WAN MOHD NOR WAN DAUD : BUDAYA ILMU

by April 20, 2017 0 comments

Budaya ilmu bermaksud wujud satu keadaan setiap individu atau masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Setiap tindakan diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian atau syura. Selain itu, ia juga tidak mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu.

Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu , akan menolak dan membenci pandangan , pernyataan , serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran .

Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami , mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat .

...............................................

Golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi berpandukan dari sejarah tamadun manusia , seringkali kita saksikan bahwa sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik , akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu
 (Wan Mohd. Nor,1997).

Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah menyerang Baghdad , menjatuhkan Dinasti Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumber-sumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekaligus paling menyedihkan dalam sejarah (Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi,1996) kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan generasi Islam baharu di Turki , China dan Rusia pada hari ini (Wan Mohd. Nor,1997).

Menurut Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, budaya ilmu itu mesti menghasilkan manusia beradab yang akan membentuk warga Negara yang beradab. Yang dimaksud manusia beradab adalah manusia yang berpendidikan yang memahami batas-batas kebenaran dan kemanfaatan (limits of truth and usefulness) terhadap sesuatu dan bertindak sesuai yang sepatutnya.

Ciri manusia yang beradab adalah ia beradab kepada Allah SWT, kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam, kepada pemimpin, beradab kepada rakyat, beradab kepada alam semesta, beradab 
kepada bangsa, beradab kepada ilmu pengetahuan dan beradab kepada ilmuan.

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.