1.Menyebar fahaman berkenaan keesaan Allah s.w.t
Pada peringkat awal,di Mekah,Nabi Muhammad s.a.w
menekankan aspek keesan Allah.Dalam aspek tauhid ini,penekanan yang diberikan
meliputi asas yang menjadi dasar serta mempengaruhi suatu sistem
kepercayaam.Penekanan dalam aspek ini,merupakan suatu cabaran besar,kerana
masyarakat Makkah pada ketika itu mempunyai latar belakang politeisme yang
begitu kuat.Hasilnya berlaku perubahan dari segi pandang alam dalam masyarakat
arab,daripada kepercayaan syirik kepada kepercayaan pada Allah yang Esa.
Pada masa kini,dalam masyarakat kita,fahaman
pluralisme agama,serta fahaman ateis bagai menjadi suatu wabak.Seiring dengan
proses sekularisasi yang berlaku diseluruh dunia.Fahaman pluralisme yang
menganggap hakikat semua agama adalah sama,dan tidak boleh menyatakan islam
sahaja yang benar.Ateis pula menolak kewujudan tuhan,seterusnya
sekularisasi,yang membuang unsur-unsur keagamaan dan spiritual dari kehidupan
manusia.Cabaran masa kini,adalah melakukan proses islamisasi,suatu usaha gigih
para intelektual untuk mengembalikan manusia pada keesaan tuhan, bermula dengan
cara menyemak falsafah-falsafah yang bertentangan dengan islam,dalam pelbagai
disiplin ilmu,dan diletakkan dengan falsafah islam.Sudah diketahui bahawa cabaran masa kini ialah cabaran ilmu
melawan ilmu.
2.Menegakkan keadilan pada golongan wanita dan hamba
Di Makkah,berlaku kezaliman,seperti penindasan
pada golongan wanita.Masyarakat menganggap,mempunyai anak wanita merupakan satu
petanda yang tidak baik.Golongan wanita,dijadikan barangan dagangan,hamba yang
dilayan dengan layanan yang tida wajar,serta golongan wanita tidak mempunyai
sebarang hak keistimewaan yang membela mereka dari penindasan.Nabi Muhammad
membawa keadilan dengan mengangkat hak dan status mereka.Tambahan,hamba dalam
konteks islam mempunyai hak yang baik,iaitu hamba perlu diberi makan sama
dengan pemilik,dan juga pakaian yang
selesa.
Pada zaman kini,kita mengalami isu menuntut hak
kesamarataan jantina.Pada fahaman umum masyarakat, sama rata bererti adil.Ini
salah.Menurut islam,sama rata tidak mempunyai maksud yang sama dengan
adil.Menurut Syed Muhammad Naquib al-attas(1993),adil ialah suatu keadaan
perkara itu berada pada tempatnya yang betul.Setiap perkara dalam dunia ini ada
tempatnya.Wanita dan lelaki tidak sama,tetapi mereka saling
melengkapi.Meletakkan serta memberi hak mereka,sesuai dengan hakikat mereka
sebagai wanita adalah perbuatan berlaku adil.Namun,harus diingat bahawa pada
pandangan Allah s.w.t,yang membezakan lelaki dan wanita adalah taqwa mereka.
3.Mendirikan kerajaan islam.
Dalam episod perjalanan hidup Nabi Muhammad
s.a.w,baginda berjaya menubuhkan kerajaan islam.Kerajaan islam berperanan untuk
memastikan masyarakat di bawah pimpinannya diberi hak-hak mereka dengan
adil.Keselamatan nyawa dan harta mereka juga terjamin.Dalam aspek
ekonomi,penjual dan pembeli berpuas hati dengan transaksi yang dilakukan dengan
mengikut garis panduan islam.Umumnya,kerajaan yang menjalankan pemerintahannya
berlandaskan al-quran dan dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w
Kini,antara perkara yang timbul adalah adakah kerajaan
kita ini kerajaan islam mahupun tidak.Jika tidak,apakah yang tidak islam
berkenaannya?Jika ya,apakah yang islam berkenaannya.Ingin saya memetik
penjelasaan berkenaan kerajaan islam yang dijelaskan dengan tuntas oleh
S.M.Naquib al-attas (1993) dalam magnum opus beliau,Islam and Secularism,”The common understanding among muslims,no
doubt indoctrinated by western notions,is that a secular state is a state that
is not governed by the ulama,or whose legal system is not established upon the
revealed law.In other words it is not a theocratic staste.But this setting in
contrast the secular state with the theocratic state is not really an Islamic
way of understanding the matter,for since Islam does not involve itself in the
dichotomy between sacred and the profane,how then can it set in contrast the
theocratic state with the secular state?An islamic state is neither wholly
theocratic nor wholly secular”.
