orang dari kumpulan itu juga boleh menyediakan
nota dalam bentuk hardcopy atau softcopy mengikut kesesuaian tempat
perbincangan itu diadakan.
Tambahan,setiap dari ahli boleh juga membuat
soalan objektif atau/dan subjektif untuk dijawab oleh ahli kumpulan.Selesai
pembentangan,maka terus ke sesi menjawab soalan.Kemudian menandakan jawapan
serta berbincangan berkenaan bahagian-bahagian yang tidak difahami dengan
baik.Ini merupakan satu cara pembelajaran yang amat baik dan sesuai bagi hampir
semua pelajar bagi mencapai kecemerlangan.
------------------------------------------------------------------------------------------
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
- Jadin, T., Gruber, A.,
& Batinic, B. (2009). Learning
with E-lectures: The Meaning of Learning Strategies. Educational
Technology & Society, 12 (3), 282–288.
- Codreanu, A.,
Vasilescu, C.(2013).E-Learning
Behaviour and Their Impact on Andragogy. The 9th International
Scientific Conference eLearning and Software fo Education,Bucharest April
25-26,2013.
- Khirwadkar, A.(2009). Research and Development in
E-Learning : A Vision.
International Forum of Teaching and Studies. Vol.5 No.1 2009.
- Pamfilie, R., Bumbac,
R.(2013). Innovative E-Learning
Benefits for Universities and Companies. The 9th International
Scientific Conference eLearning and Software fo Education,Bucharest April
25-26,2013.