Jelaslah dengan penjelasan ini bahawa negara kita
bukanlah negara sekular,namun pemahaman masyarakat berkenaan perkara ini masih
lagi kurang jelas.Sebagai tambahan,negara sekular kebanyakannya mempunyai
ciri-ciri seperti :
- Negara tidak memiliki agama rasmi.
- Ketua negara tidak memasukkan
penjagaan agama sebagai sebahagian penting dari sumpah ikrar tugasnya.
- Tidak menggunakan dana awam untuk
membina institusi agama dan menyebarkan agama.
- Tidak menggunakan pendidikan awam
untuk mendidik tentang agama.
- Tidak menggunakan saluran informasi
untuk mengajar dan menyebarkan agama.
- Tidak membina mahkamah syariah dan
institusi ekonomi agama.
- Tidak melarang dan mendenda umat islam yang jelas melanggar hukum agama.
Jika kita benar-benar serius melihat perkara
ini,kita akan dapati negara kita berada pada landasan yang betul.Walaupun masih
ada pembaikan yang perlu dilakukan dan akan memakan masa yang lama.Perumpaannya
adalah seperti kelambu yang berlubang.Maka kita perbaikilah lubang-lubang yang
ada.
4.Menyebarkan budaya ilmu,serta membebaskan masyarakat dari belenggu
kejahilan.
Menurut al-attas(1993),ilmu ialah ketibaan makna
kepada diri.Makna yang tiba kepada diri hasil daripada maklumat yang
benar.Jika maklumat yang palsu tiba,maka ianya bukan lagi ilmu,tetapi hanya
menjadi satu salah faham.Perlu dijelaskan dengan ringkas bahawa ilmu adalah
faham yang betul.Tujuan menuntut ilmu adalah untuk mencari kebenaran.Maka usaha
nabi Muhammad,dalam aspek mengajar ilmu berkenaan kerangka teologi yang
betul,iaitu merujuk pada dimensi akidah.Contohnya ialah ilmu berkenaan
ketuhanan,kenabian,dan hari pembalasan.Hasilnya,masyarakat dapat mengetahui
perkara yang sebenar berkenaan nasib mereka di dunia ini dan juga dunia sesudah
mati.Tidak lagi bersandarkan kepercayaan karut dan andaian semata-mata,bahkan
bersandarkan pada keyakinan yang pasti.
Masalah kita pada hari ini ialah masalah ilmu.Banyak
kerosakan yang dilakukan adalah hasil daripada tidak mempunyai ilmu untuk
meletakkan sesuatu pada tempatnya.Untuk membina masyarakat yang berilmu,dan
membebaskan mereka dari kejahilang yang membawa pada kesengsaraan dalam diri
yang tak berkesudahan,maka wajarlah kita berusaha memberi peringatan dari
al-quran iaitu ’berilah amanah pada ahlinya’.Amanah tidak dapat diberikan pada
ahlinya,jika kita tidak mempunyai ilmu untuk mengenal siapakah ahlinya.
Kesannya,akan muncul pemimpin yang bukan sahaja tidak
layak memimpin umat,malah juga tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan
intelektual dan spiritual yang mencukupi,yang sangat diperlukan dalam
kepimpinan islam.Mereka akan mempertahankan kedudukan mereka disebabkan
kehilangan adab,dan akan terus mengawal permasalahan sosial-kemasyarakatan
melalui tangan para pemimpin lain yang berwatak sama dengan mereka dan
mendominasi pelbagai sektor kehidupan.
Maka,usaha kita adalah membina masyarakat yang
mempunyai budaya ilmu.Apa itu budaya ilmu?Apakah ciri-ciri yang boleh
menunjukkan bahawa seseorang atau masyarakat itu mempunyai budaya ilmu?Menurut
Wan Mohd Nor Wan Daud(2007),budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu
keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri,baik secara langsung
mahupun tidak langsung,dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan.Budaya
ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia
baik di tahap individu,apatah lagi di peringkat masyarakat,diputuskan dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun
syura.